Thursday, June 16, 2016

Berkat Madinah Pasaraya Arab di Ampang

Berkat Madinah | Pasaraya jual makanan Arab yang original dari Tanah Arab TAPI murah murah je .. Berkat Madinah yang terletak di Ampang ni ai dah pergi dua kali, baca 1st entry dekat SINI .. dulu ai pergi, kedai Berkat Madinah ni kecil jek. Sekarang dah besar, dah jual pelbagai jenis makanan sunnah dari tanah Arab sanun............ tak payah susah susah pergi cari dekat tempat lain, di Berkat Madinah korang akan dapat semuanya ! Selain kurma, manisan dari Istanbul, susu unta, makanan sunnah dan macam macam lah. pokok pangkalnya, semuanya barangan dari tanah arab...

Berkat Madinah di Ampang, Pasaraya Arab 



Seronoknya bila masuk ke Berkat Madinah ni , feel arabian tu berada disekeliling kita.. sayup sayup dengar pekerja di Berkat Madinah cakap bahasa Arab. nganga lah sekejap sebab bukan faham sepatah pun tapi seronok. hihi ~ ai pergi Berkat Madinah hari tu sebelum puasa lagi, nak mencari kurma lah . sebabnya dekat Berkat Madinah ni korang akan dapat pelbagai jenis kurma yang diimport dari negara Arab sana, dengan rasa yang berlainan dan harga yang berbeza. mahu pitam nak pilih kan?


  


pelbagai jenis kurma, jangan pening untuk pilih tau!



dan ini pilihan ai, ya allah.. sedapnya kurma Ajwa Madinah Premium. serius korang. sapa suka kurma yang tak basah sangat tak kering sangat tak manis tapi sedap sangat bila kita kunyah, boleh beli Kurma Ajwa Madinah ni.. korang boleh sukat dan timbang sendiri berapa gram ke kilogram yang korang nak. macam ai cukuplah beli seplastik untuk bekalan laki bini untuk bulan puasa ni.. 


Lepas dok pilih pilih kurma, ai pergi sebelah dalam sikit kedai Berkat Madinah ni jumpa pulak Seksyen Bakery yang jual manisan dari Istanbul. tahu kan, Istanbul kan terkenal dengan manisan diaorang yang sedap dan manis kan? so, lepas ni kita tak yah beriya benor nak pergi ke Istanbul untuk rasa manisan yang mana diaorang panggil 'baklava' korang just datang ke Berkat Madinah jek! seronok kan? macam biasa, manisan bakhlova ni korang boleh beli timbang, ataupun yang dah siap di pack. harga dia lain lain. datang kedai baru pilih ya? ai sempat rasa yang Peanuts Baklava. ya ampun, sedap sangatttt !! memang lain dari yang lain.. tak tahu nak cakap macam mana rasa dia, korang kene datang dan rasa sendiri. dalam masa yang terdekat ni ai rasa nak pergi lagi sebab nk borong banyak sikit... sedap pulak buat kudap kudap heeee ~


nak rasa Baklava dari Istanbul? datang Berkat Madinah Ampang tau!

 

 kegemaran ! dua tiga biji makan sekaligus pun tak de hal sebab sedap sangattt !


 ni pun sedap jugak. geram je tengok kekacang yang banyak tu kan?



 ni yang jenis pack , kalau korang taknak beli yang timbang.. mana mana tak kesah.

kenalkan, ni chef manisan. . semua pekerja dekat Berkat Madinah rata ratanya dari Palestine Syira, Turki. bukan Malaysia ya. tu yang spesial nya Berkat Madinah niii ...

bebola coklat ni pun sedap !!! bukan macam muffin tau. hahaha. seketul baru RM1. cuba dulu . pasti korang menyesal amik seketul. mahu berketul ketul korang makan nanti heee ~



Kalau korang datang Berkat Madinah, jangan lupa untuk rasa FRESH Air Buah Delima. kenapa ai cakap fresh? sebabnya kat situ juga pekerja Berkat Madinah dok perah buah delima. depan mata korang. so korang akan nampak tiada sebarang gula, air or apa apa yang dicampur dengan air buah delima tu. kaw kaw rasa masam dia. tapi masam yang sedap ditekak. korang cuba google kebaikan minum air buah delima. banyak khasiatnya korang........ untuk ttcians macam ai LAGI la patut minum.... so sempat jugak ai bawak balik sebotol air buah delima yang segarr itueww...

 sekali dia belah buah delima tu.....................

 
 buah delima diperah begitu sahaja dan dituangkan ke dalam botol 
depan mata kita. sangat FRESH!

 terus boleh diminum begitu sahaja. sebotol RM10.60. murah je kan?



