Thursday, October 5, 2017

Percutian ke Boracay DAY 2

Hallu korang...... moh la kita sambung balik setelah beberapa bulan stuck dalam meng-update tentang Percutian ke Boracay Januari 2017. Hari ni kita masuk hari kedua ya? Hari kedua barulah hari beraktiviti. Hari pertama hanyalah perjalanan sahajaaaaaa. aduhh. Korang boleh baca di previous entry yaaaa?

Mabuhay Boracay!

Hari kedua, 24hb Januari 2017, seawal pukul 8am, aku dah bangun. Nak siap siapkan sarapan pagi iaitu maggi PAMA dan milo panas HAHHAHHAA beginilah untuk alas perut, kang tengah hari kita makan nasik okay? itu pun aku masak jugak dalam bilik. muahahahha jimatttt sebab aku was was juga dengan makan dekat Boracay ni huhu. That why lahhhh aku memilih untuk memasak sahaja  TAPI simple simple jeeee ;)) sebab bercuti kan, buat apa susah susah diri untuk memasak bagai macam dirumah kihkihkih

selamat pagi 

Sepatutnya hari ni kitaorang ada aktviti Island Hopping TAPI Josh bagitahu, laut ada gelora, so macam berbahaya sikit kalau nk teruskan aktiviti ni. Kitaorang okay je. So proceed dengan aktiviti lain iaitu Aktiviti Zipline dan Go Cart.. Makanya, kita akan menjadik superman hari ni yeayyyyyyyyyyyyyy!! TAPI TAKUT !!! HAHHAHAHHAHA . Tepat jam 930am, Willy a.k.a peneman kita pada hari ini, terus bawak kitaorang ke tempat untuk membuat zipline. . Dari Malaysia lagi, aku dah aim nak main menatang gilaaaa ni. HAHHAHA tapi hubby? Aku puas gak laa pujukk. Laki aku tu, gayat sikit pada ketinggian. HAHHAHHAA Korang tau tak Zipline tu macam mana? Badan kita akan diikat pada tali yang meluncur dari point sini ke sana, dalam jarak berapa aku pun tak tahu, dalam kalau meluncur tu dalam 3minit je dah sampai. LAJU OK! Yang buat kita seram tu adalah, kita akan meluncur dalam keadaan kita meniarap, so dengan kata lain, kita akan TERBANG!!!! Tu yang aku panggil SUPERMAN. HAHHAHAHHAHAH.

 pintu masuk 
 masa ni rileks jeeee. siap posing ehh. siap kau nanti HAHHAHAHHAHA
 nampak tak laut dekat belakang tu? siyes lawa sangatttttt
 ecehh senyum yekk. siap siap dua ketul ni. 
 okay time ni abang abang ni dah mula start pakaikan aku vest ni haaa. tapi aku sibuk dok mensetting gopro. nak record video HAHHHAHHAA. aku ada kongsikan di IG aku . Follow @idabaharum tau? aku sedang giat upload gambar throwback hikhikhik

 huwarghhhhhhh time ni dah meniarap macam superman weii.. !! nak terbang daaa aku. amagad !!!!
 ONE TWO THREEE GOoooooooooooooooooooo!
 huwarghhhh dah terbang!! laju ok!!!! HAHHAHA gilerrrrrrrrrrrrr! korang rasa korang berani tak main aktiviti zipline ni?? HAHHAHAHHHA. 
tapi kalau diberi peluang lagi sekali, aku nak naik lagi. sebab BEST!!!!!

Mula mula naik tu memang TAKUT . Pastu sumpah seranah apesal la aku pergi main menatang gila ni?? Tapi bila sedang terbang tu , eh eh seronok pulakkk........ aku jerit sampai pecah suara. HAHHAHAHHAHAHHA . Kejap je kita terbang tu. TAPI best weiii sebab kita terbang melintasi hutan dan laut.. Kiri kanan nampak laut nampak hutan. heyy cantikkkkkkkkkkk. Macam ni kah perasaan jadik burung? Terbang di awan biru? kihkihkih. Lepas dah sampai ke seberang sana, kita akan pulang ke tempat asal dengan menaiki Cable Car Open Air. HAHHAHAHA tempat yang sama beza ko duduk dalam cable car je. Kadang kadang sedang ko naik tu, ko dengar la orang jerit terbang naik zipline tu. HAHHAHAHAHA sebelah sebelah jeeee.....

 dekat sini kita kan naik cable car tuh. untuk balik ke seberang sanaaaaa
 cable car ni xde penutup ya. open macam tu je. HAHHAHA gilerrr betul laaa. hanya pakai tali pinggang yang disangkut dekat hujung gituew jeee kihkihkih
 dan akhirnya cable car mulai gerak dan ini view yang korang nampakk. CANTIK KAN!!!


