Monday, March 12, 2018

L A P A N T A H U N

Happy Anniversary to me! Sudah genap lapan tahun ye perkahwinan aku . Syukur alhamdulillah masih bertahan , bahagia walau kadang kadang tu gaduh masam muka. itu ini. terbebel banyak sikit ter ter ter terrrrr. HAHHAHAHA biasalah kan lumrah berumah tangga? takkan selamanya indah. dekat dalam facebook tu semuanya auta! realitinya takkan nak tunjuk depan orang ye dak? sendiri simpan lahhh kihkih~



Sebelum korang tanya, baik aku bagitahu, yaaaaa di tahun kelapan ni, kitaorang masih berdua. Masih belum dikurniakan rezeki anak oleh DIA. Tapi tak pa, kami tak meroyan seperti orang sekeliling kitaorang hikhik. Kitaorang rileks cool jeeee. Orang kiri kanan yang panas bontot HAHAHHAHAH. aku sendiri pun tak faham ;p



Kita semua harapkan perkahwinan yang bahagia sampai bebila kan? jodoh berpanjangan sampai habis usia kita? kalau boleh nak habiskan sisa sisa hidup tua bersama sama kan? kalau boleh seumur hidup ni, sekali je naik pelamin tapi itu memasing punya rezeki. macam tu lah juga dalam kes anak ni? Berkahwin dan cepat dapat anak, itu adalah REZEKI. Berkahwin tapi tak dapat anak, tu dah REZEKI jugak. Allah swt tak pernah menjanjikan, setiap umat manusia yang berkahwin PASTI akan dapat anak, cuba cakap dekat aku, Allah swt janji dekat mana?????



Tapi mentaliti manusia, KAHWIN WAJIB dapat ANAK! Kalau kau tak dapat anak, serupa satu DOSA BESAR yang kau dengan laki kau dah buat. haishh. sampai begitu sekali? kan? sejenis pemikiran apakah ini? Aku tak pernah salahkan kawan kawan yang sentiasa doakan kitaorang ada rezeki anak. terima kasih banyak banyak. Aku hargai sangat sangat doa korang. aku aminkan. AMIN ;)) cuma bila korang tanya banyak soalan, aku cepat annoying ye. dan pasti aku akan cari jalan untuk blahhhhh dari kau. HAHHAHAHAHHAHHA



Tapi, aku nak tanya korang semua, doa nak dapat anak, dengan doa kebahagian aku sehingga hujung nyawa dengan suami sendiri itu lagi penting rasanya? maaf yaa kalau tersentuh bab ini sikit.. berapa ramai yang kahwin ada anak cepat, tapi cerai jugak? dah dapat sepasang, lelaki dan perempuan, pun cerai jugak? siap ada tu yang bini dalam pantang dilafazkan cerai? tengah mengandung pun dilafazkan cerai? Ada tau yang dah anak anak, bini cantik kemain baik, tapi still ada niat nak kahwin lagi?? kenapa? cuba tanya diri sendiri , kenapa perkara macam tu berlaku? katanya anak tu pelengkap hidup, jadiknya mengapakah perkara ini berlaku???? SEE?



Seperti yang aku cakap tadi, dah REZEKI. memasing Allah swt dah tetapkan rezeki memasing. . kau berkahwin dapat anak tapi jodoh kau sampai situ je. itu rezeki kau. mungkin sampai itu sahaja rezeki kau nak berkahwin... tapi lain pulak kes, kau berkahwin tapi kau xde anak.. mungkin selamanya kau xde anak. TAPI jodoh kau alhamdulillah berpanjang sehingga ke hujung nyawa.............. kalau kita diberi pilihan, kau pilih yang mana? Kita takkan boleh buat pilihan sebab hidup kita memang dah ditentukan oleh Allah SWT.. Kau hanya boleh usahaaaaa dan selebihnya terserah pada DIA jika ingin memberi ;))



