Thursday, August 24, 2017

Tempat Makan Sedap di Taiping

Korang dah baca belum entry honeymoon villa aku? Alahh, klik sini. Kang korang menyesal tak baca. Villa cantik teroks tuh! HAHHAHAHHA . Okaylah mari kita sambung entry pasal percutian pendek ke Taiping tempoh hari. Since aku dah update pasal Villa Honeymoon dekat Sentosa Villa Taiping, so entry kali ni aku nak cerita Tempat Makan Sedap sedap yang aku makan dekat Taiping tempoh hari. Sebenarnya aku ada banyakkkkk sangattt list tempat makan sedap di Taiping, tapi aku terjah mana yang sempat jurrrr... Ni pun laki aku dah mengadu senak perut , kenyang sangatt HHAHAHHAHAHHAA


Okay jom mulakan, jalan jalan cari makan kita di Taiping Perak. Masa mula mula aku sampai Taiping dah lewat , dalam jam 4.30pm rasanya, TAPI kitaorang tetap nak makan Kari Ikan Sembilang, yang dikatakan WAJIB MAKAN bila tiba di Taiping Perak. So jom la kita cari kedai PALING SEDAP ! Bukan cari kedai VIRAL. sebab bagi aku, bila kedai tu dah viral, KOMPEM tak sedap dah! HAHAHHAHAHHAHA so kita cari kedai kedai yang bebiasa jeeee , tak viral, orang kampung yang masak TAPI yang pasti SEDAP dan MURAH kihkihkih ;p

Tempat Makan Sedap di Taiping Perak
Kari Ikan Sembilang 
Lokasi : Selera Azrorasa, 131B, Kampung Matang Gelugor, 34750, Taiping Perak.
Waze : Selera Azrorasa

Aku jumpa kedai ni masa tengah search di google. Adalah kakak blogger ni katanya sedap, so kitaorang pergi. Mencabar sungguh nak cari kedai ni okay. sebab kedai orang kampung, so kenelah masuk kampung orang kihkih. Siap jumpa segerombolan lembu nak melintas. aku risau die slumber badak je langgar kereta. HHAHAHA penyekk kitaorang laki binik kang ;p


Jauh dari sudut hati aku, ada yang aku patah balik ni kang, betul ke idok jalan ni? waze ni tak tipu ke? HAHHAHAHAHHAHAH sekali nasib baik jumpa okay.......... Dan perjalanan berbaloiiiii baloiii. Memang kedai ni SEDAP dan MURAH kihkih. Aku makan apa?


The Menu

Kat Azrorasa ni banyak menu TAPI paling SEDAP dan WAJIB CUBA adalah, kari ikan sembilang, ikan sembilang goreng panas dan ketam lembut. Masa aku datang tu ketam tak musim, so kitaorang just order ikan sembilang sahaja... Dua ekor masak kari dan sekor goreng sahaja plss. HEHE , Sayur ulam ulaman akan diberi FREE sahaja , kitaorang lak dah pergi order sayur kailan ikan masin kihkih. rugi rugi. So next time, korang datang tak payah order sayur ye? Ulaman FREE jeeeee 

Kari Ikan Sembilang , serius patut cuba! Sedap sangat!!! Laki aku ni peminat kari, dia cakap kari ikan sembilang ni memang terbaik!! Kuah dia pekat sedap. Ikan sembilang tu tak ada bau pun. Kiranya tukang masak ni pandai basuh ikan sembilang ni . Kalau dapat orang tak pandai basuh, ikan sembilang ni akan berbau hanyirr tauuu... Ikan sembilang dia besar okay!! Aku order sekor pun tak ape weii.. Ni tamak order dua ekor , haaaa masakkk ko nak makan sampai habis!!! 

