Saturday, May 6, 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat

Pagi tadi, julung julung kalinya PPZ-MAIWP atau lebih dikenali sebagai  Pusat Pungutan Zakat mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat dan Pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat di Pusat Pungutan Zakat Taman Shamelin. Kenapa ai cakap julung julung kalinya? Sebab ianya adalah yang pertama kali diadakan semenjak tertubuhnya Sahabat Zakat pada tahun 2013.  Nak tahu sekarang berapa ahli Sahabat Zakat? 21,700 orang !!! Syabas diucapkan! ;))


Untuk makluman semua, penyertaan yang diterima adalah mencecah 70 orang dengan 130 penyertaan. banyak kan??? Mahu taknya, PPZ mengadakan pertandingan mencipta logo ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk berkreaktif berkonsepkan dakwah iaitu zakat. Secara tak langsung juga, sedikit sebanyak, dapat memberikan pendidikan berkaitan zakat kepada semua orang ;)) Alhamdulillah ;))

Bacaan doa dan ucapan alu-aluan dari En. Mohamed Hassan, 
Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP


Tapi, daripada 130 penyertaan yang diterima, hanya 8 penyertaan yang telah layak ke peringkat akhir.. Dan pada hari inilah, hari bersejarah untuk menobatkan Pemenang Logo Sahabat Zakat! Yang mana secara automatiknya, telah pun diguna pakai di Facebook Rasmi Sahabat Zakat ;)) Berikut adalah senarai pemenang , 
                   
     Tempat Pertama Mohd Fauzi B. Mohamad Hassim
Ni lah logo baru Sahabat Zakat. ;))

Tempat Kedua Mohamad Nur Azizi B. Basri


Tempat Ketiga Hamdan B. Abd Mubin

Kesemua pemenang lain juga mendapat cenderahati masing-masing. Tahniah. Mereka adalah :
👉Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggaf B. Syed Mohammad
👉Farrah Dayana Bt. Zainuki
👉Noor Haida Bt. Zainal Abidin
👉Siti Zulaikha Bt. Abd Halim
👉Nurul Azwani Bt. Abdul Rahman


Tahniah diucapkan pada semua!!! Bertuahnyaa badan hehe. Oh ya, dalam masa yang sama juga, PPZ-MAIWP telah melancarkan Perasmian Facebook Rasmi Sahabat Zakat , yeayyy! Tunggu apa lagi? JOM LIKE dan SOKONG, Sahabat Zakat !!! ;))



Sebelum itu, korang tahu tak, apa fungsi sebenarnya tertubuhnya Facebook Sahabat Zakat ini? Fungsinya adalah sebagai alat komunikasi ataupun sebagai medium antara PPZ-MAIWP dengan sahabat sahabat zakat diluar sana. Lagipun, media sosial sekarang ni kan telah menjadi trend anak muda, so PPZ-MAIWP mahukan dakwah zakat lebih diperluaskan, disebarkan dengan cepat dan berkesan! Dan dengan adanya Facebook Rasmi Sahabat Zakat ini, sahabat sahabat zakat akan berada lebih 'dekat' dengan PPZ-MAIWP. gitu.. eratkan hubungan sesama kita kann ;))

Diharap dengan tertubuhnya Sahabat Zakat ini, PPZ-MAIWP dapat membekalkan kepada masyarakat maklumat yang tepat dan betul berkaitan isu-isu zakat dan secara tidak langsung dakwah zakat dapat disebarluaskan kesemua tempat dan peringkat masyarakat serta menarik lebih ramai lagi pembayar zakat. InsyaALLAH ;))

Para Blogger yang sempat hadir untuk bersama-sama untuk memeriahkan Majlis ini


So, sapa sapa yang berminat ingin menjadi Sahabat Zakat, jangan lupa terjah Facebook Rasmi Sahabat Zakat tau tau ;)) Semoga kita semua akan mendapat ilmu dan manfaat daripadanya. Amin ;))


Maklumat :
Twitter : @ppzwp

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page