Wednesday, October 25, 2017

Magic Jelly Lovera - Masalah Jerawat Selesai

Alahaiiii, jerawat jerawat ni, geramnya aku dengan kehadiran tak diundang mereka ni! Kita ni perempuan memang tak lari dengan masalah jerawat ni kan? Malu lah kalau orang tegur jerawat ke jeragat ke dekat muka ni. Haishhhh. TAPI kan awakkk, kita ada dapat satu produk skincare yang boleh mengecutkan jerawat dengan cepat !!! Mula-mula macam takut je nak cuba TAPI bila dengar je bahan asas dia adalah Aloe Vera, ataupun yang selalu mak kita sebut sebut dulu iaitu Lidah Buaya. Haaaa terus zassss, aku berminat nak cuba!!!

muka aku tanpa apa apa . hmmm sedih tengok . senyum pun tak ikhlas . hakhakhak

Korang tahu kan? lidah buaya ni memang banyak khasiatnya kan? Cuba korang tanya mak mak, mesti diaorang pun takkan menafikan. Aloe Vera banyak membantu. Even aku masa kecik-kecik dulu pun, mak aku sukaaaaaaaaaaaaa sangat lumur rambut aku dengan aloe vera, nahhhh sekarang, rambut aku lebat hitam bersinar panjang kemain...........! Semuanya penangan mak aku suka sangat dengan lidah buaya ni. Siap tanam depan rumah kihkihkih. Dan sekarang, aku penyambung mak aku untuk tanam lidah buaya. hehe.

anyonyonyo kecik cinonet lidah buaya aku baru nak hidup kihkih.


Tapi tu lah, sekarang ni tak payah susah susah tanam lidah buaya dalam pasu, dengan memiliki Magic Jelly , masalah kita selesaiiiiii.. yeayy! Bak kata orang, semuanya dihujung jari sahajaaaaa.. Kalau korang nak tahu, selain Aloe Vera, bahan-bahan lain yang terdapat di Magic Jelly adalah Cucumber (timun) , chamomilla, jicama dan beberapa bahan yang lain. Tak perlu risau, Magic Jelly HALAL adalah Paraben Free, tidak menggunakan bahan bahan bertoksik dan SELAMAT digunakan untuk semua peringkat umur yaaaaa.. Iya, betul. Untuk semua peringkat umur korang. Tak kisah, baby ke, remaja, dewasa mahupun orang-orang tua.... Magic Jelly menggunakan bahan semulajadi sahaja maka ianya sesuai dan selamat digunakan. Terbaik!

Magic Jelly Lovera - bff aku sekarang ni kihkih


Okay-okay, sebelum korang tanya apa benda lah si Magic Jelly ni? Meh aku cerita serba sedikit kebaikan menggunakan Magic Jelly ni... Magic Jelly sudah pastinya dapat membunuh jerawat durjana kita ni wahai kaum perempuan hihi.. Dan secara automatiknya, dengan menggunakan Magic Jelly, kita dapat mencerahkan sedikit warna kulit kita. Macam sapa yang dah putih gebus tu mungkin makin gebus? Tapi kalau macam aku ni yang sawo matang, mungkin akan menjadik lebih cerah sedikit bak neelofa? hikhik . Dan apabila jerawat dah tak de, segala parut dan jeragat sudah pasti tidak akan ada juga dengan penggunaan Magic Jelly yang berterusann.. Okay point ni aku suka, Magic Jelly mampu mengGLOWINGkan kulit kita. wow! ahkak boleh jadik ahkak k-pop lahhh, tak payah nak botox sana sini, guna Magic Jelly sajooooo hihi.... Dan tip dari zaman mak aku lagi , iaitu Magic Jelly mampu melebatkan rambut kita serta mengurangkan kelemumur. Korang lumur je dekat rambut. Settle. Tu yang Magic Jelly ni boleh guna untuk baby, baby korang tu, selepas mandi, lumur sikit Magic Jelly ni dekat rambut dia, nescaya, lebatlah rambut baby korang tuh. Percayalahhhh

