Monday, March 12, 2018

Harga Tiket Flight ke Hong Kong & Macau | 8th Anniversary

Yeayy mari kita bersiaran untuk Travelog Anniversary 8th Anniversary yeayyyyy! Kemana kita kali ini? Allahuuuu tersangatttlahh dramatiknyaaaaaa percutian kali ni. Last minit booking uolsss. Gara-gara laki aku takmo pergi HAHHAHAHA Adoii laaaaa. Mana boleh gini bang, ini acara tahunan kihkihkih ~ setelah dipujuk, akhirnya laki aku mengalah dan dalam masa dua minggu cadang nak fly, aku baru boooooooking segalaaaa mak nenek yang perlu dibooking. Dan harga? Opkos terlajakkk MAHAL. geram betul aku . haishh sabar jelaaaaaaaaaa

#ItsIdaAndi8thAnniversary #KeHongKongKeKita hihi

Percutian ke Hong Kong & Macau untuk 8th Anniversary kitaorang yeayyyy!! Tak pernah ada dalam list aku akan ke HK. yelaa ramai cakap, buat apa pergi sana, mahal! tak da apa! Macau? itu tempat orang berjudi, buat apa pergi?? HAHHAHAHAH jawapan aku "sajaaaaaaaaaaaaaa.. itu je aku mampu pergi kihkih untuk planning last minit gini" HAHAHAHHHAA cadang dalam kepala hotak aku nak pergi Maldives muahahhahha tapi mahal yakampun... nenanti pergi laaa, simpan duit dulu .... 

memang setiap kali anniversary, aku suka pakai inai. alaa beli inai instant jek. picit2 dekat jari settle. HHAHAHHAHA korang nak beli inai beli dekat Mila : 012-253 1649 ya? 


Memula sekali, bila aku dah muktamadkan nak pergi ke HK, aku cari dulu tiket murah, ehhh dah tak berapa murah laa sebab last minit, cibaii HAHHAHAHHAH. Tapi disebabkan nak murah juga, aku korbankan points Air Asia aku. aku redeeeeeeemmm semuanyaaaa. sedih gilaa. penat aku simpan, dekat 30k points aku sobssssss....

Ini harga tiket aku dari KL-Hong Kong. Haaa aku beli asing sebab aku nak balik dari Macau hehe. Takkan dari Macau aku nak berpatah balik ke Hong Kong semula kan? So aku kene beli tiket asing... Harga tiket flight dari KL-Hong Kong untuk dua orang RM426.27 , harga dah termasuk luggage 20kg dan makan dua orang.... Kiranya seorang jadi RM213.14, yakampunnnn mahalnya!!!!! Selalunyaaaa RM200++ ni dah boleh include harga return tau. pembaziran betul laaaa. Korang jangan ikut perangai aku beli tiket last minit okay? Rancang awal awal percutian korang..This time memang aku terbabas. aduhh sedihhh..my moneyyyy huuuu ~


Okay ini harga tiket flight dari Macau-KL pulak. 1,408.18 MOP. Apa tu mop? Mop lantai ke? HAHAHHAHAHHA taklahh korang MOP tu mata wang Macau. Macanese Pataca (MOP). So bila dah convert ke RM, total harga tiket flight aku dari Macau-KL, RM681.91. Harga termasuk luggage 30kg dan makan setiap sorang. Kiranya seorang adalah RM340.96. MAHALNYA!!! huwarghhhhh taknak kupas dengan lebih lanjut, mak sedihhh nakkkk .... ;(

dua keping yang berharga RM1k++ , #matilahnakkkkk




Tapi tak pelah, kitaorang enjoy je Percutian ke Hong Kong & Macau yang berlangsung selama 5hari4malam. Aku habiskan masa 3malam di Hong Kong dan satu malam sahaja di Macau. Percutian  kitaorang ke Hong Kong & Macau pada musim sejuk. Disebabkan aku suntuk sangatt nak buat research, aku mengganggap musim sejuk di Hong Kong tak berapa nak sejuk, sebab HK tak da salji. Google pun cakap sejuk ala ala peti ais jekkk. So aku tak berapa nak prepare baju lahh kan..... SEKALI sampai sana, HAMBIK kau! SEJUK GILAAAAAAAAAAAAA weiiii. Tertipu aku dengan google. patutnya aku baca banyakkkk travelog blog kihkih tak sempat kan.... Suhu bawah 10darjahh weii. matilahhh nakkkkk..... tak memasal kat sana kitaorang beli baju sejuk muahhahahahha #alasanshopping phuiii kihkih

Ok bersambung ya?


Kira Kira (Percutian ke Hong Kong & Macau - 2orang)
Tiket Flight KL-HK RM426.27
Tiket Flight Macau-KL RM681.91
Total RM1,108.18

1 comment:

  1. nak tanya, sis memang update harga TIKET flight je ke, yg entry lain mana sis. HAHAHAAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page