Ikan sembilang goreng pun patut cuba! Aku tak tahu laaa dia pakai rempah apa, tapi semacam garing jee ikan sembilang ni.. krap krup krap jeee bila kita ratahhh ikan sembilang. perghhhhhhhhh memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk!! Paling berebut , tu haaaa tang ekor ikan sembilang tu. berebutt okay!!! HAHHAHAHAHHAHAH, bang pls mengalahhh okay dengan bini? kang tidur luar baru tahu! kihkih

Kailan ikan masin, standard je rasa dia. rasa sayur HAHHAHAHAHHAHA
Ni la ulaman yang FREE tu, banyakkk !! Betul tak kedekut tuan punya kedai ni...... Semoga murah rejekiiii ;)) Sambal belacan tu pedas sedap okay! So my tasteeee......

Secara kesimpulannya, kedai Azrorasa ni memang sedap terbaik. Menu wajib order kari ikan sembilang dan sekor ikan sembilang goreng. Total kitaorang makan ni baru RM28. Murah okay!! Dua ekor kari ikan sembilang dan sekor ikan sembilang goreng, nasi putih dua, kailan ikan masin, air dua.. Murah lah kan? Bagi aku lah. Kedai ni okay sangat cuma kedudukan dia tu dalam kampung je. Jauh masuk ke dalam. Korang kene tabah sikit laa. hiihi. View dari kedai ni cantikkk! Tepi sungaiii. Masa kitaorang datang, adalah sekumpulan budak budak kampung tengah mandi sungai, terjun dari jambatan pastu main kejar kejarrr dalam sungai tu. alahaiii bestnyaa jadik budak budak, takyah fikir apa apa kan? hukhuk #WinduZamanBudak





Waktu operasi terpampang dekat dinding kedai. cayalahh!

Jemput makan. Jangan lupa datang sini yaaa ;)) TERBAIK!
Lokasi : Selera Azrorasa, 131B, Kampung Matang Gelugor, 34750, Taiping Perak.


Okay tu makan masa lunch. Sekarang untuk dinner pulak. Disebabkan dah makan berat iaitu nasi pada siang hari, so malam ni kita makan yang light light je okay? Idok la aku nak makan nasi sepanjang hari . Gemok aku tau. Laki aku tu tak pelah, makan nasi setiap jam pun tak gemok, tak paham aku betul laaaaa. haishh. so padan muka laki aku kene makan YongTauFoo yeayyyy !!! Aku memang dah aim nak pergi makan YongTauFoo Bomba. Haaa ni dah viral kan? mari kita cuba , sedap ke kedai yan dah viral ni? kihkih

Tempat Makan Sedap di Taiping Perak
YongTau Foo
Lokasi : Medan Selara Belakang Balai Bomba Taiping (Pusat Penjaja Taiping)
Jalan Tupai, Taiping Perak
Waze : YongTau Foo Bomba

Balai Bomba tu berhadapan dengan Hotel Novotel. Nampak tak anak panah putih? Itu lah Medan Selera ataupun Pusat Penjaja Taiping
Pintu masuk
Kat Medan Selera ni berlambakkkkkkkkk sangat orang jual yongtaufooo, serius aku tak tahu nak pergi kedai mana satu? nampak semua sama je? TAPI nasib baiklah kawan laki, Khairol, budak office, dah siap lukiskan kedai mana yang patut kitaorang serbu. terima kasihhhh orang tepeng heee~





Serius, semua makanan dia besar besar. Tak sama saiz dengan yong taufoo dekat KL pun. HAHHAHA aku teruja gileeeeee...... main ambil je semua. TAPI tu lah, kekurangan dia, dia tak letak harga di setiap makanan tu. Tak reti pulak nak anggarkan. so aku main amik je apa yang aku suka. HAHHAHAHHAHAH sekali dah siap, penuh sepinggan weiiiiiiiiii.. mampos nak menghabiskan!!!

sotong besar die memang sedap! korang amik sotong lebih tau!! hari tu aku amik sikit je pulakk. yelaa tak de harga, aku risau mahal HAHAHHAHAHHAHHHAHA

dalam risau risau mahal, penuh sepinggan aku amik! mampos nak menghabiskan. aku pandang laki aku. laki aku pandang aku balik. HAHHAHAHAHHAHAHHAHAHHAH

selepas digaulkan mesra bersama kuahnya. ayuh laaaaaaaaaaaaa kita makan slow slow yeee sayangg hikhikhik...... senak perut babe nak menghabiskan! 