sebotol ini mampu mengubah segalanya. ewahhhh


Cara menggunakan Magic Jelly?
Okay, senang saja. Untuk penggunaan di kulit, tak kisah di muka mahupun badan, picit sedikit Magic Jelly dan sapukan rata di kulit kita setiap hari. Yaaa.. Penggunaan setiap hari akan menampakkan hasil yang jelas dan cepat! Kita juga boleh, mencampurkan sedikit Magic Jelly ke dalam cream muka dan sapukan ke muka untuk penghasilan muka yang lebih glowing. gitueww


 picit sikit je kat tapak tangan dan mula sapu ke muka or badan or tempat yang diingini tu



Untuk penggunaan di rambut pula, lumurkan Magic Jelly di rambut kita yang basah, maknanya, penggunaan Magic Jelly selepas kita mandi adalah lebih baik, yang mana Magic Jelly akan bertindak sebagai SERUM rambut. Selepas lumur rata ke seluruh rambut, biarkan rambut kering dengan sendiri..... Selepas beberapa hari, korang akan nampak rambut korang lebih hitam bersinar dan penggunaan Magic Jelly selepas beberapa bulan, rambut akan nampak lebih sihat dan lebat! Dan selepas itu, nak sikat rambut, guna jari pon bolehhhhh. HAHHAHAHAHA


Okay, kalau korang berminat dengan Magic Jelly ni, boleh dapatkan di info kat bawah yang akan aku kongsikan bersama. Magic Jelly ni RM70 (tidak termasuk pos) untuk 60ml. Percayalah korang takkan menyesal menjadikan Magic Jelly sebagai Produk Kecantikan Semulajadi korang. Untuk pengetahuan korang juga, Magic Jelly juga mampu bertindak sebagai 5 produk dalam satu botol. Haaaaa jimat, mudah, dan murah kan? 5 produk dalam satu botol? Sapa tak mau? Rugilahh. Magic Jelly bertindak sebagai pelembap, serum, serum rambut, make up primer dan first aid. Ehh kenapa korang gelak? Betul laaaa.. Magic Jelly sebagai 1st Aid. 

Adik Aafa - pengguna Magic Jelly dalam proses pemuliharaan kulitnya yang melecur

Ni aku tunjuk dekat korang semua, testimoni adik aafa yang melecur di muka akibat terkena minyak panas. Ya ampun korang, serius , sedih sangat aku tengok. takut rasanya dan tak sanggup rasanya aku nak share TAPI nak buktikan pada korang bahawasanya Magic Jelly mampu membantu dalam pemuliharaan kulit adik aafa. Siapa sangka kan? That why aku cakap Magic Jelly sebagai 1st Aid. Haaa mana nak carik 1st Aid tujuh poleh hengget je murahhh nau nau. menggunakan bahan asli saja..

Sebelum kejadian
Adik aafa selepas pembedahan

Kulit adik aafa melecur akibat terkena minyak panas beberapa tahun yang lepas
Kini, adik aafa bersama ibu bapanya, semakin hari semakin pulih. Kita doakan adik aafa akan sembuh sepenuhnya. Amin amin amin. 

Korang boleh ikuti kisah adik aafa di SINI, SINI, dan SINI


Testimoni diri sendiri ?
Haaaa aku memang dah start guna Magic Jelly ni. Tak sampai seminggu lagi TAPI sekarang aku setiap pagi dan malam, aku akan basuh muka kan? so selepas aku basuh muka, aku pakai toner then aku MIX kan Magic Jelly dengan Day/Night Cream aku dan AKAN sapukan Magic Jelly ni ke seluruh muka aku. sapu rata gituew.. Yang mana ade parut parut ke, jerawat baru tergedik gedik nak tumbuh ke, terus aku sapu banyak Magic Jelly ni . HAHHAHHAHA dengan harapan, tiada harapan langsung la diaorang nak tumbuh dekat muka aku ni haaaa. hikhikhk..

