Monday, June 27, 2016

Buffet Ramadhan 2016 Restoran Istana Bambu Ampang 2016

Buffet Ramadhan 2016   |  Istana Bambu Ampang 2016  |  Di akhir-akhir Ramadhan ni, jika korang masih mencari cari buffet ramadhan di kuala lumpur, ai rekemen korang ke Restoran Istana Bambu yang terletak di Ampang. Kali ni, Restoran Istana Bambu  membawa tema "Indahnya Ramadhan" . Korang pernah pergi tak Restoran Istana Bambu ? Menariknya Restoran Istana Bambu  ini berkonsepkan perkampungan buluh di tepi sawah padi dan suasana kampung yang memberi keunikan dan identiti tersendiri walaupun terletak di pinggir kota Kuala Lumpur. 


Restoran Istana Bambu menawarkan lauk pauk masakan kampung yang pelbagai disamping masakan Cina, Thai dan Arab kepada pelanggan. Antara menu istimewa adalah kambing golek idaman semua orang hihi, ayam bakar sunda, patin tempoyak dan macam macam lagi yang pasti membuatkan perut kita kenyang sepanjang malam heeee ~


Ai sempat juga merasa Buffet Ramadhan di Restoran Istana Bambu. Banyak tau juadah yang disediakan, sampaikan ai tak nak lah makan nasi, nak ratah lauk je.. hai laa sedap. hihi.. PALING sedap bagi tekak ai is , kambing golek of course my favourite hihi dan LALA masak Thai. korang KENE cuba tau? sedap weiiii !!! 




Antara main course yang disediakan, 




  
  




 
















dan banyak lagiiii.......


Di Restoran Istana Bambu ada menyediakan surau yang luas untuk korang solat maghrib. Jangan risau lepas solat boleh sambung makan semula hihi. Parking kereta pun boleh tahan luas. Cumanya digalakkan datang awal dan buat tempahan terlebih dahulu untuk lebih selesa. Selain tu juga, if korang booking awal, korang boleh layan berbuka puasa di bamboo yang disediakan. makan ala ala tradisional, duduk bersila bagai. best wooooo.. !


Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu 2016
Alamat : Lot 841-842, MMR2 Jalan Ampang Ulu Kelang, 
68000 Ampang, Selangor.

Harga Dewasa RM55.60
Harga Kanak2 (5-11tahun) RM28.35
Kanak2 4tahun ke bawah adalah FREE

Masa Operasi : 6petang hingga 10malam

Tempahan : 018-374 9920 / 03-4251 4717



Read More ->>

Friday, June 24, 2016

Sejadah Ortopedik untuk Solat Lebih Selesa

Sejadah Ortopedik untuk Solat Lebih Selesa  | Salam Ramadhan . Macam mana puasa korang ? Terawikh okay tak? Ai doakan yang terbaik untuk kita semua untuk Ramadhan kali ni . Amin ;)) Bulan baik ni ai nak share sesuatu yang TERBAIK untuk kita semua. . Sejadah Ortopedik dari Sajda Salah Mat ..



Kenapa dipanggil Ortopedik? kerana sejadah ini sememangnya bercirikan 'ortopedik' yang mana mempunyai ketebalan sebanyak 8mm bertujuan dapat mengurangkan tekanan pada sendi di bahagian tangan, bahu dan lutut. Sejadah Ortopedik ni direka khas untuk memberi keselesaan dalam kita mengerjakan ibadat solat. so bayangkan korang kalau mak ayah kita solat dengan menggunakan sejadah ortopedik ni? secara tak langsung kita memberi jalan untuk mempermudahkan solat ibu bapa kita. banyak sikit pahala bulan ni. heee ~

