Saturday, June 18, 2016

D'Arab Station | Nasi Arab Sedap & Murah di KL

D'Arab Station  |  Nasi Arab Sedap & Murah di KL

Macam dah muak asyik makan Buffet Ramadhan je untuk juadah berbuka puasa, ai ajak hubby pekena Nasi Arab pulak. Tukar selera lahh... So, kaki ni ringan je melangkah ke D'Arab Station , kedai nasi arab yang terletak di Alam Damai, Cheras yang mana memang dekat gila dengan rumah ai, 10minit dah sampai !! tak sempat lapar hihi ~



tu diaa, sekejap je dan sampai depan kedai. hihi. masa ai datang ni tak berapa ramai orang lagi.. kata owner kedai nasi arab ni, Dato Haji Taufek Ismail, kalau ramai orang , dia akan bukak khemah dekat luar untuk menampung pelanggan yang datang.. sampai begitu sekali dato? perghhh hebattt penangan Nasi Arab di D'Arab Station ni.. jom order?



ambik kaw ! setalam dia bagi? HAHAHHAA sebenarnya, kalau korang nak makan seorang diri pon boleh. nak makan secara berkumpulan lagi digalakkan. kalau seorang tak de la dia bagi setalam besar gini tau! ni setalam boleh makan dalam 6orang tau takkk? HAHHAHAHA .. nanti ai tepek combo combo yang ada, so korang boleh pilih ikut kesesuaian.. tapi nasi arab ni memang WIN makan ramai ramai dalam talam sebesar ni. baru lah erat silaturrahimm.. gitu!

Combo 9 - nasi arab with roasted chicken + lamb

kalau korang amik combo kan, air dah siap siap termasuk dalam pakej. so dont worry. korang boleh pilih nak air biasa ke teh Arab? tapi ai suggestkan korang amik teh arab! sedap weii !!!! ada rasa mint mint gituewww ~

mula mula rasa teh arab ni , xleh masuk tekak aku. siyes. yang gambar dekat atas ni, acah acah mak enon je korang HAHHAHHA TAPI bila dah lama lama, ai try minum sikit sikit, ehhhh sedap pulak teh arab ni. terus mintak cawan yang kedua kahkahkhakahkah!!! ala satu cawan ni kalau ala carte baru RM2 hikhik ..

nah close up sikit roasted chicken. korang tau tak, ayam dia lembut sangatttt.. bak kata rara, ni orang tak de gigi pun boleh makan, tak yah beriya kunyah, telan sahajaaa sebab lembut sangat isi ayam dia tu........... 

ni close up kambing pulak. my faveretttt all time HAHHAHHA. kambing pun sama lembut. tak liat. sedap pulak makan dengan nasi arab yang panjang panjang tu. haii laa sedappp. kombinasi terbaik!

TAPI paling WIN, sambal cili dia ni. memang sedap sungguh !!! pedas tapi sedap. kene letak kuah sambal ni banyak banyak weiii, baru terasa nasi arab korang! hihi


amacam? esok esok luasa korang dah boleh pergi sini da. tukar sikit selera hikhikhik.. Kedai D'Arab Station ni selesa bagi ai kalau kita nak berbuka puasa. kawasan dalam kedai dia luas, bersih dan aman damai, tak bising macam sesetengah kedai tu. rimas aku HAHHAHA.. kalau korang nak solat, memang xde ruang solat kat sini, kecik je kedainya. tapi korang pergi la solat kat masjid yang berhampiran dengan kedai ni. tak jadik hal la. kan?? 

kaunter order

selesa




Konsep kedai Nasi Arab, D'Arab Station ni, korang boleh makan ala carte, boleh jugak makan combo/pakej yang ada, boleh take away, boleh dine in . kiranya, ikut suka korang macam mana. . menu menu ala carte ada jual grill lamb, chicken roasted, kebab, dll .... paling korang kene cuba adalah Roti John Royal. kenapa? 

ni roti john kan? biasa sangat kita tengok macam ni kannnn

tapi yang spesial nya Roti John Royal di D'Arab Station, die bantai balut roti john tu dengan telur lagi. huwaaaaaaaaaaa.. sedappp weii !!!! lain dari lain....


tadaaaaaaaaaaaaa... ohmaiii.... jejes air liur aku tengok balik gambar nii.. 

kambingg !!!!! 

lamb grill ni boleh di order ala carte, 200g RM10 sahaja. means kalau korang nak makan nasi arab dengan kambing sahaja pun boleh kalau xnak combo segala tu. depends la. kan ai cakap tadi, korang boleh order ikut suka hati korang , sebab apa? sebab korang yang bayar!!! HAHHAHA

lamb grill dia sedap sebab SOS dia sedap !!!!

 nahhh harga combo yang ada. pilih ikut kesesuaian ye? korang tengok, Combo 1 untuk seorang makan baru RM13 untuk chicken, kalau lamb bau RM17. murah kan????



dan yang penting, ada DELIVERY untuk ke rumah korang, ada charge tau. itu depends kawasan rumah korang kat mana . ai pun tak berapa pasti, korang kene call tanya dulu macam mana k? macam ai tanya Dato, BTHO berapa charge? dia cakap RM5 je sebab dekat hihiii.. so ai boleh la order bebila masa ai MALAS masak. HAHHAHAHA yes yes yesss ! Untuk home delivery korang call no 03-9108 3330 / 9108 3331. 



tapi sekarang ni, D'Arab Station ada menyediakan Buffet Ramadhan jugak tauuuu !!! kiranya, korang boleh makan nasi arab non stop. sampai kenyang sampai lebam sampai korang dah tak boleh nak makan dahhh.. HAHHAHHA .. itu lah keistimewaan buffet kan? 

Buffet Ramadhan D'Arab Station berharga RM50 untuk dewasa, dan RM25 untuk kanak-kanak ( 6 - 12 tahun ) dan warga emas ( 60 tahun ke atas )
Ramadhan Buffet Bermula Dari 09.06.2016 - 05.07.2016


okay tak korang ? korang tinggal ajak laki laki korang pergi jek. hihii. nahhh details segala info ai tepek khas untuk korang supaya boleh menikmati sebagaimana ai menikmati nasi arab yang sedap ni... kalau korang dah pergi, komen sikit kat kotak komen tau. sajaa lahh nak tahu feedback korang! heeee ~ Selamat Berbuka korang semua !!



Alamat D'Arab Station : No.36, Jalan Damai Raya 2, 
Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan/pertanyaan : 
TEL: 0111-791 4598 / HOTLINE: 03 9108 3331

6 comments:

  1. Assalamualaikum, satu talam, makan beramai itu sunnah dan memeriahkan lagi suasana, nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  2. Ya ampun , memang kenyang makan dengan portion besar tu.

    ReplyDelete
  3. aku baru duk ajak somi makan nasi arab berbuka.. ermm.. masuk list location ni..

    ReplyDelete
  4. Tengok je pon dah terliur ni, uwaaa~~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum SiS... fulamakkk marvelliuss... terbaikk info.. sgt bagusss. Mmg dkt jugk dgn umh.. kurang 10minit brkenderaan. Terima Kasih

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page