Tuesday, July 25, 2017

Perfume dari Ticino Paris, Eksklusif dan Wangi!

Siapa yang tak suka wangi wangi ? Aku suka lahh. Tapi kadang kadang tu tak perasan diri dah busukkkk , terlupa nak sembur perfume. kihkih Aku suka bau wangi yang manis manis, sweet gituew. Sesuai tak dengan aku? HAHHAHAHHAAHA .. Aku suka kumpul perfume. Berbotol ada dekat rumah.. Aku suka cuba semua bau yang ada. Baru-baru ni aku ada cuba brand perfume Ticino Paris, salah satu brand perfume berkualiti tinggi dari France, Paris. Wahhh nampak, tak payah pergi kota cinta Paris, dah boleh dapat kemanisan kewangian dari sana heee~


 
Jom sembur sembur wangi dengan Perfume dari Ticino Paris

Ticino Paris, wangiannya memang luar biasa dan berkualiti tinggi. Sekali sembur sahaja, bau wangi menusukkkk ke seluruh ruang dalam bilik. Sekali sembur je tau. Belum aku sembur banyak banyak lagi, mau pengsan laki aku bau. Apesal wangi sangat binik aku ni di pagi hari? Haa ada yang tak jadik pergi kerja ni kang... ehh ehh HAHHAHAHA


Sejujurnya, bagi diri aku sendiri, bila kita dalam keadaan bersih, WANGI dan kemas, ternyata keyakinan dalam diri semakin menebal. Tak de lah malu malu nak berhadapan dengan orang ramai. Dan tak de la suara sumbang yang cakap kau ni busukkkk. kan? So, kita sebagai wanita bekerjaya yang berurusan dengan orang ramai, haruslah menunjukkan penampilan yang kemas, bersih , bergaya dan WANGI. Baru lah kita confident dan orang ramai pun yakin hendak berurusan dengan kita. Cewahh~


Beberapa hari lepas, aku sempat la shopping perfume di salah satu Outlets Ticino Paris yang terletak di Setia City Mall. Bila aku sampai, aku kagum habis dengan Outlet Ticino Paris ni, wahhhh cantik dan unik bila mereka mengetengahkan konsep bar perfume. Nice sangat! Rasa ini kali pertama aku nampak konsep macam ni. selalunya, kedai perfume memang dah siap siap ada botol dan untuk tester, diaorang akan bagi kita kertas yang telah dispray dengan perfume kan? Tapi konsep di Ticino Paris ni lain, tak de main spray spray dekat kertas, kalau korang nak bau satu satu perfume itu, diaorang akan bagi korang cium dari botol sahaja. ehh ehh wangi tau! walau cium dari botol je. bau dia kuat dan tahan lama... Oh ya, Ticino Paris adalah Eau De Parfum (EDP). Itu sebabnya, perfume mereka mempunyai kualiti tinggi dan baunya boleh tahan lama. Sembur pagi, sampai ke petang masih meninggalkan bau. Tak percaya? Tanya kawan sebelah hikhik




 
 Terlalu ayu khas untuk Ticino Paris ehh hehehe


Terlalu banyak pilihan perfume yang ada di Ticino Paris ni, serius buat kita rambang hidung untuk mencuba ehhh. Tapi korang jangan risau, mereka di bar pasti akan bijak mengesyorkan korang bau perfume mana yang sesuai untuk korang. Macam aku lah, aku just bagitahu, aku suka bau yang manis, cute ... Terus mereka mengesyorkan beberapa bau dan akhirnya aku memilih ETERNAL.

 

ETERNAL - True love is infinite and always like itselft, it seen with while hair but always young in the heart. ETERNAL adalah "This is floral aldehyde fragrance for women. Top notes are violet, peach, jasmine, lily-of the valley, bergamot, rose and narcissus; middle notes are aldehyde rosemary and tuberose; base notes are sandalwood, Tonka bean, amber, musk, civet, bamboo and vetiver"


Gitueww maksudnya. Memang konsepnya main bunga bungaan sahaja. mahu tak wangi jika korang memilih ETERNAL ni sebagai semburan di pagi hari. heeee ~

Ohh ya, Ticino Paris ada juga perfume untuk lelaki yaaaa. So untuk set lelaki, aku suruh hubby yang pilih sendiri bauan yang dia suka. Rupanya laki aku ni , tak suka bau bau yang keras, tapi dalam masa yang sama dia nak macho . macam mana tu? HAHHAHA Macam biasa, mereka di Ticino Paris mengesyorkan beberapa bauan dan hubby memilih CHALLENGE. Gitueww. CHALLENGE is The smooth sea never made a skilful sailor. The citrusy aromatic fragrance designed for men. Top notes are litchi, mandarin orange, lotus, pink pepper and bergamot; middle notes are orange, Brazilian rosewood and sea notes; base notes are Tonka bean, amber, musk and benzoin.

 

Sekarang ni ada baru punya, set couple, lelaki dan perempuan. wahhh, kalau macam nak bagi sebagai hadiah, memang pilihan terbaik lahhh. Lagi satu, aku suka sangat dengan packaging of Ticino Paris ni. Simple je kotak dan botolnya. Tapi tetap nampak elegant dan menampakkan ciri ciri stylish and compact. Ia didatangi dengan sebotol perfume dan information card mengenai bau wangian yang kita pilih, dan ada dua saiz yang berbeza iaitu 17ml yang berharga RM129 dan 32ml berharga RM179. Murah kan??? Selalunya perfume makan dalam RM300++ ke atas EDP, tapi di Ticino Paris, korang hanya berbelanja tak sampai RM200 dah dapat sebotol minyak wangi EDP yang tahan lama, tetapi mampu milik, dan sesuai dengan poket kita ;))

 Botol yang kecik comei, sesuai untuk kaki travel seperti aku . hehe


Set Couple, anyone? Baru RM219 jewwww hehe

Simple but stylish packaging.
Complete with their information card

Sembur wangian dengan betul ya?
Thanks Ticino Paris Setia City Mall - Mr Desmond and Ms Sumay for having us ;))
YAKIN aku rekemen korang untuk kesini untuk mencuba dan happy shopping dengan Ticino Paris. Perfume dari Ticino Paris adalah yang TERBAIK kerana kualiti dan wangian yang tahan lama serta mampu milik kerana harga yang mampu milik dan berbaloiiiii

Info Outlets:
Ticino Paris Setia City Mall
Alamat : LG-K03A, Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, Selangor
Tel : 012-236 1220
Waktu Operasi : 11am-10pm

Instagram : @ticinoparis

1 comment:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page