Tuesday, August 8, 2017

Hotel Best dan Romantik di Taiping | Sentosa Villa Taiping Perak

Asyik tergendala je nak cerita pasal percutian pendek kitaorang laki binik ke Taiping pada 21hb Mei 2017 tempoh hari. Ok mari mulakan! yeayy! Untuk makluman, kitaorang laki binik pertama kali sampai Taiping okay! huwarggggghhhh sedihhhh. Siap ada yang perli, Korea kau dah sampai, Taiping baru nak pergi???? hekhekhekehekk .. rileks la kawan .. lambat ke cepat ke, pasti akan sampai ewahhhhh .. ;))

kami dalam perjalanan. Taiping, mu tunggu kami sampaiiiiiii

Percutian ke Taiping 3 Hari 2 Malam 

Kitaorang ke Taiping selama tiga hari jew. al maklum la cuti tak banyak kan.. Sebelum aku ke Taiping, awal awal lagi aku dah survey hotel yang best dan romantik di Taiping dan tempat tempat menarik di Taiping. Next entry aku akan cerita okay? But now, aku nak sharing dengan korang semua, Hotel BEST dan ROMANTIK di Taiping. kata percutian laki binik? haruslahhhh survey hotel hotel yang romantikaaaa sikittt hihihi. tak nak aku duduk kat bandar, dengar bunyi kereta, hon sana sini... aku ni kalau hanimun suka pilih hotel yang suasananya tenang, hotel yang lebih kepada pemandangan indah, hijau hijau sikit nature .... aku tak suka hotel conrete HAHHAHAHAHA

Dari KL ke Taiping makan masa selama 4jam driving. aduh waduhhh, sakit pinggang aku. Tidur bangun tidur bangun masih tak sampai sampai . Aha aku tidur, laki aku drive sorang sorang. bertuah punya binik HAHHAHAHHHHAHA . Kitaorang gerak pukul 12.30pm (lambatnyaaaaaa!!) . . Korang nak ke Taiping ni senang je, naik highway Plus Utara Selatan, Exit Changkat Jering RM32.90. Korang jangan risau kalau sesat ke hapa, sebab kitaorang memang guna waze sepanjang jalan. Boleh dipercayai okay ;))

Sesampai di hotel dalam pukul 6pm, lewat kan? sebabnya kitaorang singgah makan tadi. hehe. Ohh ya, aku belum bagitahu ehh, untuk percutian ke Taiping 3 Hari 2 Malam ni, kitaorang check in di Sentosa Villa Taiping. sapa pernah dengar pasal hotel ni??? Masa mula mula aku bagitahu nak stay hotel ni, ramai macam tak tahu kewujudan hotel ni. bahkan, orang Taiping sendiri pun tak pasti kewujudannya. aigoooooooo.. rugi lah korang! sebabnyaaaa, Sentosa Villa Taiping ni tersangatlah SUPERB duper BEST sangat !!!! Serius realiti Sentosa Villa Taiping ni lagi lawa dari dalam website sendiri.......

masuk masuk pintu utama, korang akan terkesima nampak view ini. Alahaiiiii cantiknya
Sentosa Villa Taiping, Perak


Reception

yaa yaa, kalau korang check in dekat sini, dalam bilik memang tak de Free WIFI ye. sila on data memasing kihkih. Tapi, kitaorang tiada masalah pun if tiada wifi sebab kita nak honeymoon kannn.. Its perfect place! Kalau tidak, laki aku asyik dok hadap handphone die je.. at least stay sini, die duk belek aku jekk. khakhakahkah  #ehh

Suasana area Reception



yeayyyy dah dapat kunci !

Okay, untuk pengetahuan korang, Sentosa Villa ada dua kategori. Hotel dan Chalet. Bilik hotel ada banyak kategori, ada standard room (2 orang), superior room (2 orang), family classic (4 orang), dan the junior suite (2 orang). Manakala untuk chalet pulak ada deluxe villa (2 orang), wooden villa (2 orang), honeymoon villa (2 orang), family villa (4 orang), cottage (8 orang) dan bungalow (8 orang). Untuk kepuasan berganda sila la korang stay di Chalet. Hehe sebabnya view nya tersangat lah menyenangkan dan mendamaikan yang mana semua chalet yang ada adalah berhadapan dengan pemanangan indah di dalam Sentosa Villa. 

Harga bilik di Sentosa Villa Taiping (2017)
(oh please sayang aku lebih, siap lengkap aku bagi korang harga okkkkk. hihi)


Dan pilihan aku? Mestilah Chalet Honeymoon Villa. Mohon jeles everibodi. hikhik... jom aku belanja korang gambar dalam Honeymoon Villa, mana tahu, ada rezeki, korang boleh honeymoon sini jugaaa ;))

