Tuesday, April 24, 2018

Tempat Menarik di Hong Kong, DAY 1 Part 2

Percutian ke Hong Kong Macau 2018. DAY 1 PART 2. 28/01/2018. 
Tempat Menarik di Hong Kong | Ngong Ping Village ...

Welcome to the Ngong Ping Village ~ katanyaaaaaa


hikhik boleh pulak bersambung part 2? Jemput baca Part 1 disini ye? Okay mari sambung... Okay kenapa kitaorang nak ke CityGates Outlest ni? Nak shopping ke? HAHHAA memang tak laaaa. Aku sebenarnya nak pergi ke Ngong Ping Village, nak merasa naik crystal cable car dekat atas sanaaaaa. hihi.. Dari HK Airport ke Lantau Island ni dalam 20min dengan menaiki taxi yaaa.. Sesampai je dekat CityGate Outlets, aku terus menuju ke tempat simpanan beg untuk simpan beg kitaorang, then baru lah boleh pergi jalan jalan kan? Korang cari South Car Park B2/B3, ada locker dekat situ TAPI tersangatlah limited nya. Kitaorang kene tunggu dekat 1jam untuk tunggu locker kosong adoiii. sesambil tunggu sesambil makan nasi lemakkk yang beli dari dalam flight lagi HAHAHA Kitaorang dapat small locker kene bayar HKD10 dulu untuk penggunaan 2jam. Kalau terlebih jam nanti just add on duit sahaja. ohh mudahnyaaa cumanya mesin locker tu dalam bahasa cina. kau paham? memang takkkk lahh. nasib ada pakguard tlg buatkan hihi ;p




 tempat penyimpanan luggage di CityGate Outlets


Settle masalah locker dan perut pun dah kenyang kan, so moh la kita keluar mencari Terminal Cable Car Ngong Ping. Ramai gila orang. masa ni dah pukul 2pm. cuaca makin petang makin sejukkkk. macam berkabus pun ada.. yela kan, datang waktu musim sejuk memang gini lah jawabnya. berkabusssssssss.. aku syak bila sampai dekat atas nanti, tak nampak apa. HAHHAHAHA adoiiii wrong time lahh ;( Macam mana nak cari Terminal Cable Car Ngong Ping? Korang kene keluar dari bangunan CityGate Outlets tu, then nanti korang akan nampak signboard. okay follow the signboard yaaa. hihi. dekat sangattt. macam bersebelahan jerrr.. Actually aku tak rushing nak beratur beli tiket sebabnya aku dah buy semuaaa entrance ticket dekat Klook. Korang pernah dengar tak Klook? Satu website yang jual tiket tiket entrance dengan murah.. so aku dah beli dekat sanaaa semuanyaaaa. tinggal print dan tunjuk dekat kaunter sahajaaaaa.. mudah!

 ikut signboard ya. masa aku pergi ni ada construction. so messy sikit jalannyaa hihi
 depan jalan bang? tak sabar ke?
 disebabkan kita beli tiket melalui Klook, 
so sila beratur ikut laluan Klook yang disediakan. okay!
sebab kaunter tiket walk in dan tiket Klook berbeza yaaaaaaa
 yeayy dah dapat band untuk dipakai di pergelangan tangan . kene pakai sentiasa. sebab nanti masa nak naik cable car, diaorang akan check. so tak boleh tipu awak naik cable car biasa or crystal. ya?


Untuk aktiviti di Ngong Ping ni, aku just beli Ticket Crystal Cabin Cable Car + Standard Cabin for return 2pax. Klook jual RM84/pax. Kalau dekat counter lagi mahal sbb walk in. So better book awal ya? Tapi jaga jaga dengan schedule travel korang takut termiss pulak. Risiko jugak. Sebab aku dah termiss satu aktiviti, nanti aku cerita sobs sobsssssss... Aku pilih untuk pergi naik crystal cabin dan balik naik standard cabin jek. Apa itu Crystal Cabin Cable Car ? alaaaa cable car korang naik macam dekat genting tu TAPI lantainya lutsinar. boleh nampak bawah... gayat!!!! tapi disebabkan kabus tebal, hapaaaaaaaaaaaaaaaa pun tarakkkkkkk nampakk. adoii. so rugiii!!!! Perjalanan dari Terminal Ngong Ping ke Ngong Ping Village (paling atas) adalah selama 20minit. Masa pergi tu aku naik satu cabin dengan orang koreaaaa hihii...

 kabus aduhhh aduhhhhhh, kalau tak sure cantik view  ni!

 
saranghae oppa! HAHAHHAHA


 dalam crystal cabin cabel car ni memang orang akan teruja bergambar lain macam sebab nampak bawahhhhh. memang cacar marba sikit gambar korang. HAHHAHAHHA 


 

 annoyingnyaa mukaaaa. takkan ada gambar kita berdua sebab semua akan masuk gambar orang korea tuhhh grrrrrrrrrr. nasib heklokkk mukanyaa HAHHAHAHH #makredho #gambarphotobomb 


 
gayat? TAKKKKKKKKKKK sebab kabus!! 
tak berapa nampakk. so tak berapa takut kihkihkih


