Tips pemilihan tinted kereta yang berkualiti dan yang terbaik untuk kereta. Cewahh. kemain ai is nak mengupas topik hangat hari ni. bukan apa, sedar tak sedar, ai is tak da ilmu banyak dalam hal ni. mungkin suami tahu kot? itu pun kalau tahu, kalau tak tahu jugak? ber huhuhuhhu lahh kita kene tipu TERbeli tinted yang kononnya acah acah berkualiti diluar sana sobs sob sob sedihhh ;(

Bila last korang tinted kereta korang? Pada mulanya selepas tinted mesti tak panas duduk dalam kereta kan? cuba masuk tahun kedua ketiga? dah start panas semula kan? berapa harga tinted sekarang? RM1000? RM2000? waduhhh ruginyaaaa gitu kan? nampak gaya macam dah kene tipu dengan salesman sobss ... Selalunya tinted yang tidak berkualiti ni, tahap tahan panas dia mula-mula okay tapi selepas beberapa tahun, tahan panas dia akan menurun lebih dari 50% dan kereta kita mula rasa bahang panas semula. So time tu, kita kene leburrrrrr $$$$ lagii. aiyokkk!
takkan nak duit terbang tiap tiap tahun kan?
Mungkin kita sendiri tak sedar!! Ini adalah trick. Tinted yang GELAP tidak semestinya BERKUALITI. Tinted yang BERKUALITI adalah mempunyai Heat Rejection yang tinggi, dan pastikan tester dilakukan depan mata korang sendiri. Tinted yang bagus juga ada kualiti yang bagus dan juga mempunyai ketahanan haba yang bagus. Dua dua ni adalah faktor penting dalam pemilihan tinted kereta. Okay sekejap, sebelum korang pening, maksud kualiti yang bagus itu adalah kualiti masa kita membeli tinted yang boleh tahan lama sekurang-kurangnya 5tahun-7tahun dan tidak banyak "kualiti drop" dalam jangka masa selepas itu. Tinted itu jugak WAJIB ada kemampuan untuk tahan haba yang bagus terutamanya ketika kita sedang memandu, kita sendiri boleh rasa perbezaannya.
korang rasa, kereta ni tintednya berkualiti ke tidak?
Jangan main dengar je salesman sebut tinggi tinggi, murahh murahh, tipu semua tuh! Apa yang kita mahu, kita bayar RM3000 dan dapat tinted yang berharga RM3000. Bukan bayar RM3000 tapi diberi /ditipu salesman dengan tinted RM300. Itu yang banyak berlaku kat luar sana. sedih tak korang? kita duit tak banyak, lagi mahu kene tipu akibat, tiada pengetahuan mengenai tips pemilihan tinted kereta yang bagus ;(
Korang nak tahu tak antara taktik-taktik salesman tinted kereta yang menipu kita ? Ini antaranya :
#Penjual letak “Heat rejection”
yang salah/tipu.
Contohnya
macam dalam catalogue atau brochure letak IRR 95% atau teruk lagi mulut dia
saja cakap IRR tinggi, tapi bila test pakai solar meter (BTU) bacaan dia kurang
50% dari apa yang dia letak. Sebab tu harga dia boleh jadi berbeza-beza di
kedai lain walaupun untuk barang sama.
#Jual tinted tiada kualiti dengan
harga tinted berkualiti.
Tinted ni
selalu tahan 1-2 tahun je lepas tu memang panasss macam tak ada tinted. Usually kos
tinted macam ni lebih murah dan selalunya dari Korea/Taiwan/China, 2 lapis IR
film atau dye film.
#Selalu tinted “Made in USA”
lebih berkualiti dan mahal.
Rata-rata
orang tahu tinted dari USA lebih berkualiti dan tahan haba lebih bagus. Tapi
jangan tertipu dengan penjual yang cop logo “Made In USA” atas tinted murah
supaya dia bole jual harga tinggi. Ha ni kena ada steps dia macam mana nak
check tinted tu betul-betul dari USA.
#Product di tukar semasa
pemasangan tinted.
Selalu
penjual tunjukkan yang mahal dan kualiti bagus masa demo tapi masa dia pasang
dia tukar dengan yang murah dan tidak berkualiti. Apatah lagi kalau dalam
warranty card tak cakap product mana yang kita beli. Jadi hati-hati bila harga
terlalu murah tak sepadan dengan kualiti dan pastikan nama product di tulis dalam
warranty card.
#Product bukan original
brand/house brand product (terutama brand product yang popular)
Kadang-kadang
dealer satu brand amek brand tu sebab nak kedai dia femes dan cepat ada nama,
tapi bila di kedai dia jual unknown brand/house brand product lebih dari tinted
brand tu yang rata-rata tahu lebih mahal kerana kualiti yg lebih baik. Dia akn
cakap kualiti sama cuma dia mahal sebab ada jenama dll. Tinted tidak
berkualiti (seperti tinted dari Korea, China) harga costnya jauh lebih murah
jadi penjual tu akan lebih untung berbanding tinted berjenama.
#Tukar tinted berjenama dengan
tinted tiruan (Especially brand tinted yg Famous dan dipercayai)
Penjual ambil
duit penuh untuk tinted tu, lepas tu masa pasang di pasang cermin depan je Real
dan cermin tepi dan belakang semua guna tinted tiruan yang murah. Sebab tu
customer kena bijak, kalau kita bayar RM300 mestilah dapat tinted kualiti
rendah dan tak tahan panas sesuai dengan harga yang kita bayar sebab mereka buat
business maaa mesti ada untung, tak akan rugi. Tapi jangan pulak kena tipu,
kalau bayar harga RM3000 boleh jadi jugak dapat tinted murah kalau tak pandai nak
tengok tinted yang berkualiti tu macam mana.
