Thursday, September 15, 2016

Resepi Puding Jagung Paling Senang & Sedap

Jom main masak masak hihi ~ Resepi kali ni, ai nak share resepi puding jagung paling senang pernah ai buat. memang ai cari paling senang dan sedap. bahan bahan yang diperlukan untuk buat puding jagung pun murah murah jekkk... buat satu bekas boleh makan seminggu ! HAHAHAHA


Benornya, dah lama ai buat puding jagung ni, last Ramadhan tak silap ai. hubby request nak makan time berbuka puasa. kenapa tak beli kat bazaar ramadhan je? Allahhhh , kalau la korang rasa sendiri kuih muih kat bazaar tu, bukannya sedap. dah la mahal. cis... baik aku buat sendiri. . ayuh la kita belajar buat , ape ade halll ;p


Okay, bahan bahan untuk membuat puding jagung adalah :-

1) Gula pasir
2) Tepung Kastard
3) Jagung Manis
4) Susu Cair

bahan bahan untuk membuat puding jagung..
murah jeeeeeeeee

ni adalah sukatannya. tips : guna cawan yang sama saiz untuk sukatan yang sama.
1cawan gula pasir, tepung kastard, susu cair dan jagung manis.


Okay, cara cara membuat puding jagung adalah begini :-

1) Campurkan semua bahan bahan yang tekah disukat ke dalam satu periuk. 
2) Then masak di atas dapur, api sederhana je. kacau sentiasa supaya tidak berkerak.
3) Kacau sehingga pekat likat seperti gambar dibawah ni. then tutup api. 
4) Masukkan ke dalam bekas ke, loyang ke, apa apa jela yang memudahkan korang untuk menyejukkan puding itu. sebab kita perlu masukkan ke dalam peti ais yekk..


Step 1 - campur semua bahan

 Step 2 - masak atas dapur api

Step 3 - kacau sehingga pekat

Step 4 - siap masak then masukkan ke dalam bekas, 
then masuk ke dalam peti ais untuk disejukkan



Lepas je step masukkan ke dalam peti ais, kiranya puding jagung korang dah siap tau! Tunggu masa je nak makan heee ~ korang boleh biarkan dalam peti ais ikut suka korang, nak lagi sejuk lagi lama lah kene simpan dalam peti TAPI makin sejuk makin sedap makan puding jagung ni ....

 rupa buruk je kan? tapi sedap!

 sampai jagung terjojol keluar HAHHAHAHA


Bila buat sendiri ni, kita boleh letak banyak mana kita nak jagung tuh. sedap pulak gigit sini rasa jagung gigit sana rasa jagung lagi.. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! HAHAHHA puji diri sendirii. eh tak laaa, memang puding jagung ni senang sangat cara buatnyaa. dan hasilnya tersangat laa sedap... tak yah beli kat luar pun lepas ni . yeayyy ! dah pandai ! nexttt kita belajar masakan lain pulek yeeekkk heee ~

Selamat Mencuba korang ! Mesti puding jagung korang LAGI LAGI LAGI SEDAP KAN !!!!

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page