Saturday, December 2, 2017

Renovation Kitchen Cabinet? Survey Harga Kitchen Cabinet? Jemput datang ke Showroom Intech Kitchen di Semenyih

Kitchen Cabinet dari Intech Kitchen 

Harga Kitchen Cabinet?
Serius. Kalau aku ada rumah sekarang ni ataupun bakal ada rumah tak lama lagi, benda yang paling aku fikir sekali selepas jejakkan kaki ke rumah baru adalah aku nak pasang Kitchen Cabinet. Itu bukan kehendak tapi keperluan. Aku tak boleh tengok dapur serabut dengan pinggan mangkuk terletak atas table top ke, dekat rak besi ke, memang spesis aku macam tu. Semua benda aku suka sorok dalam kitchen cabinet.. Korang jangan kecam aku. HAHAHAHA so, makanya dengan itu, aku seboleh boleh akan mengumpul duit untuk memasang Kitchen Kabinet yeayyyy !!! walaupun aku bukan kaki memasak haha

ohhehmmgeeeee.. idaman kalbuuuu akuu


Kos Renovation Kitchen Cabinet??
Haaaa itu lah kuasa survey dan survey. Nak melabur untuk sesuatu yang besar, korang jangan main rembat je tau, korang kene lah survey. Macam aku. Rumah tak dak lagi. Tapi aku dah start berangan nak ada kitchen cabinet sendiri dan mula menyimpan sebab aku tahu, kitchen cabinet bukan murah yaaa kawan-kawan.. Aku taknak yang murah sangat tapi aku tak nak juga yang mahal. aku nak yang sedang elok harga dia sebab yang penting kualiti kitchen kabinet tu sendiri. hehe~ So mari kita survey dan start kumpul duit dulu ! So, baru-baru ini, aku dah mula pergi Showroom Kitchen.. aku google je mana mana showroom yang paling hampir dengan area kawasan rumah aku sekarang ni. Dan google suggest aku pergi ke Showroom Intech Kitchen di Semenyih. Semenyih dengan Cheras dalam 20min dah sampai. Okay, jom pergi bangggg... sajaaa cuci mata tengok Kitchen Cabinet pleaseeeeeeee ;p



Showroom Intech Kitchen di Semenyih 
Untuk pengetahuan korang, Intech Kitchen ditubuhkan pada tahun 2005, Intech Kitchen Sdn Bhd (dahulunya dikenali dengan nama Artak Kitchen Design) adalah syarikat yang dikendalikan oleh keluarga yang pakar dalam rekabentuk, pembuatan dan pemasangan kabinet dapur berkualiti tinggi dan almari pakaian.. Khidmat servis Intech Kitchen adalah secara menyeluruh, satu Malaysia ye. Hebat kan? 


Bila sampai di Showroom Intech Kitchen hari tu, terkesima aku tengok contoh-contoh dapur yang ada.. dah mula berangan dah aku ni.. hikhikhik Korang tak perlu rasa takut kalau nak pergi showroom Intech Kitchen ni tau, sebabnya tak semestinya korang WAJIB terima servis diaorang, tak apa, jika korang nak survey dulu. Staff Intech Kitchen tak makan orang, malah diaorang akan layan dan terangkan secara details setiap produk diaorang supaya kita faham kenapa bagaimana mengapakah harga setiap produk itu berbeza-beza okay? sesambil korang dengar penerangan dari staff Intech Kitchen, korang disediakan air kotak/botol sebagai welcome drink. gitueww











Itu semua contoh-contoh keadaan kitchen dapur yang dibuat oleh Intech Kitchen. Cantik kan?????Korang cuma perlu bagi je lakaran floor dapur korang dan staff Intech Kitchen akan lakarkan kitchen cabinet yang sesuai untuk ruang dapur korang, dan jangan segan silu bagitahu je berapa bajet korang untuk renovation dapur, dan yaa, sekali lagi staff Intech Kitchen akan memberikan korang quoatiton kitchen cabinet secara PERCUMA mengikut bajet korang . Okay? Selepas perbincangan, korang tak terus grab offer dari Intech Kitchen pun tak pa, balik bincang baik baik dulu dan datang dikemudian hari pun tak pe... Intech Kitchen tak marah. hihi Tapi rasanya jarang orang dah dengar penerangan dari A to Z, tak jadik ambil dengan Intech Kitchen. hehe.. Its up to youu ;))

