Monday, January 8, 2018

Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bersama NGO



Korang ingat tak dulu aku pernah dijemput untuk Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard, yang mana kalau korang terlupa, ianya adalah satu kerjasama dimana Managepay Systems Berhad (Kumpulan Mpay) meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam misinya yang ingin melebarkan ekonomi digital bagi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.. KLIK SINI untuk Entry yang lepas ;)) So, kali ini sekali lagi aku dijemput oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang mana turut menjemput kesemua NGO yang berminat untuk bekerjasama menyemarakkan lagi semangat Negaraku melalui penganjuran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. ;))

 Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bersama NGO


Untuk pengetahuan semua, Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard dijangka akan dapat mengumpul 200ribu Pengguna Kad dari kalangan Ahli-ahli NGO yang menetap di Lembah Klang. Pengasas KSP, Dr Mohd Zamri Noordin berkata "Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard akan secara konsisten diperkenalkan di seluruh negara yang mana akan dimulakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan terlebih dahulu dengan kerjasama NGO dan pemimpin masyarakat untuk memastikan Rakyat khususnya Ahli-ahli NGO memahami hasrat Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard  ini."


"Sokongan ahli-ahli NGO adalah keutamaan dalam memastikan pihak kerajaan akan dapat memberikan pertimbangan terbaik khususnya dalam permohonan dana untuk membiayai yuran pendaftaran setiap peserta program ini"


Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Datuk Chew Chee Seng berkata produk yang disediakan amat berbeza dengan kad diskaun yang ada sebelum ini. Kad ini dianggap sara hidup digital yang memberikan peluang kepada semua pengguna kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan yang disediakan dengan harga lebih jimat. Ia bukan sahaja untuk membeli produk dengan murah, tetapi masyarakat boleh berbelanja dalam kehidupan sosial seperti pembelian secara online, menonton wayang, berhibur bersama keluarga di taman tema, pindahan wang dan sebagainya. Yang lebih menarik ialah, MPay akan sentiasa menawarkan secara bulanan penjimatan bagi produk-produk terpilih dan bersesuaian dengan Pengguna Kad. 

 produk-produk yang bakal bekerjasama ;))


Untuk makluman semua, Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ini bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang tahun ini, 2018. 


Untuk maklumat lanjut ;
Ketua Kelab KSP : Pn Farah Farina Abd Razak 017-392 1711
Unit Media KSP : Metts Mohd Noor 019-3660168
Email : mediaksp@gmail.com
Website : www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad
Ms Tan Chia Wei 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page