Decozyguesthouse,
The Moment Of Inspiration
De' CozyGuestHouse
Ara Damansara, Selangor
Yeayy dah mula cuti sekolah. yeayy! Sukalah budak budak, sebabnya , selalunya musim-musim cuti sekolah ni lah, ibu bapa akan bawak pergi bercuti yeayyyyy! Aku pun suka sangat musim cuti sekolah sebabnya, jalan pergi kerja TAK JEM. HAHAHAHAHA.. Okay, hari ni aku nak share kongsi dengan semua orang, terutamanya ibu bapa yang ada plan nak bawak anak anak pergi bercuti TAPI tak banyak budjet? mahupun kalau korang memerlukan percutian yang indah tanpa perlu keluar negara sekalipun? Haaaa dekat mana tuh???
Jom bercuti?
Dekat Ara Damansara, Selangor sahajaaaaaaaaaa korang!!! Minggu lepas, aku sempat ber-shortvacay di Decozyguesthouse, Homestay Luxury Condo. Okay, itu aku sesaja letak nama . Sebabnya bagi aku , bermalam di homestay Decozyguesthouse memang percutian mewah TAPI MURAH dan tidak perlu mengeluarkan budjet yang banyak. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak owner tersebut sememangnya lengkap serba serbi.. Dah macam check-in dekat hotel tapi bayar murah? sapa tak mau? hihi
Aku check-in satu malam di Decozyguesthouse, senang sangat berurusan dengan owner guesthouse ni. Lepas korang booking dan dah sampai di kawasan guesthouse, owner akan bagi korang kad acses untuk ke rumah. Ciri-ciri keselamatan pihak Condo sangatlah TIP TOP okay! Nak pergi kemana-mana ada sahaja pintu yang memerlukan korang touch kad acess. Bagus kan? Sangat menitikberatkan aspek keselamatan. So tak perlu risau orang luar yang TAK dikenali di dalam kawasan condo. .
Nak naik lift pun kene ada kad acsess. Touch then baru tekan tingkat berapa, okay?
Masuk masuk je rumah, aku terus WOW Cantiknya DEKO! Untuk pengetahuan korang, owner guesthouse ni lelaki dan dialah yang bertanggungjawab untuk mendeko guesthousenya. Allahuuu, cantik sangatt! Kreatiff sangatt orangnya. Aku ingatkan, owner upah orang ke? isteri tolong deko ke? rupanya owner sendiri yang mendeko nya.... Good Job! Jom aku bawak round satu rumah. .
Aku suka sangat Decozyguesthouse ni kenapa tau? Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh owner guesthouse tersangatlah LENGKAP serba serbi. Korang nak apa? Semua ada.. Ada dapur yang boleh kita memasak siap dengan peralatan, ada peti ais, ada mesin basuh, dryer, TV siap pakej ASTRO, rumah yang fully aircond, ada disediakan tuala, toiletries, tilam extra, dan paling BEST adalah, WIFI FREE yang lajuuuuuuuuuuuuuuuu!! Aku siap boleh tengok movie korea hikhikhik..
The View - setiap kali buka pintu utama
Living Room
Simple But Nice kan?
Bedroom
Iron, Tuala, Selimut Extra dan Tilam Exta disediakan
Haii dapur. Nice. White Kitchen idaman kalbu aku. hukhuk
Toilet. Syampu dan Shower Gel disediakan
Aku suka sangat Decozyguesthouse ni kenapa tau? Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh owner guesthouse tersangatlah LENGKAP serba serbi. Korang nak apa? Semua ada.. Ada dapur yang boleh kita memasak siap dengan peralatan, ada peti ais, ada mesin basuh, dryer, TV siap pakej ASTRO, rumah yang fully aircond, ada disediakan tuala, toiletries, tilam extra, dan paling BEST adalah, WIFI FREE yang lajuuuuuuuuuuuuuuuu!! Aku siap boleh tengok movie korea hikhikhik..
Peralatan memasak lengkap juga. Ada Blender, Kettle, Peti ais, Microwave dan Periuk Nasi.
Ada mesin basuh dan dryer. Rumah kita pun tak de dryer wakkkk. Gigih kita bawak sebakul baju untuk dikeringkan hikhik. Best!!!!!
Kemudahan yang disediakan, Hotel pun kalah kan? Itu sebab aku panggil guesthouse ni, Guesthouse Luxury Condo yang Lengkap untuk Sekeluarga Bercuti. hikhik. Semua ada babeee. Dah macam sebijik rumah yang lengkap. Untuk apa hotel? No need lahhhh.. huuu~ Hotel mana boleh bawak sekampung duduk? Guesthouse ni boleh okay! Owner baik hati siap sedia dua ketul tilam extra lagiiiiiii ... Memang sesuai sangat, satu keluarga bercuti , berkumpul beramai-ramai.. Korang tahu tak bukan itu sahaja, pool condo ni pun aku kategorikan sebagai TERBAIK! Kemain panjang besar kawasan pool dia. Serius memang berbaloiii datang lepaking dekat sini. Memang happy! Bukan itu sahaja, banyak lagi kemudahan yang disediakan seperti kedai runcit, gym, pool dan dewan serbaguna yang boleh kita gunakan..
Amazing Pool
Kalau korang larat, swim lah dari hujung sana ke hujung sini. HAHHAHA panjang gila pool diaaaaaaaa... swimmer suka lah ni!
Pool for kids. Bestnya. Siap ada gelongsorrrrrrr..
Agak agak korang, anak anak korang suka takk?
Rules Pool : WAJIB pakai Swimming Suit tau. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Kang kene halau dek pak guard, aku tak tahu hahhahaa. So datang check in sini bawak swimming suit yee koranggg hehehe ;))
The GYM
Kedai Runcit
Jangan buang sampah merata rata sebabnya, sampah pun ada biliknya tersendiri. See, betapa bersihnyaaaaaaaa kawasan GuestHouse ini.
TAPI, tidak semestinya keluarga je boleh bercuti di Decozyguesthouse ni, untuk bersantai dengan pasangan ataupun rakan-rakan meraikan sesuatu seperti birthday? anniversary? baby shower? apa apa saja event pun bolehhh.... haaaa aku syorkan jugakkkk. Sebabnya, owner juga sediakan perkhidmatan 'Suprise Planning'. Haaaa best kan? Korang check-in guesthouse then book suprise decoration untuk anniversary or birthday pasangan tersayang, or family members, or rakan rakan, ya ampun.......... terharunya!! SERIUS! Jujur aku cakap, belum pernah lagi aku jumpa perkhidmatan suprise planning guesthouse ni. Ini yang pertama kali rasanya. GOOD JOB! So, percutian korang kira 2in1. gituewww
Sesiapa yang berminat nk booking Homestay/Guesthouse Lengkap dan Murah di Damansara, Decozyguesthouse ni, boleh lah contact dengan owner di bawah dan segala details info aku dah sertakan.
S E L A M A T B E R C U T I semua!
S E L A M A T B E R C U T I semua!
Video DeCozyGuesthouse untuk tatapan anda semuaa.
cewahhh hihi
Kenalkan, ini lah owner Decozyguesthouse ini, En Zuhaili. yang sebelah tu, tak yah kenalkan lah itu aku punya HAHHAHAHHA
INFO ;
Untuk booking, ANY INQUIRIES:-
NO TEL : 019-282 1582 / 011-3908 0407
AIRBNB : www.airbnb.com/rooms/21422409
INSTAGRAM : @decozyguesthouse
FACEBOOK : decozyguesthouse
HARGA :
RM140/weekday
RM170/weekend & Public Holiday
Read More ->>