Wednesday, February 22, 2017

Persediaan Bercuti ke Boracay 2017

Persediaan Bercuti ke Boracay 2017

Ok ok jom kita mulakan Travelog Boracay 2017 .. Apa apa pun kita intro dulu. Ada yang mungin tak tahu lagi, Boracay adalah sebuah pulau kecil yang terletak di selatan Filipina, didalam daerah Malay Aklan. Boracay pernah viral sebagai Pulau Tercantik dan MUST VISIT, that why la, Boracay berada di bucketlist travel ai hikhikhik. dan akhirnyaaa, sempena anniversary ai yang ke7, sampailah kitaorang dekat Boracay yeayyyy!!! 2017 baru sampaii weii sobbs sobsss . . . #Alhamdulillah #Syukur hee~

Station 1, Boracay, Philipines 


Cara ke Boracay, Filipina
Macam mana nak pergi sini? Taubat!! Lama gila perjalanan. korang kalau plan nak ke Boracay, korang kene peruntukkan dua hari untuk perjalanan pergi dan balik tau. . Ai ke Boracay naik Air Asia, mana lagi kalau bukan syarikat penerbangan murohhhh hikhikhik.. Naik Air Asia korang turun di Kalibo International Airport.. So secara ringkasnya perjalanan adalah begini ;

Cara ke Boracay dari Kuala Lumpur via Air Asia
1) KLIA2 ke Kalibo International Airport (4jam)
2) Dari Kalibo Airport, kene naik private van atau bas (2jam) ke Jeti Caticlan.
3) Dari Jeti Caticlan kene naik boat untuk ke Pulau Boracay (10minit)
4) Then naik tricycle (sejenis public transport di Boracay) untuk ke hotel yang korang dah book. 
5) BARU SAMPAI BORACAY ! HAHAHAHAHAHHA

akhirnya sampai di Kalibo International Airport 
yeayyyyyy!

tu adalah van private yang ai naik. okay je selesa.....

tricycle. public transport di Boracay


Harga (update pada Januari 2017 yaaa)
1) Flight Air Asia ke Boracay, mohon check di www.airasia.com 
2) Private Van dalam 200peso/pax, kalau harga bas korang leh check di Southwest Tours Boracay ataupun di luar airport ada booth yang dibuka, boleh beli tiket dekat situ jugak. depends korang nak yang mana. tapi bagi ai, nak jimat naik aje private van ni, walau bercampur dengan orang lain hihihi. tidur ajelaa dalam van tu, apa ada hal...
3) Bot ke Boracay, 25peso
4) Di Jeti Caticlan ada fees yang dikenakan kepada tourist, bayar sahaja k? dah rules mereka HAHHAHHAH,  Feri Terminal Fees 100peso/pax & Environmental Fees (75peso/pax)

Jeti Caticlan. beli tiket dekat sini yaaaaaa
Kemain korang kat sini kene check beg bagai. HHAHAHHA nak naik boat je punnn . hampehhhhhh.. ada macam tempat scan scan macam kat airport tu. huh

bayar !!!

Ai is sampai Boracay dah senja okayyy! terus terus nampak sunsettt HAHAHA adoii laaaa... keluar awal pagi dari KL, sampai dah sunset di Boracay. HAHAHAHA mana lahh ai tak suruh korang peruntukkan dua hari perjalanan pergi balik.. masa nak balik pun itu jugak laaa route diaa... haaa masakkkkkkkkk!tapi percayalahhh ianya sangat lahh BERBALOiiiiii weeeeeee~

sunset dari atas boat 



Masa yang sesuai untuk ke Boracay
Ini pun kene tengok juga kalau nak bercuti di Boracay, sebabnyaaaa Boracay ada dua musim, Amihan dan Habagat.. Amihan adalah Dry season yang berlaku pada bulan November hingga Mei. Habagat pulak adalah Rainy season yang berlaku pada bulan Jun sehingga Oktober. Masa yang paling sesuai sekali adalah pada bulan November sehingga Mei lahh.. TAPI bulan yang paling ramai adalah bulan Mac sehingga Jun. dikatakan musim panas dia. masa ni memang ramai gileeerrrr... Nak jalan pun sesak.. Harga hotel dan aktiviti jangan cakap laaa, sure mahal.. TAPI keadaan sangatttlahh cantikk katanya, jernih je... Berbanding dengan musim Habagat, segalanya murahh , yelaa musim hujan kan, nak mandi pantai acena? tapi ikut korang la suka nak pergi musim mana satu hehe ~

