Friday, September 29, 2017

Tips Penjagaan Rambut untuk Wanita Berhijab - MEA NATURA HAIR DEPOT

Tips Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung/Berhijab

Gituew tajuknya. Tips untuk penjagaan mahkota kita sebagai perempuan. Aku sayang weii rambut aku. Penat aku jaga sampai panjang menguraiii. Kalau aku lepaskan rambut aku, boleh acah acah jadik hantu mak limahhhhh kahkahkahkahhh. Selama ni aku fikir dengan syampoo sekali sehari dah cukup untuk aku menjaga rambut aku yang panjang ni. TAPI salah rupanya, sepatutnya aku menitik beratkan pemilihan set penjagaan rambut. Aduhhh. Selama ni disalah ertikan. HAHAHHA kesian rambut aku. Patut la walau aku basuh rambut sekali sehari, rambut aku tetap gugur ketika aku mandi, tetap bercabang dihujung hujung rambut dan paling ketara selepas seharian aku pakai tudung, rambut aku mesti susah nak sikat. Tersekat di skala berapa agaknya? HAHHAHAHHA . Salah pilih syampoo adoii adoiii

So, setelah berjumpa dengan Set Penjagaan Rambut yang sesuai untuk aku, maka aku nak share dengan korang semua lahh. Nak tahu takk? Haishhh mestilahhh. Rambut tu kan salah satu aset wanita. Rambut cantik sihat wangi, kompem lah laki suka nak belaii. eh ehhhh hikhikhik


Tadi aku pergi ke Outlets Hair Depot di IPC Shopping Centre, sebelah Ikea Damansara tuhhh.. Dok tanya tanya juga apa produk yang sesuai untuk wanita bertudung macam aku ni haaa dan explain la sikit sikit apa problem rambut kan. Hair Depot ada produk baru okay! Set Penjagaan Rambut MEA NATURA. Produk ini berasaskan bahan semula jadi dan bahan utamanya adalah Olive Oil (Minyak Zaitun). Set Penjagaan Rambut MEA NATURA dari Hair Depot ini berasal dari Greece. 
Set Penjagaan Rambut MEA NATURA - HAIR DEPOT

Apakah Set Penjagaan Rambut MEA NATURA by Hair Depot?
Dalam set MEA NATURA tu ada macam macam tau.. Ada Shampoo, Conditioner, dan Hair Mask. Selain penjagaan rambut, set penjagaan badan pun ada dari MEA NATURA, ada Body Scrub, Hand Cream, Shower Gel, Body Milk dan Body Cream. Shampoo MEA NATURA ni ada dua jenis tau korang.. Shampoo MEA NATURA Vitality & Shine dan Shampoo MEA NATURA Strength & Softness.. Ya ampun, aku cuba tester semuanya , wangi wangi semuanyaa. aduhh jatuh cintaaaaa
 Set Penjagaan Rambut MEA NATURA - HAIR DEPOT
Set Body MEA NATURA HAIR DEPOT (siap ada harga hihi)

Tadi kan aku ada bagitahu, Shampoo ada dua jenis kan? Vitality & Shine dan Strength & Softness. Okay apa perbezaan dua ni? Kang kita salah pilih syampoo pulak kan. hihi. Medang jee salahhh adoii. Okay, untuk Vitality & Shine ini, adalah 88% Bahan Semulajadi manakala Strength & Softness adalah 88% bahan semulajadi. Kedua-duanya adalah Sles Free, Parabens Free, Propylene Glycol Free, Silicones Free dan sudah semestinya Alcohol Free. So its HALAL for muslim. Korang jangan risau, untuk Shampoo ini sesuai untuk semua jenis rambut dan shampoo ini menggunakan minyak zaitun yang telah diperakui original serta telah diuji secara dermatologi yang bermaksud kajian kulit. So terbukti SELAMAT digunakan. Okay ya? 

Kenapa aku memilih Shampoo MEA NATURA? Produk ni sesuai sangat untuk perempuan bertudung. Bau dia sangatt fresh tau korang. Bau tumbuh-tumbuhan gitueww.. Selain produk ini bebas bahan kimia dan bebas silikon yang mana bermaksud, ianya bagus untuk membuatkan rambut kita rasa ringan dan sihat. Sekaligus, ianya akan membantu rambut kita menjadi lebih kuat dan menjadikannya tidak begitu kering dan begitu berminyak. Senang cakap, ianya adalah seimbang untuk penjagaan rambut kita.... 

