Monday, December 4, 2017

Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard

Kumpulan Mpay Lancarkan Kerjasama Bersama Kelab Sahabat Persaudaraan Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard



Baru-baru ini, aku diberi peluang untuk hadir dalam satu majlis yang boleh dikatakan berjalan dengan lancarnya pada malam 28/11/2017 iaitu satu majlis dimana Managepay Systems Berhad (Kumpulan Mpay) meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam misinya yang ingin melebarkan ekonomi digital bagi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard..


Untuk pengetahuan semua, Kumpulan Mpay teleh memperkenalkan Wallet Mpay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan NegaraKu merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang mana telah mendapat surat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 yang lalu. 





Sebelum itu, sedikit penerangan mengenai Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang diterajui oleh Dr. Mohd Zamri Noordin. Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) ini adalah Organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan disokong oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dibentuk melalui gabungan golongan sukarelawan profesional yang bertujuan berkongsi idea dan kepakaran dalam melahirkan program kemasyarakatan berteraskan pendidikan dan kebajikan.


Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) di sidang media bersama Pengarah Urusan Kumpulan Mpay, Dato' Chew Cee Seng 

Menurut Dr. Mohd Zamri Noordin, melalui kerjasama dan perlantikan secara ekslusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius dalam melaksanakan Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital. Selain itu juga, kerjasama dengan Kumpulan Mpay  membolehkan Kerajaan, masyarakat termasuk ahli ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus.

Apa itu Mpay?
Buat korang yang tertanya tanya apakah itu Mpay? Okay meh nak cerita sedikit. Mpay merupakan penyedia kaedah bayaran elektronik 'end to end', penyelesaian FinTech dan penyedia untuk perkhidmatan untuk bank dan institusi kewangan, pedagang dengan institusi bank serta kewangan, pedagang dengan pengeluar kad dan operasi di seluruh negara. Selain tu juga, Mpay mengendalikan sistem pembayaran yang memudahkan pedagang atau peniaga untuk menerima kad kredit, debit, kad kesetiaan dan nilai simpanan.


"Program Mpay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil dan tambah nilai kad prabayar telefon, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah" sedikit ulasan dari Pengasas, CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan Mpay, Dato' Chew Cee Seng mengenai program ini.

Dato' Chew Cee Seng juga berkata ciri baharu ini juga bakal membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan yang mana bagi aku adalah satu tindakan yang bagus dan praktikal. Penghantaran siaran secara pesanan (broadcast messaging) juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain. Pendek kata, kita rakyat Malasyia akan lebih maju dengan era digital ini dalam tempoh masa panjang.


INFO lanjut mengenai ;
 Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard : http://www.kadnegaraku.com.my/
Kelab Sahabat Persaudaraan : www.sahabatpersaudaraan.my

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page