Station 2, Boracay, Philipines


Ai pergi bulan Januari, ianya tergolong dalam musim Amihan.. tapi belum cukup sesak lagi. hihii. Dekat Boracay ramai gila korean okay! Tak payah pergi Korea lah kalau korang nak tengok oppa hensem hensem badan sado sado , datang aje Boracay ! HAHHAHHAHAH.. 


Nak stay mana dekat Boracay?
Okay untuk pengetahuan korang, Boracay ni terbahagi kepada 3 Station. Ada Station 1, 2 dan 3. Station 1 untuk hotel mewah mewah. hotel depan pantai youuuuuuu. TAPI harga? ya ampun mahalnyaaaa hiks. tapi kalau nak cuba apa salahnyaa kan....

map Boracay


Station 2 paling happening antara ketiga tiga station. kat sini banyakkkkkkkkkkkk sangat cafe/club/ pinoy dok dancing dancing pun ramai hihii. cuci mata lah chuolsss ;p ... hotel dekat station 2 standard harga . tak mahal tak murah just nice duit kita bayar hihii.... tapi stay sini, pasirnyaaaaaa ya allahhhh halusnyaaaaaaa putih memutihhhh bak hang! selain tu, Station banyak kemudahan seperti ada 7E, Budjet Mart, Money Changer, tempat shopping like Bamboo Market (kawasan Muslim berniaga), Dtalipapa, DMall dan lain lain . haa ada chatime tau sini. ada mcd jugaa. ohh starbuck pun. HAHHHAHAH tapi semua tu ai tak masuk . Malaysia pun adooo~ lalallalallala

Station 3 tak berapa happening, hotel murah sikit, sesuai untuk backpakers style. malam sunyi sikit dan kawasan pantai pun tak berapa bestt, pasir dia tak cantik, kasarrrrr....

Station 1 untuk hotel hotel mewah, sedikit privacy tapi petang2 pantainya padat dengan aktiviti sunset.... harga boleh tahan MAHAL.

So pilihan hati ai tentulah Station 2 hikhikhik. dan dua malam terakhir ai ada stay di Bulabog Beach. situ hotel hotel private beach kofkofkofkfofff.. honeymoon kan korang, kene la habiskan masa berdua dalam bilik hikhikhik okbaiii ;p


Apa aktiviti di Boracay?
Haaaa ni soalan selalu yang ai terima. dan masa ai mula mula nak pergi pun, ai dok survey aktiviti jugak laaa hee~ banyakkkkkkkkkk sangat aktiviti pantai korang, mohon sediakan duit yaaa hihii... ai sempat jugak la buat beberapa aktiviti, selebihnya ai shopping dan enjoy life beach heeee~ more to relax... enjoy tak stresss huhu~ Yang pasti WAJIB korang cuba is ZIPLINE. MUST DO okay! Yang lain macam snorkling, ATV, Buggy Car, paraw sailing sunset, para sailing,  helmet diving, the zorb , massage, dan macam macam lagi laa. serius, Boracay memang kaya dengan aktiviti pantai. heee ~

The Zipline. amacam?


Nak dapatkan harga aktiviti tu, korang leh jalan sepanjang pantai, bersepah sepah, abang abang dok promote, bargain je tau! tapi kalau korang malas nak cari cari, korang leh guna orang local yang kitaorang guna masa pergi ni. banyak sangat membantu.. nak bagi tips ke diaorang pun tak banyak. bagi ikhlas jela sebabnya diaorang ni orang susah. niat tolong boleh je. diaorang bukan Muslim..