Sejadah Ortopedik



Sejadah Ortopedik ni sangat sangat sesuai untuk digunakan di atas permukaan lantai yang keras. seperti gambar di atas, korang boleh tengok, permukaan bawah sejadah yang seakan mat, yang mana dengan ciri ini , kita boleh solat dimana sahaja , hanya dengan Sejadah Ortopedik. Sejadah Ortopedik ni kalis air dan mudah dibersihkan selain sesuai sangat untuk dibawa ketika travel atau apa jua aktiviti outdoor kerana Sejadah Ortopedik ini dilengkapi dengan tali penggalas elastik yang memudahkan kita untuk bawa Sejadah Ortopedik ini kemana sahaja. mudah bukan? kini, TIDAK SOLAT bukan alasan heeeee ~

penggalas elastik


Untuk pengetahuan korang, Sejadah Ortopedik ini didatangkan dengan 4 warna pilihan. Ada Blue, Burgundy, Garden Green dan Teal. dan yang menjadik pilihan hati ai is Teal. heeee ~ dah seminggu ai guna Sejadah Ortopedik ni untuk solat dirumah, selesa sangat!! YES ketebalan dia sangat sangat laaaa membantu dalam memberi keselesaan 100% sebab bila kita sujud, dahi diletakkan di sejadah, terasa lembut sangat, tak sakit sikit macam bila kita sujud di sejadah yang biasa, terasa kerasnya lantai rumah tu kan hihiihi... sama juga dengan lutut. tidak memberi tekanan langsung pun. aduh selesa sungguh......... 
 
laki bini guna. selesa kan?


Ada orang cakap buat apa la nak beli sejadah mahal mahal kan? ai tanya balik, kenapa tak boleh sejadah mahal? itu kan untuk kita jugak . sejadah yang selesa untuk solat yang lebih sempurna dan selesa.. baju raya korang mahal tak?

kalau ada korang yang berminat dengan Sejadah Ortopedik ni, korang boleh juga dapatkan dari agen agen sah seperti gambar dibawah.. 

Senarai Agen Sah Sejadah Ortopedik



Semoga solat dan doa kita diterimaNYA di bulan yang mulia ini. AMIN


Sejadah Ortopedik by Sajda Salah Mat

Instagram : sajdamat_malaysia

Read More ->>

Tuesday, June 21, 2016

Resepi Kari Ikan Bawal Paling Senang

Resepi Kari Ikan Bawal Paling Senang   |  Sebenarnya dah banyak kali dah ai masak kari ikan bawal ni. tapi baru nak update dalam blog heee~ sememangnya lauk ni adalah kegemaran laki den. hihi. kalau ai masak kari ikan bawal ni, dia punya tambah nasi , mak aiii? suka sangat dia dengan kari ikan bawal ni. hihi. dedulu masa mula mula kahwin, jenuh jugak nak try and error resepi kari ikan bawal ni , akhirnyaaaaaa , sekarang ai dah boleh masak kari ikan bawal tanpa tengok resepi kahkahkhakahkah!!


Resepi Kari Ikan Bawal Paling Senang   | Okay, ini cara ai masak kari ikan bawal okay? kenapa ikan bawal? dah laki aku suka ikan tu je nak buat macam mana? HAHHAHA korang boleh la cuba ikan lain ikut lah selera memasing okay? cumanya, ni ai nak tunjuk cara cara ai masak kari ikan bawal.. paling senang abad ni lahhhh


okay jom masak Respei Kari Ikan Bawal ,

Bahan bahan Resepi Kari Ikan Bawal ialah :
1) Ikan Bawal hitam seekor (belah tiga)
2) santan (ai guna satu senduk je)
3) sayur bendi
4) daun kari 
5) satu paket rempah kari
 (nak jadikkan dia pes campurkan dengan air dan bawang besar)
6) segala adik beradik rempah ratus hihihi (halba, kayu manis, bunga cengkih dll)
7) larutan air asam jawa (1cawan je)



okay, cara masak kari ikan bawal adalah seperti dibawah :

1) tumis kan bawang merah, putih, daun kari dan halba, kayu manis, bunga cengkih dll . tumis sampai naik bau. bau wangiiiii hihihi

2) masukkan pes kari ikan tadi. tumis sampai pecah minyak.

ini adalah cara membuat pes kari. masukkan serbuk kari ikan tadi dalam cawan yang berisi air sedikit. kacau kacau sampai sebati gitu. masukkan bawang merah. ai sukaaa hihi

3) masukkan larutan air asam jawa , kalau korang nak banyak kuah masukkan air lagi. tapi untuk sukatan seekor ikan bawal, 1cawan air asam jawa + setengah cawan air dah memadai kuah dia.