Okay kalau korang pulak tak da masa nak pergi Showroom Intech Kitchen, tak apa, jangan sedih, korang call je staff Intech Kitchen, datang ajak ke rumah dan diaorang akan ukur sendiri keadaan dapur korang dan dekat situ juga diaorang akan lakar dan bagi quotation. Sekejap je diaorang buat kerja.. Even aku tak pernah buat lagi Kitchen Cabinet dengan Intech Kitchen tapi korang kenal tak bff aku sorang tu, nadia farahida? haaa rumah dia semuanya air tangan dari Intech Kitchen tau. Dan aku saksi depan mata semua cabinet dia cantik, kemas dan elok lagi, kitaorang lakik binik setiap minggu melepakk kot dekat rumah dia. HAHHAHAHHAHA dah macam rumah kedua aku dahh hikhikhik

contoh lakaran kitchen cabinet nadia yang dilakar oleh Jeff- Intech Kitchen, 10minit siap dilakar! amazing!

tadaaa siap!!! sama tak macam di lakar tadii??

 

korang boleh baca penuh kisah nadia mengubahsuai dapurnya di
dan nadia juga ada membuat TV Cabinet dan Mini Office, still menggunakan khidmat servis Intech Kitchen. Nah aku sertakan juga entry entry itu untuk korang baca , 



Sebelum aku pergi Showroon Intech Kitchen ni, aku ZERO pasal kitchen cabinet tau. Aku tau aku suka Kitchen Cabinet yang warna putih glasss shinning shinning jek hihi. Tapi selepas diterangkan oleh staff Intech Kitchen, ohh barulah aku tahu, banyakk pilihan material yang boleh digunakan. Ada pelbagai konsep yang boleh diketengahkan. Korang suka apa? Dapur ala tradisional? Ala moden kontemporari? Nak design yang macam mana? Jimat ruang? Sinki besar? Drawer bersegi? heyy serius macam-macam design korang boleh request dekat Intech Kitchen.. 

drawer tarik tarik ni memang sangat menjimatkan ruang. letak lah segala rempah ratus, kicap, sos cili. sesuaii sangat kan?? NICE
aku TERminat dengan hos paip style ni. aku syak mandikan anak pon boleh kat sini, nak basuh rambut pun boleh. HAHHAHHAHAHHA
korang tengok almari dia, setinggi aku? aku masuk dalam tu pun kompem, laki aku tak jumpa carik HAHHAHAHHA. ini sesuai letak stok stok makanan/peralatan membasuh macam mop/penyapu/baldi ke kan?
Aku akan pastikan, dapur aku nanti, ada almari macam ni! serius best sangat!!! memang menjimatkan ruang !!! nak letakkk stok maggie boleh. sardin boleh. stok stok makanan kering memang sesuaii!!!
ini pun memang wajib buat. drawer khas tuk segala pisau,sudip,sudu , semua lah. supaya memudahkan kita untuk mencarii bila tiba waktu memasak.... ecehh, macam masak? HAHAHA
pilihan lain untuk menyimpan barang di dalam drawer

bersegi segi style drawer yang dihasilkan oleh Intech Kitchen ni. Kreatif!

pilihan untuk menyimpan pinggan mangkuk. buat lah rak macam ni di dalam almari dapur korang.... jimat ruang jugaaaa. dan nampak kemas...
storage bawah siniki ni aku syak aku nak letak stok sabun pinggan. hihihi
Ohh ni lagi satu kreatif! Almari Kabinet jensi Roller Shutter. Korang just tarik ke atas. Pastu simpan lah stok makanan ke pinggan mangkuk ke. apa apa jelah. Tapi style Roller Shutter. NICE kan? Lain dari yang lain... Boleh la try satu almari nanti heeee~~

Oh ya, aku memang suka dapur yang ada table top gini. suka sangat! senang aku lepak main hp sambil tunggu masak air ke, menumis ke, HHAHHAHAHHA DAN yang paling besttt, aku syakk kitaorang laki binik makan terus lah dekat sinii, tak yah kotorkan meja makan. HAHHAHA alahh makan berdua je wakkkkkk.. hihi
korang nak request sinki besar gabak pon boleh? nak mandikan anak terus dalam ni pun boleh. HAHHAHAHHAHHAHA
tak habis habis aku main hos paip ni. ye ye tahuu awak sukaaaa. nanti kita buat gini yeekk. hikhikhik