Untuk sesiapa yang mempunyai rambut yang kering dan tidak bermaya, korang memang sesuai untuk Shampoo Strength & Softness. Kerana ianya mempunyai protien yang dapat membantu memulihkan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan semulajadi rambut kita.. 

Cara guna Shampoo Vitality & Shine dan Strength & Softness
Ketika mandi, korang cuma perlu sapukan syampoo pada rambut yang basah dan urut secara perlahan-lahan then bilas. Settle .Elakkan terkena mata tau korang. Kang cedera pulekk hihi.
300ml RM33.60

Okay mari beralih kepada Conditioner pulak. Aku suka sangat pakai conditioner. Rasa lembuttt sangat rambut aku. hihi. So now aku nak cuba Conditioner dari MEA NATURA pulak. Conditioner ini adalah 94% dari bahan semulajadi. Haaaa lagi banyakkk dari Syampooo. Lagi lembut lah rambut aku macam ni hikhik.. Contioner ni untuk mengekalkan rambut kita bersinar berkilat dan dilindungi oleh bahan bahan organik. 

Cara guna Conditioner 
Ketika mandi, lepas korang dah syampoo rambut korang tu, apply conditioner pada rambut yang masih basah dan pastikan semua helaian rambut korang kena dengan conditioner ni tau, biarkan beberapa minit dan bilas. Macam biasa elakkan dari terkena mata korang... Aku suka biarkan lama lama. Acah acah kalau lama lagi lembut kononnya HAHHAHAAHHAHA

Sejujurnya, aku tak pernah guna Hair Mask. Rupanya Hair Mask ini boleh jadik pengganti Conditioner rupanya. Bermaksud, jika korang tak ada Conditioner di rumah, korang still boleh guna Hair Mask sebagai pengganti Conditioner TETAPI bukan selalu ya kena pakai? Cuma seminggu sekali sahajaaaa dan tak perlu tunggu beberapa minit , just terus bilas je lepas syampoo rambut tuh.. Okay? Hair Mask sesuai untuk semua jenis rambut, tak kisah rambut kering mahupun tidak. Hair Mask ni salah satu cara untuk rawatan untuk rambut kita la. Penambahbaikan kiranya. Hair mask ni juga dapat membantu mengekalkan keanjalan rambut kita mengekalkan sifat semualajadi rambut kita. So kalau nak hasil yang terbaik, gunalah satu set penjagaan rambut MEA NATURA.
250ml RM42.00

Shampoo - Conditioner - Hair Mask (seminggu sekali) 


Tapi kan korang, kalau korang tak mencari Set Penjagaan Rambut, korang boleh cari macam macam set penjagaan yang ada di Outlets Hair Depot. Serius macam macam ada. Dari produk penjagaan rambut, badan, penjagaan kulit kepala, peralatan untuk rambut, yang non muslim suka colour rambut, dekat sini pun ada jual jugak, dan macam macam lagi. Syurgaaaaa sangat kalau masuk tempat tempat macam ni. Aku suka sangatt hehe.Kiranya semua yang kita cari pasti akan jumpa di Hair Depot.


 










ya ampun, rambang mata kannn???? jangan lupa singgah yaa kawan kawan. 


THANK YOU ALL OF U !!

Aku kan tersangatlah berterima kasih pada Hair Depot kerana menitikberatkan penjagaan rambut untuk wanita bertudung ni. Bagus sangat!!! So special rasanya. Taklah kita ni golongan yang bertudung terasa disisihkan. Taklah rasa susah nak cari set penjagaan untuk sejenis yang bertudung... Kami pun nak rambut kami sihat dan cantik walau hanya suami yang boleh melihatnyaaa.. Tapi itu kan lebih baik hehe ;)) Cantik untuk suami katanyaaaa ewahh pewittt

Thank you HAIR DEPOT

Hair Depot
Facebook : Hair Depot
Instagram : @hairdepot_my 
Website : www.hairdepot.my

1 comment:

  1. tu diaa....jelas lagi faham .. tq share ida . ada masa nanti k.sal nak singgah gak la..dah terbau keharumannya !!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page