Friday, September 29, 2017

Tips Penjagaan Rambut untuk Wanita Berhijab - MEA NATURA HAIR DEPOT

Tips Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung/Berhijab

Gituew tajuknya. Tips untuk penjagaan mahkota kita sebagai perempuan. Aku sayang weii rambut aku. Penat aku jaga sampai panjang menguraiii. Kalau aku lepaskan rambut aku, boleh acah acah jadik hantu mak limahhhhh kahkahkahkahhh. Selama ni aku fikir dengan syampoo sekali sehari dah cukup untuk aku menjaga rambut aku yang panjang ni. TAPI salah rupanya, sepatutnya aku menitik beratkan pemilihan set penjagaan rambut. Aduhhh. Selama ni disalah ertikan. HAHAHHA kesian rambut aku. Patut la walau aku basuh rambut sekali sehari, rambut aku tetap gugur ketika aku mandi, tetap bercabang dihujung hujung rambut dan paling ketara selepas seharian aku pakai tudung, rambut aku mesti susah nak sikat. Tersekat di skala berapa agaknya? HAHHAHAHHA . Salah pilih syampoo adoii adoiii

So, setelah berjumpa dengan Set Penjagaan Rambut yang sesuai untuk aku, maka aku nak share dengan korang semua lahh. Nak tahu takk? Haishhh mestilahhh. Rambut tu kan salah satu aset wanita. Rambut cantik sihat wangi, kompem lah laki suka nak belaii. eh ehhhh hikhikhik


Tadi aku pergi ke Outlets Hair Depot di IPC Shopping Centre, sebelah Ikea Damansara tuhhh.. Dok tanya tanya juga apa produk yang sesuai untuk wanita bertudung macam aku ni haaa dan explain la sikit sikit apa problem rambut kan. Hair Depot ada produk baru okay! Set Penjagaan Rambut MEA NATURA. Produk ini berasaskan bahan semula jadi dan bahan utamanya adalah Olive Oil (Minyak Zaitun). Set Penjagaan Rambut MEA NATURA dari Hair Depot ini berasal dari Greece. 
Set Penjagaan Rambut MEA NATURA - HAIR DEPOT

Apakah Set Penjagaan Rambut MEA NATURA by Hair Depot?
Dalam set MEA NATURA tu ada macam macam tau.. Ada Shampoo, Conditioner, dan Hair Mask. Selain penjagaan rambut, set penjagaan badan pun ada dari MEA NATURA, ada Body Scrub, Hand Cream, Shower Gel, Body Milk dan Body Cream. Shampoo MEA NATURA ni ada dua jenis tau korang.. Shampoo MEA NATURA Vitality & Shine dan Shampoo MEA NATURA Strength & Softness.. Ya ampun, aku cuba tester semuanya , wangi wangi semuanyaa. aduhh jatuh cintaaaaa
 Set Penjagaan Rambut MEA NATURA - HAIR DEPOT
Set Body MEA NATURA HAIR DEPOT (siap ada harga hihi)

Tadi kan aku ada bagitahu, Shampoo ada dua jenis kan? Vitality & Shine dan Strength & Softness. Okay apa perbezaan dua ni? Kang kita salah pilih syampoo pulak kan. hihi. Medang jee salahhh adoii. Okay, untuk Vitality & Shine ini, adalah 88% Bahan Semulajadi manakala Strength & Softness adalah 88% bahan semulajadi. Kedua-duanya adalah Sles Free, Parabens Free, Propylene Glycol Free, Silicones Free dan sudah semestinya Alcohol Free. So its HALAL for muslim. Korang jangan risau, untuk Shampoo ini sesuai untuk semua jenis rambut dan shampoo ini menggunakan minyak zaitun yang telah diperakui original serta telah diuji secara dermatologi yang bermaksud kajian kulit. So terbukti SELAMAT digunakan. Okay ya? 

Kenapa aku memilih Shampoo MEA NATURA? Produk ni sesuai sangat untuk perempuan bertudung. Bau dia sangatt fresh tau korang. Bau tumbuh-tumbuhan gitueww.. Selain produk ini bebas bahan kimia dan bebas silikon yang mana bermaksud, ianya bagus untuk membuatkan rambut kita rasa ringan dan sihat. Sekaligus, ianya akan membantu rambut kita menjadi lebih kuat dan menjadikannya tidak begitu kering dan begitu berminyak. Senang cakap, ianya adalah seimbang untuk penjagaan rambut kita.... 

Untuk sesiapa yang mempunyai rambut yang kering dan tidak bermaya, korang memang sesuai untuk Shampoo Strength & Softness. Kerana ianya mempunyai protien yang dapat membantu memulihkan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan semulajadi rambut kita.. 

