Tuesday, June 21, 2016

Resepi Kari Ikan Bawal Paling Senang

Resepi Kari Ikan Bawal Paling Senang   |  Sebenarnya dah banyak kali dah ai masak kari ikan bawal ni. tapi baru nak update dalam blog heee~ sememangnya lauk ni adalah kegemaran laki den. hihi. kalau ai masak kari ikan bawal ni, dia punya tambah nasi , mak aiii? suka sangat dia dengan kari ikan bawal ni. hihi. dedulu masa mula mula kahwin, jenuh jugak nak try and error resepi kari ikan bawal ni , akhirnyaaaaaa , sekarang ai dah boleh masak kari ikan bawal tanpa tengok resepi kahkahkhakahkah!!


Resepi Kari Ikan Bawal Paling Senang   | Okay, ini cara ai masak kari ikan bawal okay? kenapa ikan bawal? dah laki aku suka ikan tu je nak buat macam mana? HAHHAHA korang boleh la cuba ikan lain ikut lah selera memasing okay? cumanya, ni ai nak tunjuk cara cara ai masak kari ikan bawal.. paling senang abad ni lahhhh


okay jom masak Respei Kari Ikan Bawal ,

Bahan bahan Resepi Kari Ikan Bawal ialah :
1) Ikan Bawal hitam seekor (belah tiga)
2) santan (ai guna satu senduk je)
3) sayur bendi
4) daun kari 
5) satu paket rempah kari
 (nak jadikkan dia pes campurkan dengan air dan bawang besar)
6) segala adik beradik rempah ratus hihihi (halba, kayu manis, bunga cengkih dll)
7) larutan air asam jawa (1cawan je)



okay, cara masak kari ikan bawal adalah seperti dibawah :

1) tumis kan bawang merah, putih, daun kari dan halba, kayu manis, bunga cengkih dll . tumis sampai naik bau. bau wangiiiii hihihi

2) masukkan pes kari ikan tadi. tumis sampai pecah minyak.

ini adalah cara membuat pes kari. masukkan serbuk kari ikan tadi dalam cawan yang berisi air sedikit. kacau kacau sampai sebati gitu. masukkan bawang merah. ai sukaaa hihi

3) masukkan larutan air asam jawa , kalau korang nak banyak kuah masukkan air lagi. tapi untuk sukatan seekor ikan bawal, 1cawan air asam jawa + setengah cawan air dah memadai kuah dia.

 4) masukkan ikan 

5) masukkan bendi . dan tutup periuk. biarkan selama 10minit. biar mendidih gitu

 6) masukkan 1senduk santan & garam. takyah banyak. 
tak sedap nnti. biarkan mendidih selama 5-10minit je.





dan hasilnya? tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

 yummy !!!


adeh terliur plak tengok. HAHHAA tula, sapa suh update entry resepi bulan puasa kan? hahaha!!! tapi ni sajaaa lah nak bagitahuuuuu, semenjakk duduk rumah bawah, bukan rumah atas langit, semua benda ai nak kasi tanam sendiri, hari tu ai beli pokok kari. hihi. so masak kari ni ai amik daun kari dari tanaman sendirii jee.. huwhahuwhaaaa besttnya !!!

nanti nak ubah pokok ni ke tanah heeee ~



okay sambung balik pasal resepi kari ikan bawal. kalau masak kari ikan bawal ni, ai suka buat sambal belacan. baru kombinasi die tiptop!!! HAHHAHAHHA nak resepi jugak ke sambal belacan? alaa senang kacang mak enon.. malu pulop nak tunjuk resepi campak campak kitaaa.. jangan gelak tau?

bahan bahan nak buat sambal belacan
1) sedikit belacan
2) cili merah
3) air perahan limau nipis

 sebiji limau nipis nanti , korang hiris dia punya kulit tau! blend sekali nnti


SEMUA BAHAN BAHAN TADI, KORANG BLEND je!
masukkan air sikit if pekat sangat


dan hasilnya?

  dapatlah semangkuk sambal belacan, bekalan seminggu HAHHAHAHHA


senang sangat kan? hihi ~ settle kari, settle sambal belacan, makan la dengan nasi panas2 pastu letak kicap banyak2. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! sapa sama? sep sep sep! SELAMAT MENCUBA KORANG !

6 comments:

  1. Suami kakak pon suka kari ikan bawal.. Hehe.. Cuma kalak kalau buat kari ikan macam ni kakak tak buh santan.. Ala2 mamak style la konon.. Hehe.. Makan dgn nasi panas2.. Laqan ngan sambal belacan, pergh! Lazattttt.. Alamak, terliur pulak tetiba tgh2ari gini..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  2. kari vs sambal belachan. always my fav . tapi lepas tu renjis kicap bebanyak takut prut taktahan pedas

    ReplyDelete
  3. Tengok orang masak kari nampak cam senang je, tapi I buat kdg jadi kadang tak. Lepas ni boleh try la resipi ieda plak.

    ReplyDelete
  4. ida, nak jadikan satu cawan tu asam jawa berapa sudu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida amik ala ala ibu jari ida. hehehhe

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page