Friday, June 23, 2017

Dapat dua sampul yang mengembirakan!

Hai korang, hari ni aku masih bekerja. pasai apaaaaa? TAPI seronok juga bila semua dah cuti raya, kau sorang je ada kat office. makanya, tak de la banyak kerjaaaaaaa yang kau kene buat HHAHAHAHHHHA #matilahkalaubosbacani kikiki~ TAPI kang, aku nak balik terus, tu yang hari ni dah sesiap bawak kereta, kemas semua barang baju bajan masuk dalam kereta... Pukul 1.30am aku tidur selepas settle kemas semuanya, tapi pukul 4am dah kene bangun semula nak gerak ke office, taknak gerak lewat takut jemmmm. rupanyaaaa tak dok langsung kete. HAHHAHAH semua dah pakat balik raya awal ehh? ehh?

dah sampai kampung ke korang? hmm hmmm

TAPi benornya benda lain nak citer.. Semalam kan korang, aku bukak la peti surat, aku dapat dua sampul yang buatkan aku gembira tak terkata! rasa macam nak menjerittttt je bagi satu taman dengar, aku happy gilaakk! HAHHAHAHHA .. Aku dapat dua sampul. Satu sampul dapat kad raya dari follower blog. kihkih. kemain happy kan? tapi serius aku tak ingat sapaa adik ni.. hmmm.. sorry dikk. akak lupa ingatan kejap hihihi... Serius ni kad raya pertama aku tahun ni. Dan rasanya kad raya terakhir HAHAHAHAH ada lagi eh tradisi anta menghantar kad raya? Ingatkan wish raya di wasap jee skrg ni kihkih. .

"Salam dik nurul syamimi. Akak serius lupa awak.. Maaf tau... Tq sebab igt akak lagi dan sudi baca sokmo blog akak yang ntahhh ape apeee laaaa tu akak merepek hikhik.. Kalau kalau awak terbaca post ni, mohon pm akak ye? Akak suka sgt menghargai follower.. Meh akak post satu shawls KLCC untuk awak.. pm ya adik? Selamat Hari Raya jugaa untuk awak sekeluargaaaa...."



Dan lagi satu sampul, adalah DUIT RAYA dari Nuffnang yeayyy!! HAHHAHHA xde la nuffnang bagi duit raya bebetul weii, ni aku cash out income dari Nuffnang, secara kebetulan, sampai semalam, sedang elokkkk pulak dia sampai time time rayaaa macam ni. memang TERsangatlah diperlukan hikhikhik.... kejap lagi nak pergi bank lah. kuikuiiii... Jadik laaa buat tampung tampung perbelanjaan selepas rayaa kannn.... almaklumlaaaaaa ada 40hari untuk menunggu gaji bulan Julai ni. masakkkkkkkk masakkkkkkkkkkkk ....


Okay tu je nak update. HAHHAHHAHA benornyaa aku bosan tak tahu dah nak buat apaaaa. settle dah kerja pagi tadi. ekfisyen sangatt kann... dalam kepalaaa dok ingat kampung je ni.. tak sabar nak pakai baju rayaaa kofkoffkofff ..
SELAMAT HARI RAYA KORANG!!! 

#TeamRayaMelaka #TeamKgHalaman #TeamGrey
Read More ->>

Wednesday, June 21, 2017

Raya 2017 kitaorang , SAKAN ke?

Hai korang, korang rasa tak apa yang aku rasa? Macam sekejap je kan puasa tahun ni? Aku rasa macam KEJAP gila.. rasa macam nak bangun sahur 1st day puasa haritu, alih alih hari ni, lagi 4hari NAK RAYA??!! Cepat gila masa sekarang kan? TAPI yeayy yeayyyy jugak lahh kann! Sukanyaaaaaaaaaa raya! HAHHAHAHHAAHA. Sapa cakap raya kami lakik binik suram sebab tak de anak? memandaiii je kan korang. kitaorang LAGI SAKAN ok!! HAHHAHAHAHHAHAHHA