 tips : jangan tengok bawah selalu nanti korang gayat dan gerun. just layan view hutan dan laut sahajaaa okay? dan selebihnyaa enjoy selfie HAHHAHAHAHHA






Selepas aktiviti Zipline, kita ke aktiviti lain pulak iaitu ATV. Tapi kitaorang tak naik ATV, kitaorang naik Buggy Car. Beza ATV kene naik sorang sorang, kene bawak sendiri. Kalau Buggy Car, boleh naik satu couple. gituewww. Korang fikir gini je, ATV=Motor, Buggy=Kereta . gituew. Okay? So motiff aku naik buggy adalah kerana aku malas nk handle ATV, dan aku dah selalu naik ATV, dan aku nak happy happy tangkap gambar jeeee dalam buggy nanti HAHHAHAHAHHAHA Sebab laki aku yang akan drive nanti mihmih. Bijak takkk? Sebab kalau dah dua dua orang handle ATV memasing, sapa aku nak suruh tangkapkan gambar?? Willy pun naik ATV sendiri jugaa hikhikhik

 kat sini la tempat main buggy car segala tuh. Willy yang bawakkan. Jangan tanya aku dekat belah mana okay? sebab once korang dah bayar dia, dia akan uruskan segala-galanya. korang just ikut dan enjoy main aktiviti jekkkk. hehe
 Our Buggy Car yeayyyy!!!
are you ready bebeh?

Kitaorang naik buggy car menuju ke Mount Luho. Ada apa situ? Ada 360darjah view dari atas puncak Mount Luho tuh. Tapi jalan menuju ke Mount Luho agak mencabar tapi aku rileks je, laki aku yang drive, aku tukang tangkap gambar dan buat video jekkk. hihi. go saiyangg gooooooo ;p



 ewwahh ewahh , silang panggung nampakkk? HAHHAHAHHAHHA
 serius, aku suka lagi naik buggy dari ATV sebab aku leh enjoyy macam ni HHAHHAHAH

 tapi tu lah, jangan tak pakai cermin mata sebab habuk merata rata. habis mata aku HAHHAHAHA, selepas tu, baru aku pakai spek. huhu


Sampai kat Mount Luho, berabis tangkap gambar , okay lah nice jugakkk view dekat sana. Ada ditawarkan servis tangkap gambar, tapi aku tak beli . Ada Willy tangkapkan, buat apa nak beli? hikhik.

 entrance ini kena bayar tau. bukan free HAHAHAHHA adoii. 
dalam rm11 gitueww
 anyonyonyoooo bagi chance sikit laaaa hihi
 okay, ini dah sampai dekat atas puncak tu. naik tangga je . tapi mengahh haiihhh. tapi VIEW? MasyaALLAH. Cantik sungguh! Angin kuat! BESTTT !


 motif nyorok belakang bini debab dah kenapa bang??? cisss
LUV YOU

So lepas habis round, kitaorang teruskan perjalanan pulang semula ke tempat aktiviti seterusnya iaitu Go Cart. Suka pulak kan aku nak main go cart panas panas ni? Jadik laaa dari tak de apa aktiviti kihkih.

 park at your own risk. HAHHAHHHAA
 sempat jugaaa. nama dia alweena. hihihi. 
suka sangat ? hmmmm hihi

Masa kitaorang sampai dekat tempat main Go Cart tu tepat jam 12 tengah hari. Memang tengah panas. HAHAHHAHHA dan tak da siapa pun tengah main. Hanyalah kami berdua. Ini track, kami yang punyaaaaaaaaaaaaa HAHAHHAHHAHA. Mula mula diaorang bagi taklimat, pilih helmet dan bagitahu ada 5laps yang perlu dihabiskan. Aku pun, alaaaaaaaaaa lima je ke? Bagilah lebih, TAPI lepas dah bawak go cart tu, tiga laps aku dah mengahhhh HAHAHHAHAHHA. Sebab track dia boleh tahan jauhhhhhhhh dan panjang bukan itu sahaja siap berliku liku masuk hutan sikit eh eh ehhhh.. penat laaaaaaa nak habiskan lima lasp ni HAHHAHAHAHHA rasakan . padan muka. dengan panas ya ampun.................. last last aku bawak slow n steady ajelaa. memula tu racing jugaa dengan laki aku. last last malas layan dia.. baik aku selfie sambil drive HAHAHHAHAHAHAH

 panasnyaaaaaa hahhaa kerja gila sangat pergi tadah muka HAHHAHHAHA
 tapi okay lah aktviti ni. for fun. HAHAHHAHAH. 


 yang seronoknya, track ini kami yang punya!! HAHAHHAHA mana ada orang lain ride go cart masa tuh. panas kottt HAHHAHAHHAHA

 oh ya, ini Willy. kemain dia selfie hp aku. HAHHAHAHHAHAH.
gituew... 

