Monday, March 13, 2017

Percutian ke Boracay DAY 1

Ayuh, marilah kita mulakan cerita percutian ke Boracay.. bermulanya pada 23/01/2017, kitaorang ke Boracay dengan Air Asia AK608. Fly pukul 1050am, so kitaorang gerak pepagi hari dari rumah ke TBS (Terminal Bas Bersepadu) yaaaa naik bas sahaja ke KLIA2, jimat uols. hihihi.. so dapat bas pukul 7am. perjalanan 1jam dari TBS ke KLIA2. aktiviti dalam bas adalah mentido ZZZzzzzZZZ

tiket bas dah naik singgit. grrrr
RM11/pax/sehala

harga tiket flight ke boracay dah termasuk makan minum. 
xde add on luggage pun, semuanya handcarry sajokkk

pukul 8am dah terpacak di KLIA2


Sampai KLIA2 ayuhlah mencekik dulu, kang dalam flight lambat diaorang serve my nasik lemakkk hihi. having breakfast dekat mcd jekk. tepat jam 11am, fly la kitaorang, pagi tu hujan. deborrrr jugakk tapi ai is acting rileks jelaaa. kang hubby lagi takut muahahahhaha ;p dalam flight yang memakan masa 4jam tersangatlah boringnyaaaaaaaa.. ai sekali sekala tidur TAPI hubby tak tidur langsung, pandang sana sini, asyik tengok jam je kerjanya, sekejap sekejap tanya, dah nak sampai ke yang? ai jawab belum 4jam lagi. tidur laaa. hukhukhuk.. macam manaa nak pergi jepun ni??? opsss ;p

  are u ready?


 GATE KALIBO is OPEN. masuk sekarang! 

 boleh pulekk hujan masa nak berlepas tu. seram mak nokks

 4jam fly, kerja aku asyik tangkap gambar awan sajokk

yeay! setelah 40min berlepas, barulah my nasik lemak sampai hihiii. lapooooooorrrr

 
4 jam babe. 4 jam aku melayan laki aku yang keboringan tu. HHAHAHHAHA


Dalam flight, macam biasa kene isi borang arrival yaa. get ready pen sendiri tau. Dipendekkan ceritanya, tepat jam 3pm, kitaorang sampai di Kalibo International Airport yeayyy!! finally! tapi sedihnyaaa masih jauh lagi perjalanan ke Boracay nyaa sobss.. nak tahu lebih lanjut ai dah update dekat sini Entry Persediaan ke Boracay klik dan mohon baca yaaaa... imigresen Kalibo kecik je, rileks je masa nak masuk ni. xde tanya banyak pun. settle imigresen, kitaorang terus melilau cari Josh. yang mana kitaorang dah book van untuk ke Jeti Caticlan. manaa dia ni? tapi dari kejauhan ai dah nampak, ada seorang lelaki pakai snowcap duk melambai lambai dekat ai. wahhhh dah sampaii ..ookkkkkkokkk

 isi ya korang semua. and plus jangan jujur sangat kalau korang tak berapa sihat. kang kene tahan dekat imigresen. hihiiihi. cakap sajok im healthy!!!

subhanallah.. cantik sungguh kan?

macam kapas!

setelah mengharungi 4 jam yang bosangggggg. 
finally sampai di Kalibo International Airport. syukurr ;)) 

orang yang paling gembira bila dah sampai hikhikhikhik

turun turun flight je, terus beratur imigresen okay. kecik sajok. hihi.. 


setelah urusan imigresen, dan kitaorang sekarang berada di daerah Malay Aklan. yeay!!!

haaa kitaorang akan ke Jeti Caticlan dengan menaiki van ni la. superb selesa!! tak yah bersesak dgn ntah mana mana orang ntahh hihi. book ya dengan Josh? hihi


Dalam van tu hanya ada kitaorang laki bini dan couple datang dari Malaysia juga, baru berkahwin, nak hanimun, hehe haiiii JC . kalau korang baca entry ni.. sihat ke korang? baby sihat? hehe ;)) take care ;)) perjalanan dari airport Kalibo ke Jeti Caticlan memakan masa dua jam. apa lagi? tidur lahhhhh HAHHAHAHHAHA.. tau tau dah sampai area jeti hikhihikhikk.. Bagusnya ada Josh ni, dia tolong bawakkan kitaorang punya beg dan korang bagi je dia duit sesiap untuk belikan tiket ferry dan segala mak nenek fees yang perlu dibayar. korang just tunggu tepi jek . tak yah serabut nak beratur bagai hikhikhik .. tau tau Josh datang bawak tiket dan beratur lah kita tuk masuk ke Jeti Caticlan tu.  nak masuk tu kene scan beg okay!!! gigihnyaa ya allahh. serabut gilaa... huhu~ buat apa dekat jeti ni? nak naik boat transfer ke pulau boracay tu laaa. perjalanan kejap jek. dalam 10minit je.