Baju raya korang dah siap ke? Tema apa tahun ni? raya mana? amboi soalann kemainn HAHHAHAHA. Kalau kitaorang, laki binik baju dah siap daaa untuk raya pertama. TAPI baju melayu laki aku tu haa ada terbesar sikit so pergi kecikkan semula tapi sampai sekarang tak siap siap lagi. HAHHAHAH ada yang pakai baju melayu tahun lepas kangg.. kihkih... Tahun ni turn raya melaka which is kampung aku. yeayyy! seminggu ok!!! seronokkkkk kihkih. kitaorang dah mengamalkan satu kampung satu tahun. tak balik pun dua dua kampung macam sebelum ni, mungkin lagi seronok dpt luangkan masa bersama keluarga memasing. memasing cuba berkorban la.. sedih memang sedihh tapi nak buat macam mana kan? dah kita asal jauhh.. sorang pahang sorang melaka. HAHAHAHHAHAHA.. tapi masing masing dh dewasa kan? boleh kawal perasaan ;)) hehe.... so tahun ni kitaorang #TeamGrey dan #TeamMelaka #TeamKgHalaman gituewwww

ayuh nak shopping!


Nak nak laki aku tu haaaa. dia jenis setahun sekali shopping tau. dah memang dia akan pilih masa masa nak raya untuk shopping sebab banyak sales katanya. kahkahkah!! kalau tak shopping langsung tak boleh jugak, penat laa kita bekerja tapi tak dapat beli apa yang kita nak? kang merana.  simpan simpan jugerrr, shopping shopping jugerrrr HAHHAHAHAHHAHAHHA

So, nak jadikkan cerita, kitaorang cuti hari tu, semata mata nak pergi shopping kihkih. memang dari dulu SUKA sangat shopping waktu hari bekerja sebabnya tak ramai orang heeee ~ dan lokasi yang dipilih dah tentulah Paradigm Mall. Sebab apa? Boleh kumpul point Air Asia. HAHHAHAHA ni pun adik aku yang ajar, so meh aku ajarkan korang semua, sesiapa yang ada nombor big Air Asia, moh la kita shopping di Paradigm Mall sebabnya boleh redeem point. Maksudnya, setiap pembelian korang di Paradigm Mall (kecuali bayar bils), korang tunjuk je resit di kaunter Air Asia di Level CC Paradigm Mall then tunggu beberapa bulan , nanti masuklah dalam beberapa bulan. gituewww

So apa yang kitaorang laki binik shopping? laki aku tuh, dia banyak shopping baju kerja je. adoi. aku suruh dia beli tshirt ke kemeja ke nak buat raya nan hadooo dia layan. cis. sibuk jeee cari seluar kerja. tali pinggang lahhh.. bang, nak raya ke takkkkk ni?? grrr ....


test ya bang?
 

tali pinggang pulekkkkkk
bini keboringan meneman si laki shopping tak sudah sudahhhhh

Secara kebetulan pulak masa shopping shopping tu, aku sajalah masuk gambar selfie dekat group wasap GKP. haa sekali yaya dengan syafiq pun nak join shopping. ayuh laa nakk.. kita berjemaah menghabiskan duit memuaskan hatikkk. kihkih... berejam habis masa dekat BO Paradigm Mall tuhh. maka dengan itu, beratus jugalah yang habis..... sobs... aku hanya dapat dua helai seluar jeans sajoooooooo.. yang lain semua laki aku yang punya! Memang itu hari, hari dia shopping LAHHHhhhhh

 dengan yaya #makanakdua
gigih kan yaya datang shopping sekali? kihkih, nasib la si syafiq cuti sekali 

duit dah habis dah jom balikkkkkkkkkk


Habis je shopping di Paradigm Mall, buat kerja gila terus pergi ke Jalan TAR, nak cari baju kurung ai pulakk.. Padahal baju kurung dah berlambakkkkk HAHHAHA still nak cari jugakk sebabnya ternampak yaya upload baju kurung santekkkkkkkkkk dekat Jalan TAR kihkih. nasib la ada yaya dan syafiq teman ke Jln TAR, so nak juga la laki aku melayan ke sana. kalau tak? jangan harap kotttt kihkihkihkih... dapat takkk beli baju kurung tu korang rasa? Ehem.... mestilahhh dapat rembat sehelaiii yahooooooooooooo... nanti tunggu raya baru aku OOTD yaa, sekarang rahsiaaaaaaa lagiiiiii mihmih~ bila kira kira balik, total baju kurung yang aku dah beli untuk pakai sepanjang raya ni, adalah 4helai. alaaa baru empat helai jekk.. che ta tu 100helaii okayy!! HAHAHHAHHAHA

