Tuesday, August 29, 2017

Ikan bilis mata biru di Lumut

Ikan Bilis Mata Biru di Lumut Perak

Masih ada yang tak tahu ke nak cari dekat mana ikan bilis mata biru? hey mustahill! Tapi tak apa lah, meh sini aku bagitahu, dekat mana nak cari ikan bilis mata biru sebiru air laut yang tenang ituew? kihkih Opkos di Lumut Perak. Memang ada dimana mana ikan bilis mata biru ni TAPI nak cari hok murah murah ni dekat Lumut Perak lah jawapannyaaaaaaaaa ;)

Hari tu aku ada lah menyemak ikut officemate pergi site Lumut, so dapatlah aku berjumpa dengan Kak Jamilah a.k.a Kak Milah sayang dear muah ciked ni. Lama sangat tak berjumpa kan? Last aku datang Lumut tahun bilaaaa ntah.... 1st day sampai, kitaorang terus ke Kedai Hasil Laut Jamilah Lumut Perak, takut esok esok dah busy, tak sempat pulak nak beli ikan bilis mata biru, konon acah acah wekeend nak buat sambal ikan bilis. muehehhehhee........

ada nampak mata dia kahh?
betul kah biru? biru laut ke? biru pekat ke?


Kalau kau bukan mak mak yang kaki masak didapur, mesti korang akan cakap, elehh beli ajelaa ikan bilis apa apa pun, samaa je rasa bila dah masak nanti. HEY BIG NO NO nooooo.. ! Kalau dengar dek mak aku, siap kau kene bebel. hikhik. Dikatakan ikan bilis mata biru ni bila kita goreng, dia makin rangup, dan boleh ratah makan cenggitu jekkkk. kalau habis semangkuk kau jangan cakap aku yang ajar ok???! Itu belum lagi kalau mak kau masak sambal ikan bilis mata biru, heyyy dia punya sedap lain machammmmmm! Tapi mana mana menu masakan yang dimasak oleh mak tetap sedap kan? tapi terhibur sikit la hati mak tu bila kau pergi site kau bawak balik dekat dia " Makkkkkkkkk, anga belikan mak ikan bilis mata biru........... SEKILO!!!" Mak kau mesti "WOW! thank you. datang rumah nanti mak masak sambal ikan bilis pedas kaw kaw" perghhh perghh perghhhhh nampak tak win win situasi? HAHHAHAHA

segerombolan ikan bilis mata biru, maaf yang pakai contact lens tak dak

Kalau korang tengok, ada macam macam harga kan? tapi semuanya masih ikan bilis mata biru. Apa yang membezakan mereka berekor ekor ini? saiznya. kalau aku suka pilih saiz sederhana. aku tak suka ikan bilis besar dan kasar, aku suka kecik dan sederhana jekkk. kalau kecik tu lagi syok! rangup sangat bila digoreng! Ikan bilis mata biru yang kecik korang goreng dengan cili padi dengan bawang sekali makan pulak dengan nasi panas panas. SEDAP TEROKss!


Bukan takat saiz je yang berbeza, siap ada ikan bilis mata biru siap kopek!!!!! Haaaa kalau korang spesis aku yang pemalas yakamat untuk mengopek ikan bilis, jangan segan silu nak tabur duit beli ikan bilis mata biru siap kopek. Memang mahal sikit dari yang belum kopek TAPI percayalahhhhh, korang pasti takkan menyesal memasak di dapur bila korang nampak ikan bilis mata biru korang dah siap dikopek. tinggal dibasuh dan dimasak sahajaa . wahh gituewww. masak dihujung jarii. muehehhehe~


Dan pilihan aku, tentulah ikan bilis mata biru saiz sederhana siap kopek SATU KILO ABANG!!!! Zaasssss abang terus pack order aku sesambil dia buat peace. amboi amboii nyahhhhhh....

Selain ikan bilis mata biru, segala macam hasil laut ada dijual di Hasil Laut Jamilah Lumut Perak. Korang cakap nak apaaa? semua ada. Tinggal bayar jek. hikhik

dah bayar! tadaaaa. inilah Kak Milah sayang dear dear muah muah. Kemain baik lagi dia. Siap bagi diskaun siap bagi air kotak FREE. heyyy. baiknyaa orang Lumut ini. Semoga murah rejekii dan semoga bisness hasil laut akak bertambah maju yaaaa dan dikenali seantero dunia. WAH! Akak milah jangan lupa ida baharum yaa yaa yaaaa . next time kami datang lagi!
Aku beli yang sekilo RM70. Tapi dapat diskaun RM60 hikhikhik... tips: datang kedai Hasil Laut Jamilah pastikan Kak Milah ada yaaa. dapat lah diskaun weehooo yeayyy!


maaf tak berapa nak nampak sebab dah malam. memasing bawak segedabak plastik . 
borong ape tuuuuuuuuu.... 


Korang yang nak beli juga ikan bilis mata biru , nah details :
Hasil Laut Jamilah
No.4, Jalan Titi Panjang, 32200, Lumut Perak
No Tel : Mama Milah +6019-5571246/+605-683 6105  
Facebook : Hasil Laut Jamilah
Waktu Operasi : 8.30pagi hingga 11.30malam



dah siap sambal ikan bilis korang, don porget invite aku makan okay! mihmih

2 comments:

  1. kalau kat KL jangan mimpi di siang hari nak dapat harga ikan bilik mata biru macam tu...ikan bilis takde mata pun tak dapat jugak :D

    ReplyDelete
  2. ikan bilis lumut terbaik.. mak pun kalo tiba2 terlepas ke sana mmg dia akan borong. sedapnya krup krap krup krap makan..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page