Cara guna Shampoo Vitality & Shine dan Strength & Softness
Ketika mandi, korang cuma perlu sapukan syampoo pada rambut yang basah dan urut secara perlahan-lahan then bilas. Settle .Elakkan terkena mata tau korang. Kang cedera pulekk hihi.
300ml RM33.60

Okay mari beralih kepada Conditioner pulak. Aku suka sangat pakai conditioner. Rasa lembuttt sangat rambut aku. hihi. So now aku nak cuba Conditioner dari MEA NATURA pulak. Conditioner ini adalah 94% dari bahan semulajadi. Haaaa lagi banyakkk dari Syampooo. Lagi lembut lah rambut aku macam ni hikhik.. Contioner ni untuk mengekalkan rambut kita bersinar berkilat dan dilindungi oleh bahan bahan organik. 

Cara guna Conditioner 
Ketika mandi, lepas korang dah syampoo rambut korang tu, apply conditioner pada rambut yang masih basah dan pastikan semua helaian rambut korang kena dengan conditioner ni tau, biarkan beberapa minit dan bilas. Macam biasa elakkan dari terkena mata korang... Aku suka biarkan lama lama. Acah acah kalau lama lagi lembut kononnya HAHHAHAAHHAHA

Sejujurnya, aku tak pernah guna Hair Mask. Rupanya Hair Mask ini boleh jadik pengganti Conditioner rupanya. Bermaksud, jika korang tak ada Conditioner di rumah, korang still boleh guna Hair Mask sebagai pengganti Conditioner TETAPI bukan selalu ya kena pakai? Cuma seminggu sekali sahajaaaa dan tak perlu tunggu beberapa minit , just terus bilas je lepas syampoo rambut tuh.. Okay? Hair Mask sesuai untuk semua jenis rambut, tak kisah rambut kering mahupun tidak. Hair Mask ni salah satu cara untuk rawatan untuk rambut kita la. Penambahbaikan kiranya. Hair mask ni juga dapat membantu mengekalkan keanjalan rambut kita mengekalkan sifat semualajadi rambut kita. So kalau nak hasil yang terbaik, gunalah satu set penjagaan rambut MEA NATURA.
250ml RM42.00

Shampoo - Conditioner - Hair Mask (seminggu sekali) 


Tapi kan korang, kalau korang tak mencari Set Penjagaan Rambut, korang boleh cari macam macam set penjagaan yang ada di Outlets Hair Depot. Serius macam macam ada. Dari produk penjagaan rambut, badan, penjagaan kulit kepala, peralatan untuk rambut, yang non muslim suka colour rambut, dekat sini pun ada jual jugak, dan macam macam lagi. Syurgaaaaa sangat kalau masuk tempat tempat macam ni. Aku suka sangatt hehe.Kiranya semua yang kita cari pasti akan jumpa di Hair Depot.


 










ya ampun, rambang mata kannn???? jangan lupa singgah yaa kawan kawan. 


THANK YOU ALL OF U !!

Aku kan tersangatlah berterima kasih pada Hair Depot kerana menitikberatkan penjagaan rambut untuk wanita bertudung ni. Bagus sangat!!! So special rasanya. Taklah kita ni golongan yang bertudung terasa disisihkan. Taklah rasa susah nak cari set penjagaan untuk sejenis yang bertudung... Kami pun nak rambut kami sihat dan cantik walau hanya suami yang boleh melihatnyaaa.. Tapi itu kan lebih baik hehe ;)) Cantik untuk suami katanyaaaa ewahh pewittt

Thank you HAIR DEPOT

Hair Depot
Facebook : Hair Depot
Instagram : @hairdepot_my 
Website : www.hairdepot.my
Read More ->>

Tuesday, September 19, 2017

LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY 2017

Yaaahoooo. Macam tak sangka dapat pergi ke Legoland. yeay yeayy. Jangan tak tahu, inilah kali pertama, kitaorang husband wife masuk ke Legoland Malaysia Resort yang terletak di Johor. Dulu, dalam kotak fikiran aku, mesti ingat Legoland ni sebuah theme park untuk kanak-kanak je. Tak sesuai untuk orang dewasa. That why, aku tak pergi pergi. hikhik. . TAPI, sangkaan aku salah belaka rupanyaaaaa .. sebabnya .....
LEGOLAND adalah SANGAT BEST tak kesah untuk orang dewasa ataupun kanak kanak!!!!

