Sunday, May 20, 2018

Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Senang dan Cepat

Salam Ramadhan 2018 korang semua!! Maaflah lama sangat tak bersiaran. Rindu sangat dengan blog hehe. Tapi kita aktif di IG tau. Visit my ig okay @idabaharum kihkih. #sempatttt ;p Okay okay, macam mana puasa korang semua? Aku? Masih bertahan. dan masih juga mampu masak untuk berbuka dan bersahur. Allahu aku tak sanggup nak membeli bukan sebab kedekut? TAPI lauk pauk dekat luar sana, mahal ya ampun yang tak kene dengan rasa. Rasa tak sedap lgsg! Membazir beli. So better aku masak, simple pun jadik laaaaaa. janji laki aku makan dan aku senang hati kihkih ;p

Hari ni aku nak share resepi Ayam Goreng Kunyit yang palinggggggggggg senang, tapi ini cara aku lah. Aku tak suka duduk dapur lama lama, panasssss. So aku masak dengan cara paling simple. yang penting sedap. ehhhh ;p

Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Senang dan Cepat

Bahan-bahan;
1) Bawang merah, putih, halia, cili padi (jika nak pedas) (kisar)
2) Sayur - kacang buncis, lobak merah (gaul bersama serbuk kunyit juga)
3) Isi ayam (potong kecik kecik)
4) Bawang holland (hiasan)

ayam digaul dengan kunyit, garam dan black pepper sikit

Cara-cara;
1) Gaul ayam dengan kunyit dan black pepper. Goreng ayam itu.
2) Bila ayam dah masak, keluarkan sedikit minyak, dan masukkan bahan yg telah diblend, tumis didalam kuali menggoreng ayam tadi.
3) Bila tumisan dah naik bau, wangi, masak, gaul bersama ayam tadi. Kacau sebati.
4) Masukkan garam dan sayuran yang telah digaul sedikit dengan serbuk kunyit. Kacau sebati.
5) Masukkan bawang holland sebagai hiasan.
6) Kacau sebati dan SIAP! 

goreng ayam dulu ye
aku suka bawang holland sebagai hiasan
 tadaaaaaaaaaaaaaa, siap!!! 
 Inilah Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Senang dan Cepat

Amacam? senang kan? kalau bahan bahan korang dah ready, dalam 20min dah boleh siap menu ni . dan aku suka sangat menu ni sebabnya ia adalah menu 2in1. Ada lauk dan sayur , iaitu ada ayam dan sayuran itu. So tak perlu la masak dua lauk kan? Satu lauk sudah mencukupi untuk juadah berbuka puasa. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyy hihi.. Selamat mencuba korang semua. dan SELAMAT BERPUASA yaaaa ;)) next entry aku share resepi senang dan cepat lagi okkkkk ;))

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page