Nasib laaaaaaaaaa sedap! apa yang membuatkan dia sedap ehh? kuah dia mungkin? sebab makanan dia samaaa je dengan KL aku rasa. kuah dia, yaa kuah dia!!! dengan kacang kacang yang ditabur atas yongtau foo tu............ kombinasi terbaik dan membuatkan YongTau Foo Bomba ni lain dari yang lain, SERIUS!!! Total sepinggan tu berapa korang rasa? RM14.40 jerrrrrrrrrrrrrrrr! Kalau dekat KL, sepinggan penuh tu rasanya dah makan puluhan ringgit hikhik. So semua, kalau datang Taiping, jangan lupa singgah pekena YongTau Foo Bomba, ya ya?


Okay, jom ke destinasi seterusnya. Kali ni aku bawak korang minum petang pulak. Rata rata semua blog yang aku baca suruh rasa cendol Taiping Bismillah. So jom kita cuba.. Nak mencari Cendol Bismillah ni senang je. Korang waze jekkk.. Sampai la nanti. HAHHAHHAHHAHA


Iye itu je kedai dia. Aku ingat besar lah kedai dia tapi secoet cuma jek. Kecik jek. Dan macam biasalah, kalau cendol ni mamak la pengusahanyaaaa. Menunya tak da yang special mana pun, standard menu cendol dimana mana jekkk.... Aku baru berangan nak makan cendol durian HAHAHHAHAHA tapi nan hado. Nantilah kita cari durian Taiping kihkihkih ~ So kitaorang order cendol pulut jek. .... Disebabkan kitaorang datang waktu tengah mencanak panas, so layan cendol adalah pilihan yang TEPAT kihkihkih.TAPI sayangnyaaaaa, cendol dia rasa so so sahaja. Bagi aku, tak da special mana pun cendol pulut dia. Pulut pun keras. HAHHAHA so sad me...... Laki aku cakap, cendol mamak dekat tepi jalan area rumah aku ni haaa lagi sedap. HAHAHAHHAHAH

Cendol pulut semangkuk kecil RM2.20

So kalau korang nak pergi cuba, boleh la. kalau tak kene dengan tekak jangan salahkan aku HAHHAHAHHA tapi kalau kene ngam dekat tekak korang tu , bagusla... Mana nak sama, tekak lain lain kan...... So kalau nak pergi, korang cari ;

Tempat Makan Sedap di Taiping Perak
Cendol Bismillah, Taiping
Lokasi : 151, 139, Jalan Barrack, Taiping Perak
Waktu Operasi : 8pagi ke 6 petang sahaja


Okay misi diteruskan lagi. Disebabkan tadi tak ada cendol durian, moh la kita mencari durian hok murah murah yang ada di Taiping ni .... Aku tanya budak hotel, kat mana nak cari durian murah TAPI sedap? Diaorang cakap dekat area Kamunting. Ntah celah manaaa lah Kamunting ni HAHHAHAHHA, tapi tak pe, ni Taiping jek. Tak pe sesat. Kita wazekan ajelaaaaaaaaaaaa hehe.. Setibanya di Kamunting, memang banyak gerai durian di tepi tepi bahu jalan. Pilih je. Kitaorang pilih yang melayu heeee~


