Thursday, August 4, 2016

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Cadangan Tempat Makan di Cyberjaya
Makan makan di Campur Campur Kitchen di DPulze Shopping Centre Cyberjaya



Serius, ini pertama kali ai sampai DPulze Shopping Centre Cyberjaya, Ooooo Cyberjaya ada shopping mall rupanya? hihi. Banyak sangat restoran/cafe dalam mall ni. . Antaranya Campur-campur Kitchen ni lah. yang sempat ai datang untuk mencuba semua menu menu yang TERLAJAK laris di Campur Campur Kitchen . Kalau korang nak rasa menu 3 NEGARA dalam satu restoran, mai datang ke Campur Campur Kitchen tau tau tau . Ada menu Indonesia, Chinese dan Thailand.. kalau boring masakan melayu, terjah Campur Campur Kitchen Cyberjaya okay!


Lokasi Campur Campur Kitchen Cyberjaya?

Senang sangat. korang takkan sesat punya. Smartphone korang tu apply lah waze untuk search "DPulze Shopping Centre Cyberjaya" kompem jumpa ! dan Campur Campur Kitchen berada di Level Upper GF . . Dari luar restoran dah nampak dekorasi yang cantik. ai pun apa lagi? posing lah. hihi. Dekorasi Campur Campur Kitchen memang mengimbau zaman mak mak kita dulu.... ni kalau datang dengan family, mesti diaorang pun happy mengimbau kenangan lama eceh! 

 talam dulu kala


 sofa pun ada





Yang datang bersama keluarga, jangan risau, Campur Campur Kitchen sangat luas.. boleh pilih untuk duduk di luar or di dalam restoran.. Okay, jom masuk menu minuman BEST SELLER. Air mentol.. HAHAHA Betul weii, korang jangan gelak. memang ada menu air mentol kehkehkeh.. 

mentol tak? hihi

Air mentol ni ada dua jenis. Satu Lemonade Blue yang macam dalam gambar atas ni. Lagi satu Icy Green Mint. dua dua berharga RM8.90 . Keunikan memang terletak pada botol mentol tu! Rare kan?? Kitaorang minum sambil buat gaya terkena renjatan elektrik bagai HHAHAHHA


Dan ada pelbagai minuman lagi di Campur Campur Kitchen . Ada Cendol, Almond tea, Tea in Hong Kong style, Coffee in Hong Kong style , Tea in Thai style dan macam macam. serius air tea memang kaw kaw pekattt !! Baru RM4.90 sekole je.. SEDAP sangat !!! nak nak pulak dihidangkan dalam kole orang dulu kala. alahaii comeynyaaaaaa...... banyak ok! puas hati minum heee ~




Okay untuk pembuka selera a.k.a Apptizer , banyak menu untuk dicuba TAPI yang mana ai sempat cuba adalah Chicken Boxing, Chicken Wing 3 rasa, cury fish ball, dan french toast ...

Chicken Boxing RM12.90

 Chicken Wing with 3 Rasa RM12.90

Curry Fish Ball RM8.90

French Toast with Honey RM6.90



Buat korang yang nak lunch terus kat sini, memang ai rekemen korang rasa menu nasi goreng HOT SELLER jugak. Ada pelbagai jenis yang mana ai sempat rasa semuanyaa sedap sedap belaka.. Ada Campur belacan chicken f.rice, Indo nasi goreng with rempah chicken, Indo mee goreng with seafood, Pan fried kway teow with seafood wrap in lotus leaf, Tom yam friend rice, Bangkok jezz crab meat f.rice, Golden Hong Kong seafood f.rice, Indo fried rice with flying fish dan lain lain lagi.... meh ai kongsikan gambar.. portion boleh tahan besar, kenyang jugak kalau seorang makan..





  ini paling tak pernah rasa. nasi goreng dalam daun teratai. namanya Bangkok jezz crab meat f.rice. MEMANG SEDAP ! serius tak pernah rasa dan boleh repeat lagi menu ni !


 Mee Goreng ni SEDAP !!! belum pape, sepinggan ni dah habis. HAHAHHAAH


Kalau korang nak tahu di Campur Campur Kitchen juga ada Set Nasi. haaaa kalau korang nak makan nasi dan lauk pauk dari 3 negara , sila la order set nasi ni ya? set nasi yang berbeza beza lauknyaaaa....  Ada macam macam set nasi yang mana sempat ai kongsikan ni  yaa.. ai dah rasa semuanya, memang sedap !! ai ada dahh menu kegemaran heee ~ memang ai hadap tu jelaaaaa . . 

 Chicken with salted egg yolk rice RM14.90
Ni laaa kegemaran ai !!! Ya ampun, sedap weii ayam masak telur asin ni. serius tak tipu !!!!

Butter Chicken Rice RM14.90

 Petai Shrimp Rice RM16.90

Ayam Bakar Rice RM14.90

 Flying Fish with Hot & Spicy Herbs Rice RM15.90
Ini pun ai rekemen korang order. sebabnya ikan terbang tu memang sedap. rangup gilaaaaaa



Haaa amacam? itu menu yang mana ai sempat rasa. padahal banyak lagi menu menu lain.. next time boleh repeat laaaaa... sedap murah sapa xnak kan? hehe.. tapi ai dengan baik hati lagi, nak kongsikan dengan korang, gambar gambar menu siap korang boleh order terus.. suka takkk? hehe

 

 Kalau korang nak rasa salad , ni menunyaaa... menu diet ni ! hehe

 menu pasta pun adaaaaaaaaa







haa banyakkan sebenarnya menu menu set nasi di Campur Campur Kitchen. korang boleh order mana mana, ai percaya semuanyaa SEDAP !!



riang ria makan di Campur Campur Kitchen

Thank you Campur Campur Kitchen for having us! 
Semoga bisness bertambah MAJU !!!

Alamat: 
Campur Campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya

3 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page