Tuesday, June 14, 2016

Oh!! Meriahnya Raya Bersama Jakel 2016

Oh!! Meriahnya Raya Bersama Jakel 2016  |  Minggu lepas ai pergi Jakel Shah Alam dekat Seksyen 7 Shah Alam. pertama kali ai sampai sini. sebab selalunya pergi Jakel Mall dekat KL tu je.. rupanya Jakel Shah Alam lagi meriahhhhh .. mungkin sebab masa ai pergi tu ada Jualan Lelong Baju Siap dari Jakel Shah Alam. haii rugi lah korang tak pergi hari tu? tapi korang jangan risau, semuaaaaaa koleksi pakaian raya siap Jakel boleh dibeli sepanjang bulan Ramadhan. dibuka sehingga MALAM RAYA!!!


 Jualan Lelong Jakel masih berlangsung tau korang !! cepat pergi Jakel sekarangggggggg



tuu dia haa banner? seperti tahun lepas, Jakel masih meneruskan kempen Oh!! Meriahnya Raya Bersama Jakel. Kali ni menampilkan seleberiti duta raya Jakel seperti Dato Ac Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya & Lara Alana serta Upin Ipin untuk mempromosikan koleksi pakaian siap raya Jakel 2016. 



haaa terkejut lah tu tengok abam abam sado pegang banner tu... BETUL ! Tak tipu ! Sempena Kempen Oh!! Meriahnya Raya Bersama Jakel 2016 , korang memang boleh dapatkan baju melayu FREE, Jakel bagi baju raya sebanyak 300 helai, tak nak ke? ramai yang datang awal pagi untuk beratur mengambil nombor untuk mendapatkan baju melayu FREE. ai sampai je nombor dah habis. wakkakakaa!!! so, next time kalau nak baju melayu FREE dari JAKEL, make sure korang datang seawal pagi dan beratur okay??



Dalam tengah hari gitu, semua Duta Jakel akan turun padang bersama-sama dengan Pengarah Urusan Jakel Trading Shah Alam, En. Mohamed Izani Mohamed Jakel untuk mempromosikan koleksi pakaian siap raya , dimana semua duta akan membuat sesi "happy hour" ataupun nama mudah orang nak tahu is JUALAN LELONG. hee ~ korang dengar LELONG je mesti suka kan??? Jakel menjangkakan koleksi pakaian raya ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkang ianya adalah koleksi terkini dan terbaru keluaran Jakel.

  tapi sayang, Lara Alana je xde. Scha cakap, Lara tak sihat sikitt

tu dia dah maiii semua DUTA JAKEL 2016

 memang gamat suasana atas pentas dengan gelagatt Nabil dan Dato Ac. 
gelak sokmoo je aku HAHHAHHAA



Mesti korang tertanya tanya, apa perbezaan Baju Melayu keempat empat duta Jakel ni? nampak macam sama je kan? tapi percayalahh ada beza nyaaaa.. meh nak share sikit pasal baju melayu Duta Jakel. so nanti senang la korang pergi Jakel dan buat pilihan, nak beli baju rayaaaa retis mana yang sesuai untuk jiwa korang k? hehe

Awal Ashaari memberi penerangan ringkas mengenai baju melayunya


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz - direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan leher, poket dan motif bercorak. sesuai untuk lelaki berbadan sado hihi . Dijangka warna yang akan menjadi HOT SELLING adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merahh mak ngah kekehkehkeh. piihan korang?


Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad - berkonsepkan moden serta kekemasan di leher dan poket. Koleksi Nabil Ahmad ni sesuai untuk lelaki berbadan slim fit. style ah! Serta mampu milik untuk semua lelaki .. ai suka design Nabil Ahmad ni . nampak curlass dan moden dipagi rayaaa gitueww.. korang suka takkkkkkk? 



Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari - juga mengetengahkan kekemasan di leher, poket dan motif warna. Baju Melayu Awal Ashaari special sikit bila ada potongan "t-shirt" tanpa pesak serta mempunyai poket square di bahagian poket baju melayu.. 



Kesemua baju baju melayu ini didatangkan PERCUMA dengan sampin dan butang baju melayu. wahh seronok takk? Beli Baju Melayu tapi FREE sampinn dan butang. tak yah susah susah nak pergi cari tempat lain kan? 