Hubby tengah pilih durian, reti pilih ke bang? HAHAHAHA
Banyak pilihan ok. Korang nak besar kecik? durian kampung? durian itu ini semua adalahhhhh. Sedia duit sajokkkkk hihi. Disebabkan kitaorang tak reti nak pilih durian yang mana? Kitaorang suruh abang kedai pilihkan yang good good je. HEHE
Banyak kali abang ni kopek durian tapi durian tak masak lagi. HAHHAA adoiii lah abang.. Last last lama sangat tunggu, kitaorang cakap, abang pilih la, kitaorang duduk kat meja sana. Pilih sebiji terus kopek, nak makan terus kihkihkih.............
Okay, sekali abang tu datang bawak sebiji durian yang dah siap dikopek. AMIK kau! BESAR gila. dan ISINYA memang kuning lembik habis!! SEDAP ENAK SANGAT !!!!! Dan aku lupe apa nama durian ni . kihkih. lantak laaa ape nama, janji masuk perut aku muahhahahahhaa
Sebiji besar ni RM23 jek, makan dua orang memang puas................. Aku memang hantu durian, tapi nak makan banyak dalam masa yang sama, senak perut aku lahhh. Nak merasa jekkk. Tapi kalau ikutkan hati, nak je aku tapau lagi sebiji nak makan dekat hotel nanti, tapi kang , berbau pulak satu hotel.. mihmihmih, amukan staff hotel kahkahkahakahkah
Nampak tak? tengok je pun dah sedap kan? haishhhh. aku tengah karang entry ni pun sendiri terliurrr.. Ada yang aku cari durian esok ni kanggg.. Esok gaji wehooooiiii 
Tempat Makan Sedap di Taiping Perak
Durian Kamunting
Lokasi : Kamunting Perak (ala tepi jalan berlambakk haha)



Okay dah dah, makan cendol la, makan durian la, mana kenyang hoiiii. Laki aku dah kebulurrrr HAHHAHAHA so moh la kita mencari nasii. Apa yang lagi sedap di Taiping ni? Aku pun google lagi. . Selain dari kari ikan sembilang, dikatakan menu ketam lembut pun WAJIB cari bila dah sampai di Taiping ni. Okay jom cari!!!!! Misi google dan waze. kihkih. So setelah menggoogle, kitaorang memilih untuk ke ;

Tempat Makan Sedap di Taiping Perak
JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula, Taiping Perak
Info boleh refer gambar di atas ;))

Jauhnya perjalanan kali ni okayyy... Dekat 1jam nak pergi ke Kuala Gula ni weiiii. Buat kerja gila betul, pergi balik makan masa dua jam, semata mata nak makan ketam lembut kahkahkahkah. Kalau tak sedap, mati aku kene marah dengan laki .. huwarghhhhhhhh pleaseee sedap okay!! Sesampai je, nasib kedai baru bukak dan ketam lembut boleh diorder. Sebabnya rata rata blog cakap, ketam lembut ni ada masa masa nya boleh diorder, sebab kalau bukan musim ketam lembut, memang tinggal harapan jelaaaa korang nak makan ketam lembut ni. So kiranya trip kali ni, berbaloii jugaa sebab masih mampu untuk merasa ketam lembut nii weeeeeeeeeeee

sepanjang perjalanan, inilah laluan kita.. panas terik. perut lapaaa hoiiiii
okay dah sampai. kedainya di area jeti kecil . busuk tak payah cerita HAHHAHAHAHHA
okay jom masuk kedai? syoknyaa kedai atas air heeeee~
Bang, jangan laju sangatttttt. lapa lewteww kihkihkih
Kitaorang orang pertama sampai HAHHAHAHAHHAHA, kedai baru bukak.. Katanya, makin petang makin malam, lagi ramai orang heeee. Kitaorang datang dah dekat jam 2pm, baru sangattt , tak pe laaaa.. cepat sikit makan sampai hihihihii
Dekat belakang kedai ni, diaorang bela ketam ni. ada juga ikan ikan sangkar. bela sendiri jekkk. hihihi