Selain itu, apa yang boleh korang dapat di Berkat Madinah? Ada madu. madu dia ai suka.. manis . terasa madu asli. bukan macam madu campuran yang ada dijual diluar sana. haish tak suka . manis bubuh gula. tapi madu ni madu manis yang kita rasa bukan gula biasa. madu untuk pasangan rumah tangga pon ada. HAHAHAHA yang ini segan sikit nak beli tapi kalau korang nak , boleh je. apa motif madu ni? untuk kekuatan batin kita , lelaki dan perempuan boleh minum kehkehkeh. malu plak!

 madu yang pekat likat.

madu untuk pasangan berumah tangga ehhh ehh 


di tempat yang sama juga ada dijual 'bakhoor' yang mana ianya sejenis pewangi rumah untuk orang orang arab haaaa. kita pakai ambi pur kan? dia pakai pewangi yang dibakar manual ataupun boleh guna elektrik.. bau dia? wangi !! bau bakar sikit dah menusuk ke hidung.. bau bau arab gitu.. 

 seketul hitam itulah bakhoor. dan ready untuk dibakar.

tengah dibakar. nampak asap tu? asap tu yang mengeluarkan bau wangian arab. pakai seketul tu boleh wangi satu rumah. ingat ye, Bakhoor ada dijual di Berkat Madinah jugak. bukan sekadar makanan sunnah, pewangi dari arab pun adaaaaaaa



Selain tu, korang boleh juga memborong segala jenis kekacang yang ada dijual di Berkat Madinah. paling sedap kacang pistachio lah kan? dengan gajus. ai bawak balik satu plastik kekacang , suami yang tercinta dok habiskan, tak rasa pun !! nampak sangat sedap ye sayang? nanti gantii balik kekacang tu! jom repeat Berkat Madinah. . kekacang ni bagus untuk minda tau.. korang yang mana ada anak tu sesuai sangat dijadikkan snack untuk anak anak.. ;))


 pelbagai jenis kekacang yang ada di Berkat Madinah


satu ketul pun aku tak rasa, semua laki yang makan. hampeh!



bila kekacang ai is tak dapat rasa, minuman yang ai beli dari Berkat Madinah, ai tak bagi dia rasa. HAHAHHAHHA. minuman arabian ni memang kegemaran ai. dekat Berkat Madinah ni ada jual pelbagai jenis minuman. sampai tak tahu nak beli yang mana. ada satu minuman tu ai tak pernah rasa, iaitu Camel Milk a.k.a susu unta. korang pernah dengar? first time dengar ni. Camel Milk ni ada 5 flavour. ada flavour kurma, bunga saffron, chocolate, strawberry dan original. ai rasa yang bunga saffron tu. serius SEDAP ! lain dari lain. tak sama tau macam susu lembu ke susu susu yang ada di Malaysia. lain sangatt rasa dia. korang cuba nanti ! Mahal sikit Susu Unta ni sebab diimport dari negara Arab sana. kene naik flight bagai. that why laaa... tapi serius berbaloiiii sangat rasa dia memang SEDAP. sebotol RM14. cuba tau !


kami suka minum Susu Unta. Sebab apa? 
Susu Unta adalah 5kali lebih berkhasiat dari susu lembu.....

 Rani Juice ni kegemaran sangat !!! botol kecik ni sekali teguk je ai habiskan hehehe. 
baru RM2.12 jek!



Di Berkat Madinah juga ada jual roti. masa ai share pasal Berkat Madinah ni dekat IG, ada kawan cakap, Berkat Madinah punya roti sedap !!! aduhaii, ai hari tu tak sempat rasa pun roti.. maybe next time la. tapi roti dia nampak gebu gebu, harga pulak murah je.. not bad..


kalau nak diet boleh la consider roti ni. . cicah milo sedap tak? hehe


Dari awal lagi kan, ai bagitau Berkat Madinah ni semuanya ada. dari minuman arab, makanan sunnah, kurma, susu , manisan dan korang jangan tak percaya, di Berkat Madinah jugak ada jual daging FRESH dan HALAL. gitu!!! teruja takkkkkkk ... macam macam ada jual, ada frozen lamb, fresh lamb, daging lembu dan macam macam lagiii ;))



ni kalau grill sedap ni. aduhh aduhh






hmm apa nak lagi dekat Berkat Madinah ni korang, semuanya ada.. macam astro pulak, macam macam adooo hihi. sekarang ni jom ai bawak korang jalan jalan satu kedai.. ada macam macam lagi barang yang dijual di Berkat Madinah.. nak sebut satu satu susah la korang, korang memang kene datang sendiri ke Berkat Madinah dan tengok sendiri. hehe ~


ni serbuk teh ye kawan kawan. keluaran Akbar. macam macam perisa ada. 




hari tu mak cakap nak beli ini, nanti nak bawak mak pergi Berkat Madinah



korang pernah rasa puding caremel versi arabian? 