 4) masukkan ikan 

5) masukkan bendi . dan tutup periuk. biarkan selama 10minit. biar mendidih gitu

 6) masukkan 1senduk santan & garam. takyah banyak. 
tak sedap nnti. biarkan mendidih selama 5-10minit je.





dan hasilnya? tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

 yummy !!!


adeh terliur plak tengok. HAHHAA tula, sapa suh update entry resepi bulan puasa kan? hahaha!!! tapi ni sajaaa lah nak bagitahuuuuu, semenjakk duduk rumah bawah, bukan rumah atas langit, semua benda ai nak kasi tanam sendiri, hari tu ai beli pokok kari. hihi. so masak kari ni ai amik daun kari dari tanaman sendirii jee.. huwhahuwhaaaa besttnya !!!

nanti nak ubah pokok ni ke tanah heeee ~



okay sambung balik pasal resepi kari ikan bawal. kalau masak kari ikan bawal ni, ai suka buat sambal belacan. baru kombinasi die tiptop!!! HAHHAHAHHA nak resepi jugak ke sambal belacan? alaa senang kacang mak enon.. malu pulop nak tunjuk resepi campak campak kitaaa.. jangan gelak tau?

bahan bahan nak buat sambal belacan
1) sedikit belacan
2) cili merah
3) air perahan limau nipis

 sebiji limau nipis nanti , korang hiris dia punya kulit tau! blend sekali nnti


SEMUA BAHAN BAHAN TADI, KORANG BLEND je!
masukkan air sikit if pekat sangat


dan hasilnya?

  dapatlah semangkuk sambal belacan, bekalan seminggu HAHHAHAHHA


senang sangat kan? hihi ~ settle kari, settle sambal belacan, makan la dengan nasi panas2 pastu letak kicap banyak2. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! sapa sama? sep sep sep! SELAMAT MENCUBA KORANG !
Read More ->>

Saturday, June 18, 2016

D'Arab Station | Nasi Arab Sedap & Murah di KL

D'Arab Station  |  Nasi Arab Sedap & Murah di KL

Macam dah muak asyik makan Buffet Ramadhan je untuk juadah berbuka puasa, ai ajak hubby pekena Nasi Arab pulak. Tukar selera lahh... So, kaki ni ringan je melangkah ke D'Arab Station , kedai nasi arab yang terletak di Alam Damai, Cheras yang mana memang dekat gila dengan rumah ai, 10minit dah sampai !! tak sempat lapar hihi ~



tu diaa, sekejap je dan sampai depan kedai. hihi. masa ai datang ni tak berapa ramai orang lagi.. kata owner kedai nasi arab ni, Dato Haji Taufek Ismail, kalau ramai orang , dia akan bukak khemah dekat luar untuk menampung pelanggan yang datang.. sampai begitu sekali dato? perghhh hebattt penangan Nasi Arab di D'Arab Station ni.. jom order?



ambik kaw ! setalam dia bagi? HAHAHHAA sebenarnya, kalau korang nak makan seorang diri pon boleh. nak makan secara berkumpulan lagi digalakkan. kalau seorang tak de la dia bagi setalam besar gini tau! ni setalam boleh makan dalam 6orang tau takkk? HAHHAHAHA .. nanti ai tepek combo combo yang ada, so korang boleh pilih ikut kesesuaian.. tapi nasi arab ni memang WIN makan ramai ramai dalam talam sebesar ni. baru lah erat silaturrahimm.. gitu!

Combo 9 - nasi arab with roasted chicken + lamb

kalau korang amik combo kan, air dah siap siap termasuk dalam pakej. so dont worry. korang boleh pilih nak air biasa ke teh Arab? tapi ai suggestkan korang amik teh arab! sedap weii !!!! ada rasa mint mint gituewww ~

mula mula rasa teh arab ni , xleh masuk tekak aku. siyes. yang gambar dekat atas ni, acah acah mak enon je korang HAHHAHHA TAPI bila dah lama lama, ai try minum sikit sikit, ehhhh sedap pulak teh arab ni. terus mintak cawan yang kedua kahkahkhakahkah!!! ala satu cawan ni kalau ala carte baru RM2 hikhik ..

nah close up sikit roasted chicken. korang tau tak, ayam dia lembut sangatttt.. bak kata rara, ni orang tak de gigi pun boleh makan, tak yah beriya kunyah, telan sahajaaa sebab lembut sangat isi ayam dia tu........... 

ni close up kambing pulak. my faveretttt all time HAHHAHHA. kambing pun sama lembut. tak liat. sedap pulak makan dengan nasi arab yang panjang panjang tu. haii laa sedappp. kombinasi terbaik!