 
gigih ke idok aku pakai tudung yang sama, tempat yang sama supaya nak menampakkan perbezaan. ada sikit je perbezaan, yelaa baru beberapa hari. tunggu aku dah consume Magic Jelly untuk beberapa bulan. hee. kompem neklopakkk HAHHAHA


Ni ha adalah aku tangkap gambar sebelum guna Magic Jelly dan selepas beberapa hari aku guna. Mungkin tak nampak hasil sangat sebab aku baru sangat cuba , tapi so far tak de pun jerawat yang hinggap even aku dalam keadaan tidak suci. (period). Bagus kan? Kalau dulu, time period sahaja, jerawat berlumba lumba nak tumbuh, heyy geram tau! Sekarang, aku takkan bagi peluang HAHHAHAHHAHHA #gelakjahat hikhik

Harapan aku, harap-harap dengan penggunaan yang konsisten ini, aku dapat la kulit muka yang aku idamkan. Bersih, sihat, cerah . Seronoknya! Hanya dengan Magic Jelly murah sajoooo , tujuh poluh hengget. tak perlu buat rawatan beriya benor sampai beriban hikhikhik. Ayuh beralih ke bahan semulajadi!
*Kalau korang ada seribu satu soalan mengenai Magic Jelly? 
Disini ada jawapannya  ---> https://www.instagram.com/lovera.faq/


UNTUK 
Jerawat.Parut. Kulit Kering. Kulit Kusam. Kulit Berminyak. Kelemumur. Glowing Skin. Kulit Sihat. Kulit Cerah. Anti Penuaan. Mengeluarkan Sel Kulit Mati. Melembutkan Kulit. Mengurangkan Sunburn. 
CARILAH MAGIC JELLY LOVERA




Eh eh Mat Dan pun pakai Magic Jelly Alovera? WOW!


LOVE YOUR SKIN. L O V E R A
Natural Multipurpose Skincare & Cosmetic
Instagram : @LoveraMalaysia
Facebook : Lovera Malaysia
E-mail : hello.lovera@gmail.com
Hotline : +6011 3234 8255
Magic Jelly  : http://www.lovera.com.my/product/magic-jelly/

Read More ->>

Sunday, October 22, 2017

Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” di One Space @ The Square, Subang

Amboi jangan salah sangka, bukan aku yang masuk pertandingan memasak ni tau, tapi aku hadir sebagai penonton dan memberikan semangat kepada peserta-peserta yang bertanding untuk Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” yang diadakan di One Space di The Square, Subang Jaya. Untuk makluman semua, ada empat kumpulan yang bakal bertanding pada hari tersebut. Setiap kumpulan terdiri seorang ahli keluarga tak kisah la ibu, makcik, kakak ke, dan seorang lagi adalah kanak-kanak yang berumur 10-18tahun. So, mereka akan berganding bahu untuk memasak dan mempersembahkan hasil kreativiti masakan mereka kepada semua ;))




Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan belia muda seperti kanak-kanak untuk menonjolkan dan mengasah bakat memasak mereka yang ada dalam diri masing-masing. Jadi, pada hari ini, mereka akan memasak bersama ibu/kakak/makcik mereka...... Bagus lah kan, muda muda mak mak dah ajar ke dapur. Tidak la dah besar nanti, tak tahu memasak di dapur. hihi. 

Korang pernah dengar tak Lee Kum Kee? Produk ini sebenarnya telah lama di pasaran Malaysia.. Aku macam pernah dengar TETAPI aku tak pernah menggunakan mana-mana produk dari keluaran Lee Kum Kee untuk memasak. Yelaa, aku ingat, ianya adalah produk makanan cina sahaja TETAPI rupa-rupanya, untuk masakan melayu pon boleh digunakan jugaaaa. Terbukti apabila, ada peserta Melayu juga yang memasuki pertandingan ini. GO GO GO!




