Sunday, May 28, 2017

Buffet Ramadhan 2017 BGR Bangi Golf Resort

Setiap tahun, ai mesti pergi Preview Buffet Ramadhan BGR Bangi Golf Resort. tak pernah miss. Thanks juga to pihak BGR yang tak serik serik panggil kita datang cuba menu menu untuk Buffet Ramadhan. So hari ni, hari pertama kita berpuasa, ai nak share dengan korang semua, menu menu yang ada di Buffet Ramadhan 2017 petang nanti.. haaa tak sabar lah tu! Maaf jika korang terliur tau. tahan sikit nafsu tu. dah dewasa dah kan? hikhikhik


Thanks BGR tak jemu jemu panggil blogger untuk review menu Buffet Ramadhan :))


Banyak sangat menu baru pada tahun ni korang. Serius. Paling BEST sebab tahun ni ada menu menu durian. suka sangat!!! dan seperti biasa tahun ini, ai bawak sekali emak, pakcik sedara, adik beradik siap semua TAK sabar nak pergi. yelaaa, setiap tahun diaorang ni ikut kan. so diaorang dah tahu tahap kesedapan menu Buffet Ramadhan BGR macam mana kannnn ;))

ramai kan orang? semua dah tak sabar


Kalau ai pergi Buffet Ramadhan, memang satu jenis makanan ni aku cari, Kambing Bakar !!! HAHAHHAHAHA bukan senang nak dapat ni kihkih. ai sanggup beratur okkkk... kambing bakar di BGR ni sedap. kuah dia melehtop!!!! ai is amik sepinggan penuh... pening kepala chef dapat customer macam ai ni haaaa.. kihkih


Dan lagi satu, Sup Kambing Mamak ni haaaaa. pakcik ai cakap SEDAP! makan panas panas hoii terangkat. korang nak makan dengan nasik ke, dengan roti ke, nak ratah cenggitu je pun bolehhh. xde hal. perut korang............ semangkuk ni dah boleh buat kita kenyang tau!


Makanan wajib jugak, satay..... kuah kacang dia sedap ok! Satay ni, kalau kuah kacang sedap, maka sedaplah satay tersebut .. kan? Kalau korang tak nak makan nasik, boleh la pekena satay ayam dan daging ni... TAPI kene cepat tau. sebab satay corner ni, asal letak je habis, asal letak je habis. RAMAI orang aim Satay Corner ni. sedap kannnnn ;))

ayam ni kalau adik bongsu ai ada, kompem dia hadap ni je..... 
perapan istimewaaaaaaaaa buat orang teringat ingat !! Namanya Peri Peri Chicken Drumlets. Menu TERBARU di Buffet Ramadhan 2017 BGR Bangi Golf Resort tauuuu


Kalau korang semua peminat segala jenis mee, korang patut cuba pelbagai jenis mee yang disediakan. Dihidangkan panas panas untuk semua. Panas baru sedap. Hari tu ai tak sempat nak rasa semua jenis, perut dah kenyang sangat HAHHAHAHHA tapi jangan risau, PASTI SEDAP punya ! Ada mee rebus, mee soto dan macam macam lagii.....



Sedapnyaaa kan? Korang jangan terliur tau. HAHAHAHHA . Okay selain itu, di Buffet Ramadhan BGR Bangi Golf Resort ni juga ada menu western. Tak semestinya menu melayu asli jeeeeee... Menu dekat sini pelbagaian sangat tau. Buat korang penggemar western , boleh cuba Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara diaaaaaaaaaaaaaaaa. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! serius ! 



Dan juga, ini menu paling DITUNGGU TUNGGU. Emak paling suka. berpiring piring dia boleh habiskann. xde hal.. SEDAP dan UNIK katanyaaaa. Korang kalau datang Buffet Ramadhan BGR Bangi Golf Resort, pastikan cuba Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma gitueww namanyaaa. senang cite ai panggil telur separuh masak jeee HAHHAHHAHAHA.. Paling rare! Pastikan cuba tau korang !!!



Terbaru juga, BGR memperkenalkan hidangan Nasi Ayam Hainanese yang digandingkan dengan sos cili halia dan bawang putih lain dari yang lain yang PASTI akan memikat perut korang hehehhhe~ dan juga menu Nasik Lemak. Kakak ai makan nasik lemak ni. Dia cakap sedap sangatttt! macam nasik lemak kampung kampung gitueww. memula ai nak booooo kan dia sebab makan nasik lemak je??? HAHHAHAHA tapi bila dia cakap sedap, ok fine............... semua benda kat BGR ni SEDAP okay! hihihi

Menu Nasi Lemak Istimewa dihidangkan dengan Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato. phewwwwww. baca pun dah sedap kan? hikhik

Tidak dilupakan juga, menu hari raya pun dihidangkan juga. seperti lemang, serunding daging , ayam. perghhhhh. terasa macam dah nak dekat raya pulakkkk? serunding daging dia memang TERBAIK! rasa nak tapau bawak balik jekkk, makan time sahur sedap kannnnnnnnn



Dan akhir sekali, juadah pemansi mulut yang diidam idamkan hihi. Dessert Corner ni memang pasti akan diserbu terlebih dahulu. takut nanti cepat habis. banyakkkkk sangattt jenis pencuci mulut yang disediakan seperti variasi kuih muih tradisional, puding, agar-agar, buah buahan. PALING best bila ini kali pertama BGR menyediakan Serawa Durian. SEDAP sangat ni! Ai siap makan sampai 3x tambah! kihkihkih. cuba tau korang! amik cepat cepat hihi

rupa tak lawa mana, TAPI hoiii ini PALING SEDAP!

minuman sejuk
minuman panas

Chef Kamarul tanya "sedap takkk emakkk?"
kami semua dah kenyang!!! korang dont miss datang berbuka puasa di 
Bangi Golf Resort yaaaaaaaaaaaa

Buffet Ramadhan 2017 BGR Bangi Golf Resort
Harga Dewasa: RM58.00
Harga Kanak Kanak: RM28.00
(29/05/2017 - 23/06/2017)

Tempahan Berkumpulan 
Harga Dewasa: RM49.00, Harga Kanak Kanak: RM22.00

Alamat: No 1, Persiaran Bandar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 1-700-71-7558
 Facebook: Bangi Golf Resort

1 comment:

  1. BGR merupakan antara buffet Ramadhan yang menjadi pilihan sejak saban tahun...selain daripada harganya yang berpatutan, pilihan makanan yang menghampiri 200 jenis juadah juga menjadi salah satu sebab mengapa BGR sering menjadi pilihan.

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page