TAPI paling WIN, sambal cili dia ni. memang sedap sungguh !!! pedas tapi sedap. kene letak kuah sambal ni banyak banyak weiii, baru terasa nasi arab korang! hihi


amacam? esok esok luasa korang dah boleh pergi sini da. tukar sikit selera hikhikhik.. Kedai D'Arab Station ni selesa bagi ai kalau kita nak berbuka puasa. kawasan dalam kedai dia luas, bersih dan aman damai, tak bising macam sesetengah kedai tu. rimas aku HAHHAHA.. kalau korang nak solat, memang xde ruang solat kat sini, kecik je kedainya. tapi korang pergi la solat kat masjid yang berhampiran dengan kedai ni. tak jadik hal la. kan?? 

kaunter order

selesa




Konsep kedai Nasi Arab, D'Arab Station ni, korang boleh makan ala carte, boleh jugak makan combo/pakej yang ada, boleh take away, boleh dine in . kiranya, ikut suka korang macam mana. . menu menu ala carte ada jual grill lamb, chicken roasted, kebab, dll .... paling korang kene cuba adalah Roti John Royal. kenapa? 

ni roti john kan? biasa sangat kita tengok macam ni kannnn

tapi yang spesial nya Roti John Royal di D'Arab Station, die bantai balut roti john tu dengan telur lagi. huwaaaaaaaaaaa.. sedappp weii !!!! lain dari lain....


tadaaaaaaaaaaaaa... ohmaiii.... jejes air liur aku tengok balik gambar nii.. 

kambingg !!!!! 

lamb grill ni boleh di order ala carte, 200g RM10 sahaja. means kalau korang nak makan nasi arab dengan kambing sahaja pun boleh kalau xnak combo segala tu. depends la. kan ai cakap tadi, korang boleh order ikut suka hati korang , sebab apa? sebab korang yang bayar!!! HAHHAHA

lamb grill dia sedap sebab SOS dia sedap !!!!

 nahhh harga combo yang ada. pilih ikut kesesuaian ye? korang tengok, Combo 1 untuk seorang makan baru RM13 untuk chicken, kalau lamb bau RM17. murah kan????



dan yang penting, ada DELIVERY untuk ke rumah korang, ada charge tau. itu depends kawasan rumah korang kat mana . ai pun tak berapa pasti, korang kene call tanya dulu macam mana k? macam ai tanya Dato, BTHO berapa charge? dia cakap RM5 je sebab dekat hihiii.. so ai boleh la order bebila masa ai MALAS masak. HAHHAHAHA yes yes yesss ! Untuk home delivery korang call no 03-9108 3330 / 9108 3331. 



tapi sekarang ni, D'Arab Station ada menyediakan Buffet Ramadhan jugak tauuuu !!! kiranya, korang boleh makan nasi arab non stop. sampai kenyang sampai lebam sampai korang dah tak boleh nak makan dahhh.. HAHHAHHA .. itu lah keistimewaan buffet kan? 

Buffet Ramadhan D'Arab Station berharga RM50 untuk dewasa, dan RM25 untuk kanak-kanak ( 6 - 12 tahun ) dan warga emas ( 60 tahun ke atas )
Ramadhan Buffet Bermula Dari 09.06.2016 - 05.07.2016


okay tak korang ? korang tinggal ajak laki laki korang pergi jek. hihii. nahhh details segala info ai tepek khas untuk korang supaya boleh menikmati sebagaimana ai menikmati nasi arab yang sedap ni... kalau korang dah pergi, komen sikit kat kotak komen tau. sajaa lahh nak tahu feedback korang! heeee ~ Selamat Berbuka korang semua !!



Alamat D'Arab Station : No.36, Jalan Damai Raya 2, 
Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan/pertanyaan : 
TEL: 0111-791 4598 / HOTLINE: 03 9108 3331

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page