Friday, February 3, 2017

Seharian snorkeling di Pulau Payar Langkawi 2016

Seharian snorkeling di Pulau Payar Langkawi 2016

Memang ai dah lama aim nak pergi Pulau Payar ni. sejak hubby dia pergi inspection kat Pulau Payar beberapa tahun lepas, balik rumah je terus cakap "yang, baby shark main tepi kaki ai jeeee... yu mesti suka snorkeling kat Pulau Payar!!" okay fine ! dia dah buat aku jelas tahap gaban. saban hari saban tahun, ai is menanam impian nak sampai Pulau Payar. . kadang-kadang geram jugak, dia yang bikin aku teruja, tapi dia tak bawak aku pun pergi Pulau Payar? hampeh cissss. tidoo luar!!!! muahahahhahahhaha #biniKejam 


Langkawi. lama sangat tak jejak langkawi, last 2010. kini 2016 aku kembali . ewahhh~


Tapi akhirnya, 10hb November 2016, ai is sampai jugakkkkkkk Pulau Payar.. wehoooo!! tapi baru sekarang Januari 2017  nak update? HAHHAHA gasak laa. janji update kihkihkih~ Ai ke Pulau Payar itu pun selepas berjaya pujuk officemate untuk chill chill di Pulau Payar hikhikhik.. haaah , ai is dapat pergi Pulau Payar sebab ada kerja sikit dekat Langkawi, so langsung terus ke Pulau Payar untuk berliburrr snorkeling beramai ramai heee ~ sokay laa kan? janji sampai! babai hubby..... hihi #padanmuka #jagamushang


lepas settle kerja, kita chill chill di Pulau Payar yaaaaaaaaaaaaa .. 
dalam ferry Jeti Kuah ke Pulau Payar ;))


Pakej Pulau Payar 2016

Okay, ini adalah pakej yang ai is dapat untuk Pulau Payar untuk tahun 2016 tau! kalau korang baca entry ni bukan pada tahun 2016, that means, harga mungkin berbeza dan jangan kecam sis yaaa hikhik ~ ala korang jangan risau, Pakej Pulau Payar ni korang boleh tanya mana-mana kaunter agent tourist dekat Pantai Chenang, Langkawi tu haaa. bersepahhhhh booth kecik kecik. tanya je. kalau rajin, compare kan la harga yang korang dapat. lagi ramai korang pergi lagi banyak diskaun hihihi. rata-rata harganya dalam RM100-RM180/seorang .. 


Apa yang korang dapat bila join Pakej Pulau Payar ni? transport pergi balik + lunch pack + snorkel gear dan view pulau payar yang umpphhhh sangatttt ! hehe. Oh ya, transport via bas or van memang akan pick up korang dari hotel dan bawak terus ke Jeti Kuah untuk menaiki Ferry Besar. Ferry tu boleh tahan selesa, ada aircond. masa perjalanan dari Jeti Kuah ke Pulau Payar dalam masa 1jam gitu.. Pakej Pulau Payar ni dari jam 8am-3pm. tu pasal ai cakap seharian kita di Pulau Payar. ape lagi skodeng ikan non stop laaaa kannn weeeeeeeeeeee


Oh ya, sebelum pape, ai nasihatkan korang untuk tidak menaruh harapan pada lunch pack yang diberikan sebab bagi tekak ai, lunch pack kurenggggggggggg sedap. HAHHAHAHHA so mana mana yang demand lebih, mohon bawak bekal sendiri yaaaaa. DAN yang paling PENTING , tolong bawak roti untuk ikan sekali ya? hihi... kasi umpan itu ikan untuk datang kat korang nanti bila time snorkeling heee ~ haish penat la bebel... jom ai is belanjaaa korang semua view ohsem lagi terboekkkk Pulau Payar kuikuikuii . .

 view dari atas pelantar di tengah-tengah laut hihi

view setibanya sampai di Jeti Pulau Payar ;) ohsem kan?

 di tepian pantai pun dah bersepahhh ikan weiiii


 kalau berenang jauh sikit ke pelantar yang ada, ikan kecik makin banyakkkk..

 gigih kan pergi ke pelantar ni? jauh kott! HHAHAHHAHHA
nasib ada life jacket hukhukhuk

 sambung snorkeling .....

 roti masukkan dalam botol, kasi ikan makan, pastu snap la pic gopro korang. dapat lah picture macam ni. hahahahhahahahhaha kemainnnn



pulau payar terbaik!!!


Akhir kata, pemandangan di Pulau Payar memang lawa, ada baby shark di tepian pantai cuma die berenang laju sangat sampai tak sempat nak tangkap gambar dia. hehehhee. tapi itu lah, cuma coral banyak mati so xberapa lawa compare dengan pulau-pulau malaysia yang lain. tapi mana nak cari shark berlegar legar tepi kaki korang? hanya di Pulau Payar heeeeeeee ~ so bagi pendapat ai, cukup la sekali je datang Pulau Payar untuk snorkeling .. hihihi. ayuh kita terjah pulau lain pulekkkk... weehhooo ! ;))

nak balik daa.. sobs.. muka memasing puas snorkeling hehehe



Itinerary Pakej Pulau Payar 2016 :-
1. Pakej berharga RM100-RM180
2. Pakej include transport pergi balik pick up di hotel ke Jeti Kuah (via bas or van, depends la jugak) + lunch pack (so so jek)
3. Pakej Pulau Payar bermula jam 8am-3pm. maybe sampai hotel dalam jam 5pm
4. Naik ferry dari Jeti Kuah untuk ke Pulau Payar. Ferry selesa dont worry.
5. Bawak roti untuk bagi ikan makan (nak senang masukkan roti dalam botol)
6. Bawak bekalan makanan sendiri (lunch pack tak berapa sedap HAHHAHHA)
7. Di Pulau Payar, ada kemudahan toilet untuk korang salin baju. tak salin pun xpe.. nanti baju korang akan kering sendiri HHAHAHHAHA 
8. Dan akhir sekali, make sure ada camera waterproof untuk capture moments dalam air tau! pergi beli gopro cepat!!! hikhikhik ;p

#Ai is amik pakej pulau payar dengan Langkawi Coral ;))


Selamat Bercutiiii semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ;))

6 comments:

  1. cantiknyaaaa !! teringin main dengan anak2 ikan tuuu

    ReplyDelete
  2. Cantiknya! rasa teringin nak pergi lepas baca haha.
    Singgah blog ni ye, suka sangat tengok header tu cantik!
    jemput la datang blog baru saya :)

    ReplyDelete
  3. Salam.. sis nk tanya mcm mana sis book pakej..n dkt link langkawi coral xde price pon coz nk tahu untuk budak umur 10thn.. pape pon cntik pic sis..tq

    ReplyDelete
  4. haritu pergi langkawi, tapi tak sempat nak pergi pulau payar ni..sobsob

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page