Jalan masuk menuju ke Honeymoon Villa sayaaaaaa
Honeymoon Villa - ZEUS 

Dari pandangan hadapan, my villa ;))
Suasana dalam Chalet type Honeymoon Villa
Apa yang disediakan dalam Chalet-Honeymoon Villa ini?
Villa ni dilengkapi dengan aircond, ada mandian sejuk dan panas, hair dryer, kettle, ada TV, air mineral yang dibekalkan setiap hari, basic peralatan mandi, oh ya tuala juga disediakan... Ada disediakan iron tapi korang kene request yeeee ;))
Kemasan dan design Honeymoon Villa unik sekali. Mengekalkan design ala ala village. Batu bata kayu kayan... terasa macam berada di satu kawasan yang asing. jauh nun dari hirukkkkk pikuk Kuala Lumpur. arghhhhhhhhh i want this everydayy plsssssss
toilet pun cantik
ada kelambu. mak sukaaaaaaa nakkkk hikhik
Close up sikit our katil. best sangat!!! 
nampak tak kat tepi katil ada sliding door? haaa itu lahh pintu rahsia Honeymoon Villa. Kenapa? Bila korang buka je sliding door tu , korang akan nampakkkkkk...................
korang akan nampak view indah ini !!!!!!! 

Serius cantik sangat kan korang? Rupa-rupanya, honeymoon villa kitaorang ni, ada pemandangan sebegitu indah di belakang chalet. Villa ni seakan akan mempunya dua tingkat. Di bahagian belakang villa ini, tempat kita melepak laki binik, chit chat, minum petang sambil borak pasal masa hadapan.  sambil ditemani oleh pemandangan indah ... wahhhh gitueww ;)) 

Besar okkk villa ni
"Kopi saya mana?"
Ok, tadi kita di atas, sekarang kita nak turun bawah pulak. Ada tangga okk, so if korang tak nak keluar dari pintu depan, keluar lah dari pintu belakang, terusssssss ke laman belakang yang cantikkk ni...... sejuk je mata memandang kann?
Seriuosly, Honeymoon Villa kitaorang memang TERBAIK dan CANTIK! Berbaloi sangatt dapat stay dua malam dekat sini. Korang book villa ni jugakkk tauu !



Selama kitaorang di Sentosa Villa, kitaorang disediakan breakfast di Cafenya. The Hutan  Cafe namanya. Yela kan, kita kan berada di tepi Hutan Simpan Bukit Larut. heee ~ If korang book bilik/villa jika tidak termasuk sarapan pagi, korang jangan risau, korang still boleh walk in ke Cafe Hutan untuk menjamu selera yeee ;)) Cafe Hutan terletak di hujung Sentosa Villa, korang boleh follow signboard or tanya je mana mana staff, mereka akan bantu. Kitaorang pergi jalan kaki sahajaaaa.. Saja nak ambil angin pagi hehe ~

The Hutan  Cafe 
The Hutan Cafe ada tempat duduk luar dan dalam. Kitaorang pilih untuk duduk di luar. Korang tahu tak sebelah cafe ni ada sungai? Nanti aku tunjuk okkk.. 
Selamat Menjamu Selera 
Teh dan Kopi
Untuk sarapan pagi, kitaorang memilih untuk mencuba kedua dua set yang ada. Set Western untuk si isteri dan Set Local untuk suamiku. gituewww

RM15 sahaja per head. Murah kan?? 
Jadik kalau malas nak pergi makan dekat luar, jangan lupa ke The Cafe Hutan okkkkk....


Selepas breakfast, kitaorang sempat jugak la bersiar siar cuci mata posing sakan satu Sentosa Villa ni. Habis dari hujung situ ke hujung sana kitaorang explore Sentosa Villa ni. Serius, kawasan nya tersangat lahhhhh besarrrrrrrrrrrr............... ! Di sebelah belakang The Cafe Hutan ada satu dewan besar juga, Garden Hall. Di kawasan itu juga, ada satu padang , sesuai juga untuk team building ke, untuk private event seperti birthday party ala garden ke, small gathering, family day ataupun garden wedding ke? Sesuaii sangat!! Juga terdapat Surau untuk muslim... 

Tandas awam pun cantik. haihh tak paham betul la. HAHHAHAHA



Garden Hall
Padang Besar sesuai untuk tetamu resort melakukan aktiviti

small playground
Okay, ini kawasan untuk BBQ. Ada disediakan gazebo gazebo yang sesuai untuk berBBQ. BBQ disini sangat mudah, korang tak perlu bawak/sedia barang masak, korang just bayar dekat Sentosa Villa, dan semua barang akan disediakan mengikut berapa pax? Dan korang just bakar dan makan sahajaaaaa .. settle ;))


Setelah habis explore di kawasan belakang, kitaorang jalan semula ke depan resort melalui sungai di tepian tu. Just nice berjalan berduaan gitu. Alorrr, suweet sangatt. Dengan bunyi-bunyian alam semulajadi, seriussss aku suka sangatt !!! Hubby? Dia melayan saja aku. HAHAHAHHA.. Ternyata memang sepanjang aku berjalan, aku puji habis Sentosa Villa ni. Cantik sangat! Tolong laaa maintain kawasan ni okay , jangan biar dia pupus. cewahhhh. Rugi sangatt kalau tak jaga bebetul.. Tau tau tau ;))



gituew laki aku haaaaaaaaaaaa , kemain dia !
Tadi aku ade mention pasal sungai kan? haaa ni lah dia. Boleh mandi ya. Korang boleh berpiknik disini jugaaa. Tetamu menginap di resort boleh dan orang luar pun boleh. 
Tapi orang luar ada bayaran yang dikenakan .... 
Boleh juga sewa gazebo di tepi sungai ini. Untuk orang luar tau. Sewa gazebo hanya RM30/hour. So, orang luar yang tidak menginap di Sentosa Villa pun masih berpeluang untuk menghayati keindahan alam di dalam Sentosa Villa, Taiping ni ;))


