Wednesday, May 24, 2017

Berkat Madinah Cawangan Kajang

Dulu ai pernah cerita mengenai Kedai Arab di Ampang kan? Berkat Madinah di Ampang. Entry kali ni pulak, ai nak bawak korang semua ke branch kedua Berkat Madinah iaitu di Kajang. Berkat Madinah Cawangan Kajang ni terletak di Pearl Avenue Shop, Jalan Pasir Emas, Kajang. haaaa sapa sini orang kajang? mesti tahu dekat mana kan??? Ai pun baru kali pertama sampai di Berkat Madinah Kajang.. dekat rupanya dengan rumah ai, hikhikhik. boleh lah pergi selalu. lagipun dah nak puasa kan? nak cari kurma lahhhhhhhhhh ..

 Berkat Madinah Cawangan Kajang, banyak parking. 
park sahaja kereta depan kedai. senang. hihi
pintu masuk Berkat Madinah Kajang

panas panas buta aku berOOTD kihkihkih


Okay jom ai bawak korang round Berkat Madinah Kajang. Apa eh ada dijual disini? Untuk korang yang pertama kali tahu mengenai Berkat Madinah ini adalah kedai pengimport dan pembekal makanan yang asalnya dari Tanah Arab. haaaaa semua benda korang boleh cari dekat sini tauuu. senang! Nak nak dah dekat masuk Bulan Ramadhan ni, mesti korang mencari kurma untuk berbuka puasa kan? dekat Berkat Madinah, korang boleh beli kurma borong sekotak besar ataupun korang still boleh juga beli sekotak kurma kecik. ikut la. . Kurma timbang pun ada. macam ai, prefer kurma timbang sebab ai suka makan kurma ajwa hehe. sedap sangat kurma tu! pembekal tenaga di bulan ramadhan okayyyyy ;))

 
 Kurma timbang. ada macam macam jenis kurma. paling suka kurma ajwa madinah. sedapnyaaa lahaiii. korang pernah rasa tak? tapi kurma ni mahal sikit. .ai dah beli buat stok bulan puasa nanti. agak agak terlepas sahur boleh la makan tiga biji kurma terus kenyang. hebat kan!
 Kurma ni korang boleh beli borong sekotak besar terus. boleh beli untuk bagi kepada saudara mara ke, kawan kawan, sedekah pada yang memerlukan. kumpul pahala hehe~ bila beli borong sekotak, lagi murah tau!!! JIMAT!! 
 sekotak kecil RM10



Apa lagi boleh dapat di Berkat Madinah? Haruslah kekacang.. Macam macam kekacang yang ada dijual di sini korang... nak apa? cakap saja, semuaaaa ada. masuk je dalam plastik dan timbang. settle! hihi. Kekacang ni bagus sebenarnya untuk minda kita.. ibubapa boleh la terapkan kekacang dalam menu anak anak.. bagi bijak ;)) ohhh yang diet pun boleh makan sebagai kudap kudap kan... kat bahagian kekacang ni ai tertarik dengan biji aprikot. Rupanya biji aprikot ni BAGUS untuk mencegah kanser, haaaa kita baru tahu wakkkkk. korang tahu tak? biji aprikot ni makan begitu sahaja. so ai try la makan sebiji kecik, ya ampun, pahitttttttttttttttttttt sangattttttttttt.. biasalah yang pahit itulah ubat kitaa kan? so rerajin kita makan biji aprikot ni tau. dapatkan di Berkat Madinah Kajang .. sama sama jaga kesihatan ;))

Bahagian Kekacang
   Biji aprikot baik untuk cegah kanser
macam macam ada kan??? syurgaaaa kacang anda!!