Ni Willy. banyak follow kitaorang merayau dekat Boracay. pendiam sikit. kitaorang buat aktiviti semua dengan dia lahhh.. tukang amik gambau pon iye jugak hikhikhik.. tukang angkat barang dah tentu hikhikhik

+639568961316 

Ni Josh. tapi tak selalu dengan kitaorang. dia banyak handle orang lain. tapi time ni jumpa dia terus nak banjer kitaorang Manggo Shake. baikk sungguh!

+639120819809

Apa apa pun, korang boleh berwasap dengan diaorang okay? dan english xde problem sebabnya diaoarang dikategorikan sebagai pandai berbahasa englishhh hehe~



Lama ke nak lepak dekat Boracay ni?
Ai is lepak sampai seminggu weii HAHHAHAHA puas hati.. Layan pantai je kerja nya kitaorang.. Tapi sebenar benarnya, dalam 5hari dah cukup da. 2 hari perjalanan pergi dan balik, lagi 3hari mohon padatkan hari korang dengan aktiviti. settle. tapi ada juga yang pergi dalam 4hari tapi tu jadual sendat habis laaa hihi.. depends ;))

Waktu Solat Boracay
Waktu solat korang leh refer dekat SINI.
Sini sunrise awal gila, dalam pukul 5.40am gitu, sunset pun awal dalam jam 5.50pm ke 6pm.. tiada perubahan waktu , sama je dengan Malaysia cuma siang hari lebih cepat ..

Masa kitaorang pergi kene pulak hari Jumaat, so kitaorang nak cari masjid untuk hubby solat jumaat. Muslim dekat Boracay ni golongan minor. tapi ada je perkampungan kecil Muslim. situ ada Masjid Besar. Kawasan tu nama dia Ambulong, kalau korang nak pergi sana, sebut je nama tu ataupun sebut Mosq (masjid). tahan je tricycle sebut je. nanti diaorang bawakkan. mudah sajooooo nak bergerak dekat sanaa ;)) selamat dont worry

masa ni nak solat Jumaat


Money Changer
Mengikut pengalaman ai, tukar dekat sana lagi murah dari kita tukar dekat Malaysia. Hari tu ai tukar duit dekat Ampang Park, RM9.15=1000peso . ala ala duit kita je kan? tu yang tak terasa sangat berbelanja dekat sana HAHAHHAHHA. TApi masa di Boracay, ada satu kedai di DMall terima tukaran wang RM, RM9.00 okay!! haa murah kan... hihi..

 cari kedai ni, nama dia, FLY , terletak di DMall.
Korang nampak tak dekat signboard tu, Malaysoan Ringgit lasttttt sekalii.. HAHHAA
sedihhhhhhhh chuolss.

 ni ai dah sesiap tukar di Malaysia. ai tukar dekat Ampang Park.
RM2k. kuikuikuiii~

dah tukar duit, jangan lupe pulak nak buat jadual money converter. senang nak refer bila nak shopping.... heee ~



Makanan Halal di Boracay?
Muslim dekat Boracay ni golongan minor. kecik je perkampungan diaorang. so susah nak jumpa Halal Food. TAPI ada HALAL, cafe cafe yang ada di DMall TAPI sorry ai tak dapat nak bagitahu sebabnya ai memang tak makan luar. tak percaya sangat laa. so apa jalan penyelesaiannya? ai is bawak makanan dari Malaysia dan masakkkkkkkkkk HAHHAHAHHA. ala bukan masak beriya, setakat sardin, panaskan lauk Berahims, ape susah kan ada travel cooker kan? gunakan laa hehe. so dapat jimat juga. heee~ depends, kalau korang yakin, makan sajala k? hihi

tadaaaaaaaaaa, bekalan kitaorang untuk seminggu. kenyanggg!!

 tadaaaaaaaaa.. antara menu kitaorang. sardin dan sambal ikan bilis. sedap ya ampun . kenyang! YAKIN! HHAHHAHHHA

If korang tak nak bawak makanan dari Malaysia, xpe. ni korang boleh order dari sini. ni kawasan Muslim masa kitaorang pergi Masjid. rumah budak kecik ni bebetul sebelah masjid. 

