Monday, January 8, 2018

Karuna & Villas, Bolabog Beach, Boracay

Kalau korang baca entry lepas, mesti tahu, aku dah check out hotel di Station 2, dan akan menghabiskan saki baki honeymoon selama dua malam di Karuna & Villas, di area Bolabog Beach. Jarak antara Station 1 dengan Bolabog Beach agak jauh kalau korang nak jalan kaki jerrr, so nak tak nak korang kene naik tricyle. Tapi jangan risau, kebanyakkan hotel hotel di Bolabog Beach ni adalah yang tercantik dan termahal yang mana diaorang tahu kedudukan Bolabog Beach adalah jauh dari tumpuan menariks di Station 1,2,3, so hotel hotel diaorang ada menyediakan Free Shuttle untuk ke Station 2. yeayyy! jimat duittt ! HAHHAHAA yelaaa dah bayar memahal ni hotel ni kan, kiranya ini adalah salah satu fasiliti yang disediakan. gituewww ;)) Tapi korang jangan salah faham, hotel aku pilih ni stil termurah dari yang termahal yang ada di Bolabog Beach ni . HAHHAHAHHA

Kat luar buruk gila pemandangan dia. Tapi once korang dah masuk ke pintu masuk dia, 
cantik!!!! bersih!!!  
Bilik aku yang belah bawah sekali. aduhhhh. tak menghadap laut lahh. salah beli bilik HAHHAHAHHAHAHAHA choiiii spoilll
ohh korang, inilah Free Shutter yang akan bawak korang ke Station 2. Ada waktu waktu tertentu, sila follow jika korang nak pergi ke sana okay?


Kenapa aku pilih Karuna & Villas? Sebab aku nak layan sunrise. Hotel ni memang berhadapan dengan pantai matahari naik. TAPI dua dua hari, aku bantai tido namati lepas subuh so aku tak dapat layan sunrise ponggggg HAHHAHAH sengal giler. . tu lahh sapa suruh tido balik lepas subuh, kang dah mendapat.. terasa rugi gilakkkk!

 kat sini lah patutnya kita boleh layan sunriseee.. tapi sapa suruh kau tido! nasib lah nakkk. so aku hanya mampu bermandi pooooooollll sahajaaaaa kihkih... 
Korang nak tahu tak? masa mandi pool, aku sorang sorang je, macam tak dak orang lain stay dekat hotel ni. HAHHAHHA ini pool aku yang punyaaa kihkih. sempat juga la aku berLIVE mandi pool. gigihhhh kann? hihihi


Tapi tak pela, jom layan Karuna & Villas. Mana tau korang teringin nak duduk di private beach, tak seserabot macam dekat Station 2, so korang boleh duduk disini, lebih tenang, aman damai, kurang orang.. dan layan pun superb tiptop! Tapi sumber makanan semuanya dekat Station 2 sana. HAHAHHA korang boleh je order dari hotel ini sendiri TAPI aku still meragui kehalalannya TAPI tak pe, aku kan bawak makanan dari Msia. So no hal bab makan kitaorang laki bini bila stay di hotel ini. hehe

 The Katil hihi
 Siap lengkap semua peralatan memasak okay! Tu yang aku boleh masakkk dalam bilik ni HHAHAHAHHAHAHA. 
 nampak tak bila bukak sliding door tu nampak pintu utama, tak syok kan?? patutnya nampak laut!!! aduhhhh salah book bilik. HAHHAHAHAHA dan uker~



 
kahkahkahkah!! laki aku sempat membasuhhh ko tahu takkk. aku balik Malasyia, semua baju aku dah siap cuci. terus kemas masuk dalam almarii jeeee.. bapakk bestt hotel ni . HAHHAHAHHA
 
HAPPY 7th Anniversary SAYANG
Aku bersama owner lelaki dan pasangan kekasihnya. hihii

Untuk dua malam ni Karuna & Villas, Balabog Beach, aku bayar RM568.70. Kiranya satu malam adalah RM284.35. Haaa mahal la kan? HAHHAHAHA tapi sokay la nk habiskan cuti cuti terakhir. nk tilam empukkk sikit hihi. TAPI sayang, bilik aku order ni tersalah order sebabnya aku nak bilik yang menghadap laut. Salah tekan daaaa. Sudahnya aku dapat bilik menghadap pintu depan. Manyak TAK SYOK!. Aduhh rugi rugiikkkkk ;(( eh ehh macam tak sangka dah nak habiss travelog boracay aku. lagi dua episod ke last episod ke habis laaa. yeayyyyy! tak sabar nak masuk travelog perth pulekk hihihi~




Kira kira
Dua malam di Karuna & Villa, RM568.70

Total RM568.70

Travelog Boracay 2017 :

1 comment:

  1. BERDEBAR la kita wak baca blog awak ni bila nak masuk percutian ke perth hahaha...

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page