Tuesday, December 27, 2016

Daftar dan dapat FREE Check Up sempena MyCat2Vet Campaign Royal Canin

Lamanyaa tak update cerita pasal anak bulus ai kan? Sapa sini rindu Mushang?? hihi ~ Mushang cakap dia pun rindu korang semuaaa ;)) Korang jangan tak tahu, mushang sekarang ni, berat dia dah cecah 6kg!!! amagad.. berat kan? dah terlebih berat beras weii HAHAAHAA adoii laaa membesar dengan juaranyaaa sangat si Mushang ni !! ;p

Mushang 6kg babe!


Mushang sihat, ai dengan hubby pun happy. hee~ Ada orang cakap, kitaorang sayang mushang macam anak, makan minum terjaga, siap pergi check up setiap bulan lagi... mana tak sihat dak mushang tu kan? Itulahhh .. Kita ni kalau ada yang membela kucing, sayang lah sepenuh hatii. jangan la setakat membela dengan memberi makan minum sahaja, kesihatan anak anak bulus juga perlu dijaga.. itu pendapat ai lahhhh ;)) korang setuju takk?

 Mushang ni memang cukup makan pakai , check up every month huhu~


Korang tahu tak, dianggarkan 2/5 pencinta kucing di Malaysia tidak membawa kucing-kucing yang mereka bela ke Klinik Haiwan dalam tahun ini, 2016, yang mana menurut kajian yang dibuat oleh Royal Canin . Lagi ketara bila dikaji, 40% dari pemilik kucing TIDAK PERNAH membawa anak anak bulus mereka untuk check up di Klinik Haiwan. Yela, kadang kadang ada sesetengah pemilik kucing berpendapat bahawa kucing-kucing mereka bebas ke sana sini, sihat, boleh jaga diri sendiri dan sebab itu, kucing-kucing tu tak perlu dibawa ke Klinik Haiwan untuk pemeriksaan kesihatan. Kalau itu yang korang fikir, memang tak patut lah kan? Kucing pun benda hidup. ada sakit. ada sihat. kita sebagai pemilik kucing, WAJIB mengambil tahu semua tentang kucing yang kita bela..

takkan sayang je? jagalah jugak kesihatan si anak bulus kitaaa okay?


Ye tahu, ada banyak sebab kenapa sesetengah pemilik kucing tidak bawak kucing mereka untuk check up. Salah satunya, MASALAH KEWANGAN kan? Ramai yang cakap bil rawatan di Klinik Haiwan tu MAHAL. TAPI kalau kucing dah bertambah sakit, LAGI MAHAL lah gamaknya korang kene bayar if nak selamatkan kucing-kucing korang. So mana lagi penting? Mencegah ataupun merawat?


Tapi ada juga yang berpendapat, kucing-kucing boleh jaga diri sendiri dan tidak mempunyai masalah kesihatan so tak perlu la bawak ke Klinik Haiwan. HAHAHAHA ini kelakar okay! Korang tahu tak? Kucing boleh dapat penyakit macam kita? Pernah dengar tak kucing mati kene kencing manis? darah tinggi? serius okay. adaaaa. memang wujud. . Korang nampak dari luaran kucing tu macam sihat TAPI sebenarnya kucing tu tengah sakit dalaman, sapa tahu kalau tak pergi check up kan?? tau tau kucing-kucing kita dah sakit tenat dan tak boleh diselamatkan lagi... Sebab itu lah, kita sebagai pemilik kucing PERLU menjaga kesihatan kucing kita sebagaimana kita jaga kesihatan kita. Kucing pun makhluk Tuhan kan? Sayangilaaaa ;))


Okay sekarang kita semua jangan risau sebab kini Royal Canin Malaysia yang mana sebuah syarikat yang menjaga kebajikan semua haiwan telah memainkan peranan untuk membantu meningkatkan lagi kesedaran mengenai keperluan semua kucing-kucing yang ada di Malaysia ini untuk mendapatkan regular check up. Oleh itu, Royal Canin Malaysia telah melancarkan MYCat2Vet Campaign!!!! 


Jangan tak tahu, anak bulus kita suka sebenarnya kalau pergi jumpa VET!



Apa itu MYCat2Vet Campaign ?? Royal Canin Malaysia telah berkerjasama dengan 200 buah Klinik Veterinar di seluruh negeri di Malaysia ini, dimana semua pemilik kucing boleh membawa kucing-kucing untuk pemeriksaan fizikal secara PERCUMA.


Macam mana?
Senang sahaja. Korang hanya perlu daftar di mycat2vet.my , isi segala details untuk pendaftaran dan pilih panel klinik haiwan yang berhampiran untuk setkan appoinment pemeriksaan . Senang kan? wahhh happy la semua kucing korang dapat pergi check up! hihihi ~


Mushang cakap "Jangan lupaaa semua kawan kawan pergi Klinik Haiwan okay! Join dan Daftar sekarang TAU TAU TAU!!"



Pencinta kucing jangan lepaskan peluang untuk mendaftar di mycat2vet.my tau !!



Nota : Peruntukan tempat bagi pemeriksaan fizikal percuma di setiap klinik adalah TERHAD. Sila korang ambil perhatian bahawa pendaftaran akan ditutup pada 23 Disember 2016 dan hari terakhir untuk pergi ke klinik haiwan adalah pada 31 Disember 2016. Hubungi klinik haiwan sekarang untuk buat temujanji.  Jangan lupa tau!



1 comment:

  1. hai..wah..cantiknya blog akak..saya ada blog juga..jom follow..blog rabiahtul adawiyah

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page