Monday, December 11, 2017

Percutian ke Boracay DAY 3

Hai bertemu kembali. Bulan depan dah nak masuk Anniversary yang ke8 TAPI travelog Anniversary ke7 ke Boracay belum habis lagi update HAHHAHAHHAHA matilahhh nakk.. maaf ya kawan-kawan, aku sibuk tahap dewa . pinjam sikit masa korang voley?? ;p Okay mari kita sambung Percutian ke Boracay Day 3. Apa aktiviti kita untuk DAY 3 ini? Untuk previous entry travelog boracay, korang boleh baca disini yaaaaaa...

pantai depan hotel kita wakkk.... cantiknya!

Okay untuk hari ketiga ini, aku terbangun awal sikit sebab bunyik bising. hey kacau lah orang nak tidur berasmara dana ni HAHHAHAHHAH. Bila jenguk ke luar jendela, ohhh hujan lebat rupanyaaaaa.. Lepas tu aku terfikir , ehh dah kalau hujan lebat ni, jadik ke tak Island Hopping aku? takkan kansel lagi kot? hukhuk.. Bila aku berwasap dengan Willy, memang betul, aktiviti Island Hopping dibatalkan dek kerana faktor cuaca hujan dan tunda keesokkan harinya. sobs sobs.. Dah tu apa aktiviti kita pada hari ni??? Aku cakap dekat hubby, kita round jela Boracay ni, dari Station 1 hingga 3. dari hujung sini ke hujung sanun. dan aktiviti hari ni adalah SHOPPING HAHHAHAHHAH

 


So, kitaorang gerak keluar dari hotel pukul 10am, lambat sikit sebab hujan kan? Kaki menuju ke Station 1. Cadangnya nak pergi ke Willy Rock di Station 1 sesambil minum Jonnah Milk Shake lagi yeayyy! orang tak berapa ramai di Jonnah. Jangan tak tahu, Josh belanja kitaorang Maggo Milk sorang satu yeayyy! dia serba salah sebab aktiviti Island Hopping kansel kihkih. Alamak, sapa Josh? Sapa Willy? Haaa itu sebab korang kene baca previous entry boracay aku. Tau? Malas nk citer banyak kali HAHAHHAHAHHA

Banana Milk. dapnya!

Kitaorang singgah Willy Rock sekejap je sebab ramai umat manusia sedang mengambil gambar. Aduhhhh semakkk kepala HAHHAHHAA. Tapi sempat lah dapat seketul dua gambar kenangan hikhikhik.. So selepas tu, kita round Station 2 pulak. Nak ke Dtalipapa untuk shopping yeayyy!!! Semalam kan aku cuci mata sahaja? Hari ni kita dah aim apa benda kita nak beli, so letssss goooooo



  Willy Rock - Station 1




Macam macam benda dijual di dekat Dtalipapa. Ada baju, keychain, FM, heyy macam macam lah. Banyak gila kedai. Dari Station 2 kitaorang jalan sampai hujung Station 3. Sakit gila kaki TAPI hati nak tahu dimanakah penghujungnya Boracay ini? hikhik, gigih nau.... Disepanjang jalan tu ada je kedai kedai untuk kita cuci mata dan cuci poket hihihi.... Dari satu satu kedai aku masuk hihihi. Tak silap aku masa ni dah tengah hari, matahari dah mencanak atas kepala, terus rasa nak makan aiskrim lahhhhhh. eeee mengaderrrnya! So patah balik ke Station 2, Dmall. Nak cari kedai Soft Aiskrim yang famous amous dekat Boracay ni. Disepanjang jalan, pemandangan indah jangan cakap. Tak habis habis mulut aku puji , cantiknyaa cantiknyaa view ini . MasyaALLAH...


 



  Laki aku ni pantang nampak barang dives, terus melekat. Ini dekat Station 3.


