Friday, March 17, 2017

Raytech Kedai TINTED Kereta Yang Menawarkan ORIGINAL TINTED

Korang ingat tak aku pernah cerita dulu mengenai Tips Pemilihan Tinted Kereta Yang Berkualiti dan Terbaik ? Ish lupa lah tu. Meh baca entry dekat SINI . Kalau korang follow tips dari aku tuh, mesti kita kurang sikit kene tipu .. benci sungguh kalau kene tipu kan? Duit maaa duittt HAHHAHA plus lagi satu, geram pun iye bila mana kita tahu rupanya ada tinted original dan tinted fake. adoi la kan? So entry kali ni, aku nak share dengan korang semua, dekat mana nak beli Tinted Kereta yang Original dan Berkualiti .... gitueww ;))


Korang pernah dengar nama Raytech? Nama kedai Tinted ni dah gah da. Dah merata rata tempat ada cawangan dia. Kan? Dekat sini, Raytech memang menawarkan khidmat pasang tinted yang berkualiti dan disahkan ke-original-lity dia. gituew aku nak explain dekat korang. HAHHAHHAHA.. Aku yakin sangat sebab, aku sendiri dah pergi jenguk Raytech cawangan Sri Kembangan untuk melihat sendiri, betul ke tinted Raytech tawarkan adalah original?

Kalau korang datang ke mana mana cawangan Raytech , sebelum korang decide nak pasang tinted tu, memang salesman diaorang akan explain dekat korang, apa jenis, apa ketahanan, semua yang berkaitan dengan tinted yang bakal korang pasang tuh.... So dont worry ya? Korang sendiri akan diberi peluang untuk menguji tahap kepanasan sekeping tinted tu bila kita berada hampir dengan cahaya tersebut. Cahaya itu kiranya macam haba kepanasan ketika kita berada di dalam kereta lah. So, beberapa keping tinted akan diletakkan dihadapan cahaya tersebut.... 

Cara untuk Menguji Tahap Kepanasan Sekeping Tinted

Nampak tak gambar di atas ni? Itu lah cara kita nak menguji tahap kepanasan sesekeping tinted. Korang diri je dekat depan tu dan rasailah sendiri. Sure korang akan pilih tinted yang kurang menghasilkan panas kan? So puas hati la dapat uji sendiri. Tak da lah kene tipu kan? Sebab tidak semestinya tinted yang gelap itu tidak panas, semuanya bukan bergantung kepada tahap kegelapan sesekeping tinted tu TETAPI bergantung kepada perlindungan UV yang diberikan. Contoh, masa korang berdiri depan cahaya tu, korang akan sedar bahawasanya, tinted yang gelap tu adalah semata mata gelap tetapi tidak dapat memberikan perlindungan UV kerana korang still akan merasa panas bahang cahaya tersebut.  Berbeza pulak dengan tinted yang kurang gelap TETAPI mampu memberikan perlindungan UV yang tinggi kepada kita ketika berada di dalam kereta. So, itu lah yang kita mahukan dan mahu bayar untuk itu!

Semua orang tak sedar akan isu ini. Nak nak kaum perempuan macam aku ni haaa. Memang tak amik port langsung lah kan? Yang aku tahu, tinted gelap tu adalah lebih baik HAHAHHAHA adoi, salah tekaan aku rupanya. Isu kualiti films Korea adalah murah kerana fake, dan hakikatnya tinted dari Korea hanya mampu bertahan setakat setahun kedua tahun sahaja berbanding dengan brand dari USA yang mampu bertahan sehingga lima ke tujuh tahun . WOW! Memang itu yang kita mahukan? Dan kalau tanya aku, aku sanggup bayar mahal untuk sesuatu benda yang tahan lama. YESZAAaa! Tapi ada juga yang sanggup je bayar tinted yang fake asalkan murah sebabnya dah banyak daa berlaku perang harga tinted diluar sanaaaa. Yelaaa, memasing cuba tawarkan harga murah tapi sebenarnya menwarkan tinted yang tak berkualiti. Memang lah murah!!! So kalau tanya aku, no point korang pasang tinted kalau tak tahan lamaa. bazir sahajaaaaa.. hihihi

  
Cara untuk Mengenalpasti Tinted Asli

Korang kene ingat, tujuan kita memasang tinted untuk kereta adalah untuk mengurangkan bahang panas semasa kita memandu kan? So kalau bayar murah tapi dapat tinted fake, baik tak payah pasang .. jangan bazir duit korang.. so better pasang tinted yang berkualiti dan orginal. Di Raytech, korang akan didedahkan juga dengan bacaan Solar Power Meter untuk sesekeping tinted kereta , tujuan itu untuk memastikan tinted tu adalah tinted original , bukannya semata gelap tanpa dapat memberikan kita perlindungan UV.