 Dimiliki oleh orang Turki yang berhijrah ke Boracay dan berkahwin dengan orang local. ai beli kebab daging, sedap boleh tahan. dia buat depan mata ai. hehe~ so boleh calling calling for delivery ke hotel memasing. xde hal punya. sedia duit sajaaaaa

sedap! banyak! kenyang!

 kalau tak nak makan kebab, korang boleh cari brother ni dekat Dtalipapa. Sebelah kedai dia ada buat service masak. diaorang masak makanan melayu cumanya ai tak tahu halal ke tak. TAPI ai ada terjumpa kumpulan budak Melayu, diaorang cakap HALAL. try laaa hehe~
(kedai brother ni nombor berapa, cuba korang tengok atas tu? 122 ke? sebab terlindung kan....)

 salah satu menunya. banyak lagi menu .. korang jangan pelik sebabnya depan kedai ni jual baju baju, belah dalam adalah dapor. hihihihi tersorok sikit. aigooo nak jual masakan HALAL pun susah ye? so, bila dapat makan, harga? sendiri mau ingat laaaa hukhukhukss

makan dekat sini. hahahhaha. 




Info lain:
Korang jangan lupa bawak cermin mata hitam, panas hoii Boracay, sepet sepet mata korang kang nak pandang laut hihihi. Sunblock pun jangan dilupakan. kang sunburn pulak. ai memang setiap kali nak keluar bilik mesti sapu satu muka/tangan/kaki HAHHAHAHHA. akibatnya, tiada mengelupas pun kulit ai.. TAPI hubby degil tak mo sapu langsung sunblock, so dia sunburn teruk wakkkakkaka dan uke iyaaaa ;p

Oklah itu saja info yang perlu korang tahu sebelum pergi Boracay. hehe. Harap harap korang dapat sedikit info dan dapat gambaran Boracay ni macam mana kan? So next, ai is update DAY 1 Boracay yaaaa ;)) adehh penat menaip.. kopi manaa kopiiiii ;(  ;p HHAHAHAHHAH

never change ur travel buddy
#myhusbandismybesttravelbuddy


Travelog Boracay 2017 :

13 comments:

  1. BORACAY best wehh..rezeki ko dik! Akak mampu tengok je..sobs!~ ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ida.. bestnya. Cepat update lagi ye.. lama tak honeymoon hahahaha

    ReplyDelete
  3. hahha..mcm secret agent plak depan juai baju blkng kedai mkn...
    huiii....setgh hari jugak membawa ke 1 hari pnt perjlnnye..phewww

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa. harapnya dapat pergi suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  5. Blh la dijadikan guideline utk sape y nk k sana.. Lya pom tringin jgk.. Tp...blm rezeki..mgkin angan saje.. Hehe..

    Btw. Pic tepi pntai ada payung kuning tu cantekkk

    ReplyDelete
  6. bestnya...teringin jugak nak sampai sini..tp kot dalam mimpi jela....hubs sure takmo pegi..huwaa

    ReplyDelete
  7. salam nak tanya dari jeti caticlan de byk trip ke boat nye?

    ReplyDelete
  8. salam nak tanya.. stay mana yer private beach dekat boracay tu. ada yg recomended x.??
    terima kasih

    ReplyDelete
  9. Nak tanya pasal boracay. Boleh ws tak?

    ReplyDelete
  10. Willy and josh no tk aktif whass lh sis

    ReplyDelete
  11. Pasal money chAnger FLY tu mcm silap..
    Fly offer 9.00
    Ada money changer lain tukar 10.80

    Kalau tukar 500RM

    Fly= 4500peso@ 9.00x500
    Money changer lain = 5400peso@10.80x500

    So kalau nk lebih peso cari rate yg lebih tinggi

    ReplyDelete
  12. akak tido hotel mana ye?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page