Seram tak korang? Kita tak kaya okay nak tukar tinted selang dua tahun. Biar alang alang memakai, biarlah yang terbaik dan tahan lama.. Ai tahu ramai yang sanggup berhabis CUMA bila disgok dengan DISKAUN MURAH MURAH, kompem cair hikhik. Not now okay! Kita sekarang as pembeli KENELAH bijak MEMILIH. Okay ini adalah Tips Pemilihan Tinted Kereta Yang Berkualiti yang mana korang boleh praktikkan bila ingin membeli tinted :
Seram tak korang? Kita tak kaya okay nak tukar tinted selang dua tahun. Biar alang alang memakai, biarlah yang terbaik dan tahan lama.. Ai tahu ramai yang sanggup berhabis CUMA bila disgok dengan DISKAUN MURAH MURAH, kompem cair hikhik. Not now okay! Kita sekarang as pembeli KENELAH bijak MEMILIH. Okay ini adalah Tips Pemilihan Tinted Kereta Yang Berkualiti yang mana korang boleh praktikkan bila ingin membeli tinted :
#Survey atau Google brand Tinted
yang memang confirm ada USA manufacturer.
Selalunya
brand ni terkenal dan dia akan cakap “Made in USA” dekat brochure dan website
dia. Kalo tak de ni kena hati-hati la sebab mungkin tinted tu bukan dari USA.
#Tengok original brand dia,
packaging dia macam mana, label sticker dan brand logo mesti ada printed dekat
film tinted tu.
Kadang-kadang
memang susah sikit nak bezakan kualiti tinted ni tapi kalau tengok brand tu
mesti ada identity dia kat tinted tu. Mudahnya, kalo tak de logo maksudnye mesti
tinted tak berkualiti , mesti tak original.
#Minta untuk buat solar meter
test sebelum dia pasang. (Tengok guna IRR meter, guna BTU meter check dulu,
kalo ada SHGC meter jugak)
Jangan
proceed ke step 3 sebelum steps 1 dan 2 sebabnya memang ada tinted yang bukan
USA yang bila test IRR dia tinggi tapi lepas pasang 6 bulan-setahun bole rasa
performance dia menurun lebih dari 50%. Jadi jangan tertipu sebab kalau tinted
dari USA, dia takkan macam tu.
#Minta untuk warranty brand
bukan warranty kedai.
Ni maksudnye
kalau tinted tu original brand tu dia mesti bole claim warranty di mana-mana
dealer brand tu sebab sama product/brand.. Kalau house brand warranty dia
akan bagi Warranty card kedai dan kalau nak claim warranty di kedai lain
walaupun brand sama, jadi tak boleh sebab dekat dealer lain tak de product tu jadi
dia takkan akan layan la. Kena pergi kedai tinted tu jugak untuk claim warranty tu. menyusahkan kan?
#Paling penting, bagusnya kena
pergi sendiri ke kedai tinted untuk tengok tinted tapi make sure buat dulu
steps 1-4.
Adalah tidak
digalakkan untuk call dan tanya harga saja atau suruh orang lain buatkan survey
sebab peluang untuk ditipu lebih mudah. Sekarang ramai orang suka ambil
kesempatan.
Ai harap yang mana sedang membaca entry ni, dapat menjadi pengguna yang lebih bijak, kalau suami tak tahu, explain dekat dia, biar kita sama sama tahu. Penting okay menyelamatkan duit kita dari melebur dekat ntah apa apa jenis tinted yang tak berkualiti di luar sana, dan yang penting, kita TIDAK ditipu lagi. waaaa sudah bijakkkk okay! hihi Ingat yaa, jangan tertipu lagi dengan tinted yang gelap sajaaaaaaaaaa dan murahhh, make sure praktikkan semua tips tips yang ai bagi ni tau..... Semoga bermanfaat buat kita semua ;))
Kebetulan,
ReplyDeleteSaya memang nak tukar keret.
Entry ni jadi panduan saya.
Trm kasih atas perkongsian ilmu. Knowledge is power.
ReplyDeleteTrm kasih atas perkongsian ilmu. Knowledge is power.
ReplyDeleteAssalamualaikum admin. Perkongsian yg bermanfaat. Sy merupakan pengguna baru kereta. Ada plan nk pasang tinted. Boleh cdgkan x jenama tinted yg dipercayai, cara nk identify thickness/ kadar kegelapan as well estimated price..? Thnks..
ReplyDeletePencerahan y sgt berguna..😃
ReplyDeleteso cadangan brand tinted yg disyorkan?????
ReplyDeleteTerima kasih ats panduannya.
ReplyDeleteKebetulan..memang niat nak pasang tinted ni. Nasib baik terbaca dekat sini, adalah panduan sikit. Terima kasih :)
ReplyDeleteBagus. pandangan yang detail dan tidak merapu panjang. terima kasih di atas pandangan saudari.
ReplyDeleteTerima kasih atas panduan yg diberi...
ReplyDeleteSatu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah cara untuk memelihara warna tinted itu. Ini adalah untuk memastikan bahawa tingkap tinted kereta boleh bertahan lebih lama.
ReplyDeleteterbaikkk kebaboomm!!
ReplyDeleteTerima Kasih segala pencerahan.
ReplyDeleteByk membantu...Terima kasih sekali lagi
Boleh rekemen tinted yg bagus dan berkualiti....harga bawah 1000...kalau nk cari satu2 setiap kedai...makan masa...kalau ada yg rekemen...boleh bgtau
ReplyDeleteDulu saya buat tinted kereta Wira tahun 2010 V Kool So cool dapat RM450. Smpai sekarg masih ok. Saya buat di Putatan, Sabah.
ReplyDeleteYg peliknya kenapa takat tinted (plastic cover) kereta di jual beribu ringgit.