 

  ada pulak ChaTime kat sini. Tapi tak beli pun. Cuak HAHHAHHAA
 Saya Anak MALAYSIA


Vavi Panggang HAHHAHAHHAA

Jangan tak tahu, nak beli aiskrim pun kene amik nombor beraturrrr adoiiiyaiiii. HAHHAHAHA Yela tengah panas terikk, memang benda benda sejuk jadik tumpuan. Lepas makan aiskrim, aku nak jalan jalan lagi TAPI hubby penat pulak nak berehat dekat bilik, so kita balik bilik laaa.. Pukul 2.30pm masa ni . Dia nak rehat kejap, nanti petang aku nak ajak layan sunset pulekkk HAHHAHHAHAHHA

 



Area DMall

Dalam pukul 5pm, aku ajak laki aku pergi tepi pantai, lepak lepak minum air kelapa makan kopok sambil layan sunset. ALLAH haiii. .. sukanyaa suasana ni. Rileks aman damai. SUKA!!! Memang korang kalau nk datang layan sunset, memang kene datang awal cari port. Sebabnya ramai mat salleh dah pilih port, kalau lambat, habis laaaa port cantikk HAHAHHAHA.

 




 MasyaALLAH pemandangan dia. Tak terucap dengan kata kata

Lepas layan sunset, hubby tanya malam nak pegi mana? Aku jawab, shopping!!! HAHHAHAHA Medang je shopping tak habis habis kihkih. Sapa cakap pergi pulak tak habis duit ehh? Duit aku macam air je dekat sini kahkahkahkahhhh!!! Okay malam ni aku nak shopping di Bamboo Market pulak. Ini kawasan orang Muslim Boracay berniaga tau. TAPI aku konfius kenapa lagi mahal dari Dtalipapa? choiiii.. Ingatkan boleh dapat murahh tapi nan hado... ada sesetengah kedai je nak bagi aku murah. so sad HAHAHHAHA. Kat sini aku shopping FM lagi, Tote Beg dan tote beg dan tote beg. HAHHAHA tak tahu kenapaa aku suka tote beg walau kemana sahaja aku pergi. Kalau nak bagi sourvenir dekat orang pun aku suka bagi tote beg HAHHAHHAHA

ni lah pintu depan Bamboo Market. TAPI mahal jek. hmmm

Jam 9pm, aku nak sampai hotel . Kaki sakit jalan banyak siang tadi, so hari ni balik awal la . Aku jarang lepak tepi pantai malam malam sebab bila masuk malam hari, mat salleh semua akan mabuk mabuk tepi pantai lepak sampai ke pagi, aku takut HAHHAAHHAHA so mari kita lepak dalam bilik bersama suami tersayangg muhehehehheheh... sesambil dinner.. yummehh... okay dah panjang entry aku. next entry ya untuk Percutian ke Boracay Day 4 pulekkk ;)) see youuu...

Dinner dari Malaysia - Nasi, Berahim Ayam Kari + Sambal Ikan Bilis PEDAS HAHAHHA


Kira kira
Jonah Banana Milk Sebotol/100peso, beli dua botol (convert to RM = RM18.30)
Souvenir Dtalipapa - 55pcs FM 1050peso (convert to RM = RM96.10)
Souvenir Dtalipapa - Bikini Baby 270peso (convert to RM = RM24.70)
Soft Ice cream 120peso (convert to RM = RM11.00)
Air kelapa 85peso (convert to RM = RM7.80)
Souvenir Bamboo Market - 4pcs FM 200peso (convert to RM = RM18.30)
Souvenir Bamboo Market - 2pcs Beg Tote 200peso (convert to RM = RM18.30)
Souvenir Bamboo Market - Handbeg Boracay tuk emak 250peso (convert to RM = RM41.20)
Air tin 25peso (convert to RM = RM2.30)

Total RM238.00

Travelog Boracay 2017 :

4 comments:

  1. cantiknya pantai dia.. Air dia jernih giler... bestnya ida...

    ReplyDelete
  2. Inshaallah hujung tahun depan plan kesana

    ReplyDelete
  3. Lagiiii wakkkk lagiiiiiii :p rentaknya manaaaaaaaaa nakkkkk :p

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page