Tuesday, March 13, 2018

Hotel Murah di Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Hotel murah tak berapa nak murah di Hong Kong HAHAHHAA. . Babun gila harga hotel hotel di Hong Kong, serius mahal namateyyyyyy weiii. . Tapi betul la orang cakap, tanah dekat Hong Kong memang mahal, no wonder, sewa hotel adalah sangat melampau! So aku memang dah pangkah awal awal hotel. So aku pilih bajet hostel jek, HAHAHHAHAHA, janji boleh tidur, dekat dengan train dan paling penting, toilet ada paip kihkih. senang laki aku nak membuang, kalau tak dia berzikir seminggu dekat telinga aku kang muehehehhe ;p

kakak marah ni, hotel mahal. merah tak bibir kakak? 
HAHAHHAHAHHAHA

Setelah dua minggu buat research, aku pilih untuk stay di kawasan Tsim Sha Tsui, yang mana orang Malaysia ramai stay sini. Memang bersepah orang Melayu korang akan nampak TAPI ramai orang akan stay dekat Chungkin Mansion. Aku memang dah pangkah awal awal kawasan tu sebabnya, itu kawasan gelap. Bukan gelap tak dak lampu TAPI, situ banyak jenayah. Pick pocket lah, adegan tarik tangan suruh masuk kedai makan la, gila ramai orang yang stay situ, foreigner bersepahhhh weiii. seram aku. Mana aku tahu? Adik aku pernah pergi, so better elak stay situ katanya. Plus aku ada baca gak blog blog ke Hong Kong. semuanya tak rekemen untuk stay situ walaupun SITU TERAMATLAH MURAH!!! But untuk keselamatan diri, aku pilih bangunan lain hehe. bayar lebih sikit untuk keselamatan. tak salahhhhh kannn ;)) Oh ya, lupa bagitahu, aku stay dia Just Ass Inn, Tsim Sha Tsui, Hong Kong. 

depan bangunan Harilela Mansion

signage dekat lift lobby. nampak tak Just As Inn?

tekan lift naik ke tingkat 8. belok kiri. dah sampai pintu masuk hostel kihkih. kecik je weiiii. takkan korang sesat punyaaa lahhhhhh ;p


Oh ya, hostel bajet dekat Hong Kong ni macam satu bangunan tinggi, dan setiap level adalah hostel bajet. Ada lift tapi boleh muat dalam 5 orang je dalam satu masa. HAHHAHAH gila sempit weiii. Bilik hostel dia pun, langgar langgar bontot. situlah katil situlah toilet situlah meja HAHHAHAHHA bapakkk kecikk. toilet aku dekat rumah LAGI BESAR weiiii,, tapi mahal namateyyyy. aduiiii lahh. patutlah tak ramai orang suka pergi bercuti ke Hong Kong , dah kenapaaa aku pergi ni? HAHAHHAHAHA gasakkk lah inilah masanya nak merasai kesusahan gituewww hahaha

The Reception

Aku check in dah malam. dalam pukul 7pm rasanya. TAPI aku dah bagitahu awal awal pihak hostel, aku akan lambat. hehe. Mudah je proses check in. Dapat je kunci bilik, diaorang akan explain serba sedikit pasal hotel dan bagi kita punya password wifi, pasword pintu depan. Walaupun kecik, keselamatan nombor satu ok!!! orang sebarangan takkan boleh masuk sebab ada password hihi. GOOD!

 tiap kali nak masuk pintu, kau kene masukkan password, JANGAN LUPA !

ada filter air disediakan . boleh la masak maggi. kihkih. sebarang adegan memasak tidak dibenarkan sebabnya dalam bilik ada smoke detector. sebarang bau asap, kang banjir pulakk bilik. HHAHHAHHA. tu yang aku tak masak sardin ke apa ke , aku masak maggi je itupun amik air panas dekat luar ni laaaaaa hehe
 


Okay mari jenguk bilik aku. Aku check in dari 28/01/2018 - 31/01/2018 (3 malam) , Harga satu malam di Agoda (my kegemaran klik) RM249.55, Total untuk 3 malam adalah RM748.65 TAPI aku ada giftcard di Agoda so, aku guna giftcard aku sebanyak RM179.91, so total aku kene bayar untuk harga hostel bajet di Hong Kong adalah RM568.74. Nasib baik ada diskaun wei! Kalau takkk? mangkor aku kene bayar mahalllll phuiiii hihi

 
dari tepi pintu masuk je aku tangkap gambar ni. sempit tak? situlah katil. situ lah TV kau. tepi tu la meja secoet kau. Depan tu toilet. Apakahhhhhh cermin lutsinar macam tu hoiiii? Acena nk berak ni? HAHHAHAHAHHAHAHHAHA