Kalau aku? Aku suka dapur yang modern gitueww. Aku tak suka kayu kayu. dan paling aku suka kitchen cabinet warna putih. Walaupun aku tahu, suami aku mesti tak setuju dengan warna putih untuk pilihan warna dapur tapi heyy aku yang nak masakkk aku yang akan duduk lama dekat dapur, ikut kehendak sayaa plssssss hihi... Kitchen Cabinet ni banyak material dia. Semua berbeza dan harga pun berbeza yaaaa.. Dekat Showroom Intech Kitchen hari tu, ada 3G, 4G, Acrylic dan Nyatoh. Untuk pengetahuan korang, material dari Nyatoh ni paling MAHAL okay ! glup glup...

Patut mahal sebab cantik kan? Penggunaan Nyatoh ni menjadikkan dapur kita ala ala English Style kan?? Kalau korang ada bajet, why not cuba? lawa !


Aku diberitahu juga, material pintu yang selalu di supply oleh Intech Kitchen adalah terdiri daripada melamine, 3G Glass Door, Arcylic Door, 4G Glass Door, dan Solid Nyatoh Door. Material untuk table top pula adalah woodtop, concrete top, solid surface top, granite top dan quartz top. Korang kalau aku sebut macam ni kompem korang blur kan? Macam aku mula mula dulu TAPI tak pe, meh aku tunjuk tunjuk seketul seketul. 





Quartz top + 3G glass door
 Solid Nyatoh door with solid surface top.
Melamine door + Concrete top


Untuk pengetahuan korang juga, Intech Kitchen tidak tertumpu dalam menghasilkan Kitchen Cabinet je tau? Tapi mereka juga pakar dalam penghasilkan almari baju, TV Cabinet, dan segala almari yang terlibat dirumah hehe. Let say, korang tak berminat dengan Kitchen Cabinet? Korang nak mencari orang yang pakar dalam membuat Built In TV Cabinet? Rak Kasut? Bed Frame? Intech Kitchen jugalah orang yang korang WAJIB cari. ya? Mereka memang pakar dalam hal hal penghasilan ini. Meh aku bagi contoh..... 

 TV Cabinet
Stair Cabinet
 Almari Baju
 Bed Frame
 TV Cabinet
 Wardrobe
 Wardrobe
 Wardrobe
 Wardrobe
Tv cabinet

So pendek kata, Intech Kitchen mampu merealisasikan apa saja impian korang. Just bagitahu apa keinginan dan bajet. hehe. Untuk pengetahuan korang, Showroom Intech Kitchen ini hampir 7tahun di Semenyih TETAPI pengalaman mereka dalam bidang ini sudah hampir 15 tahun. No wonder, mereka mampu merealisasikan keinginan kita dengan bajet kita. Dont worry yaaaa.... Tak semestinya orang have have sahaja mampu, rakyat marhaen macam aku pun bolehh HAHHAHAHHAA

Dalam tempoh 15 tahun Intech Kitchen dalam bidang ini, dah banyak award yang diperolehinya.. Tapi yang paling terbaru adalah Anugerah dari SME & Entrepreneur Business Award dalam kategori Top Homegrown Potential Company. WOW !!! Bukan calang calang company lah Intech Kitchen ni kan?? Tahniah diucapkan kepada Intech Kitchen. Semoga terus maju dan maju ;))

 Anugerah anugerah yang diperolehinya
 Oktober 2017 - SME & Entrepreneur Business Award dalam kategori Top Homegrown Potential Company
Kenalkan ini, Jessica, Owner Intech Kitchen. Thank you Jess for having us. Semoga Intech Kitchen makin maju dan dikenali dalam bidang ini di masa akan datang. Jangan lupa i ye? Nanti beberapa tahun lagi, i datang buat kitchen cabinet tauuuu. hehhehehe ~



Pembayaran : CASH, ONLINE TRANSFER, INSTALLMENT CREDIT CARD


INFO Intech Kitchen :
Alamat Showroom : Intech Kitchen Sdn Bhd, 47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih
Business Hour : 10am-6pm
Contact Person : Jessica 012-667 0706 , Jeff 0126252528
Email : jessica@intechkitchen.com

Direction to Intech Kitchen;

1 comment:

  1. boleh la lepas ni ida buat.. tp no more travel hehehe..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page