Sunday, April 22, 2018

Percutian ke Hong Kong Macau 2018 DAY 1 PART 1

Percutian ke Hong Kong Macau 2018. DAY 1. 28/01/2018. AK138 - 615am.  HAHAHHHAHA aku memang suka beli tiket flight pepagi buta. nanti sampai boleh terus berjalan kan? jimattt masa aku hihi. Wahhhh ramainyaa komen mengenai hotel bajet aku di TST, HK. Alaaaaa rileks la kawan-kawan, rejekii aku dapat hotel mahal dan sempit begini HAHHAHAH lain orang lain pengalaman ye dok? tapi kenangan itu pasti jadik memori terindah kita masa travel kan? kan? hehe. TQ sudi baca dan komen entry kitaaaaa. terus mencanak views nyaa hehe.. ;))


Sebelum apa apa, persediaan ke Hong Kong ni, aku buat ala kadar jek. HAHAHHAA kata planning last minit kan? So beberapa hari sebelum fly baru aku terkedek kedek tukar duit. Kemas beg pon cincai boncai jek. dan menyebabkan aku kene beli jacket sejuk dekat HK sebab TAK BAWAK baju tebal sangattt HAHAHAHA . Aku tukar duit sebanyak RM2,535.00 jek untuk 5hari4malam di Hong Kong & Macau. 


 

di Hong Kong tersangat banyak jalan. turun naik train. sila bawak ubatan untuk kaki korang..

Okay mari mulakan perjalanan. Kitaorang keluar rumah dalam pukul 12am, menuju ke Terminal Bas Bersepadu (TBS). Bajet nak naik bas lah kononnya ke KLIA2, TAPI  rupanya, bas dari TBS ke KLIA2 bermula 3am lols. Mana sempat kan? Sebab flight aku pukul 615am, nak check in luggage lagi. Adoiii laaaaaaaaa.. Ntah apa aku fikirkan sampai lupa bas bermula pukul 3am. So beralih lah kitaorang ke KLIA Transit, sekali tren last dah blahhhhh. Sepatutnya tren ada lagi TAPI akak kaunter cakap, hari tu train terpaksa di awalkan sebab ada masalah. ehh boleh pulak macam tu? Habis aku nak pergi KLIA2 ni naik apaaaa??? HAHHAHAHAH choii laa apa lahh nasib kitaorang huhu sobss

Sekali ada abg uber tegur kitaorang, wiling untuk hantar ke KLIA2 TAPI harga? hmmmm.... pepagi buta kan.. kan.. haruslah dia pau kitaorang choiiii sangatttt. RM100 untuk ke KLIA. huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. mencikkkkk!!!! Mak is redhoooo..... bayar je lah kan? dah tu nak naik apaaa lagi? Jam menunjukkan dah pukul 1am huhu... ;((

Sesampai di KLIA2 pukul 1.40am, sempat lah pergi keluar duit sikit, print boarding pass, print tag luggage di self check in kiosk dan terus beratur dekat kaunter drop luggage, masa tu pukul 2.40am. amboiiii mesti korang sedang enak tidur kan? HAHAHHAHA aku tak sabar nak masuk dalam perut kapal terbang, tak sabar nak qada tidur! HAHHAHAHAH Perjalanan dari KL-Hong Kong mengambil masa 4jam, sedang elok lah tu aku mentidoooo sahajaa dalam flight kihkihkih. Kitaorang drop luggage seberat 19.4kg, pheww nasib within berat lagi. kalau tak naya kene keluarkan then terpaksa bawak hand carry.. Settle urusan pasport dan kastam, menonong je kitaorang ke Gate P/Q. Kalau sesiapa yang biasa ke International Gate, mesti tahu ada dua gate kan? Gate P/Q dan Gate L kan? Kitaorang confident ke P/Q . Sekali korang tahu takk, kitaorang punya boarding gate sebenarnya dekat Gate L8 HAHHAHAHAHHAH choiiilaaaaa.. dah la jauh nak kene patah balik. babun. dengan laki aku lapar nyaaaa.. adoi adoi adoiii. tu laaa confident lagi! So berpatah balik la kitaorang dan menuju ke Gate L8. Sesampai sana, kaunter checking beg pun tak bukak lagi, baru pukul 3am hihi. Kang pukul 3.30am baru bukak. So mari melangokkkkk setengah jam buat ig story jap hihi

Settle kastam checking beg segala, cari kedai makan, laki ku laparrr. rupanya di Gate L, kedai tak semeriah Gate P/Q ye. Hanya ada beberapa cafe je bukak. Mcd xde! so makan je la apa yang ada. harga? jangan tanya haha.. Tepat jam 6am, kitaorang pun flyyyyyy ke Hong Kong yeayy yeayy yeayyy!!! Masa untuk tidurr. goodnight bhahahhahahha

