Sunday, May 6, 2018

Program Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) Untuk Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selamat pagi korang!! Hari ahad, indahnyaaa bersama keluarga kan? Hari bermalas-malasan dirumah hehe. Sama lah macam aku. Asal hari minggu je, aku semacam malasnyaaa nak keluar dari rumah, baik aku lepaking dirumah dengan hubby, masak untuk hubby ke, mengemas rumah ke, ntah laaa makin tua ni makin suka duduk rumah pulekk. HAHHAHAHA Tapi yelaaa kan, siapa je yang tak suka duduk rumah kan? Home Sweet Home katanyaaaa hehe. Walaupun aku sekadar menyewa tapi aku suka duduk rumah hihi.


Aku saja nak share dengan korang berita baik ni, tak lama lagi aku akan dapat Rumahku Syurgaku a.k.a rumah sendiri . Allahu, akhirnyaa aku akan ada rumah sendiri. Dah berumur macam ni baru lah layak membeli sebiji rumah, itu pun rumah atas langit HAHAHA. Takzabarrr rasanya nak duduk rumah sendiri! HEHE. Nampak? Aku yang bekerja, berbisness sendiri ni, payahnyaa lahai nak dapat beli sebuah rumah yang layak selayaknya dengan gaji, apa tah lagi, orang kurang berkemampuan..

Korang pernah dengar tak pasal Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Asalnya Program Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) telah lama dilaksanakan, sejak dari tahun 2017 lagi. Actually aku dah lama tahu pasal program ni. Aku tak tahu la korang ambil maklum ataupun tidak? Tapi kalau korang layak dan terbaca entry ini, baiklah korang ambil maklum ya. Kalau tidak layak seperti aku, usaha lah sendiri ye, Usaha tangga kejayaan . InsyaALLAH, semua orang akan ada rumah sendiri. Jangan risau. ;))



Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Apa itu? Meh aku terangkan serba sedikit. Program Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku adalah merupakan satu usaha murni untuk memberikan rumah kediaman kepada golongan yang disasarkan berpendapatan rendah dan tidak mampu antaranya orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin yang mana program ini dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terutamanya golongan yang tinggal di kawasan perumahan di bawah skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antara PPR yang terlibat adalah PPR Beringin, PPR Pantai Ria, PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi dan PPR Sri Sabah. Program Baiti Jannati ini adalah inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang mana kerjasama dari beberapa agensi seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Celcom, Pavilion Kuala Lumpur, Maju Holding, JL99 Group, Ekovest Berhad dan TNB.


Apa itu Baiti Jannati Wilayah Persekutuan?
Petikan dari Youtube : Baiti Jannati DBKL Kepada Golongan Asnaf (13Jun2017)


BadanAmal Kasih Ibu menerima RM6.5juta sumbangan daripada pelbagai pihak bagi melaksanakan Program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan. 


RUMAH ADALAH NIKMAT
Sedih kan. Kalau lah kita berada di tempat mereka, yang hidup serba kekurangan di bandaraya Kuala Lumpur ini, susah payah nak sara hidup, nak hadap taraf kehidupan yang tinggi di KL ni, dengan sewa rumah yang mahal, aduhaiii, mana lahh mampu bagi mereka. Mujurlah, pihak DBKL sangat sangat perihatin untuk membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Sedikit sebanyakkkkk dapat membantu dan meringankan beban mereka dan membolehkan mereka meneruskan sesambil menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik dengan adanya tempat tinggal yang lebih selesa seterusnya membolehkan mereka memberi tumpuan lebih untuk meningkatkan hasil pendapatan. Dah tak payah nak pening-pening fikir pasal rumah dah kan? Kalau korang nak tahu, dengan menerusi Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ini juga, golongan asnaf di KL bukan sahaja mendapat rumah yang baru malah dapat pemberian asas sebuah rumah, seperti perabot rumah dan peralatan elektronik. Lengkap semuanya! Beruntung sangattt kan? Syukur alhamdulillah..


Pemberian Kediaman Percuma Baiti Jannati Kepada 168 Keluarga Miskin 15.10.2017


Lipah Osman - Ibu tunggal kepada 9orang anak berasa syukur atas 'transformasi' yg dilakukan terhadap rumahnya. Dia adalah salah seorang penerima yg terlibat dalam Program Baiti Jannati Peringkat Wilayah Persekutuan. 

Penyerahan Rumah Baiti Jannati kepada Julina Lassim (salah seorang penerima juga) dalam Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Rumah Baiti Jannati TNB 2017 di Kampung Sesapan Kelubi.

 
Mereka adalah golongan asnaf di Wilayah Persekutuan yang terpilih untuk terlibat dalam Program Baiti Jannati . Semoga kehidupan mereka lebih sempurna dengan bantuan dari DBKL dan agensi lain yang terlibat ;))

Aku sendiri terharu sangatttt dengan Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aku yakin mereka yang terpilih sangat sangat menghargai pemberian tak terkira ni. Apa yang dilakukan oleh DBKL memang sangat terpuji dan aku sokong 100%! Yela kan, sapa lagi nak bantu warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kalau bukan DBKL. Bagi aku sendiri program ini sangat wajar di jalankan, memang wajar pihak DBKL bantu golongan asnaf di KL ini kerana kita tak nak golongan asnaf ini tersepit di antara kita yang maju dan moden serta terpinggir dalam arus deras pembangunan yang pesat dan pemodenan bandaraya Kuala Lumpur. 

4 comments:

  1. Bagusnya ada program macam ni. Tak semu orang mempunyai nasib yang sama. Memang patut program ni diteruskan

    ReplyDelete
  2. Bagus program ni membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Semoga program ini di teruskan dan dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang kurang bernasib baik.

    ReplyDelete
  4. program yang murni..harap dpt membantu mereka golongan asnaf

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page