Oh ya, selain baju melayu, Jakel juga ada menawarkan Koleksi Jubah Terawih Jep Sepahtu. tapi sayang, Jep Sepahtu tak de pada hari kejadian. alaa rugi kalau tak boleh selfie hikhikhik.. Jubah Terawikh Jep Sepahtu adalah yang paling terbaru. ia menggunaka kain cotton yang bercorak disamping dijaga rapi kekemasan di potongan leher dan dibelakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Selain Jubah Terawikh Jep Sepahtu, Jakel juga mengeluarkan Jubah koleksi Aaron Aziz dan Nabil Ahmad. terdapat 100 lebih warna untuk koleksi jubah tersebut. haaaaaaaaaaaa sapa yang tak suka pakai baju melayu di pagi raya, boleh la pekena Koleksi Jubah terkini ni... 



Okay untuk kaum wanita pulak, Jakel mengeluarkan Koleksi Baju Kurung Scha Al-Yahya dan Ayda Jebat.. Koleksi Ayda Jebat berkonsepkan moden dan sesuai untuk remaja zaman kini . Manakala Koleksi Baju Kurung dan Jubah Dress Scha Al-Yahya pula hasil fabrik fabrik yang berkualiti dari jenis kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Semua koleksi adalah berbeza dan sangat limited. so korang memang takkan terserempak dengan si pemakai baju yang sama lah di pagi hari raya nanti. bak kata Scha "xde la kalau terserempak pakai baju sama menyorok belakang pokok HAHHAHA"

lawa kan pink ni ?

yang kelabu tu lawa jugak !!! aduhh semua lawa ni macam manaaa??

Jubah Dress Scha Al-Yahya


Buat peminat Lara Alana, anak kepada Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, korang boleh dapatkan koleksi baju raya Lara Alana di Jakel .. ibu ibu dah jangan risau, anak anak korang juga boleh tampil comel di pagi raya dengan Koleksi Lara Alana. lebih dari 10 rekaan menggunakan fabrik lembut dan sesuai untuk kanak-kanak dihiasi dengan lace dan butiran beads. Untuk kanak-kanak lelaki, seperti biasa Baju Melayu Upin Ipin masih ada di Jakel . dengan harga semurah RM59, ibu ibu bapa bapa dah boleh berjimat kerana setiap pembelian baju melayu Upin Ipin akan diberi percuma Sehelai Sampin dan butang baju melayu.. jimat takk mama ? jimat poket kan papa? ayuh ke Jakel !

 antara koleksi Lara Alana . tak sempat amik semua, ramaii oranggg huhu~
ai sukaa sangatt ni !!!! kalau ada anak perempuan ni, kan best! 

Baju Melayu Awal Ashaari dan Baju Scha Al-Yahya memang tak lari tone dekat koleksi baju Lara Alana, so boleh la korang cari dan pakai sedondon di pagi rayaaa.. 
cth tema peach ni . lawa kan??



Okay tiba masa untuk sesi Lelongan. semua duta duta jakel akan mempromosikan sendiri koleksi baju mereka. harga yang ditawarkan serius menjunam !!! Mana taknya, Koleksi Baju Melayu Dato Ac Mizal dari harga RM299 menjadi RM140 !!!! dalam masa 5minit, berduyun duyun orang memborong baju melayu. pelbagai warna. . untung laaa orang Shah Alam kens ;p Itu belum lagi Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dan Aaron Aziz. dari harga RM299 menjadi RM140 !!! wah wah wahhhh !! Terima kasih Jakel. dengan harga macam ni, ramai yang mampu membeli koleksi baju melayu artis kegemaran merekaaaaaaaaaaaa... 




 semua baju koleksi Scha Al Yahya menjunam sehingga RM200/sehelai . Murah gila !!!!

ai dah beli sepasang, korang pergi cepat. tapi untung kalau pergi hari kejadian, leh dapat selfie/ sesi autograf bersama mereka

aah sesi autograf dan sesi bergambar mengakhiri 
Kempen Oh!! Meriahnya Raya Bersama Jakel 2016




Okay dah la. kang sharing banyak banyak, dah tak suprise pulak. HAHHAHA , korang kalau nak tahu harga semua , pergi cepat beli di Jakel. sajaaa nak bagi rahsia rahsia dengan korang. nak bagi korang teruja sikit! heee ~ nahh details :


Jakel Shah Alam
Alamat : Jalan Plumbum S7/S, 40000 Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Instagram : @jakelshahalam
Webiste : www.jakel.my


'Jualan Hari RAYA di sepanjang bulan Ramadhan 2016 sehingga ke Malam RAYA
Dibuka setiap hari dari 10pagi hingga 11malam'




Selamat Mencari Baju Raya korang !!!

Ingat KAIN , Ingat JAKEL !

2 comments:

  1. cantiknye baju yang scha pakai tu...
    rambang mata jadinye ni kak.. hihi

    ReplyDelete
  2. Hai. Sy ada baju peach lace pink tu size s dewasa. Masih ada tag harga sebenar rm179 tp nk bg Rm150. Sapa nak boleh wassap +60133064056

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page