Kami ke Legoland bersempena LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY. Yeayy! Kenapa pilih masa LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY? Mestilahh. Sebabnya banyak sangat aktiviti-aktiviti menarik yang bakal diadakan bersempena LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY.. Nak nak pulak Grand Prize ada tiket ke Legoland Japan. Pergh...perghh... Haruslah mencuba nasib kannn... LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY diadakan pada 21/08/2017 sehingga 30/09/2017. Haaa tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Sempat lagi ni kalau korang semua nak bawak anak-anak bercuti sakan di Legoland.. 
 
Harga tiket ke Legoland Malaysia (wajib tunjuk IC yaa)
Theme Park Sahaja:
- Dewasa: RM146
- Kanak-kanak (3-11)/Senior (60+): RM116

Water Park Sahaja:
- Dewasa: RM100
- Kanak-kanak (3-11)/Senior (60+): RM83
- Bawah 3 tahun: RM11 (toddlers-entrance waterpark)

Combo theme park + water park:
- Dewasa: RM184
- Kanak-kanak (3-11)/Senior (60+): RM146
- Bawah 3 tahun: RM11 (toddlers-entrance waterpark)


Memang aku aim, nak masuk nak cover habis semua aktiviti-aktiviti yang diadakan dan nak hadiahhh banyak banyakkk pleaseeee.....! Dulu kecik kecik tak dan nak main lego, ni dah besar panjang baru nak main lego. hikhik... Meh sekejap aku senaraikan semua aktiviti yang bakal korang jumpa kalau korang pergi ke Legoland sekarang ni. 

#Power Dance Tutorial [The Beginning]
Daily: 9.50 am - 10.00 am


#Building Our Giant Birthday Cake [The Beginning]

Daily: 10.00 am - 6.00 pm


#Speed Building Challenge [LEGO City Stage Holding Area]

Daily: 11.30 am, 1.30 pm, 4.30 pm
Weekend, Public and School Holiday: 5.30 pm


#Jumbo Minifigure Trade [The Beginning]

Daily: 10.00 am - 10.30 am, 12.00 pm - 12.30 pm, 2.00 pm - 2.30 pm, 4.00 pm - 4.30 pm
Weekend, Public & School Holidays: 5.30 pm - 6.30 pm


#Spot The Minifigure - I Love Legoland [Park Wide]

Daily: 10.00 am - 6.00 pm


#Brick-Dance Parade [LEGO City]

Daily: 3.45 pm


#Character Dance Show [LEGO Star Wars Miniland]

Weekend, Public & School Holidays: 4.00 pm


#Awesome Parade [The Beginning]

Weekend, Public & School Holidays: 6.30 pm


#THE BIG PARTY [The Beginning]

15, 16, 17 Sept: 6.00 pm - 6.45 pm


Ingat tau korang, selepas korang masuk je Legoland masa 5TH BRICKVERSARY LEGOLAND 2017 ni, korang akan diberi brochure aktiviti dan Card 5TH BRICKVERSARY LEGOLAND, card akan diberi mengikut berapa tiket yang korang masuk. Contoh macam aku masuk dengan 4tiket , so aku dapatlah 4 keping card. Ada apa dengan card ni? Heyyy jangan tak tahu, dengan card ni korang berpeluang untuk memenangi 4tiket ke Legoland Jepun secara PERCUMA!!! Ingat! Jangan buang dan sila gores dan doa laju laju , moga moga korang menang. heeeeeeee~ 
 Gores dan Menang
masa gores tu, doa laju laju dalam hati hihihi

Card tu korang kene gores tau dan setiap card ada hadiahnya tersendiri. Ada tiga card aku menang free skill games, satu card aku menang FREE dua Mug Legoland dan lagi satu card, aku menang 20% diskaun untuk stay di Legoland Hotel Malaysia atas nama aku, yeayy yeayyy. Tak dapat tiket ke Legoland Jepun pun takpela, ni pun dah kira syukurr.. Thank you Legoland!!! Oh ya, ingat tak brochure aktiviti? Haa itu pun korang kene simpan, selain ianya ada panduan aktiviti, dengan menjawab soalan-soalan yang berada di brochure tersebut pun, korang akan dapat hadiah jugak!!! Jawab dengan betul ya? Senang je soalannyaaaa.... Dapat 5helai brochure, 5 5 tu korang jawab dan hantar okay? So, pastikan korang dapat brochure dan card ini yaaaa. Kalau tak rugi lahh korang hihihi
 FREE MUG Legoland siap ada ukir nama pulakk. heyy bestnya!
jeng jeng jeng... tadaaaaaaaaaa. sayang woooo MUG Legoland ni. HAHA
 Ohh ini lagi sayang, tak sabar nak repeat Legoland dan nak guna hadiah ini untuk stay di Hotel Legoland. Dengar cerita hotel dia tersangat bestt? aduhhh tak sabarnyaaa. hihi
inilah brochure yang diberi. belakang dia ada soalan soalan, mohon jawab dan hantar ke Customer Service then redeem lah hadiah korang...... Eh kantoi pulakk jawapan HAHHAHAHHA
 dan dapat lah hadiah ini yeayyy!! Thank you again Legoland ;)) 
Sila ambil satu MAP Legoland ni untuk memudahkan perjalanan korang di dalam Legoland Maha Besar ini yaaaaaaa.. 