misi memang cari kasut baru. asik pakai selipar jekk aku ni. so dapat la beli sepasang kasut di vinci hari tu.. lawa takkk korang???
 woottt wottttttt

 aku beli kasut? die beli capalll pulekkkkkkkkkk HAHHAHAHAHHA 
bila nak tobatt ni bangg? hikhik
so, laki amik warna coklat ni. yang ni beli dekat Aeon Mall Bukit Tinggi, Klang.
capal kulit. dia aim sangattt benda kulit kulit ni. hmm. so amik la sepasang bangggg kang raya tak lengkapp hikhikhik


Ehh ehh dah dah laaaa shopping. pening pulak aku tengok duit mengalir macam air. hikhikhik... TAPI kan, aku rasa macam tak banyak sangat beli TAPI bila kira kira balik, eh eh banyak jugakkk. tak perasan langsung! SAKAN betul shopping dengan 'bantuan khas raya' ni. kahkahkah!! Sokay lah, raya setahun sekali. . laki aku pun bukan shopping barang branded sangat pun. . hukhuk. aku pun sama. . lamaaa tak membeli. .. #ehyekeke?

Eh sebelum tu, korang dah tukar duit raya ke? dengar cerita duit raya dekat bank dah habis kan? nasib laaa ai dah berkolaborasi dengan budak budak office untuk tukar duit raya awal awal lagiiii. yeayy!!! tahun ni tak banyak pun aku peruntukkan untuk bagi duit raya, yelaahhh ekonomi gawat maaaaa... kang aku meriah memberi sana sini, lepas raya aku makan roti jeerrrrrr ;(( so, tahun ni konsepnya memberi setakat yang mampu TAPI aku ikhlas tau. ;)) hehe~

bukan aku punya HAHHAHAHHAHHA

 aktiviti masuk duit raya memang paling AKU SUKA!!!

family diutamakan yaaaaa ;))


Paling penting, duit raya untuk family diutamakan dahulu.... yang lain lain ikut kemampuan. asalkan bagi dengan ikhlas , settle... kalau bagi untuk menunjukk baik toksahhhh. kan? tapi kan, malu juga kadang2 kita bagi RM5 ke kan, pastu budak2 bukak sampul terus cakap "alaaaaa lima hengget jeee" HAHHAHAHHAHAH #KidsNowdays ;(


SELAMAT HARI RAYA semuaaa ;))
Read More ->>

Saturday, June 10, 2017

Majlis Pelancaran Jonlivia Pertama ActiveWear Lifestyle Club

Majlis Pelancaran JONLIVIA Pertama 

ActiveWear Lifestyle Club

 
Majlis Pelancaran Jonlivia Pertama ActiveWear Lifestyle Club 
di SS2, Petaling Jaya, Selangor pada 25hbMei2017

Baru-baru ni, satu majlis pelancaran untuk JONLIVIA Pertama ActiveWear Lifestyle Club telah berlangsung di SS2, Petaling Jaya, Selangor. Untuk makluman korang dan bagi yang tidak mengetahui apakah itu JONLIVIA? Meh sini aku bagitahu. JONLIVIA ini merupakan satu brand pakaian sukan ataupun pakaian gaya hidup sihat dan aktif untuk kita melakukan aktiviti sukan outdoor mahupun indoor yang mana sesuai untuk semua peringkat umur mahupun jantina. Haaaa ahli sukan mesti familiar dengan nama JONLIVIA ni kan?? Macam aku ni haaa, baru 1st time dengar hikhikhik. Yelaaa yelaa, lepas ni kita berubah ke arah hidup yang lebih sihat yaaaa? Untuk pengetahuan korang juga, dalam masa yang sama pelancaran JONLIVIA Lifestyle Club (JLC) bertujuan juga untuk membantu kita semua berubah ke arah hidup yang lebih sihat dan aktif semasa bersukan dalam masa yang sama juga kita mampu menerima keselesaaan bergaya dan anggun kemana sahaja dengan JONLIVIA.