the ticket. Josh dah settlekan. beri duit sajoooo

kalau korang rajin nak beli sendiri, beli dekat sini yaaaa.. luar kawasan jeti tu je. 

lepas beli tiket sila la beratur untuk masuk ke dalam jeti. siap kene scan bagai. grrrr

tuuuu tempat scan beg segala. kau orang jangan bawak pelik pelik yaaaaaa

jalan ke arah ini untuk ke tempat boat transfer

tadaaaaaaaaaaaaaa dah sampaii tepi jeti.... sini pun dah cukup cantik korang!

ni la boat transfer yang akan bawak kita ke pulau Boracay dari Jeti Caticlan ni...


Sampai je dekat Jeti Caticlan tu, korang tahu tak dah dekat magrib da. nak sunset dah pun. ya ampun. jauh gilaaaa perjalanan nak ke Boracay ni HAHHAHHA adoi laaaaa ;(.. dah naik boat then dan sampai di jeti pulau, korang kene naik pulak public transport diaorang. iaitu tricyle. ala ala beca tapi motor. best woooo naik dia. HAHHAHAHA konsepnya open air. wuuwuuu~ sampai dekat hotel dalam pukul 6pm. tapi 6pm di Boracay, dah macam pukul 7pm dekat Malaysia. dah nak gelap daaa pun...

dalam boat dah sunset hukhukhuk sehariiiiiannnnnnn travel...

keluar je dari boat, korang terus serbu tricyle yang ada di luar kawasan jeti k. tunjuk nama dan alamat hotel korang tau.... harga tricycle bergantung saiz, kitaorang kene 100peso.


Tricyle hantar kitaorang dekat hotel yang mana ai dah book via Agoda dan dah full payment dah pun.. TAPI sadisnyaaaaa, booking kitaorang, pihak hotel dah terlepas pandang. bilik kitaorang TAK DE !!! huwaaaaaaaarghhhhhhhh, nak menangis rasanyaaa so sad !!! hotel pulak penuh untuk tunggu next bilik waduhh dugaan apakah??? dah la seharian bergerak, tak sabar nak masuk bilik mandi berehat semua, tapi BILIK XDE!!! sakitnyaa hati kita wakkkkkkkk ;(( so ai pun apa lagi, call Josh suruh settlekan. hikhikhik . Josh banyak bantu. Thank you Josh for helping me. If you read this hehehe ;)) thanks yaaaa


So, nak dijadikkan cerita, kitaorang dapat full refund dan josh carikan kitaorang bilik yang available. ai is dah tak kesah bilik apa pun, JANJI nak mandiiiiiiiiiiiiiiii pleasee.. badan serius dah melekit lekit. . nasib mood hubby ok jek, kalau dia moody, matilah nakkkk habislah mood anniversary kitaorang. malam malam kang aku peluk bantal je laaa. HAHHAHAHAHH ehh# .. Dipendekkan cerita kitaorang dapat bilik di Station 2, bilik hmm.. ai tak puas hati sebenarnya, sebab bilik tu berada di tingkat 4, waduhhhhhhh naik tangga uols!!! pastu aircond dia problem, bunyi kuat gilaaaaaaaa! menganggu kenteteraman hidup okay. pastu bila malam malam, disebabkan bilik kitaorang paling atas, dengar bunyi angin kuat gilaaaaaaaaaaaaa.... takut rasa!! so korang boleh bayangkan tak bilik ai tu macam mana??? dengar bunyi aircond kuat dengan bunyi angin kuat. heyyyyy tak bestnyaaaaaaaaaaaa!! tapi ai is redho sebabnya dah tak da bilik yang available tuk malam tu. sobssss. dugaan apakah? untuk pertama kali jadik macam ni dalam sejarah kitaorang travel. hukhukhuk

nasib kau ada sheena. hukhukhuk, kalau tak aku tidur berbumbungkan langit di tepian pantai. HAHHAHAHHA drama queen sangatt!


 tingkat empat weiii 

 resort ni ada dapur, korang leh masak yaaaa

 ni la bilik kitaorang tadaaaaaaaaaa

 sorang satu katil HHAHAHHAHAHA


 toilet. bersih. okay la..

okay la dari tak de hmm mmm

Alamat : Sheena's Beach Resort
Station 2 Boracay Island, Balabag, Malay, Aklan, Philipines
Tel : (036)2886120/ (036)1760
Email : sunicodoralyn@yahoo.com
Facebook - Sheena's Beach Resort


