Thursday, August 11, 2016

Lunch Korean Food Mr. Dakgalbi Publika

Rindunya dengan Korean Food. Pergi Korea, korang must try korean food tau? cari yang boleh dimakan LOLS.. untuk mengubat kerinduan di tekak, ai with korean partner hihi , Eyuh pergi la lunch di Mr. Dakgalbi Korean Food di Publika. katanya baru dibuka? okay jom kita try ! sama tak dengan kita makan di Myeondong,Seoul dulu? hihi ~
Kalau korang tanya, kenapa sedap? padahal nasi goreng je pun? ntah la. tapi sedap sangattt !! sebabnya cili korea lain dari Malaysia punya. hee~ sapa pernah makan Ramen Samyang Chicken? haaa macam tu la.. maggi je pun TAPI kenapa ramai suka ramen samyang tu? sedap dan lain dari lain rasa dia kan? hihi ~ so kalau kene cuba makan di Mr. Dakgalbi jugak okay! ;p


Ada macam-macam set TAPI untuk lunch kali ni, ai pilih Fried Rice Set 2pax RM47. yang bestnya, dia akan goreng nasi goreng tu depan mata kita. kuali sikit punya besar? HAHAHA siap bagi apron takut terpecik.. gambar dekat atas tu bahan bahan yang digunakan. nasi, cheese, ramen, cili paste , tiada yang pelik pelik. dont worry okay? dan dapat side dish like kimchi, bawang manis ape ntah tapi sedap dan sayuran2... boleh refil berkali kali. FREE je. .


 tumis ayam dulu

onnie, nak makan apa?

 lepas dah goreng nasi, kuali yang sama goreng ramen pulak hihi

cha chaaaaa . . dah siap !

mari makan semuaaaaaaa !!


Ya ampun sedapnya !!!! alahaii rinduu.. terus terbuka cerita korea semula. menggamit memori betul laaa heee ~ tapi of coz, korea punya lagi sedap lagi pedas. hihi.. Walaupun set tu untuk dua orang, TAPI kitaorang tak habis makan. banyak okay ! kene makan bertiga hihihi. so ai is tapau bawak balik ~ panaskan dalam microwave dekat rumah dan makan balik . sedap jugak!! oh yaaa, haah kitaorang tak order air pun sebab memang disediakan air masak FREE . kalau nak order lain pun boleh TAPI xpe la, mari kita minum air masak aje lols. . ;p



ye ye ai tahu, mesti korang tertanya tanya HALAL ke Mr. Dakgalbi ni? HALAL jangan risau. ayam yang digunakan tu disembelih HALAL. Confident je kan? Mestilahhh sebab adanya Sijil Halal yang tertepek depan pintu masuk Restoran Mr.Dakgalbi ni. . nahh ai tepek sini jugakkk ;)) so korang tak perlu dirisau if nak makan dekat sini ye?







Apa lagi ada di Mr.Dakgalbi? Macam macam ada. . next time ai datang nak cuba Dakgalbi pulak. heeee ~ ramai yang suggest makan dakgalbi TAPI portion dia terlalu besar untuk dua orang dan harga boleh tahan , so nenanti kita reramai datang sini makan nak?? sapa nak join? hihi





Kalau korang nak pergi sini, nah ai bagi alamat,

Mr. Dakgalbi Publika
Address: Lot 21 & 23, Level G3, Publika Shopping Gallery, 
Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur.
ni masa kitaorang makan di Myeondong-Seoul.
rindunyaa lahaii . bila nak repeat Korea ni?
hukhukhuk




7 comments:

  1. wahhhhh sedapppnya Da....Next time ajak kite plak tawww taww taww....

    ReplyDelete
  2. salam sis, nak intinerary ke korea autumn trip boleh? emel saya weng0810@gmail.com
    tq sis :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa... hahah dia masakkan ye.. ? Bkn kita masak sndri ?qla ala steambott

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ida. Wahhh sedapnya terliur sheila. Hehehe sheila sihat alhamdullilah. Ida sihat ke? Lama tak jumpa kan. Heeee pasal jamu kencur tu memang khas utk dalaman. Bahagian intim confirm kurang bau, ketat. Hahahaha ida rajin2 la mengurut. Sengkak rahim. Insya Allah, ada rezeki...

    ReplyDelete
  5. kalau kita dtg 3 org tp amik set 2 pax punya boleh ke erk agak2??sebabnya kalau amik 3 pax sure xkan habis

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page