Ohh kalau korang suka makan coklat dari tanah arab, pon boleh cari dekat Berkat Madinah. ada jual jugak... dulu kalau sedara mara baru balik dari Mekah, mesti kita ngendeng coklat coklat manisan ni kan? sedap.. paling ai suka coklat kurma. dalam coklat ada kurma. kihkih. sapa yang tak suka coklat kan?? huuu sedap korang!! macam macam jenis ada. coklat sahaja, coklat dengan kurma, kopi, susu heyy semuaaaa adaaaaaaaaa.. macam biasa, ambil plastik , kaut coklat mana yang suka then timbang. settle!

 
 ni la coklat kurma yang sedap tu!!! BELI ni banyak banyak tau koranggggggg! sedap sangattt! 

semua jenis ada, pilih saja. buat kudap kudap. ehhh dah nak puasa lahh. . mana leh kudap hihi


Korang pernah dengar tak Arabic Gum? Emak ai memang bagi abah minum arabic gum ni. Arabic Gum ni kan korang, bagus untuk pengganti gula untuk pesakit pesakit diabetes. Kita sendiri yang sihat ni nak minum pun bolehhh. Mencegah kan lebih baik ;)) Ai survey sana sini, di Berkat Madinah aje lah yang paling murah tauu.. Ada yang jenis instant dan senang larut dan ada jenis yang kene direndam. ikut la korang suka yang mana kan? emak salu beli yang jenis instant je senang hehe ;))

 stok Arabic Gum memang tak pernah habis di Berkat Madinah tauu!

 ini yang kene rendam tu...
 ini yang jenis instant tu. senang larut dalam minuman kita ;))
jenis powder pun ada ;))

Kebaikan Arabic Gum atau Al-Manna :
- Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes.
- Melambatkan & mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang akibat diabetes.
- Sumber Prebiotik Asli, meningkatkan bakteria baik (probiotik) dalam usus.
- Mengurangkan risiko penyakit berpunca dari usus, kolesterol, lemak dan gula.
- Menyelesaikan masalah sembelit dan buasir.
- Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi badan bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik.
- Kandungan fibre yang tinggi merendahkan kolesterol dan kurangkan risiko menghidap penyakit jantung.
- Amat sesuai dicampur ke dalam susu anak2 untuk meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.
- Melambatkan pertumbuhan sel kanser.


Apa lagi korang nak cari di Berkat Madinah? Macam macam ada korang..... ada jual chia seed untuk si pengdiet sihat hehe. letak je secubit chia seed dalam minuman ok. amalkan. insyaAllah. ;)) Selain itu, ada juga jual Air Zam Zam. WAJIB lah ada kan? Korang nak beli sebotol kecik ke, sebotol besar ke, nak beli sekotak ke, semua bolehhhh.....






Sampai sekarang ai masih minum Pati Delima tau korang! Pati Delima ke, jus delima fresh ke , memang faveret ai lahh kan.... tak lupa juga memang ai amalkan Pati Kurma. minum la sehari sekali. sedap rasa badan hehe.... khasiat? memang banyak sangatt khasiat kalau makanan sunnah ni kan.. jenuh nak senaraikan HAHHAHAHA TAPI yang pasti, badan kita wajib menerima makanan sunnah ini, jadik moh la kita amalkan ye dak? Di Berkat Madinah memang ada jual semuaaaaa pati pati yang ai sebut ni.. senang je korang nak dapatkan. Pergi je ke Berkat Madinah Kajang mahupun Ampang.... ;)) nahh ai kongsikan sekali harga setiap satu pati/jus yang ada ....

 fresh jus delima
 sebotol ni sekali teguk je dah habis kahkahkakahh sedap sangat!!
 Olive Oil & Black Seed Oil
   

 Amalkan selalu ya? 

 Ada yang mencari madu? Di Berkat Madinah Kajang pun ada jual. 
 Jika ada yang tak boleh minum Fresh Jus Delima, korang still boleh minum pati buah delima. Khasiatnya sama cuma lebih enak FRESH lah kan. hehe ;))


Salah satu produk yang mendapat sambutan ramai, iaitu Baraka. Korang mesti tahu habbatus sauda ni sangat bagus untuk pelbagai penyakit kan?Di Berkat Madinah ada jual jenis. Pilih mana mana, khasiatnya masih sama. . Tapi ai selalu beli yang Baraka kotak hijau tuhhhhhh





Okay, datang Berkat Madinah kalau korang tak pekena manisan dan roti terlaris, memang sooooo rugilahhh korang.. Ingat tau! Datang Berkat Madinah, cari baklava dengan roti limapuluh sen okay? 