4 kumpulan yang bakal berentap! HEHE

Dengan itu juga, Lee Kum Kee yang mana terkenal dengan penciptaan sos tiram dan pelbagai jenis kualiti susu dan bumbu Cina JUGA mahu mempromosikan produk mereka di Malaysia dengan mengadakan pertandingan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” ini. . Untuk pengetahuan semua, sebanyak 4 pusingan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” akan berlangsung pada bulan ini dan bulan hadapan iaitu pada 15/10/2017 sehingga 12/11/2017 yang mana tarikh ini adalah FINAL untuk Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017”. Setiap tarikh berkenaan akan menyaksikan 4 pasukan akan berentap dan JUARA setiap tarikh tersebut akan bersaing ke pusingan akhir yang mana mereka akan bersaing memasak dengan selebriti iaitu Mr. Peter Davis. .

Okay, sebelum memulakan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017”, setiap peserta akan diberi peluang untuk shopping barang keperluan memasak di SK Market yang mana merupakan salah satu penaja juga. Setiap peserta DIWAJIBKAN menyediakan hidangan utama mereka dalam tempoh satu jam sahaja berdasarkan tema yang telah ditetapkan dengan menggunakan seberapa banyak produk Lee Kum Kee. 



Tema untuk pusingan pertama bagi Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” adalah AYAM. Ini bermakna, semua peserta WAJIB menyediakan Hidangan Utama berunsurkan AYAM dengan menggunakan produk Lee Kum Kee. Masakan paling dapat memikat hati juri, akan dinobatkan sebagai JUARA. gituewwww... Semua peralatan elektrik yang digunakan semasa berlangsungnya Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” ini ditaja oleh Electrolux dan Desa Home Theater Sdn Bhd. Terima kasihh diucapkan ;))





 

 
Kesemua peserta dengan hidangan masing-masing


Kalau tengok semua peserta seakan tenang sahaja kan? Kalau aku mahu cuak dibuatnya. Mana nak masak, mana orang nak ambil gambar kita pulak. HAHHAHHA adoiii. Tabik hormat untuk semua peserta dan anak-anak yang mengambil bahagian. Sememangnya anda adalah sangat berani !! Kalau aku belum tentu boleh masak depan orang ramai hihihi... Untuk makluman semua, semua hidangan akan diadili oleh juri juri jemputan yang tersohor yaaa. Bukan calang-calang orangnyaaa hehe..





Okay, dipendekkan cerita, untuk pusingan pertama bagi Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” dimenangi oleh pasukan ibu dan anak iaitu Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee dengan menu mereka diberi nama Kum Kee Golden Patties. HAaaaaa nama pun dah gah kan? Tergeliat aku nak sebut HAHHAHHAHA.. Tahniah diucapkan, dan kita akan berjumpa di pusingan akhir pada 12/11/2017. WOW berdebar tak! 

Hadiah disampaikan oleh Mr. Vincent Chui, Regional Marketing Director Lee Kum Kee Malaysia
Winner Round 1 : Kat Kok Han Teng (Ibu) dan Chloe Chong Cheng Yee (Anak)
Menu : Kum Kee Golden Patties.

 Peserta yang tidak berjaya untuk ke pusingan akhir tetap membawa pulang hamper berupa produk Lee Kum Kee. Tahniah semua peserta!


Okay, bagi sesiapa yang ingin menyaksikan Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” untuk pusingan-pusingan seterusnya, korang semua boleh la datang ke One Space, The Square Subang Jaya, Selangor pada tarikh tarikh berikut :

Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” Timeline 
Round 1 : 15.10.2017  
Round 2 : 22/10/2017
Round 3 : 29/10/2017
Final Round : 12/11/2017

Dan aku sekali lagi, akan berada di Lee Kum Kee “My Fun Cooking Competition 2017” untuk FINAL ROUND. Ingat tau 12/11/2017 di One Space, The Square Subang Jaya kalau kalau nak jumpa dengan aku hihihihi... Moh la kita datang dan beri semangat pada semua peserta!!!