Majlis pelancaran JONLIVIA diadakan di Kedai JONLIVIA itu sendiri yang mana bukan sekadar kedai yang menjual pakaian bersukan malah kedai itu sendiri menggabungkan studio kecergasan yang boleh melakukan pelbagai aktiviti. Majlis Pelancaran JONLIVIA juga turut dihadiri beberapa rakan artis yang menyokong gaya sihat ini seperti Fauzi, Lisdawati, Agnes, Meow, Jane, Syaa dan Emily... Terdapat pelbagai hadiah yang menarik bernilai lebihhhhh RM500 untuk acara cabutan bertuah dan beberapa cabaran individu yang disediakan oleh pihak penaja. Bagi yang hadir pada hari tersebut dan mendaftar menerima goodies bag dan cenderahati yang bernilai lebih daripada RM500.



Ini berita baik untuk disampaikan kepada korang semua, sempena dengan pelancaran JLC, JONLIVIA menawarkan keahlian percuma buat sesiapa yang datang. Apakah faedah menjadi ahli JONLIVIA?? Kita akan dapat pass akses FREE untuk aktiviti flying yoga, kelas zumba dan TRX di Studio JONLIVIA. Menurut pemilik JONLIVIA, Mr.Jon, pihak JONLIVIA akan menjalankan banyakkkkkk sangat aktiviti sihat dan menarik dalam masa setahun. So rugilah kalau kita tak mendaftar dengan JONLIVIA. Walaupun dah terlepas untuk mendaftar FREE, tetapi korang masih boleh mendaftar , info semuanya akan aku kongsikan di akhir entry nanti. moh laa kita sama sama daftar dan berubah menjadi neelofaa ehh ehhh sihat dan anggun lols.. 



Aku tidak berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran JONLIVIA tetapi masih menerimaaaaa goodies dari pihak JONLIVIA. Thank you soooo much !! Saja nak suruh aku menguruskan diri ke apaaa ni? HAHHAHAHHA fineee ;p Pelbagai barangan JONLIVIA yang diperbuat dari bahan-bahan yang berprestasi tinggi yang mana menggabungkan teknologi terkini. Ini kerana hanya untuk memastikan produk JONLIVIA sentiasa menjadi trendy dan up to date. Kalau korang berkesempatan untuk pergi ke kedai pakaian JONLIVIA, mesti korang akan lebih berpuas hati dapat rasai sendiri semuaaaaa barangan dari JONLIVIA. Aku pun pasti akan kesana jugaaa. hikhik. Jangan jeles lahhh bila aku persis Lofa raya nanti HAHHAHAHHHA

 ni haa HotPants aku dapat dari JONLIVIA
versi seluar panjang, serius selesa sangat pakai. kain dia memang panas gila. kompem kurus runcing kaki aku selepas beberapa bulan hikhikhik... Thank you JONLIVIA!!!


So, kalau korang jenis mengamalkan gaya hidup sihat, boleh la cuba JONLIVIA. Pasti korang selesa bila menggayakan jenama JONLIVIA walaupun korang tengah bersukan, korang tetap cantik bergaya dalam OOTD ActiveWear gituewww.... nak nak kalau korang jogging di taman taman ke, pergi gym ke, ohhh nice sangat korang menggayakan JONLIVIA. HEHEHE~ So, mana yang berminat nak rasai sendiri pakaian sukan dari JONLIVIA ataupun ingin join menjadi ahli JONLIVIA, nahh info untuk korang refer. 

 


Untuk maklumat lanjut :

JONLIVIA LIFESTYLE CLUB (JLC)
No. 70A, 70B & 70C,
Jalan SS2/67,
Petaling Jaya, Selangor

Website : www.jonlivia.com



AMALKAN GAYA SIHAT UNTUK HIDUP LEBIH CERIA
Read More ->>

Wednesday, June 7, 2017

Resepi Ikan Keli Berlada Cara aku lahhhhh

Petang ni nak share dengan korang semua, resepi ikan keli berlada cara aku lah. Korang suka tak makan ikan keli? Ohhh inilah faveret aku weii. sedap sangatt. kalau tak buat berlada, aku gorengkan sajaaaaa. goreng garing-garing pleaseeeeee. sedapnyaaaaaaaaaa.... huwarghhhhhhhhhh laparrrr kihkih. tapi aku paling TAK suka nak siang ikan keli. licin yakamattttt. so aku suruh je orang pasar siangkan sesiap dan pakej tolong potong buang kepala sekali .. senang kerja aku. . mihmihmih