Dan kitaorang masih lagi meng-explore keadaan sekeliling di sekitar Sentosa Villa. Di bahagian hadapan resort, ternyata lagi indah pemandangan, kiranya berdekatan dengan villa kitaorang.. Ada yang bertanya, sebelah resort ni Hutan Simpan Bukit Larut kan? tak de pagar pun? Tak bahaya ke? Tak ada binatang buas ke? So far, tidak ada. Korang jangan risau, pihak resort tahu macam mana nak menjaga keselamatan semua tetamu tetamu yang menginap di Sentosa Villa ;)) Korang just chilll dan enjoy view sahajaaaaa.. Nikmatilah percutian korang tanpa ada seribu satu soalan yaaaa yaaaa ;))















Cantik sangat kan korang? Kalau korang buat photoshoot wedding ke, pre wedding ke, bff forever ke, haishh mesti cantikkk. Buat tema garden. hikhik. Style kan?


tadaaaa , inilah villa aku dari pandangan belakang...... 




Maaflah nak, memang korang akan berbulu je tengok entry aku ni haaa , penuh sajaaa dengan gambar HAHHAHAHHAHA. nak buat macam mana, tempat cantik superb, aku pulak cantik cute , laki pulak kaki melayan, maka, berposing sakan lah hikhikhk.. Ok dah jom aku bawak korang ke bilik bilik yang ada di Sentosa Villa. Tadi kan aku dah bawak korang jalan ke chalet dan kawasan sekitar The Hutan Cafe kan? So moh kita jalan ke depan sikitt yaaaa ;))

Okay, inilah pintu masuk untuk korang jika korang booking bilik standard bukannya chalet. Ok?

sisi hotel

Lobi Hotel




Amacam korang? Tak perlu pergi jauh jauh untuk stay di resort yang bertaraf luar negara kan? Ada je dekat Taiping ni haaaaaa. Ramai rupanya tak tahu. Okay meh nak bagitahu korang semua, di Sentosa Villa selain korang leh menginap di sini, malah korang juga boleh booking untuk event-event lain seperti wedding garden, gathering, farewell, family day, birthday party atau apa apa je event yang korang rasa nak kelainan. Korang boleh hubungi pihak Sentosa Villa, dan aku pasti apa yang korang rancangkan, pihak Sentosa Villa pasti tunaikan! hehe ~ Banyak pakej yang disediakan, korang just pilih mana yang bersesuaian...






Nah , tunggu apa lagi? Call sekarang dan booking! Kerja penat penat, sekali sekala reward diri dengan percutian yang indah indah, tenang dan nyaman........ Mana? Di Sentosa Villa lahhhh ;)) Secara peribadinya, aku suka sangat menginap di Sentosa Villa. 5/5 aku bagi!!!! Dari layanan staff, bilik, view, memang sangattt berbaloii tabur duit untuk percutian di Sentosa Villa. Cukup tak sangka, Taiping ada resort sebegini indah ;)) Rugilahhh tak datang sini korang..... ! Thanks to Anis dan Sentosa Villa yang sudi melayan ida dan suami yaaa. Janji! Ida pasti akan kembali ke Sentosa Villaaaaaa.. waduhhh waduhhh, rindu sudah my Honeymoon Villa... sobss sobsss..... 

with Anis. terima kasih dan jumpa lagiiii ;))

Info :
SENTOSA VILLA TAIPING
Alamat : Jalan 8, Taman Sentosa, 
34000 Taiping, Perak, Malaysia
Email booking : sentosavilla@live.com 
Hp : +6013-5931000 (whatsapp 24hour) , +605-8051000 (Call)
Instagram : @sentosavilla



SELAMAT BERCUTI♥ 

7 comments:

  1. cantik..mcm tmpt tu uolsss yang punya...syok la xde org

    ReplyDelete
  2. Cantikkkknyaaa....nak gi honeymoon jgak arr..

    ReplyDelete
  3. lawa plak tgk tempat tu... kolam mandi takde ke?

    ReplyDelete
  4. Aku pernah stay sini 4 tahun lepas... masa tu urusan keje tp sajer booking bermalam sini. Dtg sorang jer x bwk family. Cantik tmpt tu tp nyamuk byk giler..

    ReplyDelete
  5. Perghhhh...serius cantik betul tempat dia ni...privacy wehhh mmg sesuai beno utk yg nak honeymoon....


    ReplyDelete
  6. Menariknya..tq for sharing and review.

    ReplyDelete
  7. wahhhh..cntiknyaaaa..tengok gmbr pn dh best apatah lagi tngk depan2..huwaaaa..insha allah 1day smpai nnt..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page