Monday, March 12, 2018

Harga Tiket Flight ke Perth Australia

Ya ampun, berabadnyaaaaa baru nak update pasal Travelog Perth. Tempat idaman kalbu sebab Australia HAHHAHAHHA kita mulakan travelog Perth ni dengan harga tiket flight dulu ya? Percutian ke Perth ni adalah Percutian Bajet Perth, semuanya duit cukup cukup je tapi nak bercuti ke Aussie. so segala macam benda yang boleh kita jimat, kita jimatkan okay? Oh yaaaa, lupa nak cakap, Percutian Bajet Perth ni aku pergi bersama geng kereta putih , tapi si yaya bawak sekali satu family dia. HAHHAHHA so total rombongan cik kiah ke Perth adalah seramai 11 orang 2 kanak-kanak. hikhik. ramai kan? tak pernah aku travel oversea ramai cenggini HHAHAHAHHAHHA


rombongan cik kiah!!!!! windu!!!

Sepatutnya aku pergi ke Perth awal lagi dari tarikh pergi bersama diaorang ni TAPI adik aku beranak pulekkk. So aku tukar tarikh aku mengikut tarikh Perth dioarang. hihi. So harga tiket flight ke Perth aku tak da lah murah mana since aku beli tarikh ikut orang hihi. TAPI for me, untuk ke Perth, harga ini masih diaanggap murahhhhh. Cube kalau sekarang korang beli? Cecah RM700-900++ kan? Sokay lah ni, HALAL kan jek. hihi


Okay ini detailsnya . Korang tengok tarikh pergi bila? HAHAHAHA tahun lepas yukk. Baru nak update kihkih.. Harga tiket flight KOSONG adalah RM1230 bagi dua orang untuk travel selama 6hari5malam. (29/10/2017 - 03/11/2017) TAPI itu baru tiket flight kosong tau. Belum di add on dengan segala macam. hikhik. Jumlah add on adalah seperti berikut :

1) Makan dua orang pergi dan balik & Insurans perjalanan Air Asia RM310.00
2) Luggage 20kg untuk flight pergi (tapi kongsi dengan mila, sorang 10kg, so kene bayar RM51)
3) Luggage 40kg flight balik juga (tak cukup luggage haha) (kongsi dengan yaya 30kg, aku 10kg so kene bayar RM54)


Jangan tanya kenapa luggage balik aku sampai 50kg? HAHAHHAHA aku shopping terukk PLUS aku jadik Personal Shopper. Ianya sangat BERBALOIIIIIiiiiiiii...  NAK REPEAT PLSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

gigih berbaju raya diperantauan!! HAHHAHAHHA


Total add on segala mak nenek ni adalah RM415.00, so dengan ini, harga tiket flight ke Perth adalah sebanyak Tiket Flight kosong RM1230.00 + Add on RM415.00 = RM1645.00, makanya seorang adalah RM822.50, ni kira all in lah ni. Haaaa murah ke mahal? Bagi aku murah jugaaa tak sampai seribukkk dah boleh pergi Perth. Kos Flight All in. hmmmm .. So sesiapa yang cadang nak ke Perth, dah boleh menabung , dengan kos aku ni, korang dah boleh buat anggaran rasanya kan? Selamat Bercuti! Next entry ya? 



Kira kira ke Perth dua orang
29/10/2017 - 03/11/2017
Tiket Flight ALL IN dua orang RM1645.00
(insurans AA + makan return flight + 10kg flight pergi + 50kg flight balik)

5 comments:

  1. ok la tu harga tak sampai 1k lepas add-ons segala
    tiket airasia skang dah tak murah mcm dulu kan ... sedih tul

    ReplyDelete
  2. harga kira murah lah nih
    wahhh bestnya dah dapat ker Perth

    ReplyDelete
  3. rindunya perth ida cepat update lagi hahaha...

    ReplyDelete
  4. Ble x wassap sy 0126169321.nk tya detail

    ReplyDelete
  5. Ble x wassap sy 0126169321.nk tya detail

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page