Friday, June 24, 2016

Sejadah Ortopedik untuk Solat Lebih Selesa

Sejadah Ortopedik untuk Solat Lebih Selesa  | Salam Ramadhan . Macam mana puasa korang ? Terawikh okay tak? Ai doakan yang terbaik untuk kita semua untuk Ramadhan kali ni . Amin ;)) Bulan baik ni ai nak share sesuatu yang TERBAIK untuk kita semua. . Sejadah Ortopedik dari Sajda Salah Mat ..



Kenapa dipanggil Ortopedik? kerana sejadah ini sememangnya bercirikan 'ortopedik' yang mana mempunyai ketebalan sebanyak 8mm bertujuan dapat mengurangkan tekanan pada sendi di bahagian tangan, bahu dan lutut. Sejadah Ortopedik ni direka khas untuk memberi keselesaan dalam kita mengerjakan ibadat solat. so bayangkan korang kalau mak ayah kita solat dengan menggunakan sejadah ortopedik ni? secara tak langsung kita memberi jalan untuk mempermudahkan solat ibu bapa kita. banyak sikit pahala bulan ni. heee ~

Sejadah Ortopedik



Sejadah Ortopedik ni sangat sangat sesuai untuk digunakan di atas permukaan lantai yang keras. seperti gambar di atas, korang boleh tengok, permukaan bawah sejadah yang seakan mat, yang mana dengan ciri ini , kita boleh solat dimana sahaja , hanya dengan Sejadah Ortopedik. Sejadah Ortopedik ni kalis air dan mudah dibersihkan selain sesuai sangat untuk dibawa ketika travel atau apa jua aktiviti outdoor kerana Sejadah Ortopedik ini dilengkapi dengan tali penggalas elastik yang memudahkan kita untuk bawa Sejadah Ortopedik ini kemana sahaja. mudah bukan? kini, TIDAK SOLAT bukan alasan heeeee ~

penggalas elastik


Untuk pengetahuan korang, Sejadah Ortopedik ini didatangkan dengan 4 warna pilihan. Ada Blue, Burgundy, Garden Green dan Teal. dan yang menjadik pilihan hati ai is Teal. heeee ~ dah seminggu ai guna Sejadah Ortopedik ni untuk solat dirumah, selesa sangat!! YES ketebalan dia sangat sangat laaaa membantu dalam memberi keselesaan 100% sebab bila kita sujud, dahi diletakkan di sejadah, terasa lembut sangat, tak sakit sikit macam bila kita sujud di sejadah yang biasa, terasa kerasnya lantai rumah tu kan hihiihi... sama juga dengan lutut. tidak memberi tekanan langsung pun. aduh selesa sungguh......... 
 
laki bini guna. selesa kan?


Ada orang cakap buat apa la nak beli sejadah mahal mahal kan? ai tanya balik, kenapa tak boleh sejadah mahal? itu kan untuk kita jugak . sejadah yang selesa untuk solat yang lebih sempurna dan selesa.. baju raya korang mahal tak?

kalau ada korang yang berminat dengan Sejadah Ortopedik ni, korang boleh juga dapatkan dari agen agen sah seperti gambar dibawah.. 

Senarai Agen Sah Sejadah Ortopedik



Semoga solat dan doa kita diterimaNYA di bulan yang mulia ini. AMIN


Sejadah Ortopedik by Sajda Salah Mat

Instagram : sajdamat_malaysia

1 comment:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page