Thursday, June 9, 2016

Blogger Food Hunt di Klang Parade | Tempat Makan di Klang Parade

Blogger Food Hunt di Klang Parade , tahun ni ai join ! yeayy sukanyaaaa .. Kali ni kita terjah Klang Parade untuk mencari tempat tempat makan dan shopping yang menarik di Klang Parade.. KHAS untuk ibu ibu bapa bapa yang ingin bershopping raya di Klang Parade, sekurang-kurangnya, dah ada list tempat makan di Klang Parade nanti. ye dak?

Semua blogger yang hadir diberi kumpulan. Setiap kumpulan ada senarai tempat tempat makan yang kita kene terjahhhh.. ada sekurang kurangnya empat tempat makan. wahh kenyang gilaaaa hari tu. serius. makanan semua sedap sedap. . haishhh tak sabar nak kongsi dengan korang heee ~ jom kita?


Teh Tarik Place Klang Parade

Teh Tarik Place di Klang Parade


Teh Tarik Place sememangnya tempat makan yang PATUT korang kunjungi.. dan WAJIB rasa Teh Tarik kaw kaw diaorang bagi. alahaii sedapnyaaaaa. minum masa berbuka pasti lelehhhh !!! hihi ~ hari tu ai sempat juga rasa menu petang di Teh Tarik Place di Klang Parade. Antaranya, pisang goreng dan popia goreng. makan panas panas sedap weii. kene pulak dengan teh tarik. perghh ! nak apa lagi? cukup dahh cukupp. hihi..


minum teh tarik di Teh Tarik Place Klang Parade


pisang goreng

popia goreng



banyak lagi menu menu yang ada di Teh Tarik Place Klang Parade, korang boleh cuba TAPI yang menariknya Teh Tarik Place di Klang Parade ada menyediakan Menu Set Berbuka Puasa.. korang boleh berjimat dengan set menu ni. siap air dessert segala. . all in. senang kerjaaaa hee ~ so korang, jangan lupa berbuka puasa di Teh Tarik Place Klang Parade yaaaa....

Set Berbuka Puasa di Teh Tarik Place Klang Parade

Facebook : Teh Tarik Place Klang Parade
Alamat : G.60, Klang Parade, Klang
Masa : 9am-10pm
No. Tel : 016-260 5882


Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade

jemput masukkk 

kenalkan satu group dengan ai. gila gila akak akak ni. haishh. nanti jumpe lagi tau! 
happening sangatt sangatt walaupun bertiga sahaja.. heee ~



kalau ai pergi sendiri sendiri, memang TAKKAN masuk Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade ni sebabnya ai TAK pernah makan makanan jepun korang... huwaa malu!!! dalam kepala ai fikir, TAK SEDAP !!! Tapi kan korang, bila ai hadap makanan jepun ni, serius SEDAP rupanyaaaa... ke menu di Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade ni sedap sedap belaka? 

menu of the day

nakk sebut nama menu pun dah tergeliat , ape cer? haha!!! tapi serius laa korang, sushi ni rupanya sedap eh? buat pertama kalinya ai makan tau? hahahhaa... so korang yang mana sushi lover boleh la cuba sushi dan menu menu japanese yang lain di Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade ni. serius sedap tak tipu. plus ai rasa harga yang ditawarkan murah juga kan? nak kelainan bila berbuka puasa nanti? mana tau, asyik asyik nasi je kan? cuba berbuka puasa dengan makanan jepun di Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade pulak heeee ~



tempat duduk dalam Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade


sushi bergerak heeee ~


jom kita tengok apa menu special di  
Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade

Smoked Kamo Maki RM17.90

dalam banyak banyak sushi, ai SUKA gila ini. 
namanya, Spider Maki RM17.90

Unagi Tama Maki RM21.90

Dimpling

Tempura Set RM13.50

Seafood Set RM16.50

Beef Set RM12.80

Parent's Day Set RM26.80

Soft Ice Cream - sebatang RM3.90 
hijau perisa pandan, kuning pekat perisa telur dan kuning cair perisa chesee
SEDAP !!!

Sushi Cake RM68

kami dan makanan. penuh meja. boleh ke habiskan tu? hihi

yang dekat sebelah ai tu, Chef Anis. dia lah salah seorang chef di Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade . so korang jangan risau, anak melayu kita yang masak. 
halal toyibannnnnn ;) 
thank you Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade for having us.

so kalau korang berminat nak berbuka puasa di  
Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade, nah ai bagi details :

Facebook : Don Kaiten Japanese Restaurant Klang Parade
Alamat : G.65, Klang Parade, Klang
No. Tel : 03-3358 6681




Shopping kasut raya di Red Modani Klang Parade

shopping shopping shoppingg 


ai memang sarankan korang kalau nak shopping kasut raya ke selipar raya ke, pergi la Red Modani Klang Parade. mana tak nya, sekarang ni ada SALE SALE SALE. korang nampak gambar dekat atas tu.......... kemainn terliur aku dengan perkataan SALE dia. HAHHAHHA

macam macam kasut ada. baik kasut lelaki ,
 perempuan, kanak kanak dan orang tua. semua ada!