Dalam flight nanti kene isi borang arrival dan selepas itu sila tidur dengan tenang yaa. Sesampai di Hong Kong International pukul 1015am, keluar je dari perut flight, ternampak anjing hitam besarrrr tengah menghidu setiap passengger yang keluar. allahuu takutnya aku! harap harap tak da benda lah kan. nasib lepas jekkk. dah macam Aussie pulak ada anjing anjing hidu ni ? hmmm.. Keluar dari flight terus follow crowd ke Imigration dulu. Korang jangan macam macam, nak ke imigration tu kene naik train okay!!! sebiji korea haaaaaaaaaaaa

isi borang arrival dalam flight. bawak pen sendiri tau.

keluar dari flight, terus ikut crowd untuk ke Imigration tapi siap kene naik train bagai weiii. 
wow sangat!!!

 turun di Imigration okay? jangan turun di Transfer pulekkk. 


Naik train turun dekat Imigration tau! Jangan turun dekat Transfer. Sebab itu untuk domestic flight di HK jek. Incase korang nak terus ke Macau ke? Beijing ke? boleh laa turun dekat Transfer tu. If nak ke Hong Kong terus, sila turun di Imigration ya ya? Sesampai je terus beratur di Imigration then baru pergi pergi amik luggage yeee.. masa ni sempat aku tengok jam dah 1115am. haaa amik, satu jam proses !!! (note : toilet di HK Airport tak dak paip hikhikhik)

Keluar je dari Arrival Hall tu, aku terus cari kedai simkad. YES! Nak beli simkad supaya boleh bersosial media HAHHAHAHAHA ;p Ramai blog cakap pls cari Kedai 1010 untuk beli simkad. So moh la kita cari. Kedai Simkad 1010 terletak di sebelah kanan bila korang keluar dari Arrival Hall tu ya? Kedai warna kuning. Sampai sana, aku beli simkad 5gb untuk 8hari berharga HKD118. Ini memang aku dah sedia maklum so aku dah ready duitnya hihi. Korang jangan risau, kedai tu akan aktifkan simkad tu, just bagi phone je kat diaorang ya. Settle simkad, aku ke Kaunter Aiport Express untuk beli Octopus Card, pun aku dah sedia maklum harganya adalah HKD150 seorang... Then settle terus aku cari taxi stand. Sebab aku nak pergi ke tempat pertama kitaorang dengan menaiki taxi. Beg berat hoiii. Sian laki ku. HAHHAHAHHA.

keluar dari Arrival Hall belok ke kanan, terus nampak kedai 1010 berwarna kuning.

 bagi je phone dekat seller tu, nanti dia aktifkan phone kita dengan simkad HK. 
aku amik pakej ni. sepanjang di HK, line memang laju sangat!!!!
di kaunter Airport Express untuk beli Octopus Card. ala ala kad Touch N Go kita untuk naik train, bas, dan beli something dekat 7E.

Kitaorang nak ke CityGate Outlets yang terletak di area Lantau Island dengan menaiki taxi. CityGate Outlets berhampiran dengan airport jugaa ni... Dari Arrival hall tadi kan, korang just follow signboard taxi stand jek. Then follow signboard taxi stand lantau warna biru. ada tiga warna taxi tau. jangan salahh taxi stand yaa ya.. Setiap destinasi berlainan taxi okay. Sila pastikan korang naik taxi dengan betul. Boleh tanya dekat kaunter taxi kalau tak yakin. Kitaorang nak ke Lantau Island naik taxi warna biru. Kitaorang kan sangattt teruja bila nampak taxi di HK ni. sebiji dalam drama cina petang petang dulu hehe. teruja betul laki binikkk .. Tambang dari Airport HK ke CityGate Outlets adalah HKD47.5 TAPI kene tambah HKD6 untuk satu beg yang dimasukkan kedalam bonet. HHAHAHHAHAH itu pun berkira kahh? choi, so total tambang taxi is HKD53.50.. 

 dari kaunter Airport Express tu, korang just jalan terus ikut signboard atas ni.... 


 taxi stand warna merah dan hijau. 
 comelnya taxi dekat HK ni!
 okay, ini taxi biru kita bakal naik ke Lantau Island. nak ke CityGates Outlets yeeeeee
dalam taxi. dari airport ke CityGate Outlets dalam 15minit, bergantung trafik juga.
yeayyy dah sampaii CityGates Outlets. shopping mall di HK. bapak besar . bapakk mahal HAHHAHHAA okbai...


Boleh tak sambung next entry?
hihi. panjang nau nau dahhh ni yaaaa..

Kira Kira (Percutian ke Hong Kong & Macau - 2orang)
Uber dari TBS ke KLIA2 = RM100
Cekak sayang = RM3.90
Breakfast = RM48.70
Simkad HK = HKD118 (convert duit Msia = RM60.84)
Octopus Card = HKD300 (convert duit Msia = RM152.10)
Tambang taxi HK Airport ke CityGate Outlets = HKD53.50 (convert duit Msia = RM27.90)


Total RM393.44

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page