Wednesday, May 4, 2016

Lux membawakan khas Koleksi Raya 2016 Jovian Mandagie untuk ZALORA


 Lux membawakan khas Koleksi Raya 2016 Jovian Mandagie untuk ZALORA

Untuk pengetahuan korang kan, LUX Magical Spell menyerlahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016 ini, yang mana menambah lagi keanggunan koleksinya.  Setiap rekaan Raya ZALORA 2016 Jovian Mandagie telah diserlahkan dengan haruman berkekalan Lux Magical Spell yang mampu menampakkan koleksi yang elegan dan gaya setiap wanita yang memakainya, menyerlahkan keyakinan mereka dengan haruman berkekalan yang segar dan BOLD sehingga 8 jam lamanya.. ai sendiri pengguna setia LUX dari dulu sampai sekarang, bau wangi masih sama seperti dulu.

Lux mahukan semua wanita untuk tampil yakin dan berasa cantik dan menawan walau di mana sahaja mereka berada. Lux memang sangat sesuai dipadankan dengan koleksi Raya Jovian Mandagie ini, sebab Lux senitasa mahukan kaum wanita tampil yakin, menyerlah dan BOLD.

Koleksi Raya Jovian yang bergaya dan elegan ini ditambah dengan haruman Lux Magical Spell menyerlahkan nada glamor dan keyakinan - satu perasaan yang dirasakan semua wanita dengan setiap mandian. Gabungan ini menjadikan koleksi Raya sebagai inspirasi dan menjiwai lambang wanita Lux – menyerlah, elegan dan yakin. Kini, setiap wanita boleh memiliki koleksi Raya ekslusif Jovian Mandagie dengan haruman berkekalan dan menyerlahkan keyakinan kaum wanita, menjadikan mereka berasa cantik dan menawan walau di mana mana sahaja.

Setiap koleksi baju Jovian Mandagie untuk ZALORA didatangkan dan diserlahkan dengan haruman Lux Magical Spell yang berkekalan sehingga 8 jam! Wanginya di Hari Raya nanti..

Lux Spell Magical sememangnya dicipta untuk haruman yang berkekalan sehingga 8jam yang mana membangkitkan keyakinan seorang wanita membuatkan kita rasa cantik menyerlah dan menawan ! Korang jangan lepaskan peluang untuk memiliki set Lux Magical Spell ini tau ! ;))

ada yang berkenan?

Bila fashion show dah mula, serius mata ai tak berkedip kedip untuk melihat koleksi Raya Jovian. dengan kehadiran model model yang sememangnya lawa , alahaii.. cair hati ni. kompem beli sehelai ! HAHAHA .. Semua blogger yang hadir fashion show ni ada menerima sehelai scarf leher. yang mana ai tahu, skarf leher ni hasil rekaan Jovian Mandagie sendiri khas untuk Lux. Yang paling penting, skaf leher itu juga diserlahkan dengan haruman berkekalan Lux Magical Spell sehingga 8 jam! Wahh! teruja sangatt bila bukak je kotak LUX tu, terus bau wangian LUX Magical Spell yang disembur pada skarf ni. wangi sungguh !!! arghh cair hatii kitaaa tau wakkk ;p


 cantik kan? my fav colour tau! purplish heee ~

Sebelum fashion show bermula, ada juga sesi pemakaian skarf leher yang diperagakan. wahh glamour aiols ada skarf Lux by JM hikhikhik. . nantilah kita try and error pakai skraf ni. Sedap baunya u olsss! hehe ~

  lawa kan? aduh jatuh chenta ;))


Macam tak percaya, ai berpeluang untuk menyaksikan fashion show yang dibawakan khas oleh Lux untuk koleksi Raya 2016 oleh Jovian Mandagie, sapa tak kenal kan? Jovian Mandagie adalah salah seorang Malaysian Top Designer. Baru-baru ini, Jovian Mandagie telah melancarkan koleksi Raya yang diilhamkan oleh ikon fesyen terkenal, Grace Kelly. Grace Kelly ni pun sebenarnya pernah menjadi duta atau jurucakap Lux sewaktu tahun 50’an! 


Kira-kira sebanyak 40 jenis kurung moden yang berinspirasi dari rupa dan stail klasik akan dipersembahkan dalam fashion show ini. serius ai teruja sangat !!! tak sabar ai nak lihat, harap-harap dapat memiliki sehelai hehe ~


Bila ditanya kenapa Grace Kelly? Jovian Mandagie menjawab "Grace Kelly menarik perhatian saya sebagai tema tahun ini dan koleksi yang terhasil dari kerjasama ini adalah tentang kecantikan, kewanitaan dan ciri lain dari kehidupan ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini; setiap reka bentuk yang dibuat adalah disediakan untuk semua wanita di luar sana tidak kira umur,""Saya sentiasa mendapat ilham oleh wanita cantik dan dengan konsep tahun ini, ia mempesonakan saya untuk memberikan setiap wanita perasaan Grace Kelly." 










Koleksi Raya ZALORA Jovian Mandagie 2016 boleh didapati eksklusif dengan harga RM320 hingga RM590 di semua cawangan Butik JOVIAN bermula pada bulan Jun..


  
Cawangan Butik JOVIAN:

Bangsar, Kuala Lumpur
No 112, Jalan Maarof, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur +603-20930112

  
Shah Alam, Selangor
No 39, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor +603-55243686

  
Bangi, Selangor
No 50A, Jalan Medan Pusat 2C, Pusat Bandar Bangi, Seksyen 9, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor  +603-89289667

Kota Kinabalu, Sabah
No 456, Miles 2.5, Jalan Tuaran Likas, 88000 Kota Kinabalu, Sabah +6088-264588 / +6013-8613900



1 comment:

  1. meletop2nye lahaiii baju ghaye.. #kalauakukaya :'(

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page