dengan 20%, 50%, bayar RM50 dpt dua pasang kasut, bayar RM75 dapat dua pasang kasut, sapaaaa tak suka hoiii?? terima kasih laa Klang Parade sebab bagi SALE banyakk ni. tau tau je nak raya kan? heee ~ korang rasa ai is pilih kasut manaaaaaa? rambang mata lahhh. kasut lawa. sale banyak. banyak pilihan sana sini , kelam kelibut nak pilih yang mana satu pun tak tahu HAHAHHHA

kasut budak sale wahai emak emakkkkkkkk


 ehem . selipar rayaa ku hihihii


dia pilih daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

pilih heels ni cantik ke?

ataupun selipar bling bling ni? hihi

tunggu jelaa raya nanti korang tengok ai pakai selipar ke heels ke. hihihi . dan yang pentingnya beli di Red Modani Klang Parade JIMAT banyakkk sebab SALE sana sini. heee ~ korang kalau nak juga macam ai ni haaaa, pergi je dekat :

Facebook : Red Modani Klang Parade
Alamat : G.29, Klang Parade, Klang 
Website : Red Modani

memasing dah dapatttt kasut rayaaaa yeayy !
jom shopping kasut murah Red Modani Klang Parade !




Hot & Roll Klang Parade


dah shopping , memasing dah lapar balik. HAHAHAH moh la kita makan kudap kudap light light, a.k.a makanan ringan sikit sebelum dinner. kitaorang pergi ke Hot & Roll Klang Parade. ai percaya di mana mana korang boleh nampak kiosk Hot & Roll kan? dekat area rumah ai pun adaaaa. selalu jugak daku tapau! sedap !!! Hot & Roll Klang Parade ni ai boleh klasifikasikan dia sebagai SIMPLE,SEDAP tapi MURAH gitueww ~ korang pernah cuba takkk? try la sekali. pasti datang untuk kedua kali hehe~

macam macam pilihan ada. korang nak wrap ke, nk crispy ke, nak capathi ke, isi dalam pun lain lain tau........ macam macam perasa adaaaa

ni chicken & chesee crispy RM5.80


  ni beef & chesee crispy RM5.80

ni crunchy peanut RM4.90. ni faverettt okay! boleh tambah pisangg kalau suka

ni versi pratha. boleh pilih nak beef ke, chicken ke. ikut tekak memasing. 
nampak macam kecik TAPI kenyang tau!!



the menu



jemput makan korang? tapi jgn makan sekarang, puasa kann !
 malam kang kita cari Hot & Roll okay ! hihi 

Hot & Roll Klang Parade
Alamat : L5.12-L5.13





















Next Food Junction Klang Parade

Okay last tempat makan yang terakhir ialah Food Court Klang Parade. haaa jangan tak tahu, Klang Parade ada food court. macam macam kedai ada. Food Court ni ada dua bahagian, satu Halal satu lagi Non Halal. korang jangan risau bila nak berbuka puasa di sini ya? 



macam macam kedai ada disini, diantaranya ialah Penang Noodles, Sup Power, Claypot, Pasta, Selera Thai, Nasi Ayam , Mini Wok dan banyak lagi... semua blogger diberi voucher untuk dinner pada hari tu, tapi tu la, dah kenyang sangat, rata-rata kitaorang tapau kan sajaaa. heee ~


 
 tempat duduk di Next Food Junction Klang Parade

selesa bersih LUAS kawasannyaaaa

 tempat beli minuman



sekian dari ai . hehe. amacam? best kan Klang Parade? serius Klang Parade tak susah parking, parking banyak, luar dalam ada parking. . Klang Parade tak serabut sesak ramai orang macam shopping mall yang lain. . so, okay la kalau kita nak shopping dan berbuka di Klang Parade. pilihan BIJAK sangat ! nak nak sekarang Klang Parade ada dikunjungi oleh watak watak animasi dari kartun Boboiboy bersama rakan rakannya seperti Yaya, Ying dan Fang . haaa sapa ada anak anak yang suka dengan Boboiboy ni boleh la datang ke Klang Parade. Team Boboiboy akan berada di Klang Parade di sepanjang hujung minggu bermula dari 18 Jun 2016 hingga 3 Julai 2016. datang tau!


last but not least, thank you Klang Parade for having all the bloggers for Food Hunt at Klang Parade. Buat semua bloggers, korang memang happening!!jumpa lagi korang for next projek cewahhh hihi


jemput datang yeeeee .... Klang Parade

Facebook : Klang Parade

2 comments:

  1. banyaknyaaa makannnnn! mst kenyang gila kan! hahaha. eh sushi tu aku nk g lah nt.

    ReplyDelete
  2. nak terjah klang parade la nanti balik kampung..lama tak pergi

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page