Aku syak , memang malam meriah kedai ni. Lawa kot dinner tepi jeti gini. Sebab siang kalau bot bot kecil lalu, terhoyong hayang aku atas kedai ni haaaa. HAHHAHAHHA. Kedai ni atas tong tong jee dibuatnya jadik pontoon. kihkih. Seram makkk nokkkk
bot bot kecil nelayan park sini jugaaaaa
Tadaaaaaaaaaaaaaa, inilah menu menunya. Tapi aku kan dah aim nak makan ketam lembut, so aku order ketam lembut dan ikan sembilang lagi sekali untuk laki aku
Anak ketam lembut, ginilaaa rupanyaaaa
Jangan tamakk.. aku order tiga ekor sahajaaaaaaaaa. Ketam ni sungguh lembut weii. dengan dia punya kaki tangan semua boleh dikunyah, tak dak hal punyaaaa. rangup!!! Memang berbaloiiii datang sini jauh jauh, ternyata memang SEDAP!!
Ikan sembilang goreng, kalau ikan goreng ni, kureng sikit, lagi sedap dari Matang. 
sayur kailan 
tadaaaaaaa, our lunch. kenyang . sedap. berbaloi. murah? tak sangat. standard je harga dia. TAPI kedai ni memang WIN dengan ketam lembut dia. Kalau ikan sembilang goreng tu, korang makan di Matang jelaaaa . hehe. Total lunch RM61.60. glup!!



Okay settle lunch dan dinner, ayuh aku bawak korang pulak ke tempat yang enak enak untuk bersarapan pagi heeee ~ Ni memang aku aim dari KL. Tak payah google pun sebabnya memang dekat sangat dengan hotel kitaorang. 5min jekkkk. Dimana? Sarapan pagi di kaki Bukit Larut wehoooo!!!. Nak makan apa? Roti jantan pleaseeeeeeeeeeeeeee hihihi. dah jantan mana pulak ni? HAHAHHAHA korang jangan terkejut, dah memang nama roti tu, roti jantan HAHAHHAHAHA. bukan aku mintak jantan lain pun. hihi. laki aku pun terkejut nama dia jantan haha

Ni la gerai gerai di bawah kaki bukit larut itu....
aku makan dekat kedai ini
Ni haaaaaaaaaaaa rupa dia si roti jantan tu korang!!! Amacam ? leleh tak tengok???
Roti bakar yang ada hotdog, telur goyang diatasnya, dicurah pulak dengan segala macam sos. HAHHAHAHA sedap terokkkkkkkkkkkk! kenyang terokkkkkkkkk!!
Roti Jantan Special RM6 . 

Tempat Makan Sedap di Taiping Perak
Roti Jantan di kaki Bukit Larut, Taiping


Okay, last but not least, aku singgah di Mee Udang Mak Jah. Famous kan dekat Taiping? Even kawan kawan aku pun suggest makan mee udang dekat sini. Okay, sebagai penggemar udang, haruslah aku ajak laki aku pergi even do laki aku tak makan udang HAHHAHAHHAHHA. Aku pergi makan mee udang mak jah ni memang masa hari last aku di Taiping, lepas makan terus masuk highway ke KL. Aku sangattttlahhhhh teruja sebab udang kan, nak cari kedai udang mak jah ni senang yakmat sebab dah famous kan, signboard dimana mana.....


TAPI yang tak syoknyaaaaaaaaaaa, layanan yang diberikan tu hmmm. sadisnyaaa. Kedainya teramat besar. Pekerja yang sangat ramai. Amik order pun pakai tab uols... kaya kayaaa. . TAPI tu lah, tukang amik order tak senyum, aku tanya jawab nak tak nak je... sedih uols... melayu ok. adik perempuan. aduhhh adikkk, layan laa akak ni haa datang dari jauh ni, nak makan mee udang.... tanya pun tak boleh ke? pertama kali sampai kot mestilahhhh teruja nak tanya macam macam, dah awak pulak tak reti nak melayan? aduhhhhhhhh spoil!!!!!

menunya... aku order mee udang dan untuk laki aku order mee goreng udang je...