Sesudah habis main aktviti untuk setengah hari ini, marilah kita pulang ke hotel dan masakk. Lapar haihhh. Apa menu kita? Hanyalah sardin dan sambal ikan bilis. Sedap ohhhhh. Dua kombinasi yang tak pernah lupa kalau nak pergi travel. hikhikhik. Selepas makan, rehat sekejap. Willy janji nak pick up pukul 5pm untuk aktiviti seterusnyaaaaaaaa.

its so yummy . licin laki aku makan hehe. #happywife

Aktiviti kita seterusnya adalah Sunset Sailing. Haaaa ini pun aku aim nak buat.. Apa itu Sunset Sailing? Kita duduk atas kapal layarrrrr dan sambil mengejar dimanakah sunset. Dan time kita berada berhampiran dengan sunset, mohon rakamkan kenangan itu. Tersangattt lah indahnyaaaaa ciptaan ALLAH SWT. Yang paling best adalah, bila kapal layar tu dok lajuu meluncur perghhhhhhh nyamannyaaaaaaaaaaaaaaaa. Abg abg filipino ni memang pandai mengawal kapal layar tu. BEST! Aktiviti ni adalah dalam 10min je. Bebetul dilakukan waktu sunset. Satu kapal layar boleh naik empat orang............. kitaorang share dengan perempuan korea gitueww. anyeongggg HHAHAHHAHA

 masa nak naik cruise tuh. wahh kemain aku panggil cruise. hikhik. kapal layar jelaaaa... 
 tertongeng tonggeng nak naik HAHHAHHAHA mana ada tangga bagai , pandai pandai la ko naik yekkk HAHHAHAHAHHA 
 SUNSET sedang memunculkan diri, ayuh kita kejarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
 masa ni tengah belayarrrr. angin kuat! bapakkkkkkkkk BEST! serius!! korang WAJIB cuba aktivit ni okay???? 





 dan semakin menghampiri sunset. hihi. sekejap je. then pusing balik ke darat . aduhhhhhhhhhhhhhh. ingatkan dia stay lama sikit ke kan? HAHAHHAHAHHA



Lepas dah habis aktiviti Sunset tu, kitaorang jalan kaki di tepi tepi pantai tu. happening sungguh di petang hari.......... macam-macam gelagat orang. macam macam aktiviti dijalankan, kitaorang nak pergi ke Station 1. Nak minum Jonah Milkshake yang dikatakan sedap kebabommm oleh semua bloggers tuhh. Disepanjang tepi pantai, aku perasan, banyak budak budak filipine dok ralit buat ukiran pasir. Aku pun gedik gedik tanya berapa kalau nk mintak ukir nama aku? MUAHHAHAHHA. OHh murah sajaaaa. 100peso! Ok deal. Sila lukis sekarang hikhik. Cepat laju tangkas diaorang buat. yelaaa kan, dah hari hari. gigih! Selepas siap, aku snap pic sana sini, dan ini moment paling BEST, aku nak robohkannn ukiran pasir tuh HAHHHHAA. lepas lukis pastu roboh? Apakahh? Membazir sahajaaaa. mihmih.

 haruslah posing posing dulu . sunset lawa haih kat belakang HAHHAHAHHA

 gambar ni , willy tangkapkan. nice shoot Willy. TQ
 ayuh jump!!!
 Sunset Boracay 2017


 haaa ukiran pasir ni laa.. cantik!! patutnyaaaa tarikh tu 30/1/2017. Baru lah annivesary hehehe


HAPPY 7th YEARS ANNIVERSARY IDA & ANDI
BORACAY 2017

Sampai dekat Jonah tu, mak aii punyalah ramaiiiiiiiiiiiiiiii. Tapi jangan risau order cepat je. Cumanya aku nk lepak dekat situ tak boleh sebab penuh. So tapau lah kita, dan moh la pulang ke hotel semula. Kali ni tak lalu dekat tepi pantai da, kitaorang jalan di celah celah kedai. HAaaaaa mahu cuci mataaa dan cuci poket muahahhahahahhaha ;p. Apa ni apa ni? Baru hari kedua dah shopping? mihmihmih..