Okay, mula mula korang akan masuk memang jumpa The Beginning, ada pentas besarrrrr. Dan dekat sinilah bermulanya aktiviti sempena LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY 2017 . Mula mula tu, kita warm up dulu dengan Power Dance. Joget joget sikit panaskan badan hihi. Sekali sehari jer ni tau. Comel pulak nak join joget joget tapi malu lah kakak. semua yang joget anak anak kecil sajerrrr HAHHAHHAHA . Lepas joget joget, korang boleh la bergambar dengan karektor maskot Legoland.. 

ewah ewahh abang abang Legoland, sakan jogett hehe
 
haiii atokkkk. apa atok buat sorang sorang dekat sini??
okay, let's go explore The Legoland ! yihaaaaaaa

Dan seterusnya, bersempena dengan tahun kelima Legoland, para pengunjung berpeluang untuk menyertai bersama-sama membuat Giant Birthday Cake dengan menggunakan bricks Lego. Haaa best takkk? Aktiviti Build Giant Birthday Cake ini sepanjang hari di The Beginnng. Kiranya bebila masa korang boleh join.  Bukan buat sampai habis cakenya tu, tapi staff Legoland akan beri kita satu bentuk segi empat dan kita kene susun lego mengikut ukuran tersebut. Alahh senang jekk.. Jangan tak join tau! Sebabnya, lepas siap, kita akan dapat hadiah jugakk. Yeayy! Ya ampun banyakkknya dapat hadiah. Aku suka! HAHAHHAHA
 Giant Birthday Cake
Dekat sini lah kita akan turut serta membina brick lego untuk Giant Birthday Cake. Bila brick lego kita dah siap, staff Legoland akan susun dekat Giant Birthday Cake tadi. hehe
 Berkotak kotak lego untuk dimain, HAHHAHAHHA ya ampun seronoknyaaaaaaaa!
 Okay, jom turut serta membuat Giant Birthday Cake for Legoland. weeee!!
Kau tengok husband aku? gigih ke idok buat brick cake dengan tema hitam putih diaaa tuhh hihihi
 tadaaaaaaaaa, ini cake mama ida dan bungaaa... HAHHAHAHA memang tema dia cacar marba okay! kihkihkih. colourfull gitueww HAHHAHAHHA
 ini semua brick lego yang dah siap. banyaknya!!!! Besarlah Giant Birthday Cake kita nanti hihi
 Haaa kan dah cakap, kompem dapat hadiah punya! TQ abam Legoland. Abam cakap, ini Brick Lego Limited Edition sempena dengan LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY 2017 . Wahhh terharunyaaa aku ada seketul bricks koleksi. kihikihkih


Seterusnya, kalau korang ada anak yang berumur enam tahun dan ke bawah, jangan lupa join Speed Building Challenge yang diadakan di area LEGO City Stage Holding Area. Disebabkan kitaorang tak layak untuk masuk , yeeee orang dewasa TAKBOLEH ye masuk aktiviti ini, hahaha, so kitaorang melepasi sahaja acara ini. Tapi korang yang ada anak yang layak masuk, jangan malu nak join okay! Sebabnya, sapa yang memenangi aktiviti ni, yang pastinya ada hadiah LEGO untuk anak-anak korang. tau? 

 ini adalah contoh contoh bentuk yang anak korang akan buat untuk aktiviti Speed Building Challenge. Siapa paling cepat siap, dia yang menang! 
 Kitaorang husband wife tak layak masuk HAHHAHA so kita bergambar sajalahhh hikhik
#Speed Building Challenge di LEGO City Stage Holding Area




Dan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu sempena LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY 2017 ni, Brick-Dance Parade yang diadakan di area LEGO City, pada setiap hari hanya pukul 3.45petang. Jam lain tak de ye. So jangan terlepas tau... Sentiasa ingat, pukul 3.45petang datang berkumpul dekat LEGO CITY untuk tunggu Brick Dance Parade ni. Semua karektor Lego akan keluar menari menari, berjoget sakan dengan para pengunjung. Yeeee kita nak join joget samaaaa pun bolehhhhhh.. Comel ouhhh.. Lepas siap menari bagai semua tu, para pengunjung jangan lepaskan peluang nak bergambar bersama karektor Lego tuh. Boleh je nak ajak mereka selfie bersama hikhk..


