Sunday, October 22, 2017

Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” di One Space @ The Square, Subang

Amboi jangan salah sangka, bukan aku yang masuk pertandingan memasak ni tau, tapi aku hadir sebagai penonton dan memberikan semangat kepada peserta-peserta yang bertanding untuk Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” yang diadakan di One Space di The Square, Subang Jaya. Untuk makluman semua, ada empat kumpulan yang bakal bertanding pada hari tersebut. Setiap kumpulan terdiri seorang ahli keluarga tak kisah la ibu, makcik, kakak ke, dan seorang lagi adalah kanak-kanak yang berumur 10-18tahun. So, mereka akan berganding bahu untuk memasak dan mempersembahkan hasil kreativiti masakan mereka kepada semua ;))




Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan belia muda seperti kanak-kanak untuk menonjolkan dan mengasah bakat memasak mereka yang ada dalam diri masing-masing. Jadi, pada hari ini, mereka akan memasak bersama ibu/kakak/makcik mereka...... Bagus lah kan, muda muda mak mak dah ajar ke dapur. Tidak la dah besar nanti, tak tahu memasak di dapur. hihi. 

Korang pernah dengar tak Lee Kum Kee? Produk ini sebenarnya telah lama di pasaran Malaysia.. Aku macam pernah dengar TETAPI aku tak pernah menggunakan mana-mana produk dari keluaran Lee Kum Kee untuk memasak. Yelaa, aku ingat, ianya adalah produk makanan cina sahaja TETAPI rupa-rupanya, untuk masakan melayu pon boleh digunakan jugaaaa. Terbukti apabila, ada peserta Melayu juga yang memasuki pertandingan ini. GO GO GO!




4 kumpulan yang bakal berentap! HEHE

Dengan itu juga, Lee Kum Kee yang mana terkenal dengan penciptaan sos tiram dan pelbagai jenis kualiti susu dan bumbu Cina JUGA mahu mempromosikan produk mereka di Malaysia dengan mengadakan pertandingan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” ini. . Untuk pengetahuan semua, sebanyak 4 pusingan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” akan berlangsung pada bulan ini dan bulan hadapan iaitu pada 15/10/2017 sehingga 12/11/2017 yang mana tarikh ini adalah FINAL untuk Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017”. Setiap tarikh berkenaan akan menyaksikan 4 pasukan akan berentap dan JUARA setiap tarikh tersebut akan bersaing ke pusingan akhir yang mana mereka akan bersaing memasak dengan selebriti iaitu Mr. Peter Davis. .

Okay, sebelum memulakan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017”, setiap peserta akan diberi peluang untuk shopping barang keperluan memasak di SK Market yang mana merupakan salah satu penaja juga. Setiap peserta DIWAJIBKAN menyediakan hidangan utama mereka dalam tempoh satu jam sahaja berdasarkan tema yang telah ditetapkan dengan menggunakan seberapa banyak produk Lee Kum Kee. 



Tema untuk pusingan pertama bagi Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” adalah AYAM. Ini bermakna, semua peserta WAJIB menyediakan Hidangan Utama berunsurkan AYAM dengan menggunakan produk Lee Kum Kee. Masakan paling dapat memikat hati juri, akan dinobatkan sebagai JUARA. gituewwww... Semua peralatan elektrik yang digunakan semasa berlangsungnya Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” ini ditaja oleh Electrolux dan Desa Home Theater Sdn Bhd. Terima kasihh diucapkan ;))




 

 
Kesemua peserta dengan hidangan masing-masing


Kalau tengok semua peserta seakan tenang sahaja kan? Kalau aku mahu cuak dibuatnya. Mana nak masak, mana orang nak ambil gambar kita pulak. HAHHAHHA adoiii. Tabik hormat untuk semua peserta dan anak-anak yang mengambil bahagian. Sememangnya anda adalah sangat berani !! Kalau aku belum tentu boleh masak depan orang ramai hihihi... Untuk makluman semua, semua hidangan akan diadili oleh juri juri jemputan yang tersohor yaaa. Bukan calang-calang orangnyaaa hehe..





Okay, dipendekkan cerita, untuk pusingan pertama bagi Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” dimenangi oleh pasukan ibu dan anak iaitu Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee dengan menu mereka diberi nama Kum Kee Golden Patties. HAaaaaa nama pun dah gah kan? Tergeliat aku nak sebut HAHHAHHAHA.. Tahniah diucapkan, dan kita akan berjumpa di pusingan akhir pada 12/11/2017. WOW berdebar tak! 

Hadiah disampaikan oleh Mr. Vincent Chui, Regional Marketing Director Lee Kum Kee Malaysia
Winner Round 1 : Kat Kok Han Teng (Ibu) dan Chloe Chong Cheng Yee (Anak)
Menu : Kum Kee Golden Patties.

 Peserta yang tidak berjaya untuk ke pusingan akhir tetap membawa pulang hamper berupa produk Lee Kum Kee. Tahniah semua peserta!


Okay, bagi sesiapa yang ingin menyaksikan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” untuk pusingan-pusingan seterusnya, korang semua boleh la datang ke One Space, The Square Subang Jaya, Selangor pada tarikh tarikh berikut :

Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” Timeline 
Round 1 : 15.10.2017  
Round 2 : 22/10/2017
Round 3 : 29/10/2017
Final Round : 12/11/2017

Dan aku sekali lagi, akan berada di Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” untuk FINAL ROUND. Ingat tau 12/11/2017 di One Space, The Square Subang Jaya kalau kalau nak jumpa dengan aku hihihihi... Moh la kita datang dan beri semangat pada semua peserta!!!

INFO:
No Tel : Miss Ling 03-4287 0039 / 011-2608 8034

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page