Tuesday, April 25, 2017

Pengalaman pertama kali ke Pet Fiesta 2017

Pet Fiesta 2017 kali ni diadakan di Setia City Convention Centre Shah Alam. Haaa gigih ke idok aku pergi Setia City Shah Alam tu nak layan kucing kucing comey gebu gebas dekat sana. haaiii laa, macam ni laa pencinta haiwan. Event event macam ni jangan dilepaskan! Untuk ai yang kali pertama sampai di Pet Fiesta, memang lah sangat teruja!!! Disebabkan hubby ada hal yang tak dapat dielakkan, ai is gigih pergi sorang sorang. nampakk tak kakak teruja macam mana? hikhikhik.. rasa macam nak bawak dak mushang tu teman jekk hikhik. tapi kang dia larik satu dewan tu macam manaa pulakkk ? nayaaa HAHHAHAHHAHHAHA

Welcome ;))
Poster

Apa ada di Pet Fiesta 2017? Weyy, macam macam adaaaa.. ada macam macam jenis haiwan untuk dipertontonkan.. ada yang korang boleh pegang ok! ada pertandingan kucing.. haaa ini syok! nak tengok kucing paling panjang? nak tengok kucing paling pendek? paling besar? semuanya ada di Pet Fiesta 2017 ni ! Seronokkk alahaiii tengok gelagat memasing............



  
 ada yang nak beli?
anyonyonyooo tidur saja!


Dan yang paling ai suka sangatt di Pet Fiesta 2017, Pesta Haiwan Terbesar di Malaysia ni ialah, kita sebagai pencinta haiwan boleh shopping barangan haiwan kesayangan dengan harga yang MURAH, promo sana sini di booth masing masing. ya ampun seronok!! JIMAT BANYAK ! Tak cukup dengan tu, tiap kali ai lalu je booth booth kucing, mesti dapat sample hikhik. seronok! balik tak sabar nak bagi anak anak bulus rasa heeee ~ 

Beg Kucing hihihi

 Tilam Kucing
 Makanan kucing Royal Canin PROMO!
 kucing pun ada syampooooo yaaa
 pet's toy


 HAHHAHHA baju pun adaaaaaaaa



 serius MURAH!


 ai beli ni. nak bagi dak bulus rasa. sepaket rm10 jek!
 cuba teka ni apa? perfume kucing ok!!
ai aim beg kucing ni TAPI masalahnya, muat ke dak mushang tu? HAHHAHHAHA
ni ada seorang kakak tu pakai. style je kucing dia duduk dalam tu hihii


Serius cakap, memang berbaloi kalau kita shopping barangan makanan ke, mainan ke, segala aksesori binatang kesayangan kita di Pet Fiesta. Memang banyak beza harga dengan di luar. Ai pun shopping jugak!! HHAHAHA rezeki laaa dak dak bulus dekat rumah tu dapat mak kaki shopping kihkihkih~ Ok selain itu jugak, bagi yang tiada bela haiwan TAPI teringin juga nak pergi ke Pet Fiesta sekadar mengisi masa terluang, pun boleh sebabnya, kat Pet Fiesta ni ada Mini Zoo Haiwan Jinak! yang manaaaa pengunjung dibenarkan untuk beramah mesra dengan haiwan-haiwan tersebut... haa best kan???

arnab pun ada
 comey sangat pengunjung ni bawak anjing diaorang dalam carier tu hihi


Pet Fiesta ni bermula dari pagi sampai malam tau korang, masa ai sampai tu punyalah ramai orang. masing masing datang bawak haiwan kesayangan... wahh sonoknya! menyesal tak banyak mushang! HAHHAHAHHA adoii ~ Korang kalau datang bawak haiwan kesayangan ke Pet Fiesta ni syok, dapat macam macam info tentang penjagaan haiwan, ada booth yang bagi sample makanan, ada yang sempat berkongsi macam macam tips. haaaa sangat berbaloi datang ke Pet Fiesta ni ! Rugilaaa hubby tak datang huhu~


 anjing duduk dalam stroller!

 anjing karpet! hihihihi besar gila! 

ni lagi sekor besar dan manja!

Selain anjing dan kucing, banyak lagi haiwan yang ada dalam Pet Fiesta ni. siap ada pameran haiwan reptilia... tang ni ai is geli. dari jauh je ai tengok. hahahhahaha tapi booth REPO ni penuh orang! ramai nau nak tengok ular ke? hukhuk... bukan sekadar pameran, siap boleh beli sapa yang nak membela. hukhukhuk..


 nak beli?


huwaaaa takut!!! tapi comey pulak warna oren hehe

penggemar ikan pun boleh dapatkan segala jenis ikan di sini. murah pulak tu RM10 jekkk


Korang berani pegang? ai memang takkkkkk lahh. Bagi seribu pun aku tak sanggup. penakut! Tapi kalau bagi kucing, ai is sukaaaaaaaaaaa ;p Selain pertandingan, pameran, shopping makanan dan aksesori haiwan kesayangan korang, di Pet Fiesta ni ada juga promo untuk ke Farm In The City. haaaa buat mak ayah yang teringin nak bagi anak anak mengenal haiwan, boleh la bawak ke Farm In The City, kat situ para pengunjung boleh beramah mesra LIVE dengan haiwan-haiwan yang ada. syok tau! nasib ai is tak de anak, kalau tak masa cuti cuti sekolah tu, ai dah bawak ke sana. Kalau korang ke Pet Fiesta 2017 hari tu, korang akan dapat tiket PROMO. JIMAT !

 Dapatkan tiket murah FITC disini!


Amacam? Menyesal tak pergi lewteww Pet Fiesta 2017 baru baru ni yang diadakan di Setia Convention City Shah Alam.. tak pe tak pe, next time korang boleh pergi ya? seronok sangat! Kali ni Entrance Fee untuk dewasa RM5 saja. murah je. kalau bawak kanak-kanak bawah 12 tahun, FREE. Okay? Next Pet Fiesta, korang WAJIB pergi tau! hehehe~ babai see you next Pet Fiesta hihi 

dah habis shopping, ok jom balik! tak sabar nak jumpa anak bulus hehhehe..


4 comments:

  1. comel kucing2 tu .geram pulak i tengok.

    ReplyDelete
  2. wah best lah dapat pergi . nak pergi jugak lah.nak manja2 dengan kucing warna kelabu tu.comey sgt dia ni

    ReplyDelete
  3. Bole bg alamat yg betul tak nk cr ni

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page