Ingat tau. Aku dah bersiap sedia dengan gopro daaaa hihihi

 Karektor LEGO akan berarak dekat area sini tau. Jalan jalan joget. heyy lagu yang dipasang pun boleh bikin kita nak berjoget samaaaa..

Anyonyonyooo comelnya !!
 


aigooo. . berapa umur ni ida? aku pun teruja okay nak bergambar dengan karektor LEGO. apalagi, anak anak korang kan? So jangan lepaskan peluang yaaaaaa


Okay ini aku sedih, sepatutnya selepas tengok Brick-Dance Parade, korang kene kejar pulak Character Dance Show di area LEGO Star Wars Miniland yang diadakan pada pukul 4.00pm.. TAPI sayangnya aku tak sempat nak pergi. Aku sibuk makan masa ni . HAHHAHHA laparrrnyaaaa hikhik... pastu ralit lagi main lego lego kecik dalam restoran tuh. HAHAHHA almaklumla, lego dimana-mana, tu yang aku terlupa nak kejar karektor LEGO Star Wars pulak. Aduhhh ruginyaaaa, rasa nak repeattt jahhhh ;((


Duhh aduhhh rugi tersangattt nyaaa! Korang jangan terlepas peluang tau tau tau! Weekdays tiada tau. Hanya Weekends, PH dan SH je..... 

 Sepatutnya dekat sini la Character Dance Show akan diadakan. Haaa syoknyaaaa.!!

Tapi tak pela, dah terlepas rezeki nak buat macam mana kan? So kitaorang husband wife bergambar sahajaaaa dengan Darth Vader sajaaaaa lahhhh  
arghh takut takkkkk hihi


Amacam? Best tak aktiviti sepanjang LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY 2017 ini? Korang kene datang dan rasai sendiri bahang aktivitinya. Sepatutnya kitaorang dapat masuk WaterPark TAPI disebabkan kitaorang malas nak tukar tukar baju HAHHAHHA so kali ni kita masuk ThemePark jelahh, ada rezeki lain ke Legoland, kita masuk waterpark pulak yeee.. TAPI serius cakap, satu Theme Park pun jenuh nak habiskan semua permainan dalam tu okay.. sakit kaki aku. TAPI seronok sangat!! Lama sangat tak have fun macam ni... Ada macam macam permainan tau korang.....

Anak-anak korang semua boleh main jika bersesuaian, dewasa pun boleh main. Banyak yang aku main seorang sebabnya husband aku gayat orangnya HAHHAHHAHAHHA. Kalau ramai ramai berhibur di Legoland, lagi syok!!!

 Naik aeroplane di Lego City Airport

Bercanda dengan Boating School. suweettt takk? hehe

Untuk makluman korang, Legoland Malaysia Resort ada 7themepark kesemuanya. The Beginning, Lego Technic, Lego Kindoms, Imiganation, Miniland, Lego City, dan Land Of Adventure. Disetiap tempat ini mempunyai tarikannya tersendiri. Pastikan korang ambil maps Legoland dan explore satu Legoland dan pastikan wajib rasai semua permainan yang ada okay? Atur perjalanan korang, sure dapat cover semuanya. Baru berbaloii baloii masuk ke Legoland kan??

Kami di Miniland yeayyyy!!




♥♥♥♥ 
Observation Tower Legoland di Imagination, boleh tengok satu Legoland dari pandangan atas. Nice View :))
 gayat ke bang? 
nice view kan??


So, korang dah boleh plan nak pergi ke Legoland sempena LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY 2017 okay. Jangan plan lama sangatt, LEGOLAND 5TH BRICKVERSARY 2017 ni sampai 30/09/2017 jekk. Cepat tau ! Aku memang syorkan korang datang seawal pagi dan pulang selewat-lewatnya. HAHHAHHAHA baru puas dan berbaloi ke Legoland gituh caranya. hehe. Ok Selamat Bercuti semuanya!! muahh ciked.... ;)) Moga-moga perkongsian dari aku ni dapat membantu planning korang sekeluarga ke Legoland Malaysia Resort , Johor.


#PASTI REPEAT LEGOLAND!!
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page