Wednesday, April 5, 2017

Hadirnya seekor kucing bernama Belang a.k.a Pirate dalam hidup kitaorang heee ~

Ehh panjang pulak tajuk kahkahkah! Kisahnya begini, tanggal 04.02.17, kitaorang laki bini balik kampung melaka, di suatu pagi tu lepas balik dari makan roti canai, seingat ai masa tu pukul 5am, kihkih~ di lorong rumah emak tu, ada ternampak sekor anak kucing, duduk bebetul tengah tengah lorong tu, hubby pun keluar untuk alihkan anak kucing tu, sekali anak kucing tu boleh pulak dok kejar kejar laki ai. arghh sudahh? bila hubby letak tepi jalan, dia larik ikut hubby ke arah kereta, dua tiga kali jugak la macam tu, last last being hubby ai, dia terus bawak balik anak kucing tu  ke rumah emakk HAHHAHAHHAHAHA 

Bila kitaorang tengok, rupanya mata anak kucing ni dah rosak sebelah, masa jumpa tu, bengkak habis laaaa.. darah dah beku. aduhh sakitnyaaa. anak kucing ni umur sekitar sebulan dua kot? mana pulakk mak dia ni? hukhukhuk .... Dipendekkan cerita, esoknya nak balik KL, hubby decide tanpa berbincang dengan ai, nak balik anak kucing ni untuk dibela dan dirawat... laki ai memang hati tisu betul laaa! 

1st gambar Pirate 05.02.2017
nampak tak teruknyaa mata dia?


Sepanjang dalam kereta, perjalanan dua jam dari Melaka-KL, diam saja anak kucing tu. hubby letak dalam kotak A4 .. setibanya di rumah , terus bagi makan. dan decide nak bawak ke Klinik Haiwan. . dan bila adanya anak kucing ni depan mata, alahaiiiii kesiannyaaa dia.. mata dah tak de sebelah. macam mana nak teruskan hidup? hukhuk. so, dengan ini secara rasminya, 05.02.2017, anak kucing yang diberi nama Belang (badan dia ada belang belang hihi) atapun ai suka panggil dia Pirate (sebab dia ada mata satu jee huhu) , dah menjadi sebahagian dari keluarga kecik kitaorang.... suka lah tu hubby! ;p

 kesian kan korang? aduh aduhhh. ni bukan anaiya dari orang tapi doktor cakap, kuku dia tajam, die sendiri garu mata dia sampai jadik macam tu gaknyaaaa... kurus je kan Pirate? masa timbang tu berat dia 0.50gram jee hukhuk...



Ohh ya, kitaorang bawak Pirate pergi Klinik Haiwan, dan doktor sahkan memang mata dia yang sebelah tu dah rosak sepenuhnya, doktor cakap if pirate boleh survive hidup , dia akan jadik kucing buta sebelah mata.. sobs.. kenapa cakap kalau dia boleh survive? ohhh, doktor syak, dalam badan Pirate mungkin ada virus. doakan dia dapat melawan virus dalam badan tu yaaa korang.... Berbalik pada mata dia yang dah rosak tu, doktor ada bagi ubat sapu, yang mana hari hari kene sapu, ada ubat makan yang mana hari hari pun kene makan, bila kita sapu ubat mata tu, bebola mata akan terkeluar dengan sendirinya, if tak terkeluar, doktor akan buat pembedahan untuk korek mata tu keluar. huwarghhhhhhh sakitnyaaaaaaaaa............ sobs..