Resepi Ikan Keli Berlada alahh cara aku

Bahan-bahan :

  • Ikan keli
  • Bawang merah, putih *
  • Cili merah hidup *
#Tumbuk kasar bahan bertanda *


Cara Masak Ikan Keli Berlada

  • Mula mula korang gorengkan ikan keli dulu. Tips tak nak bagi ikan keli meletOp dalam kuali, korang masukkan sekeping asam keping dalam kuali yang nak goreng ikan keli tadi, dalam beberapa saat sebelum korang goreng ikan keli. KOMPEM, ikan keli behaveee je dalam kuali, tak de pon dia nak meletOP bagai bagai 

Ikan Keli digoreng terlebih dahulu yaaaaa

  • Okay, selepas goreng ikan keli, ketepikan dalam satu pinggan. Korang start menumis pulak. Tumis semua bahan yang dah siap ditumbuk kasar tuh. Korang kalau nak blend boleh jer.. tapi aku suka tumbuk sebab dapat rasa bahan bahan dia tu bila makan. heee ~
  • Tumis sampai naik bau dan garing sedikit.
  • Dah siap , tutup api kuali korang dan start tuang tumisan ke atas ikan keli yang dah siap digoreng tadi................ SIAP !


tumis sampai garing bukan HANGIT HAHHAHA






TADAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ikan Keli Berlado cara aku lahhh 



Korang tau tak, tempoh memasak resepi ikan berlado ni, teramat lah singkat. kalau semua bahan dah ready, 10minit settle weiii. serius. Macam mana? Okay , dapur rumah korang ada dua kan? Sebelah korang goreng ikan keli, sebelah lagi korang tumis. dua dua akan settle serentak. Dalam 10minit dah siap hidang atas meja weiii.... laki korang kompem KAGUM habis! HAHHAHAHA ....

Ikan keli berlada ni, lagi pedas lagi sedap. aku suka pedas. korang? tapi hari tu aku terlupa nak letak cili padi, so resepi kali ni tak de la pedas mana.. lagi pedas lagi sedap, makan pulak dengan nasi panas panas. lauk sejenis ni je pun dah mampu buat aku dengan laki kenyang yakamattttt.. tapi sayur tak de pulak?? Tak pe, resepi sayur 5minit korang boleh baca dekat sini. 5minit je weii!!! HAHHAHAHHAA.. resepi aku memang cepat cepat je. dah semacam kak fink pulak tak boleh duduk dapur lama lama... okbai korang, SELAMAT MENCUBA resepi resepi perkongsian aku ni haaaaa.... kalau sedap, pujilah diri sendiri, kalau tak sedap, jangan salahkan resepi aku tau !! kohkohkohkohhhhh

Read More ->>

Friday, June 2, 2017

Menu Mudah dan Cepat untuk Bersahur dan Berbuka

Tak tahu la korang tahu ke tak menu ni. rasanya ada yang tahu , ada yang tak tahu . Ini menu mduah dan cepat sangat sangattt untuk bersahur dan tak lupa juga untuk berbuka, buat menu tambahan jekk. selera sangat makan okayy. Ni haaa menu terung kicap... kkihkih. benornya, aku segan sangat sangattt nak update entry resepi terung kicap ni. SEBAB senang sangattt!!! malu pulekkkkk. HAHHAHAHAHHA TAPI kalau tak share dengan korang, korang tak tahu. kihkih. kan? so mana yang dah tahu tu, jangan gelakkkkkk tau. pokkk korang kang! hikhik

Menu Mudah dan Cepat untuk Bersahur dan Berbuka

Resepi Kicap Terung
Bahan
  • Terung - korang belah dua terung , then potong dua lagi. haaaa sebatang terung dapatlah empat bahagian. cukup la duaorang makan kitaorang. tapi kalau korang ramai, beli terung lebih sikit hehhehe. tau tau....
  • Kicap 

 Guna terung ini ya.

 terung dibelah belahhhh

Cara masak terung kicap
  • Korang just goreng je terung tu atas non stick pan. walau pun non stik, tapi aku tetap letak minyak sikit. cepat sikit terung tu masakkk. korang balik balikkan terung tu, jangan sampai hangit.. sebab terung ni cepat masakkkkkk
  • Tak sampai beberapa minit, terung korang dah masakkkkkk
  • Angkat terung dan letak dalam pinggan. Okay ini kemuncak dia, korang just curahkan je kicap ke atas terung terung yang dah digoreng tadi. 
  • SIAP ! HAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHHHAHA

 ayuh laa kita menggorengggggggg
 letakk kicap. lagi banyak kicap lagi laki aku suka. dia tu HANTU KICAP! 
HAHHAHAHAHHAA
tadaaaaaaaaaaaaa, terung kicap aku. 

