Monday, June 13, 2016

Buffet Ramadhan 2016 di 9 Kedondong, Ampang hanya berharga RM55

Buffet Ramadhan 2016 di 9 Kedondong, Ampang  |  Kelmarin ai berkesempatan berbuka di 9Kedondong. pertama kali ai sampai sini. dalam hati dok mencari restoran ke hapa ke, rupa-rupanya, 9Kedondong ni adalah sebuah banglo. tapi memang banyak banglo dekat situ pun cumanya TAK sangka terselit satu tempat berbuka yang WAH WAH WAHHHHH cantiknya !!!! 



Macam konfius sikit la , ni nak pergi berbuka puasa ke nak pergi kenduri kahwin? serius korang, 9Kedondong ni lawa kemain. macam Garden Wedding temanyaa ~~ 







Haaaaa ... Cantik kan? sedap mata memandang , maka perut pun selesa itu diisi hihi~ 9 Kedondong menyediakan Buffet Ramadhan yang bertemakan masakan kampung.. sapa yang teringin nak makan masakan kampung ala ala emak kita masak tu, boleh la ke sini, 9 Kedondong.. Harga semurah RM55 dewasa dan  RM28 untuk kanak-kanak, ai rasa SANGAT berbaloii dengan juadah yang dihidangkan. . korang takkan rugi, kalau korang larat nak makan semua, silakannnnnnnnn.. hehe ~

9 Kedondong mempunya 9 stall dengan pelbagai hidangan. . ai dah terlampau kenyang sangat hari tu, banyak juga menu yang ai tak sempat rasa. aduhh rugi betul bila diingat balik huhu.. mana tak nya, ai dok ratah kambing golek tak henti henti HAHHAHHA sedap weiii... mau tak hadap? akak depan ai dok hadap siput sedutt.. sroott srotttttttt hahahhaha you know who you are right? kehkehkeh~




Stall 1 ada menyediakan masakan kampung dan ulam ulaman. kat sini memang beratur panjang sebab lauk dia semua sedap sedap belaka. tak yah amik nasi sangat pun xpe, kita ratah ratah lauk je pun dah kenyang. serius !! 














Stall 2 pula menyediakan juadah Nasi Kerabu .... ai tak sempat makan nasi kerabu ni. sedih aiols. mana taknya, cepat je habis. ramai orang beratur amik.. sedap eh korang?? ada nasi kerabu, ikan goreng tepung, telur masin dan ulam ulaman ... kalau korang datang sini, beratur sini dulu tau! HOT menu ni.............. kang tak dapat rasa, menyesalll macam ai hihihi .. di sebelah stall 2, ada stall 3 dan 4 yang mana menyediakan Bihun & Mee Sup/Soto/Sup Daging dan masakan panas seperti mee goreng mamak dan kuey tiaw goreng................. 




dan yang pasti Stall 5 PALING PENTING , sebabnya disitu ada disediakan Kambing Golek. yeayyy !!! setiap tahun, kalau berbuka di buffet ramadhan , memang ai cari kambing dulu khekehkehh.. nak tahu kalau kambing golek tu sedap ke tak, kita kene rasa sos yang disediakan dulu. kalau sedap sos tu, maka sedap la kambing ituew... gituewww... paling rugi sapa yang TAK makan kambing. ehem hikhikhikhik ~






ok ok dah tutup pasal kambing. aduhhh terliur balik tengok kambing tu HAHHAHAH.. Ok Stall 6 pula menyediakan makanan ringan seperti cucur udang, bawang, cekodok pisang dan pisang goreng.. haaa lepas korang dah makan menu berat, korang pekena pulak menu ringan ni... rangup ok cekodok pisang !! sebiji mak aku buattttttttttt huwaaaa rindu mak! hihi... Stall 7 adalah stall rojek. ok WAJIB korang cuba rojak ni ye. seorang makcik yang jaga. dia akan potong semua buah bila kita request sahaja tau. bukan dia potong sekaligus . time tu kau nak time tu dia potong. dan kuah rojak dia adalah TERBAIK !!! sedap okay ! WAJIB cuba kalau korang berbuka puasa di 9 Kedondong ..





Stall 8 menyediakan minuman. ada minuman panas dan sejuk. ohh tak lupa juga ada ABC. panjang kemain beraturrrr okay kat stall ABC. sedap !!!! ABC tu dia isi dalam mangkuk kecik kecik , alaaaaaa pleasseee buat mangkuk besarrrr.. tak cukuppp !!! HAHHAHHA




dan stall yang terakhir adalah stall pencuci mulut...... time time ni selalunya, ai is dah kenyang.... tapi ada akak satu meja ai tu, dia ada amik bubur kacang hijau durian, sekali ada durian seketul kau dalam tu. pergghhhhh sedap nyaaaa nampak dia makan, TAPI dah kenyang pulak... nanti korang pergi rasa tau? kalau tak leleh air lur macam ai ni haaa , geram sangat kenapaa perut kecik sangattt #ehhh hihi






yang paling BEST bila berbuka puasa di 9 Kedondong, tempat solat disediakan bukan calang calang................ luas sangat kawasannya. selesa. xde hal kalau ramai ramai nak solat berjemaah. cuma ai sarankan korang yang perempuan tu, bawak telekung sendiri laaa sebab takut tak cukup jek. okay? dah tunggu apa lagi? jangan lepaskan peluang berbuka puasa di 9 Kedondong, Ampang.. 





9 Kedondong
Alamat: No.9 Jalan Kedondong off Jalan Ampang Hilir, KL
Telefon: 017-225 0705 (Haziq)
Waze: 9 Kedondong

Instagram: @9kedondong

Harga Buffet Dewasa: RM55.00
Harga Buffet Kanak Kanak: RM28.00

2 comments:

  1. perrggghhh...terliur abis tgk menu..
    kambing tu bawak balik sekor bole??hahaha

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page