 Roti 50puluhsen jekkk.. 
makan kat situ terus! tapi kalau dapat cicah dengan milo, lagi sedap hoiiiiiiiiii
Roti ni memang letak je habisss. berebut orang amik. bukan seketul dua, sampai berplastik plastikkkk. sedap sangat!!!!



 ini SEDAP!! ada kacang pistachio okay. itu yang buat lagi sedap!!!



 sarang burung. sedap. manis. 



Selain segala makanan sunnah, manisan dari Arab, di Berkat Madinah juga ada menjual segala jenis rempah ratus. haaa terkejut takkkk? macam macam ada kan di Berkat Madinah ni? Korang suka makan nasi arab? suka? nak masak sendiri? alahh beli sajaaa rempah kat sini.. murah dan mudah!! 






Dah ada rempah, mana nak cari fresh daging kambing? haaa di Berkat Madinah pun ada juga......... HALAL okay! kat sini nanti diaorang akan potong bahagian mana yang kita nak, korang pilih dan bayar saja...... 

apa yang ada dalam chiller? semuanya freshhhhhh






 cuba teka ini apa korang???? hati? SALAH!
ini adalah buah pinggang kambing.. sedap ke? mai la datang sini kihkih
 salah seorang pekerja menunjukkan demo memotong kambing



Selain itu, di bahagian sini juga ada dijual olive pelbagai jenis dan rasa. ai suka makan olive banyak-banyak. kalau makan subway tu, memang suka buh banyak banyak. hari tu masa nampa satu chiller ni penuh dengan olive, gembiranyaaaaaaa hati. terus borong tau! hikhikhik.. murah sajaa sebab olive ni kan memang makanan orang sanaaaa





Apa lagi yang korang boleh dapat di Berkat Madinah? Haishh tak terkira korang.. dan macam macam ai share kan? Sebenarnya itu baru separuh kedai, ada lagi tau .... jom kita round sekejap..... memang kalau korang masuk Berkat Madinah ni, memang takk sah kalau tak round sejam dua dalam kedai ni . hehehe macam macam ada.. ralit membelekkkk tau















 

 

 



Serius banyak dan luas kan korang? Bagus sangatt semua makanan sunnah yang dijual. ada yang ai tak berapa familiar pun ada. nanti ai nak try. hehe. ada beberapa makanan yang ai dah pernah cuba, yela dulu kan sempat ke Berkat Madinah Ampang... sedap tau korang! Cuma kita tak biasa lagi dengan makanan dari sanaa kannnn ;))

Okay korang, selain makanan kan, di Berkat Madinah juga ada menjual perfume tau. haaaaaaaaaaa.. nak bau bau ala ala arabian takk? hehe. mai sini beli.. alahaii wakkkk, perfume versi roll on ni murah sangatttt, bermula dengan RM15, RM25 dan Rm45 sahajaaaa. pilih saja bauan apa yang korang sukaaa.....




Secara overallnya, memang bagi ai, Kedai Berkat Madinah ni bagus. Semua apa yang kita perlukan dari tanah arab sana, semuanya ada dijual disini. ni haa nak dekat puasa, memang ramai lah terjah Berkat Madinah kan? Nak cari stokk kurma lah, nak cari olive oil la, nak cari daging fresh laaa. haa korang bila lagi? bukan gebang tau bila ai sebut, Berkat Madinah ni ramai pengunjungnyaaaa. korang boleh tengok sendiri .. masa ai datang hari tu belum puasa lagi pun dah ramai orang. bila puasa nanti tentu tentu lagi ramai kannnnnnnnnn? jangan lepaskan peluang tau korang!


 pakcik ni borong stokkk kurma dengan roti sedap tu korang .... sebembam dia bawak balikkkk roti tuh hukhukhuk. nampak sangat sedap kan!



semua lapisan masyarakat pelbagai jenis mai datang siniiii





BERKAT MADINAH KAJANG
Ground Floor Unit No. PA-S-17 PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan


Instagram : @berkatmadinah

1 comment:

  1. Wow besarnya.. semuanya makanan dari arab.. tapi sekarang Bangi dan kajang dah banyak buka kedai yang macam ni. Tinggal cari yang murah.

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page