Korangggggg... esok kita nak sambut Ramadhan Al-Mubarak kan? cepatnya masa berlalu.. Kali ni ai nak kongsi satu resepi menyihatkan lagi mengenyangkan bila tiba bulan puasa ni. Resepi Berries Yeogurt Smoothie .. kenapa resepi ni jadik pilihan? resepi ni sangat mudah untuk disediakan, kenyang sampai ke petang, percayalah dan yang pasti cepat disediakan, buat korang yang selalu lewat bangun untuk bersahur (aku lewteww hihi), minuman Smoothie ni pasti dapat tolong korang! cubalah ! kali ni ai gunakan buah berries ...
Resepi Berries Yeogurt Smoothie
Okay mudah sangat cara penyediaan dia, tak sampai 5minit okay!
Jom kenal bahan bahan dulu
Bahan Bahan Resepi Berries Yeogurt Smoothie
1. 1 kotak Yeo's Yeogurt Asli (WAJIB!)
2. Semangkuk Yogurt Greek
3. Semangkuk oat (untuk effect kenyang sampai masa berbuka/bersahur hihi)
4. Sesudu peanut butter (untuk tambah rasa jekk)
5. Buah buahan . Pilihan ai semestinya my all time favourite strawberry/blueberry/pisang
kemain presentation dia hihihii~
Cara Penyediaan Resepi Berries Yeogurt Smoothie
1. Masukkan semua bahan bahan dalam pengisar. ai guna shake n take hihihi.
Dimulai dengan buah-buahan, oat, peanut butter, dan yogurt.
2. Akhir sekali, masukkan HERO kita, minuman air kotak Yeo's Yeogurt Asli . Berapa banyak? agak agak separuh sahaja. yang selebihnya, kita leh teguk minum hihihi
3. Kisar semua bahan bahan. dan tuang ke dalam gelas..
dan akhirnya.... tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
my favourite Resepi Berries Yeogurt Smoothie
Senang je kan resepi Berries Yeogurt Smoothie ni? buah buah tu korang boleh tukar ikut citarasa korang, OAT jangan lupa masukkan . mengenyangkan tau. dan yang paling penting, Yeo's Yeogurt ASLI jangan dilupakan, ai cannot go dengan susu susu yang lain. tekak boleh terima air kotak yeo's jek... sedap dan ada rasa rasa masam masam yogurt tu SEDAP. dulu kini dan selamanya SAMA je rasa dia... dan yang paling penting, HALAL..... percayalah Smoothie korang akan lebih sedap dengan kehadiran air kotak Yeo's Yeogurt ASLI. ewahhhh ~
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalam-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeop Hiang Seng (Malaysia) Berhad ("Yeo's"), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempem Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua
Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua
Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo's. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih di kawasan KL & Selangor. Sesiapa sahaja yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM58,000 !!!
Jadi, disebabkan ai buat resepi dengan minuman air kotak Yeo's Yeogurt Asli, ai nak sokong abam raden kita, Syukri Yahya untuk Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA) PJ dalam kempen Yeo’s Ceria Ria ini.. Korang semua jangan lupa beli produk Yeo's dan beramal sesambil menyokong artis kegemaran korang.. Akhir kata, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat mencuba resepi mudah dari ai yekkk hehehe....
Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua
Maklumat lanjut menerusi, www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80- 2828
Sedapnya sejuk jer rasa bila nak minum ni hehehehe...
ReplyDeleteyummmmm sedap yerrrrrr...nampak gaya kena beli blender tu hahaha
ReplyDeleteok boleh buat untuk laki !
ReplyDeleteWah....menarik Ni...boleh Cuba nanti...
ReplyDeletewahhhhh..dapnyeee idaaaa..
ReplyDeleteterliur tgk..
ermmm dap dap!
ReplyDelete