Wednesday, February 8, 2017

BONSAI MASTER, Masashi Hirao - BONSAI ART PERFOMANCE PENANG, MALAYSIA 2016

BONSAI MASTER, Masashi Hirao - BONSAI ART PERFOMANCE PENANG, MALAYSIA 2016


Korang tahu tak apa itu Bonsai? Satu tanaman pokok hiasan kerdil yang ditanam didalam pot dangkal, yang mungkin familiar dimana mana rumah yang menjadikan pokok Bonsai sebagai hiasan. kalau tenung lama lama sepokok Bonsai, pokok Bonsai ternyata bakal mengkagumkan kita. cantik berseni strukturnya. Ai seakan dah jatuh cinta dengan pokok Bonsai. nak bela dekat rumah boleh tak sayanggg??

 cantikkan Pokok Bonsai?


bayangkan dekat rumah penuh pokok bonsai macam ni? wahh wahh sejuk mata memandang 


Pokok Bonsai ni sebenarnya berasal dari Jepun (Penzai). Bermakna, BON adalah pot dangkal dan SAI adalah penanaman tanaman dalam pot dangkal. Korang tahu tak, pokok bonsai tersangat popular di negara Jepun, mungkin tak lama lagi akan popular di Malaysia. Mesti ramai peminat bonsai kat sini kan? Unik sangat Bonsai ni. Tersangat eksklusif bagi ai seketul pokok bonsai ni. . 


uniknya?



Untuk pengetahuan korang dan ai sendiri pun baru tahu mengenai hal ni, pada tahun 1914 di Tokyo, telah diadakan pameran Bonsai yang pertama yang mana bertujuan untuk menarik perhatian dan sekaligus memperkenalkan seni bonsai kepada masyarakat disekitar.. Mesti semua terkejut bila ai cakap, pokok Bonsai ni ada Masternya. Percaya tak korang? Haaaa jangan macam macam. . tapi percayalah korang, Bonsai Master asalnya dari Negara Jepun jugak. Siapakah? 

 Bonsai Master , Masashi Hirao



Bonsai Master yang hebat diperkatakan ialah Masashi Hirao.. Reti tak sebut tu? hikhikhik. Korang tak kenal? ai pun tak kenal TAPI tak apa, jom kita kenal dengan Master Bonsai, Masashi Hirao ni. Masashi Hirao dilahirkan pada 15/02/1981. Haa muda lagi !! Muda muda dah jadik Master. perghh hebat!!! Masashi Hirao mula berminat dengan Bonsai ketika berada di Kyoto Sangyo Univerity dimana beliau mengkagumi hasil kerja Misuzu Shigemori. Master Bonsai, Masashi Hirao sangat sangat kagum dengan kecantikan Bonsai dan terus berazam akan menjadi Kato Manseien dan akan terus memperkenalkan tentang kehebatan Bonsai bukan sahaja di Jepun malah seluruh negara.. Tinggi azamnya si Masashi Hirao, Master Bonsai !

Setiap persembahan, demonstrasi, workshop dan kesungguhan Masashi Hirao dalam memperkenalkan Bonsai sebagai lambang kebudayaan Jepun, telah memberi tuah kepadanya bila dilantik menjadi Japan Cultural Envoy oleh Agency for Cultural Affairs pada sekitara tahun 2013. Masashi Hirao, Master Bonsai hanya mengambil masa dalam 4bulan untuk menggembara ke 11 buah negara untuk memperkenalkan BONSAI kepada seluruh negara! HEBAT! Sungguh!


2013 September - World Bonsai Competition in China
2013 May - Bonsai Asia Competition in Philippines
2013 May - Appointed to the Japanese cultural envoy for 2013
2012 - Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in France
           Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in Holland
           Participated in Japan festival in Philippines
2011 - Participated in Japan festival in Italy
2010 - Bonsai demonstration in Argentina
2009 - Acted as a Bonsai technical supervisor in Spain
2008 - Completed a training and took up a post as a manager at Manseien
2003 - Became Saburo Kato's pupil Graduated from Kyoto Sangyo University, majored in economics.


Okay, jangan tak tahu dah korang, Master Bonsai, Masashi Hirao sebenarnya dah sampai ke negara kita, Malaysia. Tak sangka kan? Beliau dah sampai ke Malaysia untuk memperkenalkan seni Bonsai kepada seluruh rakyat Malaysia. Kreatifnya Master Bonsai menghias pokok Bonsai di Penang, ditontonkan LIVE kepada semua yang hadir. Nak tahu tak kenapa Masashi Hirao dikagumi dalam menghias Bonsai? Beliau menjadikan kehebatan beliau ni sebagai satu HIBURAN kepada semua. Sambil menghias Bonsai disamping diiringi dengan muzik dari DJ dan Band. wahh high class !! Uniknya Seni Bonsai ini telah menarik beberapa individu ternama seperti Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Abe Akie, isteri kepada Perdana Menteri Abe Shinzo untuk mempelajari ilmu Bonsai dari Master Bonsai, Masashi Hirao. Dan terbukti bahawa beliau adalah merupakan artis Bonsai yang sangat berjaya apabila dapat menarik perhatian dunia terhadap keunikan Bonsai.

Master Bonsai, Masashi Hirao in Penang, Malaysia

Master Bonsai, Masashi Hirao

Master Bonsai, Masashi Hirao

  
CANTIK!!


BONSAI MASTER, Masashi Hirao - BONSAI ART PERFOMANCE PENANG, MALAYSIA 2016




Kita semua, rakyat Malaysia BOLEH melihat kehebatan Master Bonsai, Masashi Hirao dalam rancangan Master Masashi yang mana dah keudara di Malaysia!!! Untung la kita semua. Tak dapat berjumpa dengan  Master Bonsai, Masashi Hirao pun tak pe lah, janji boleh tengok rancangan beliau. 

Jangan lupa saksikan Rancangan Master Masashi di RTM 1 pada bulan Februari ini. 
RTM 1 : BONSAI & DUNIA
 11.02.2017 - 2pm 
18.02.2017- 2pm 
24.02.2017  - akan diberitahu kemudian
25.02.2017 - 2pm
 DONT MISS !! 


Kalau terlepas, korang still boleh layan You Tube Channel  Master Bonsai, Masashi Hirao :
Master Bonsai, Masashi Hirao

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page