 1st time sampai Klinik

kurusnyaa awaaaaaa. nanti gemuk okay? macam abam mok Mushang yeeee

hello korang... cantik tak bid, mak iye buatkan? kehkehkeh. tisuuuuu je ponnn...... makan asik tumpah, tangan asik nak garu mata jek, nahhhhhhh pakai bid ! HAHHAHAHAHHA dasar baby berbuluuuu ;p


So bermula la hari hari mendatang, Pirate hidup dengan ubat ubatan. sebelum pergi kerja settle dia dulu. balik kerja pun tengok dia dulu .. kene buat susu laa apa laa hikhikhik.. ai suruh hubby settle semua. ai pantau dari jauh jek. HAHHAHAHHA benornyaa aku takutt sedihh mak tak kuadd ;(( , selepas seminggu, mata hitam Pirate dah terkeluar dengan sendirinya yeayy!!! seram okkkkkk bila nampakk terkeluarrr gitu . glup! nak tengok? jap ai tepek gambar HAHHAHHAA



nampak kan mata dia dah terkeluar terjuih gitu? tu mata hitam yaaaa. hampir jatuh dengan sendirinya. yang putih putih tu cream sapu. hari hari kene sapu yaaaa... 



Kurus je Pirate time ni. sian pun ada. Tapi serius la, Pirate ni sangat senang laa jaga dia. orang bagi makan, dia makan walaupun nak bersuap (bapak iye la suapkan? mak iye asyik amik gambar je!! hikhikhik), bagi ubat pun senang. that why cepat je Pirate sembuh..... setelah sebulan Pirate, kitaorang tengok dia makin hari makin sihat, galak sangat bermain sana sini, macam tak buta je? huhuhu~.. 

 sempena sebulan Pirate, ai belikan dia mainan. 
dah suka main, so kita bagi dia mainan. hehe

habis tonggang terbalik dia kejar bola putih tu HAHHAHAHHA berbaloii beli kihkih



Bila Pirate dah semakin sihat, kitaorang bawak pergi Klinik Haiwan semula, nak check up, sebab selama ni, kitaorang asingkan Pirate dengan kucing kucing yang lain. Ai dah tak sabar nak bagi kenalkan Pirate dengan adik beradik angkat diaaa, haii macam manaaa lahh gamaknyaa... abam mushang okay ke? akak mot okay ke? tapi yang pasti kompem kene buli dengan abam pet dgn tam... hikhikhik


Ada sekali tu, secara tetiba si Pirate ni kan, ada kudis ke fungus ke naik ke seluruh badan dia. adoii. sihat dah sikit TAPI datang pulak sakit yang lain.... kitaorang bawak ke klinik lagiii... sampai klinik, doktor still suruh asingkan dia dengan kucing yang lain, still kene makan ubat fungus pulak. adoiii. sian Pirate, berbulan hidup dengan ubat jekk....... mak iye pun gigil keluar duit banyak HAHHAHAHAHHAHHAA hmm hmm tak pe laa ada tu rezeki Tuhan nak bagi lain nantii ;)) #positifselagiboleh ;)) so sekarang, kudis si Pirate dalam fasa nak baik. sikit lagi ubat nak habis. tapi macam dah okay sikit badan dia xde fungus sangatt pun ;)) yeayy! tak sabar ubat habis then boleh pergi check up lagi.. tak sabar nak dengar doktor cakap "ok Pirate dah sembuh!!" heee~ 


Dan ini adalah gambar gambar terbaru Pirate hee .. mesti korang terkejut! Pirate gemokkk gilaaaa sekarang!!! tak sangka dia boleh hidup macam ni. HAHAHAHA . kaki main. kaki gigit. banyak akal! makan banyak! hai laa anak bulus.... tenang , hilang stress kalau balik kerjaaa hadap diaaa hehe ;))

 ewah ewahh lepas makan santai lahh gini.. tangan tu tangan tuuu .. gewam!!!

 mok mokkkkk .. nampak tak mata dia? hehe. semoga cepat sembuh Pirate! leh geng dengan abang abang ;)) 

 hubby dengki

ni ai pulak dengki. HAHHAHAH sememehhh je mukaa dia weiiii redhoo laa nakkkk. HAHHAHAHAHHAHHHAA


sekian update. nanti kita update lagi yaaaa.. kalau mak iye ada masa banyakkk hihihi.... gambar latest pada 04.04.2017. dah dua bulan daaa ;))


#AnakBulusIdaAndi #PirateTheMeow

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page