Solar Power Meter

Untuk pengetahuan korang, Raytech Tinted Film memang dikeluarkan di USA. Dan Tinted dari USA memang lebih berkualiti dan lebih tahan haba berbanding Tinted Film dari Korea. Tetapi, para penjual tinted diluar sana, lebih bijak sekarang ni, mereka menjual tinted korea TETAPI menggunakan cop logo "Made In USA" supaya dapat menipu kita dan sekaligus dapat menjual dengan harga tinggi. Yelaaa kita mesti nak beli yang USA punya kan? Tetapi apakah caranya untuk memastikan adakah tinted itu betul betul dari USA????

Okay, meh sini aku bagitahu caranya, bila korang sebut dekat salesman korang nak tinted dari USA bukan Korea, dia akan bagi korang tinted dari USA. So korang bijak sikit, tanya, mereka ada tak Hollogram Sticker dan Brand Warranty untuk tinted USA yang diaorang tawarkan tu?
Ni haaaa Hollogram Sticker dari Brand Warranty

                                            

Ingat tau korang, apa apa pun, tanya dulu semua ni tau.. Sebab untuk makluman korang, Tinted USA yang original WAJIB ada Hollogram Sticker dan Brand Warranty bukannya Warranty Kedai. Contoh warranty kedai ni, kalau ada apa apa isu, korang kene datang kedai asal semula. Tetapi berbeza dengan Brand Warranty, kalau ada apa apa isu tinted, korang boleh pergi mana mana cawangan tinted tersebut. Contoh Raytech, jika korang pada mulanya pasang tinted di cawangan Sri Kembangan, jika ada isu papa, korang boleh je pergi ke Raytech cawangan lain di merata negeri. Haaaa itu baru betul ! 

Semasa aku pergi ke showroom Raytech, aku juga diberi peluang untuk melihat staff Raytech memasang sendiri tinted. Sangat profesional. So lagi legaaaaa lah aku lepas ni. No worries kalau takut takut nak pasang tinted, takut kene tipu ke kan? Harap aku dapat sharing dengan korang ilmu ni. Korang faham kan? hehe. Jangan takut untuk melabur untuk jangka masa panjang yaaaa







Kalau korang tak percaya lagi apa aku cerita ni , hahaha, korang still boleh pergi ke mana mana cawangan Raytech untuk bertanya, tak da masalah. Salesman diaorang pasti akan bantu korang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk kereta kesayang korang heeee. Sebab bagi aku, tinted sangat penting supaya kita dapat memandu dalam keadaan yang selesa so pemilihan tinted yang berkualiti dan masih original pada aku TERsangat lah penting. So aku tak kesah untuk bayar lebih untuk ketahanan jangka masa panjang. gtueww. Korang setuju dengan aku tak? Ke korang blur blur lagi? kihkhkih. Dahhh tak yah nak pening pening sangatt, esok start enjin kereta, pergi je Raytech dan tanya sendiri okay? heeeee


6 comments:

  1. Berapa RM x citer pon.. Cer cerita bab harga pula?

    ReplyDelete
  2. Berapa RM x citer pon.. Cer cerita bab harga pula?

    ReplyDelete
  3. Lain kali cerita pasal harga pulak

    ReplyDelete
  4. Hai. Sy pun ada pergi showroom di Sri Kembangan dan dah pun proceed utk pasang raytech. Ambil yg paling bajet punya harga. RM300+free sun shade (yg line warna hitam kt cermin depan tuu) & paling best warranty 5tahun.
    Masa pergi tadi, dia offer yg harga 1k tp sis x kuaaadddd...hahaaa... Bajet mmg x sampai la ke situ. Then dia offer yg RM700. Pastu sis ckp laa terus terang sis punya bajet berapa. Then dia bagi laa yg RM300 tuu... Gituh la citernyee.... Yg pasti, kita xkn rasa rugi pasang tinted raytech sbb confirm original.

    ReplyDelete
  5. bagi axia, boleh tolong senarai harga and jenis tint?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page