Mee goreng udang, memang SEDAP!!! Sila order ini yaaaaaaaaaaaaaaaaa
tengok laki aku makan, dia asingkan udang dekat tepi, tak pe, kejap lagi aku amik. HAHHAHAHA. kemain senyum dia mee goreng dia sedappp! HHAHAHHA terobatt lah sikit amarah dihati bila dapat makanan sedap macam ni kannnnn
Ni mee udang aku order. Udang dia memang banyak dan besar gila!!! TAPI sayang, kuah mee udang tak kene dengan selera aku. dan aku rasa mee udang kat KL lagi sedap heeeee. Itu tekak aku laaa.. 
dan akhirnya, aku makan udang sahajaaa dan ngendeng mee goreng laki aku. HHAHAHHAHHAA. tak sedap pulak mee udang mak jah ni, kenapa viral eh? pelik nau. tapi tak pe, tekak lain. habiskan makan dan terus blah. masa nak bayar pun cashier tak senyum. masam sahaja. ok spoil lagi dah jom balik , tak nak datang daaaaaaaaaaaaaaa. sobssss

semangkuk dan sepinggan mee goreng RM13. omakkk aii, mahalnyaaa mak jahhhhh!!!!



Okay sekian, jalan jalan cari makan aku dengan laki di Taiping. Banyak juga tempat tempat makan sedap dan tak sedap yang kitaorang cuba di Taiping. HAHHAHAHHHA. So, next kemana kita lagi ni ? Banyak lagi negeri tak sampai lagi ni. Rasanya macam nak buat roadtrip pulekkk. hehe. asyik jalan over the sea je, Malaysia kita pun apa kurangnya kan? Nak nak tahun ni tahun melawat Perak . #VisitPerak2017 ... Oh ya, ni nak pesan awal awal, ni adalah pengalaman aku dan pandangan aku terhadap semua makan makan yang aku cuba TANPA disogok mana mana pihak. Jujur ikhlas aku bagi review . Kalau ada yang tersinggung maaf la yaaaa.. Peace!

6 comments:

  1. dah 3 tahun tak balik taiping since opah meninggal,mak meninggal,yongtaufo bomba memang the best,pastu order pula icecream kedai sebelah tu,taktahu la ada lagi ke tak!haha.time lunch pun byk kedai sedap kat situ.mee udang makjah memang dah tak sedap sgt,tak silap anak dia yg masak,makjah dah takde .rasa nye la*ni kalau salah info mau kena saman!haha.cendol tu family saya pergi tmpt lain,tak ingt nama,kedai dia cntik skit la bangunan batu, bkn mcm ni.cuba tnye org,cendol yg bwh pokok tp dh pindah tmpt tu,mesti org taiping tahu.cendol mamak tu sedap juga la bg saya

    ReplyDelete
  2. wowww..yg tepi sungai tu mengimbau sgt...dan durian ituuu...dapnyeeee!!kuning2.nyum3

    hahha..betulla lain orag lain citarasa..tp byk yg sedap kan kt taiping tu:)

    ReplyDelete
  3. Sedap betul makanan kat Taiping ni. Lain kali datang tak payah minum cendol tapi rasa ice black mountain pulak. Memang perghhhh. Membukit ais dia. Daripada sentosa villa pun dekat je. Hihi

    ReplyDelete
  4. wahhh..makanan namak best je, terliur tengok durian tu..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share tempat2 ni. Sebab selalu g Taiping, nak jalan2 ambil angin. :D

    ReplyDelete
  6. wow memang puas hati jalan2 cari makan kat Tepeng. lepas ni boleh cuba mee nur zetty changkat jering. sedap.. kat js muara tu best jugak. ketam lembut terbaik.. ada ketam nipah gak tapi tak berani makan..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page