Wednesday, May 2, 2018

Food Truck di Kuala Lumpur makin banyak pilihan!

Pagi pagi dah cerita pasal makanan, haa dah kenapa? hihi. Aku dengan makanan tak dapat dipisahkan. Aku kebelakangan ni suka sangat makan dekat Food Truck. Al-maklum laaa, dekat kawasan rumah aku sekarang dah ada Food Truck. WOW! Masa bila ada ntah aku pun tak pasti. . Korang pernah makan or lepak dekat kawasan Food Truck tak? Ke dekat tempat korang belum ada Fenomena Food Truck ni? Wahh beruntungnyaa aku duduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur heeee ~

pelbagai jenis Food Truck yang menjual pelbagai 
jenis makanan dengan harga yang mampu milik


Apa itu Food Truck?
Food Truck itu truck/mini van yang menjual makanan terus kepada pelanggan. Tapi bukan sewenang-wenangnya Food Truck nak park berniaga dimana-mana ya. Kena ada permit kawasan tersebut. Tapi mudahnya kita sebagai pelanggan bila adanya Food Truck ni kerana makanan akan dimasak disitu secara LIVE, senang kita bayar dan makan disitu juga, memang ada meja makan dan kerusi disediakan. Dengan hadirnya banyak Food Truck, memang terhasil lah pelbagai jenis makanan, tak kira western, makanan timur, dessert, pendek kata, korang nak makan apa? Marilah ke Food Truck! gitueww


 marilah ke Food Truck berhampiran sambil lepaking bersama kawan kawan heee


Usahawan Food Truck?
Itulah aku cakap, dulu rasanya tak ramai lagi yang berani berniaga dengan Food Truck. Tapi akhir-akhir ini, dimana mana kita akan nampak Food Truck. Kalau dulu, usahawan Food Truck mengalami beberapa masalah dana kewangan, lesen dan sebagainya, TAPI kini dengan inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), makin ramai usahawan Food Truck telah lahir. Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan Food Truck yang bakal dikeluarkan akhir tahun ini. Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa DBKL telah pun mengeluarkan sebanyak 220 lesen bagi Usahawan Food Truck di sekitar KL. Ohh patutlah kita semakin hari semakin nampak berleluasanya perniagaan Food Truck ni kan? Rupanya ada yang membantu ;))

Tengku Adnan merasmikan Menu Rakyat Food Truck pada Karnival Food Truck Hari Wilayah Persekutuan 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur  


Imej dan Tarikan Kuala Lumpur?
Aku sokong sangatttttttt bila mana DBKL melancarkan program Food Truck ni dekat sekitar Kuala Lumpur. Sebab apa? Sebabnya ianya akan menjadi satu tarikan pelancong ke Kuala Lumpur. Nak nak kalau Food Truck ni menyediakan pelbagai jenis makanan dari dalam dan luar negara, pasti pelancong suka untuk mencuba kepelbagaian makanan tersebut. Dan sekaligus, Kuala Lumpur dapat menaikkan lagi imej negara secara tidak langsungnya..

 

 
kepelbagaian dalam makanan di Food Truck

Dan bagusnya adanya Food Truck ini, aku dapat membayangkan ianya satu inisiatif DBKL untuk menyediakan satu peluang pekerjaan kepada anak anak belia Kuala Lumpur kan? Sebabnya rata-rata yang berniaga dengan Food Truck adalah anak muda. Selain dapat mengurangkan jumlah penjaja jalanan yang sedikit sebanyak akan mencalarkan imej Kuala Lumpur, Food Truck nampak lebih teratur, kemas, bersih dan moden. Anak anak muda KL menggelarnya tempat makan hipster gitu ;))



Aku kalau pandai masak, memang aku dah grab peluang yang DBKL tawarkan ni. Sebabnya, perniagaan Food Truck ni boleh membawa keuntungan yang besar jika kena pada cara, kena pada rajinnya kita, memang boleh pergi jauh. Lagipun, orang dah bagi peluang, haruslah kita sambar! ye kan? Korang kalau nak mencuba kepelbagaian Food Truck, boleh la ke kawasan KLCC, ada satu TAPAK Food Truck disitu. Aku malas ke sana, so aku lepak Food Truck kawasan Cheras sudah la hehe