nasib wifi laju gilaaa weiii hikhikhik  

bilik termenung. simple jek . janji ada paip dan ada air panas hahhahaaha

dari pintu toilet hukhuk

ohh situ juga lah tempat makan kitaorang HAHHAHAHAH atas kerusi jeee jadik meja makan. adoiii sedihnyaaa hoiii.... ini hotel bajet tau! sadis

tiap pagi brekkie maggi dulu, alas perut hihihi
maggi pama dan milo panas yummehhhhh

no more rambut panjang ye bang? hihi


Allahu, sempit kan bilik kitaorang? padahal satu malam RM250 tau! Adoii. Ni kalau dekat Indonesia, aku dapat bilik mewahhh daaaa HAHHAHAHAH , datang Hong Kong terus jadik rakyat marhaen muahhahahhaha. adoiii kelakar betul laa teringat bilik sempit ni. Korang kalau nak ke Hong Kong , kalau berdua tak kesah la duduk bilik sempit sempit macam ni kan? langgar langgar bontot tu yang aum aummm hahahahha TAPI kalau yang berfamilia ni, aku sarankan korang, bayar lebih sikit ehh bukan sikit, lebihhhhhhhh banyakkkkk, pergilahhh tidur hotel mahal. besarrr ! selesa ! tau ! tau !

Okay, macam mana nak ke Just As Inn, Harilela Mansion, Tsim Sha Tsui?
Meh sini aku bagi direction ke Just As Inn. Senang sangattttt ;))

Walau dimana pun korang berada, jika nak pergi ke Just As Inn, Harilela Mansion, Tsim Sha Tsui, korang just perlu naik MTR (iaitu sejenis train diaorang), naik mana mana MTR dan pastikan korang turun di Station Tsim Sha Tsui. Lepas tu cari EXIT C2. Jangan salah exit tau. naya menapak korang berjalan kangg hehe..

Station Tsim Sha Tsui

 Inilah EXIT C2. Korang keluar EXIT C2 tau. Korang keluar je dari Exit ni terus nampakkkkkk Kedai Emperor Watch And Jewellery 

  Sebesar besar alam signboard Kedai Emperor Watch And Jewellery , kompem korang akan nampakkk. hehe. Kat mana Just As Inn, Harilela Mansion, Tsim Sha Tsui? Bebetul dekat bawah signboard ni, kiranya sebelah kedai ni jekk

 keadaan di pagi hari Hong Kong. Morning HK !




Haaaa senang je kan nak cari hotel bajet aku ni kan? Aku sangat sangat rekemen korang semua yang bercadang nak ke Hong Kong, yang datang berdua or tak kesah pasal penginapan, hotel bajet ni memang sangat sangat strategikkkkk lokasi dia. Dekat sangat dengan MTR Station Tsim Sha Tsui. kita dah la memang menggunakan train sepanjang masa . hehe. so mudahhhhh. kiri ada 7E. Jalan depan sikit ada Masjid Kowloon. Dekat area hotel ni juga kedai kebab HALAL. Kitaorang memang makan dekat sini jekkk. Tak berani nak makan tempat HALAL lain takut kene pau kihkih. . Ok next entry ya? daaaaaaaa~



Details :
Just As Inn, Room A&B, 8/F, Harilela Mansion, 81 Nathan Road, Hong Kong.
Nak book agoda terus? klik sini JUST As Inn Agoda


Kira Kira (Percutian ke Hong Kong & Macau - 2orang)
Hostel Murah yang tak berapa nak murah RM568.74
Total RM568.74

9 comments:

  1. murah lah
    bestnya dah sampai sana

    ReplyDelete
  2. Memang serba-serba Mahal di sana. Sebab itu tidak ramai yang ke Sana kecuali Ada yang berjalan Dan terus masuk ke China.

    ReplyDelete
  3. cool gila design hotel ni. lain dari yang lain. janji selesa

    ReplyDelete
  4. Dulu saya stay kat Chungking Mansion tu. Makan senang kat situ. Malam yang pertama tu okaylah biliknya, kecik tapi still ada space utk solat (3 orang 2 bilik). Malam kedua dipindahkan kami ke hostel lain sebab ada sorang guest tak jadi keluar so tak cukup bilik utk kami bertiga. Bilik kedua tu ya rabbi...keciknya! Sabar je lah sebab tak nak spoil mood memasing.

    ReplyDelete
  5. Wah.. seronoknya ke hong kong..

    ReplyDelete
  6. tak bestnya bilik biasa tapi harga mahal.tapi tak apa la sis yang penting tidur okay nak berehat sebelum jalan2 cuci mata.asalkan dapat pengalaman dan dapat cerita dekat orang yang mana okay dan mana yang tak kalau nak bercuti dekat hongkong ni.
    thankyou for ur info sis nanti kalau nak bercuti boleh la refer entry sis hihi


    btw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    ReplyDelete
  7. HOI keciknya, dengan lantai xde tiles. Allahu! kalau lan ni, mau semput.

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page