Bila kita bercakap tentang rezeki, memang kita akan kalah berdebat. REZEKI Allah swt ni sangatlah LUAS dan SUBJEKTIF. Boleh jadi, dapat mak mertua yang baik pun rezeki, dapat beli rumah kereta besar pun rezeki, dapat travel sana sini pun rezeki juga, dapat kerja yang bagus, cepat naik pangkat, kawan yang baik pun rezeki juga,,,,, Rezeki kau mungkin bukan pada anak tapi Allah swt ganti rezeki yang lain... cube nilai bebetul , ada tu terselit rezeki lain dalam hidup. Macam tu jugak la korang, walau korang anak berderet, cuba tengok rezeki lain pulak, Allah swt bagi ke tak?? Jadik, pendapat aku jangan sesekali pertikaikan rezeki orang... Cuma nya, Allah swt takkan bagi semua rezeki dekat seseorang, sebab nanti dia lupa diri. angkuh!! poyo!!



Aku is tak pernah tolak rezeki dalam hidup.. kalau ada rezeki kitaorang ada anak, ada la dia... Kalau tak de sekalipun, idok la aku meratapi bagai.. Kita redho dengan ketentuannya.. Dan selebihnya, biarlah kitaorang bahagia cara kami..... Sapa cakap kitaorang tak bahagia? So, manusia, ubah pemikiran korang, yang mana berfikir KAHWIN WAJIB ADA ANAK! Hidup diam diam dengan family sendiri, yang mana ada anak, didik anak jadik orang, jangan masuk campur hal orang, jangan jadik ustaz dan ustazah jadian dan doa kan yang baik sahajaaaa.. aminnnn ;))



Ehhh dah kenapa aku membebel ni? HAHHAHAHHA Yelaaa orang kiri kanan dah pertikaikan dah lapan tahun tapi tak da anak? Aku macam nak tenyehhh je mulut orang yang cakap tu. Macam tak da akal bila bercakap kan? Macam lah ini kerja kita, ini kerja ALLAH SWT lah sayanggg..



Anywayy, HAPPY ANNIVERSARY yang ke LAPAN TAHUN sayangggg, Semoga perkahwinan kita bahagia sampai bila bila walauuuuuuuuuuuuuuuuu banyaknya dugaan mulut orang kiri dan kanan bercakap pasal kita kan sayang? Tapi tak pe, ingat, kita bahagia dengan cara kita yaaaaaaa.... Pedulik itu orang! Beras lain lain. ehhh### .... Aku berdoa supaya ALLAH SWT sentiasa menetapkan hati kitaorang laki bini tetap pada satu sama lain, seumur hidup walaupun terdapat kekurangan here and there......... Belajar untuk menerima kekurangan dan kelemahan pasangan memasing.... JANJI! Jangan pernah berubah okay? JANJI! Okay lah, next entry kita cerita honeymoon kita yaaa, kemana kah kitaorang? alaa dekat jurrrr ;p

♥♥BERBAHAGIA LAH KAMU DENGAN CARA KAMU SENDIRI♥♥

6 comments:

  1. tahniah.. InsHaa Allah Tuhan kurniakan rezeki nanti..

    http://www.byshaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. happy aniversary darjah 2 ida & andi :) usah pedulik kata orang! chill.. moga korang terus bahagia! kejap je kan masa :)

    ReplyDelete
  3. Gambar yang orang pakai baju belang2 tu kat mana?

    ReplyDelete
  4. happy anvsry eida..semoga bahagia kekal ke jannah..betul tu..xde anak kene kutuk..fitnah..xpe la..Allah SWT Maha Mengetahui..Dia sebaik2 perancang.. byk2 sabar k..i feel you.. TTC12yrs :)

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary..moga bahagia hingga ke syurga..

    samalah saya pun, dah 8 tahun masih berdua

    ReplyDelete
  6. sis bebel ke ni? jarang tgk sis emo ni! hehehe. xpelah da, mcm ko ckp, ANAK tu rezeki, dr sisi lain, apa yang kita ada juga rezeki, biarlah org nk ckp apa, janji ko happy, tiap2 tahun pergi obersea. ko mamphu!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page