Cubalah rasai kemeriahan makan di Food Truck! Pasti hari hari korang akan datang makan di Food Truck. Buat wanita bekerjaya macam aku ni haaa, hari bekerja memang aku tak sempat nak masak untuk keluarga, jadinya, menu makan malam aku selalunya aku akan tapau dari Food Truck sahaja. Jadi, besarlah harapan aku, jika pihak DBKL dapat meneruskan dan membantu usahawan Food Truck ini dalam menjalankan perniagaan mereka sekaligus, membantu kami sebagai pelanggan tetap Food Truck diluar sana . Terima kasih pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertungkus lumus untuk membela nasib usahawan Food Truck di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. .

Gambar : Sumber Google

29 comments:

  1. senang dan mudah food truck ni banyak pilihan.

    ReplyDelete
  2. Sedap2 nya makanan kat situuu....wajib pergi niii...

    ReplyDelete
  3. Kita pun sukaaaa makan dkt food truck wakkkk sebab ada macam2 pilihan kannnnn, rambang mata iolsssss dan boleh makan macam2. Kita kan kuat makennn kikikiki :p

    ReplyDelete
  4. Suka food truck ni, bersih dan nampak hipster ;)

    ReplyDelete
  5. Suka jugak mcm kt food truck

    ReplyDelete
  6. banyak pilihan makanan, happylah tummy orang KL ni ...

    ReplyDelete
  7. Penah try ke tapak food truck di area Ampang..Meriah uolls..pilih la nak menu apa..macam2 ada..naik pening nak pilih nak makan apa...

    ReplyDelete
  8. suka tengok foodtruck, sebab ada makanan haha

    ReplyDelete
  9. Tahniah kerajaan WP atas usaha dan inisiatif yang memang dapat mengurangkan beban rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  10. boleh juga eksesais ni. sambil sambil ushar menu kat food truck kan hahaha

    ReplyDelete
  11. byk design menarik food truck ni, bgus sbgai inisiatif tarikan pelanggan tuk beli juadah..sha suka yg comel2 ni, lagi2 pink tu hihi

    ReplyDelete
  12. wow...bestnya menu kat food truck ni...

    ReplyDelete
  13. Sekarang banyak dekat karnival pakai food truck , lebih senang dan kebersihan terjaga. ada kan peruntukan siapa yang nak jual pakai food truck memang bagus

    ReplyDelete
  14. Banyaknya pilihan blink blink mata nak pilih. Apa yang penting kebersihan sentiasa terjaga

    ReplyDelete
  15. Food truck ni best sebab banyak gila pilihan yang ada. Bersih pun iyeee :)

    ReplyDelete
  16. satu malaysia dah ad food truck skrg ni. makanan yang ad pun not bad.. Sedap pun ya jugak.

    ReplyDelete
  17. suka tgk mcm2 design food truck ni..food pun byk pilihan

    ReplyDelete
  18. Nina suka food truck ni bila di letakkan setempat. Senang! Banyak pilihan

    ReplyDelete
  19. Dah semakin ramai yang menjalankan perniagaan foodtruck ni..sangat bagus untuk belia menceburi bidang ni

    ReplyDelete
  20. Bagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan :)

    ReplyDelete
  21. Bagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan :)

    ReplyDelete
  22. Tapak food truck tuh memang meriah tapi belum sempat singgah lagi.

    ReplyDelete
  23. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  24. foodtruck ini bagus sebenarnya. nampak kemas je kan. #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  25. Golongan OKU pun boleh berniaga dalam food truck ni kan. Memang suka inisiatif kerajaan untuk membantu mereka dalam urusan perniagaan food truck ni. Moga akan berterusan sampai bila2.

    ReplyDelete
  26. Marsha peminat makanan food truck

    ReplyDelete
  27. Untungla sape yg keje tu dekat dgn food truck. Pilihan makanan pon banyak. Same2 dapt benefit. Peniaga dapat income, pngunjung dapat kemudahan.πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  28. Best sangat2 ada food truck ni, kira upgrade daripada food court yang ada gerai tu. Makanan pun banyak pilihan dan 'twist' yang kena dengan selera kita

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page