 Jonah ni sentiasa penuhhh dengan orang. haih. TAPI sayang, aku minum tak se feel lah malam malam hari. kene jugaa minum waktu panas panas. baru ngam! HAHHA esok kita minum lagi okayyyyyyyy muhahahahhaa
 nahh harga jonahhhh 
 Shopping di Dtalipapa




 dekat Boracay ni tak boleh merokok di merata rata tempat okay. WAJIB merokok di pokok kelapa yang ada botol macam ni je tau. Putung rokok korang kene buang dalam botol tu. Tak boleh buang di pasir. SAMAN !!!!
 the vavi HHAHAHAHAHHAHA
I LOVE TOTE BEG 


Tempat shopping sini banyakkkkkkk! Bersepahh kedai. Ada di Dtalipapa, di Bamboo Market dan dimana mana. HHAHAHAHHAA. korang sediakan duit sahaaajaaa. Aku lalu Dtalipapa dan Bamboo Market. Bamboo Market ni more to muslim yang berniaga. Walaupun barang kurang best dari Dtalipapa, bagi aku okay je shopping sini. Senang nak tawar menawar heeeeeeeeeee.... Dan hasil shopping aku setelah berejam jam? sila tengok sendiri HAHHAHAHHAHAHHA

Souvenir di Bamboo Market - 4x Tshirt 360peso
 Souvenir di Dtalipapa - Seluar pendek 300peso/pcs
Souvenir Bamboo Market - 3x Bj Tidur 600peso 

 Souvenir Dtalipapa - Tote beg (ILOVEBORACAY) 10x 1050peso 
Souvenir Dtalipapa - 5xFM Ceramic 200peso

Ohh ini aku nak bagitahu, kalau korang ke boracay, sila cari kedai potato chesee shake ni. heyy ya ampun sedap gilaaaaaaaaaa okay! ada di Station 2 dan di Dtalipapa. sedap!!! Aku beli perasa BBQ Chili. Saiz Jumbo , harga 95peso sahajaaaa.. buat makan kudap kudap malam karang dalam bilik hehe.... Sesampai je dekat hotel dah pukul 1030pm. HAHHAHAHHA mandi mandi rehattt makan potato dan tidur.. Tapi sekali laki aku laparrr, so aku masak meggi untuk dia.. Aku? DIET! HAHHAHAHHAHAHHA

 ada juga 7E disini. di area Station 2 nak ke arah Station 3
 cari kedai ni tau!!!

tadaaaaaaaaaa. laki aku makan maggi, aku makan potato ni. sedapnyaaaaaaa. pedas!!

Okay setakat ini jela DAY 2 aku. Kita sambung ke entry seterusnya untuk DAY 3 yaaa? Okay even aku dah tulis harga aktiviti di previous entry, TAPI aku tepek lagi sekali dekat sini buat sapa sapa yang malas nk baca HAHAHHHA tapi rugilaa korang tak baca entry aku. Gila details aku ceritaaa kot. Tak tinggal seketul info pun , khas tuk korang yang plan nak ke Boracay hihi

1) Zipline 1000peso/seorang
2) ATV 800peso/seorang
3) Sunset Sailing 300peso/seorang
4) Buggy Car 750peso/couple

No tel Josh/Willy : 
+639568961316 
+639120819809


Kira kira
Entrance fee Mount Luho 240peso (2pax)  (convert to RM = RM21.96)
Tips Alweena 10peso (convert to RM = RM0.91)
Beli gambar buggy car 150peso (convert to RM = RM13.72)
Bayar sand 100peso (convert to RM = RM9.15)
Jonah Banana Milk 100peso (convert to RM = RM9.15)
Jonah Watermelon 120peso (convert to RM = RM10.98)
Souvenir Dtalipapa - Seluar pendek 300peso, 5xFM Ceramic 200peso, Tote beg (ILOVEBORACAY) 10x 1050peso , Total 1550peso (convert to RM = RM141.82)
7E (pencuci pinggan + rokok) 110peso (convert to RM = RM10.06)
Souvenir Bamboo Market - 4x Tshirt 360peso, 3x Bj Tidur 600peso , Total 960peso (convert to RM = RM87.84)
Potato Cheese Shake Jumbo Saiz 95peso (convert to RM = RM8.69)

Total RM410.84

Travelog Boracay 2017 :

6 comments:

  1. mcm2 aktiviti..sronok...tp yg aktiviti 1st tu yg ala2 terbang mau gayat juga

    ReplyDelete
  2. kira murah jugaklah kan nak berbelanja kat sana...mak aiii....tak habis seribu pun

    ReplyDelete
  3. seronoknya tgk.. simpan angan angan kot boleh sampai ke sana dgn hubby... thanks for the sharing ida!

    ReplyDelete
  4. Hello sis. Im going boracay soon in 2 weeks. Your blog is in malay. I cant understand malay. Just want to get the contact of your guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, this is the number, you can contact both of them .. ok
      No tel Josh/Willy :
      +639568961316
      Josh Balinders
      +639120819809

      Delete
  5. bestnya aktivit.. gambar semua lawaaaa

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page