INFO:
No Tel : Miss Ling 03-4287 0039 / 011-2608 8034

Read More ->>

Tuesday, October 17, 2017

Pertama kali makan di The Belgium Taste, Chocolate Cafe, Sunway Putra Mall

Tokey coklat pergi makan coklat . HAHHAHAHA aku muak dah sebenarnya dengan coklat sebab setiap minggu aku bergelumang dengan coklat HAHHAHAHA tapi tulah, bila nampak kedai coklat, secara automatiknya, anak tekak aku tergedik gedik nak cuba rasa hmm dapnyaaa hikhikhik. Nak nak pulak, aku nampak mesin coklat fountain yang besar gilaaaaaaaaaaaaaa, aduh idaman kalbu betul la nak ada mesin coklat fountain besar macam tu, tapi tu laaaa, mahal nak mantikkk. HHAHAHHAHA lagipun sapaa pulak nk sewa mesin besar besar gituew kan?


So, lunch hour, kitaorang ke Sunway Putra Mall,  dan terus ke Kedai Coklat The Belgium Taste. Kedai ala al dipNdip tuhhh. Menu dan harga pun seakan sama jaaaa... Rasa? pun macam sama jee. HAHHAHAHHAH adoiii.. Dan aku nasihatkan korang kalau nak pergi sini, sila la pergi beramai ramai okay. sebabnya takkan korang mampu nak habiskan satu menu coklat. ya ampun muaknyaaaaaaaaaaaaaaaaa.. itu aku lah kan. that why, kali ni lunch makan coklat pergi beramai ramai. Dan jangan yakin sangat, korang boleh kenyang seperti makan nasi pulekkk ye. ni sekadar hi tea boleh la. HHAHAHHAHHA tapi kalau aku, ini pun dah okay dah buat perut aku. perut aku kan modern sikit, idok la setiap saat mintak nasikkk. hehe


Okay, apa menu kita? Mestilah semuanya berasaskan coklat. Aduh aku nasihatkan juga, korang order air mineral je laaa. Muak weii seriusssssss.. makan ramai ramai pun masakk nak menghabiskan sepinggan coklat penuh tuh HAHHAHAHHHA pastu sengal aku pergi order air coklat lagi. aduhhh aduhhh sengalnyaaa, muak, penuh, kenyanggg aduhhh.. HAHHAHAHHA ok jom tengok apa yang kitaorang order?






SEMUANYA sedap sedap belakaaaaaaaaa! Aku cuba semua menu diatas.. Korang jangan tanya nama dan harga, sebab aku dah lupa HAHHAHAHA. Lama sangat ni kitaorang pergi makan, dan baru hari ni sempat update kihkih. Tapi xpe, aku ade sertakan sekali gambar menu, korang refer situ jelahhh yekkk.. Benda benda macam ni kene makan sebulan sekali jek, kalau tak rabakkkkkk poket HAHHAHAHA harga sepinggan boleh tahan hiii. Tapi itu, poket aku lahh. Poket korang kepuk kepuk kan? makan la tiap hari nakkkkkkkkkkkkkkk ;p

ya ampun, sedap gilaaaa air coklat ni. aku beli share dengan mas. TAPI sebenarnya, pilihan yang salah sebabnya MUAK gilaaaaaaaaaaaaaaa! Mohon korang beli air mineral jelaaaaa hikhikhik

kemain eksyennnnn minum air mineral.. cis..






dua dua ini dah tak da dalam BKUB daaa. sorang dah berpence. sorang bakal bertukar. sobs....



okay nahhhhhhhhhh gambar menu


selamat menjamu selera semua!

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page