So lepas bayar bilik ni untuk tiga malam, kitaorang berehattttttttttttttttttttttt , siap siap mandi segala legaaa gilaa dapat baring.... bilik ni bapak besar ok! dua katil queen. HAHHAHAH kesudahnyaaa sorang satu katil .. syoknyaaaa! untuk malam pertama okay laa.. malam kedua mohon tidur sebelah yaa bang.. kihkihkih ;p malam tu sebelum layan mata, sempat jugak kitaorang ke Budjet Mart untuk beli air mineral dan kudap kudapan. Budjet Mart ni terletak di Station 2. murah jugak barang2 dalam kedai tu. ada jugak barangan Malaysia. . korang boleh shopping barang makanan dekat sini yaaaa....

balik dari Budjet Mart tu terjumpa pulak abg si Mark Adam HAHHAHHA
sama kan rupa? dia sendiri tak kenal Mark Adam sapa HAHHAHA
jenuh laki aku terangkan hahahha dah laa sayang, jom balik hotel kihkih



Malam tu jugak la kitaorang deal aktiviti dengan Josh. sebenarnya boleh je dapat lebih murah if korang survey di sepanjang pantai, tapi bezanya xde la orang yang akan follow korang senantiasa. macam ai amik aktviti dengan Josh  ni, dia dah siap siap bagi seoarang tour guide dekat ai. pandai speaking, sangat mudah untuk berurusan, xde la unsur kene tipu ke, sesat ke, haaa gitu... orang local duk follow kita merayau kan? tapi kalau korang tak amik pun xpe, sbb Boracay ni kecik je pun. . tapi ada follower ni senang sikit , boleh mintak tlg tangkapkan gambar HAHHAHAHHAHAHAHHAHA

ni lah Willy, tukang amik gambar . tukang bawak beg. 
tukang tunjuk macam macam tempat. hihi

nak no tel willy?
dekat sini ada update
boleh refer entry persedian ke boracay ya?


Ni ai senaraikan aktiviti apa yang kitaorang sempat buat. Boracay ni kaya dengan aktiviti . rugilah datang tak buat? at least korang buat seketul dua aktiviti pun cukup laaaa .. macam ai memang dah aim beberapa aktiviti yang MUST DO , yang lain tu sekadar mengisi masa lapang kahkahkahahh..

1) Zipline 1000peso/seorang
2) ATV 800peso/seorang
3) Sunset Sailing 300peso/seorang
4) Island Hopping 1000peso/seorang
5) Buggy Car 750peso/couple
Guide 1000peso , kitaorang dapat Willy. baik, plg penting pandai tangkap gambar! HAHAHHAHA


ok sekian, itu sahaja tuk hari pertama kitaorang ke Boracay. memang seharian perjalanan. aduii. esok baru bermula semua aktiviti kitaorang.. stay tuned for next entry yaaaa.. entah bilaaaa hikhik... kemon idaa kemon. yu ken duit...... HAHHAHAHHA




#Island Nook Boutique Hotel - hotel yang buat onar dengan kitaorang hmm hmm
#sapa yang nak no tel Josh : boleh refer entry persedian ke boracay ya? jenuh pulak asik nak taip je nombor dia dekat setiap entry HAHHAHAHHA






Kira kira
Tiket Flight dari KL-Kalibo RM832.16/dua orang
Tiket bas TBS-KLIA2, RM11/sehala/seorang = RM22/dua orang
Breakfas mcd = RM34
Van (Kalibo ke Jeti Caticlan) 250peso/seorang = 500peso/dua orang (convert to RM = RM45.75)
Boat transfer ke Boracay 25peso/seorang = 50peso/dua orang (convert to RM = RM4.57)
Fees : Terminal Fees 100peso/seorang , Environmental Fees 75peso/seorang (convert to RM = RM32.05)
Tricyle ke hotel 100peso (convert to RM = RM9.15)
Sheenas Resort Station 2 , 3 malam = 5400k peso (convert to RM = RM494.10)
Budjet mart 256peso (convert to RM = RM23)
Bayar aktiviti esok 8700peso/dua orang (convert to RM = RM796.05)

Total RM2,292.83

4 comments:

  1. Bestnyaaa!!! Eksited nk folo cerita seterusnya...

    4jam di udara...mau x berdebauu.. Tu smpai xleh tdo.. Klo lya pom..skali pakej sakit perut kot...

    Adesss... Camner blh tlps pndang tu?? Mujur dpt full refund.. Tp hotel y mginap ni nmpk luas n bersih jer.. Ok lah tu.. Still berbaloi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ida, kesiannya hotel terlepas pandang. Sadis betul. Cepat2 update next entri. Bestnya aktiviti must do kat sana... berangan jelah sheila sambil baca entri ida ni ;)

    Btw url blog kita da tukar norsheilasalleh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam.. ida.. nk tanye.. bayaran utk josh brape yea? ape yang die cover.. boleh citer sket x mcm mane deal dengan die.. time kasih tau.. =)

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page