Ok semua info dah ada. tinggal nak shopping je di Berkat Madinah. TAPI ini PALING seronok!! Berkat Madinah bagi korang DISKAUN !! suka takkk? Cara dia mudah sahaja :

1) kalau korang check in di facebook.com/BerkatMadinah, total pembelian korang akan dapat 5%!
2) tapi kalau masukkan REVIEW & RATE dalam facebook.com/BerkatMadinah, korang akan dapat diskaun sebanyak 10%!!!

best kan? diskaun ni tak da limit ye.. bebila korang datang just check in je, just review dan rate di FB Berkat Madinah, masa nak bayar di cashier tu tunjukkan bukti dan korang akan dapat diskaun tu. tau?



lepas korang dah penat penat shopping kurma ke, manisan ke, fresh lamb ke kat Berkat Madinah ni, dah haus dah lapar, korang boleh je pekena kebab arab ataupun nasi arab mendy dekat tepi kedai Berkat Madinah ni. kepunyaan Berkat Madinah juga sebenarnya ni. .ada kebab lamb dan beef, ada chicken sahaja. ai hari tu rasa dua dua. sedapnyaaaaaaaa !!! murah je korang....

sokmo ramai orang, SEDAP kan !!

nahh harga kebab dan harga nasi arab mendy.


amacam? aduhh terliurr !! dah la puasa ni . ampunnnn hihi


nasi arab dia memang TERBAIK ! nasi lembut, ayam lembut, tak yah beriya kunyah sangatttt, telannn jeee. HAHHAHA. cili tu memang sedap. ngam ngam rasa dia. sedap !!!! 



itu lah sebabnya kenapa ai suka pergi Berkat Madinah, Pasaraya Arab ni. semua ada dalam satu tempat.. mujur dekat sikit dengan rumah, yela Cheras dengan Ampang tak jauh sangatttt. kalau korang rasa jauh, Berkat Madinah ni ada lagi satu cawangan dekat Kajang. korang boleh pergi situ jugak. nanti kalau ada masa dan tenaga, ai pergi review sana pulak ye? hehe.. TAPI buat korang yang memang tak da kesempatan nak pergi kedua dua cawangan Berkat Madinah di Ampang mahupun Kajang, tak lama lagi korang boleh shopping online dahhh !!! sikit masa lagi. sabarr yaaa.. nanti kalau dah launching website online, kita shopping sesama k? hehe


nah details kalau kalau korang nak pergi :
Alamat : Berkat Madinah (Cawangan Ampang)
17 & 18 L1, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Suliman
68000 Ampang Selangor


HP & Whatsapp : 011-1111 3442

Google Maps : https://goo.gl/maps/5FDTyTVvhrj





 Facebook : Berkat Madinah Malaysia  البركة للتموينات الغذائية ماليزيا
Alamat : Berkat Madinah KAJANG
Ground Floor, Unit No. PA-S-17 in Pearl Avenue Shops
Jalan Pasir Emas, Taman Berjaya,
43000 Kajang, Selangor.




HP & Whatsapp : 0184069864

Google Maps : https://goo.gl/maps/1B3doK1BnsT2⁠⁠⁠⁠

5 comments:

  1. wahhh..menarik, tertarik..boleh pi..

    ReplyDelete
  2. makin meriah kedai ni..
    dlu MG pegi dpt byk giler food tester owner bagi tp MG susah sikit nak try2 ni so husband yg untung ..heheh

    ReplyDelete
  3. bila nak repeat lagi niiiiiiii..dapnyerrr..hi bosss hahahahahhahahaha

    ReplyDelete
  4. Salam, sy nak Tanye buah zuriat Ade jual x ye?? Kalo Ade sy nak otw now..

    ReplyDelete
  5. Buka pukul brp dan tutup pukul brp? Hari apa kedai tutup?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page