HAHAHHAHAHAHHAHAHA, bapakk senang kan korang? malu pulekk aku nak share dengan korang. menu simple giler ni pun nak diupdate dalam blog? kahkahkah!!! TAPI serius laa korang, menu ni paling mudahhh buat. Pukul 7.15pm korang start goreng pun tak de hal punyaaaaa... Sedap sebagai menu tambahan. Kitaorang laki bini suka sangatttt. Thanks emak ajarkan menu simple gilerrrrrr ni. hehehe. So, korang jangan lupa try menu mudah dan senang untuk berbuka puasa or bersahur....... SELAMAT MENCUBA korang!!
Read More ->>

Resepi Lala Masak Serai Paling Senang

Korang tau tak, aku baru pertama kali nak masak lala ni. . seumur hidup baru pertama kali ni, entah laki aku suka ke tak? reti ke aku masak? jadik ke? hoii berdebarrr.. dah la nak masak untuk berbuka berpuasa! Buatnya lala aku tak sedap macammana? lapar lahhh kami laki bini kahkahkakahh. Resepi Lala Masak Serai palingggggggggggggggggggg senang ni aku google jek memula tu , nak dapatkan rentak macam mana nak masakkk. . sekali baca resepi lala masak serai ni, alahaii senang jekkkk. aku actually dah siap print resepi siap siap TAPI boleh aku tertinggal dekat office? haihhh gelojohh betul nak balik on time, gitulahhhhhh hmmm .. okay jangan membebel boleh tak? masakk jommmm


Resepi Lala Masak Serai 

Bahan-bahan :
  • Serai - ketuk
  • Bawang merah *
  • Bawang besar - hiris
  • Bawang putih *
  • Cili padi *
  • Cili hidup merah *
  • Halia *
  • LALA 
* bahan yang perlu ditumbuk kasar


Bahan-bahan untuk masak lala serai

Cara masak lala masak serai
  • Tumis semua bahan yang telah ditumbuk kasar tuh. 
  • Dah naik bau, korang masukkan serai.. masukkan air sedikit. kalau nak kuah banyak, letak air banyak tauuu....
  • Lepas tu baru masukkan lala korang.. jangan lupa basuh lala hihihi.. lepas masukkan lala, korang tutup kuali tu biarkan lala tu masak. Bila kulit lala terbuka dan berubah warna, kiranya lala korang dah masak lah tu............. kacau kacau sikit dan tutup lah api...

tumis yaaaaaaaaaa sampai naik bau
dah naik bau, masukkan serai ketuk pulekkkk 
 masukkan lala
 kacau dan kacau dan tutup sebentar kuali korang. biarkan lala masakkk dulu


Korang tahu tak, aku kan masak lala sekuali tu haaaaaaaaaaa. banyak okay!!! TAPI aku tau, kalau lala ni sedap dimasak , KOMPEM sedap di ratahhh. HAHAHHAHA dan korang rasa resepi lala masak serai aku ni berjaya takkkkkkkkk? giler tak berjayaaa?? Laki aku suka gilaaaaaa kot!! Dah tujuh kahwin, aku tak tahu pun, laki aku suka nau nau makan lala.......... ratah ratah ratahhhh........ sampai ke sahur okay menu lala aku ni. perghh bangga terukkk aku bila laki aku cakap, "yang, nanti masak lala ni lagi yaaaa" kahkahkahkah!!! #LibasTudung

 tadaaaaaaaaaaaaa, inilah Lala Masak Serai sayaaaaa... 
mudah dan sedap dimakan begitu sahajaaaaaaaaaaaaaa 
TAPI kalau makan dengan nasik panas panas LAGI TERANGKAT!


SELAMAT MENCUBA korang!
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page