Keluar je dari cable car, sejukkkkkkkkkkkkkkk yakampun. serius!!! sejukkkkkkkkkkkk namati. HAHHAHAHA kita berada di paras ketinggian ntah berapa ntahh. Korang leh visit website NGONG PING VILLAGE untuk tahu aktiviti yang ada. Tapi kitaorang? kitaorang just layan view kabus jalan jalan pegang tangan pelok pelok sebab sejuk gilerrrr + minum hot chocolate settle HAHHAHHAHA. honeymoon sangattt kihkihkih ;p

 allahu teringat kesejukan masa ni. kabus tak nampak apa. 
sejuk tahap tulang. hihi tapi posee tetappp ONzzz


 dia maintain lagi time ni. still jalan , tangan masuk poket hihi
baru day 1, muka aku dah start mengering dan mengelupasss. so sad. hahah penangan musim sejukkk di Hong Kong... aduhhhhhhhhhh
 Bila dia dah tak tahan sejuk, terus diajaknya masuk cafe cari air panassssssssssssssss plsssss
HAHAHHAHAHHA

 
Kitaorang makan dekat di Ebeneezer's Kebab, satu satunya kedai kebab yang HALAL dekat atas ni. pheww~ nasib ada yang HALAL kan? So apa kita makan? Hot Chocolate dua + 1 Lamb Kebab (kongsi hihihi), 138.70HKD bersamaan duit Msia = RM70.98

 
OOTD sikit. Baju berbulu bulu RM10 jurrrr hihihi



Dah puas jalan dalam kesejukan, dalam 4.30pm, kitaorang turun balik. Macam biasa beratur nak cable car. Kali ni beratur di standard cabin, ramai gilaa orang....... tapi disebabkan kitaorang berdua je, so boleh menyelit dimana-mana cabin je. hihi. so kitaorang potong que. yeayy dapat turun dulu hahaha. turun perjalanan amik masa 30minit. lama pulakk dari yang datang tadi.. Kitaorang terus pergi amik luggage dekat locker. dah lewat satu jam. so kene tambah duit 20HKD untuk satu jam yg lewat ituewww..

sempatttttt

Okay lepas amik luggage, kitaorang ke MTR Station untuk cari Hostel. Korang jangan risau, dekat sebelahan bangunan CityGates Outlets ni ada station MTR. allahu terbaik betullll laaa servis MTR diaorang, ala ala LRT kitaaa dekat Malaysia ni...... okay macam ni perjalanan MTR kitaorang dari CityGate Outlets ke Tsim Sha Tsui :

Tung Chung Station (nama station di CityGate Outlets)
ke Tsim Sha Tsui Station (nama station hostel) :
Naik Tung Chung Station (Hong Kong) --> amik Tung Chung Line then sampai di Lai King Station tukar line ke Tsuen Wan Line (central) menuju ke Tsim Sha Tsui Station 

faham tak? haha. Tak pe, MTR di Hong Kong sangat senangnak faham berbanding Subway di Korea. Percayalahhh nanti korang hafal je nama station tu. hehe. Naik MTR, kitaorang just touch Octupus Card. tambang dari Tung Chung Station ke Tsim Sha Tsui ialah 16.90HKD (saja bagitahu walaupun aku touch octopus card hehe) .

Keluar sahaja dari Tsim Sha Tsui Station, macam mana nak pergi ke hostel? okay korang boleh refer Entry hostel aku ni , klik je link dibawah yaaaa :

Hotel Murah di Tsim Sha Tsui, Hong Kong



Hostel ni sangatlah strategik bagi aku. Even kalau aku ada rezeki datang lagi Hong Kong, memang aku stay dekat hostel ni jek hihi. Selamat, Berbaloii dan Strategikkk. Kitaorang sampai dalam pukul 7pm. dah gelap hoiiiihhh, macam pukul 9pm rasanyaaa, padahal baru pukul 7pm hikhik. Proses check in senang sahaja. Masuk je bilik terus terbongkang tidur dua ketul ni HAHHAHA. cuaca sejukkkk, sedap tidur.. kaki pulakk sakit ohoiii. jom tidur bangggg ehem# . Walaupun mengikut plan asal, malam ni ada acara shopping di Ladies Market, tapi penatnyaaaa ya ampun.. so kita skip laaa aktiviti malam ni, esok esok malam kita pergi yaaaaaa... malam ni kitaorang sempat makan maggi PAMA yang dibawa dari Malaysiaaaa. Oh yaaaa, trip honeymoon di HK kali ni, aku bawak stok makanan TAPI tak dibenarkan masak. adoiii. so rugiiii aku tak boleh masak sardin kegemaran hahahha..Nasib hostel ni sediakan air panas. So aku just boleh masak maggi PAMA dan buat air milo. hihii. yang selebihnyaa, kitaorang makan luar sahajaaaaaa. #ongkaya hihi  (sorry tak da gmbr sebab dah malam plus sibuk mencari jalan ke hostel hihi. nnti kita bg view siang hari di next entry yaaa)

bersambunggg DAY 2 ya kawan kawan.


Kira Kira (Percutian ke Hong Kong & Macau - 2orang)
Tiket Cable Car  RM86/seorang , RM168
Luggage Storage di CityGate Outlets = 40HKD (convert duit Msia = RM20.28)
Beli perfume white tea/roses = 20HKD (convert duit Msia = RM10.14)
Lunch di Ebeneezer's Kebab = 138.70HKD (convert duit Msia = RM70.98)
Total RM269.40

1 comment:

  1. Syg..i tertunggu2 next postke hongkong ni..hihi..if u dont mind share intinery boleh..aneesdagreat@gmail.com tq

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page